Saturday, February 28, 2009

ARTIKEL 1

Salam semua...

Artikel yg pertama aku terima dari seorang Hamba Allah yg tak mau dikenali...

TH JUMAAT RUSH

Bila Dz minta sumbangan bahan untuk dimuatkan di darah59, terasa sukar sekali utk mencari tajuk yg nak diuatarakan. Tapi sebenarnya ana amat terpanggil sebab adrenaline rush ana kepada blog ni agak sihat.

Keluar saja dari solat Jumaat semalam, ana terus mendapat satu tajuk yg terasa ingin sangat untuk dikongsi dgn sahabat2 semua.

Memandangkan ana bermestautin di USJ maka masjid khariah ana ialah masjid di Taipan USJ, juga dikenali dgn nama Masjid Biru ( harap maaf tak ingat nama nya). Masjid ini tersergam indah di tengah2 nadi pusat perdagangan (business centre) USJ.

Semalam semasa ana keluar dari masjid selepas tamat solat Jumaat, ana ternampak sebuah MyVi dgn pemandu nya termenung tersangkut dlm jam kereta2 yg di"park" oleh umat2 islam yg ke masjid utk mengerjakan solat Jumaat. Kat depan sikit, ana tengok sebuah kereta Honda City, nak masuk jalan yg sama tapi tersangkut juga dgn kereta2 yg di "park" demikian rupa. To rub salt to the wound, ada dua orang bermotosikal yg baru keluar masjid, dgn sombongnya memarahi pemandu yg nak memasuki laluan itu.

Pastinya pemandu2 yg terlibat adalah sahabat Malaysia kita yg bukan beragama Islam.
Persolaan yg timbul di kepala ana ketika itu ialah "Adakah ini ajaran agama kita?". Dlm berpusu2 kita ke masjid utk beribadah, perlukah kita double or tripple park sehingga menyusahkan orang lain. Pernah juga ana mendengar Tok2 Guru mengutarakan kisah2 sunah balik dari masjid mengikut jalan yg berbeza dari jalan yg diambil utk pergi. Selain itu, adalah dijanjikan yg setiap langkah ke masjid itu adalah pahala.

Yg aneh nya, pada hari ini, kita tengok keadaan yg sebaliknya. Kalau boleh orang kita nak drive kereta sampai depan mimbar. Ana benar2 tak kisah jika ada di antara kita tak mau "bonus" pahala dari setiap langkah ke masjid, tapi ana amat sedih dan malu melihatkan saudara Islam ana yg park kereta tanpa memikirkan implikasinya keatas lain2 pengguna. Bagaimana pula persepsi orang tentang agama kita ya?

Di mana perginya "sayangi sesama umah" yg dinukil di dalam al-Quran?
Ana sangat2 berharap saudara2 ana yg membaca blog ini, tidak termasuk dalam golongan yg memalukan ugama ini. Kalau nak bonus, sebarkan sentuhan rasa umat biasa yg tiada tittle Tok Guru or Ulamak ini utk dikongsi dan dipraktikkan bersama.

Artikel yang baik, bagus, memang selalu terjadi dimana2. Memang tak patut sangatlah perangai gang motor tu kan? Tak terpikiaq kah hampa yg kebanyakkan org kita menggunakan Hari Jumaat sebagai excuse nak tunjuk kuat? Tak mau pakai helmet naik motor sebab nak pi sembahyang...Mungkin pada pendapat depa kalau jatuh ka, kena langgaq ka, Allah akan menyelamatkan kepala depa..

Terima kaseh kepada Anonymous yang menyahut cabaran aku ni..KUDOS.

WASSALAM.

MINYAK ANGIN...


Salam...

Nampak gaya masih belum ada yang nak sahut cabaran aku suruh menulis. Walau camanapun, tunggu je lah. Ada dah sorang yg bagi tau aku yang dia akan submit artikel dia tak lama lagi.

Bila ada komen yg sebut kisah zaman kita kecik2 dok guna minyak angin tapi tak dak problem, aku amat setuju. Orang tua kita dulu apa saja mesti minyak angin. Sakit pi lah apa pun mesti minyak angin tu di gunakan dulu. Kalau masih sakit baru bawak pi klinik. Aku rasa dulu bila depa buat minyak angin, depa betui2 guna segala akaq kayu dan sebagainya untuk hasilkan minyak angin. La nie, tah apa2 yg depa guna. Janji nampak, bau dan rasa macam minyak angin. Aku pun melewar dalam internet dan dapat lah satu hamba Allah yg cita camana nak buat minyak angin..Check it out....

Ini cara nak membuat Minyak Angin, tak kira apalah jenis minyak Angin itu, bahan
asasnya sama saja:
1. Masukkan ke dalam teko stainless steel:
1 liter Mineral Oil (White Oil)
150ml Methyl Salicylate
[Ini bahan bagi Minyak Angin itu terasa panas - kalau nak buat memang
panas, atau minyak panas, tambah saja Methyl Salicylate]

2. Masukkan pula ke dalam teko stainless steel:
15g Menthol Crystals
[Kalau nak berasa angin-sejuknya lebih kuat, tambah Menthol Crystals, jadilah seperti
Vapour-rub tu melegakan selsema].

3. Masukkan pula:
30 ml Eucaplytus Oil (minyak Kayu Putih)
30 g Camphor (Kapur Barus)
15 ml Tupentine Oil
[Nota: Camphor jangan melebih 5%, salah dari segi undang-undang].
Dikacaulah supaya semua bahan larut dalam Mineral Oil itu.... Dah siap Minyak Angin.
Bila dah siap, kalau nakkan Minyak Anign itu berbau apa-apa, masukkanlah saja bau apa
nak, salah satu Bahan aditif ini:
(a) Clove Oil - berkhasiat dan berbau Cengkih
(b) Nutmeg Oil - berkhasiat dan berbau buah pala
(c) Peppermint Oil - berbau pudina
(d) Citronella Oil - Minyak Serai Wangi - berbau Serai Wangi

Kalau nak jadikan Minyak Angin itu berkhasiat apa-apa, tambahlah saja apa-apa minyak
yang ada khasiat, ini dipanggil sebagai bahan aditif: iaitu bahan-bahan pilihan sendiri;
nak masuk pun boleh, taknak pun tak apa:
(a) Minyak Gamat - jadilah Minyak Angin Gamat
(b) Minyak Ikan Haruan - Jadilah Minyak Ikan Haruan
(c) Minyak Ikan Lenang - Jadilah Minyak Angin Ikan Lenang
(d) Minyak Ikan Belut - Jadilah Minyak Angin Ikan Belut
(e) Minyak Arnab - Jadilah Minyak Angin Arnab
(f) Minyak Tongkat Ali - Jadilah Minyak Angin Tongkat Ali
(g) Minyak Daun Gelenggang - Jadilah Minyak Gelenggang
(h) Minyak Senyonyong?

Kalau nak warnakan merah, hijau, kuning - masukkan saja pewarna minyak yang dipilih
boleh dibeli - Oil-base colour powder..

Kena cari Jit cucu Tok Awang Loceng untuk cerita ngan lebih lanjut kisah ni...You can ring my bell.....ring my bell.

Friday, February 27, 2009

UTK DUDE...


Salam...

Ni adalah video camana depa buat keta skoda baru..Best gak. Sedap nampak..Untuk Dude, tak yah convert2 video tu..Bila masa dashboard nak post, sebelah icon upload gambaq tu ada icon upload video. Google yang hostkan. Dia mesti ada host punya..Kalau tidak video ni nak parking kat mana? Klu dok dlm puter hang, bila hang off org lain dak boleh access lah..kan? Aku upload video clip atas tu pakai host google...

MINYAK ANGIN..

Salam...

Masih tak dak orang yg hantaq artikel ka apa ka...Mungkin tengah dok karang kut..anyway aku teringin nak kongsi ngan hampa email yang aku dapat ni..Aku rasa mungkin satu pengalaman yg berguna unuk kita semua...

Bahaya Minyak Angin! Parents Please Read!

Ini untuk pengetahuan awak dan bolehlah awak sampaikan atau pesan kepada kawan-kawan tanpa mengira kaum agar apa yang berlaku kepada anak saya tidak berulang kepada anak kawan-kawan kita dan juga umat manusia seluruhnya.

Ahmad Tarmizi Ahmad Basri ( anak kesayangan saya yang kelima) 3 tahun.

17/08/04-Demam biasa dan dibawa ke klinik untuk perubatan
18/08/04-Masih deman dan perut kembong akibat tak selera makan kerana sakit tekak (bengkak)
19/08/04-Saya kurang senang dengan kesihatan anak saya dan bawa dia berjumpa doktor pakar. Setalah diperiksa soalan pertama yang doktor tanya kepada saya serta isteri saya ialah??ada sapu apa-apa minyak di perut? bererti sebagai doktor dengan ilmu
kedoktorannya dia tahu bahawa puncanya adalah disebabkan minyak angin.

Anak saya dimasukan ke wad. Dia dalam keadaan koma tanpa membuka mata, berkata-kata, bergerak dan pernafasan pun dibantu dengan alat penafasan oksigen. Darah, kencing diambil bagi tujuan pemeriksaan.

Keputusan pemeriksaan :

Hati anak saya bengkak teruk disebabkan minyak angin telah menyerap masuk ke dalam tubuhnya. Kencing anak saya juga mengandungi minyak tersebut. Kesemua saluran darah menghadapi kesukaran akibat minyak itu. Anak saya tak sedarkan diri dan terus koma. Dia dibawa ke wad ICU dan dirawat oleh 6 orang doctor, antara 6 orang doctor, 2 darinya adalah dari Jerman.

Kedua belah kakinya ditebuk untuk memasukan ubat dan oksigen dengan mengunakan tiub. Kedua tangan juga ditebuk untuk memasukan glukos dan darah Kepala juga ditebuk di bahagian dahi untuk memasukan cecair ubat.

Saya disuruh oleh pihak hospital untuk tandatangan hampir 7 keping document untuk membenarkan anak saya diselamatkan dengan apa jua risiko tanpa menyalahkan pihak doctor. Saya bersetuju.

AlhamdullilAllah. . Anak dapat diselamatkan akhirnya dengan izin Allah dan kini dia telah dipindahkan ke wad biasa. Dia telah pulih hampir 80% dan sudah mampu untuk memanggil saya BAPAK bila saya disisi.

Iklas? Ketika anak dalam keadaan sedemikian segala harta, motor besar, kereta dan semua yang ada di dalam dunia ini tidak bernilai lagi. hampir 3 hari saya tak makan langsung dan air mata sentiasa berlinangan, saya seolah hilang malu dan tak bernyawa.

Azah , tolong pastikan jangan ada walaupun satu botol minyak-minyak yang dibeli direct dari penjual tepi jalan, penjual rumah ke rumah, pemberian dari jiran dan sebagainya , kerana mungkin ianya akan membunuh anak kita sebab kita sendiri pun tak tahu isi kandungannya.

Tergerak hati saya untuk memberitahu awak dengan harapan pengajaran ini dapat membantu anak orang lain dari menjadi mangsa MINYAK seperti anak saya.

Terima kasih

Basri Abdullah
Warehouse Coordinator
Expeditors ( Malaysia ), Penang .
Tel : 604-6329433, Fax : 604-6307023
Email : basri.abdullah@ expeditors. com

Dear all,

I just got back from Lam Wah Ee after visiting Basri?s 5th child, Tarmizi who is just 3 years old. His condition has stabilised but he is still very much unconcious. He has wires and tubes all over his little body which was also jittering spasmodically. In case you would like to visit him, his room is No.207, located at 2nd floor ' s children ' s w a rd.

I was informed by the experts that they found traces of ' OIL ' in his urine & blood after performing various diagnostic measures. This OIL has damaged his internal organs such as the Liver (causing it to enlarge and caused breathing difficulty), entered into his cerebral structure and possibly damaging his kidney too , etc.

What I would like to share with you is the reason WHY??? What was the CAUSE???

All this happened when he was having high fever and his ' orang tua ' rubbed a lot of ' minyak angin ' on his stomach to prevent him from ' kena angin ' . I believe a lot of us have the tradisional understanding of doing so, including myself.

Well, you better STOP !!! The experts explained that this ?minyak angin? will be easily absorbed into our blood especially in children as their skins are tender and allows maximum penetration. Certain OILs contained harmful ingredients eg: methil silicilate and at high dosage, is a POISON to children and especially feotus.

The effect is worsen when we are sick and our liver has to work overtime to neutralise the toxins. The OIL may enter our blood when our liver fails to filter it. That?s when the problems start !!! It may not be sufficient to kill an adult but for children, the result could be fatal.

This is NOT a joke !!! You may not believe this entirely but if you do, it is good to share with your relatives and friends.

Thank you.


Untuk yg ada anak kecik atau cucu...

Thursday, February 26, 2009

TULIH JGN TAK TULIH...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
create animated gif

Gedebuk gedebak..dah nak habis Februari dah.. Aduh cepat sungguh masa berlalu. Tahun ni tak berapa nak nampak cahaya yg terang benderang lagi..Masih dok nampak cam suam je..Letih jugak memikiorkan.

Tapi apa nak buat kan..Life has to go on. Kemelesetan dah terasa dimana mana. Banyak jugak projek2 yang dok negotiate tetiba je "put on hold". Belanja utk engineering design dah keluaq dah. Kena on hold pulak..Penat , penat..

Apa nak buat lagi nampak gaya kena tunggu ubat kuruskan badan dan cekangkan kulit yang akan keluar tak lama lagi dan kawan kita akan marketkan, setelah buat percubaan ke atas diri sendiri dan aku juga terbabit sebagai bahan kajian. Jangan jadi penyakit sudah lah kan...

Anyway, terjahan THWL nampaknya menaikkan semangat yang lain utk berinteraksi. Itu satu perkembangan yang sihat. Aku tau ramai jugak yg dok baca blog ni, kebanyakkan nya kawan2 lah. Aku juga berpendapat bahawa ramai jugak yang suka dok diam dan baca saja, tak mau nak menjampok dan bersembang. Pasai tu lah asyik dok tengok gang2 tu je yang masuk.

Aku rasa macam nak relax 2/3 hari dan nak bukakan ruang posting ni utk sesiapa saja yang rasa ada benda nak disampaikan, atau ada cerita yang nak dihebahkan atau apa apa sajalah. Caranya amat senang sekali...

1. Masuk dalam komen dan buatkan cerita apa2 pun. Aku akan pastekan ke laman utama sebagai satu posting yang baru. Tapi make sure/pastikan ada lah pengenalan diri.
ATAU
1. Hantar je kat email aku.. dzamriabdulrahman@gmail.com. Kalau rasa nak merahsiakan diri, nak guna nama pena ka, tapi kena kenalkan diri kat aku lah. Aku akan postkan ke laman utama cita hampa tu dan akan merahsiakan sekiranya penulis ingin merahsiakan diri..

So. amacam? Cuba lah..give it a try. Bukannya susah sangat. Tak dak sekatan tajuk dan sebagainya. Hentam saja bro. Tapi jaga2 lah sikit, jangan sampai ada orang sakit hati dah le.. Yang nak menentukan samada artikel tu lepas ke dak, adalah aku seorang saja..AMACAM?

WASSALAM..

Wednesday, February 25, 2009

TAK TAGHAM aaiihhh...

Assalamualaikum....Salam sejahtera..

Tiada langsung dendam atau "tagham"(mcm Labi sebut) bila aku buat posting yg lepas. Pasai aku tau yang masuk dan komen semuanya kawan2 belaka. Kawan dari kecik pulak tu! Kan!

Menulis dalam blog ni pun macam menyanyi jugak lah. Pitching kena betui, sebutan kena betui dan FEEL mesti ada baru lah sedap. Feel tu yg membuatkan message to sampai. Aku rasa THWL ni ada fetish sikit dalam diri dia atau pun dia ni sorang kawan yg baik dan nakai yg suka cucuk sana sini untuk menceriakan keadaan.

Walau bagaimanapun, dari jawapannya tu, aku tau dia tak marah dan dia memang sayang kita semua...Aku pun tak marah aaaiihh..Saja menghangatkan isu yang suam kuku. Hahahaa..

Bulan Februari nak habis dah..Tinggai 10 bulan lagi nak masuk 2010. Aku rasa kecewa pulak sebab tak dak tarikh lahir kawan2 semua, sebab tahun ni kebanyakkan dari kita menyambut the big "five-O", boleh jugak aku buat pengumuman atau ucapan "SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR YG KE 50"..

Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan kawan2 aku...Allah selamatkan kamu....

WASSALAM

Tuesday, February 24, 2009

KLU KAYA, MASUK NERAKA TAK RUGI...

Salam...

Tuan Hj Wan Leh nampak bersungguh dalam memberi pendapat. Pada aku lah kalau nak baca berkenaan agama, amalan untuk hari akhirat boleh layar di SINI. Kalau nak tahu cara camana nak cepat kaya boleh layar di SINI. Tetapi untuk menguatkan pendapat bahawa kalau hidup atas dunia kaya, dan mati masuk neraka tak rugi, tak tau lah aku nak cari alamat siber dimana. Yg sebenaqnya ada, tapi aku segan nak tunjuk arah.

"apala hampa ni,aku dok ikut juga blog kita ni tapi tak pernahlah aku komen apa2,tapi dok tengok dah naik majai,dok asyik hampa 3/4 ekok ni saja,tak orang lain ka ?atau depa pun naik majai macam aku juga.Cerita hampa ni pun tak dak satu faedah pun,coba la cerita amalan ka dah tua semua,atau cerita nak kaya ka,jadi hampa ni dok rugi saja hidup.Kalau kaya la esok masuk neraka pun tak rugi juga,ni pakat2 tak dak apa,rugi sajalah hampa hidup"

Utk pengetahuan THWL, masa aku mula2 buat blog, tak dak pun nawaitu aku untuk buat blog kisah amalan, kisah nak jadi kaya dan tak rugi masuk neraka dan jugak tak berniat langsung untuk nak hentam sesiapa dengan kata2 seperti ayat terakhir perenggan diatas. Buang saja titel Tuan Haji kalau rasa nak cakap teghejai macam tu. Kalau dah rasa blog ni "blog kita" macam ayat pertama perenggan atas tu, bersopan lah sikit bercakap. Kalau rasa majai ka, rimas ka, berjuta blog lain yang ada. Tapi dalam berjuta tu berapa yang hang boleh mengaku "blog kita"?

Blog ni dibuat semata2 untuk jadi laman kawan2 nak berinteraktif. So far, so good. Actually aku tak perlu layan pun THWL ni..Hj Bakhil ku...hahahahaha...Jangan pakailah nama tu lagi sebab aku rasa tulisan tu tak melambangkan nama tu. Tuan Hj Wan Leh yang sebenaq adalah seorang yang alim dan baik budi bahasanya..

WASSALAM..

Monday, February 23, 2009

DUDE..

Salam...

Untuk memba yang ada blog dan dok gah kata dia update ni, ramai jugak yang bertanya apa yg dia update? That shows ada interest dari kawan2 nak tengok your blog. So kalau setakat ciplak gambaq dari 59ers , tak jadilah. Tu pun aku tak marah sebab tak minta permisi untuk siarkan di blog muh...Sebijik2 pulak tu.. Ambik potong2 lah cikit. Jgn nampak sangat..hahaha..just joking. Jgn marah. Berkenaan video hang tu, hang park je lah kat tanah lapang mana2 supaya org boleh access senang dan pintu "gate" dia buka 24 jam. IMEEM pun boleh upload. Pas tu ambik code dan embed je lah..

Hang masih tak jawab kisah ekoq pari tu..Amacam? Nak ke tak nak? Dan untuk pengetahuan hang, mencuba untuk mencipta rekod dunia, Guinness Book Of World Records untuk duduk dalam cc dan chat selama sebulan bukan senang oi. Aku nampak potensi hang dalam bidang tu. So, aku ni macam promo lah hang. Bagi cadangan. Bukan kutuk. Bidang tu, aku rasa kawang lain dak leh buat, mu sorang je yang aku nampak ada harapan lah..

Non reporter kita nampak sibuk sekali. Lari sana terkejaq sana sini lah kut no, sibuk ngan sandiwara politik dengan para2 pelakon yang versatile sekali. Banyak scene sangat dah politik kita ni kan? Start dari kisah lompat katak sekoq, lompat lagi 3 ekoq, lompat balik pulak sekoq, Hang Jebat lawan, Hang Tuah di beri laksamana mai pulak Hang Li Po terlondeh kain..Mamak menteri pi bagi lembu kat jajahan lain, Sultan Murka...Alahai..macam2..Mesti best kan Non kan? Tu baru kisah di Perak dan Selangoq. Tempat lain tak tau pa lagi nak jadi..Non mesti tau punya..Tak nak share ngan kawang2 ka?

Sambung menyambung coli tu actually adalah breast cancer awareness programme. Walaupun dia berlangsung di Cyprus tetapi ia mendapat sokongan sedunia dan 114 ribu lebih baju kecik tu adalah hasil derma sedunia untuk menjayakan programme tu..Depa bukan buat saja2...

Sesiapa ladies atau pun men yg pi market ka weekend ni, klu nampak pari, tolong minta simpan ekoq dia.. Aku nak bagi kat Madud...

WASSALAM

REKOD DUNIA...

Salam...

Betul lah Dude..Link hang tu dok cita yang sama je..Bila yang hang update? Klu setakat buang apa yang tak patut ada kat situ, bukan update nama nya..Tu spring cleaning..Hahahaha

Terbaca dalam SUN hari ni, "The Silly Things That People Do"...

Kisah mamat Sri Lanka yg buat rekod tengok TV selama 72 jam. Mamat ni jugak ada beberapa rekod dunia seperti naik escalator selama 5 hari tanpa henti dan bergerak sejauh 225km tanpa pergi kemana2. Pas tu dia jugak pemegang rekod merangkak sejauh 56km. Duduk atas rocking chair selama 75 jam pun dia buat jugak dan menggosok 639 garments dalam masa 55 jam tanpa henti..Amacam? Dahsyat ka Gila? Dahsyat tu. Bukan senang nak buat benda tu semua. Mental dia kuat. Bukan setakat tenaga dia saja. Suresh namanya.

Pompuan kat Cyprus pulak sambung coli depa dan membuat rekod dunia sambungan coli yang terpanjang. 111km panjangnya dan mengandungi 114,782 coli. Aduh..banyak tu kan? Apakah agaknya yang Madud boleh buat supaya capai world standard dan terkenal sedunia...Dok dalam CC tanpa keluaq selama sebulan maybe?

Ministry of International and Industry atau MITI mencadangkan agar sesiapa yang ada kereta berumur 15 tahun keatas boleh trade in dan ambik keta baru at a discount of RM5K. The catch is, kena tambah hutang lagi lah. Kereta setua tu, definitely dah tak dak hutang lagi. Kerana nak kejar RM5K tu, hutang kita akan bertambah lagi dak? Cherokee aku 1995. La ni 2009. Baru 14 tahun, belum layak lagi. Tunggu setahun lagi. Masaalahnya ialah ada ka kedai keta yang sanggup nak accept trade in keta2 yg tua ni? Keta continental pun depa dah berat nak ambik, ini pulak keta yg tua.. Berat tu..

Nampak gaya kena pakai keta ni sampai dia hancoq lah no..Tapi syok. Cuma dia punya spare part ngan minyak dia la..kuat cikit. Actually aku nak jual kepada yang interested. Plate PDC. Baru siap cat dan tukaq absorber. Cost me more than 5K. Genuine buyers, boleh kontek. Gambaq kat atas tu dari internet..Jeep aku tu steering dia sebelah kanan. Aku takut sat gi orang cam Madud akan komplen dan buat joke. At one time dulu, bila aku balik Penang ngan bas, Madud lah yang akan jadi parking attendant untuk keta aku. Tapi nak tinggai kat dia kena boh minyak, klu tak muka dia masam. Parking fees dia pun kena bagi jugak. Thank you very much Madud untuk segala yang hang dah buat utk Jeep aku tu, sampai kemek sikit kat pintu yang tak dapat di kesan kena UFO apa.. Hahahaha..Aku pun tak kisah lah dude..

Aku pun dah lega sikit bila Labu Labi n Hj Bakhil punya episode dah berlalu dengan senyapnya apabila Hj Bakhil teruih diam.. Ada lah sesuatu yg dia dok pikiaq camana nak hentam Labi nanti..hehehehe.

Lama sudah aku kat opis aku ni hari ni..Hussain Nasik Kandar, Jerai Plaza. Meja aku yg dekat ngan power point lah..Hahahaha...Opis paling best sekali, sebab nak makan..order je, tak dak rokok pun order je, serba serbi adalah.

WASSALAM....

EKOQ PARI

Salam semua...

Koden...aku akan cuba dapatkan ekoq pari gambaq kat atas tu. Ni pari ayaq tawaq yg depa tangkap kat Thailand..Besaq gila kan? Agak2 nya, ekoq ni cukup kut kalau nak selinap belakang Madud. Hang belilah belt dia tu, aku akan pi cari ekoq pari ni.

WASSALAM..

Saturday, February 21, 2009

BATMAN...

Salam...

Baru dapat call dari Zubir, all the way from Kangaq, Indra Kayangan. Dia mintak aku tolong sampaikan kat Koden yg nak pi Kangaq supaya jangan lupa call dia.."Everything on the house" kata dia..

Oklah tu Bat, tak sat aku tengok dia menarik diri dari alam siber sebab quota time dia dah cukup. Samaada anak dia atau bini dia lah yang suruh dia berhenti tu. Yg tu semua minor decision yang orang lain kena buat kat dia..Dia tunggu Major saja..

Mungkin next week bila free sikit, aku pung boleh gak pi cari Bat kan? Best jugak..

Tentang Tonto ngan Hj Bakhil ni, nampak gaya Hj Bakhil dah mula diam dah. Adakah kerana Tonto dia tarik diri tak mau gang ngan dia?

WASSALAM

TIMA KACIH..

Salam...

Aku dah settle ngan pak aku dan dia pun dah ok nampaknya...Thank you for all of your concern. Terima Kaseh banyak2.

Aku lanie dah ada kat SP pulak. Ada kerja nak kena settle ngan gang2 kerja aku kat sini. Pagi tadi sebelum balik sini, aku jumpa ngan Lid. Kami breakfast kat depan Mesjid Kepala Batas. Cik Ma Nasi Lemak. Best gak nasik dia. Operator dia ni Datin bini Datok Hashim...Super duper senior kita tu. Sedap nasik dia..Simple but nice. Memang lauk dia banyak lah lagi, tapi Nurul bini Lid dah order kat aku teloq goreng ngan bilis. Nasik double pulak tu..Dia ingat aku makan cam laki dia kut..Terpaksa lah perabis..Sampai tengahhari dok kenyang lagi..Check it out gerai ni bila hampa around there...

Aku lanie dok ngan Lid dan bini dia yg balik dari Penang. Singgah SP, tayar pancat pulak. Tak sangka aku kereta harga 1 Juta pun tayar boleh pancat. Ingat kan dia inflate sendiri kaa apa ka. Apa lagi kelam kabut lah kedai tayar tu sebab tak dak saiz. Keta mahai lah katakan..Aku biaq je lah depa kat kedai tayar, aku pi buat kerja aku lah. Finally dapatlah tayar tu..1.3k sebijik..Amacam? Aku settle kerja mai kedai mamak Al Shifa, depa pun selesai pasang tayar mai lunch ngan aku..Depa pun dah chow after paying, tapi aku kena tunggu budak2 aku nak kena buat medical checkup pulak.

Actually apa yang Koden komen pasai parent tu amat betui sekali. Aku try my best to cater their needs lah. Anyway ni 1st time aku buat projek yg dekat ngan AS.

Madud kata : Tang RONSON ejaan dah betoi dah,, mai PETIK API jadi petit? apa ? Dah jadi perancis plak ka? petite heheheh.
Apa laa salah dia dok meraih ka apa ka, janji ada masyuk.
Aku bukan jelas,. aku risau kluark habis crita aku dulu2 saja. aku tak harap ngan hangpa dua ni. hehehehe

Mulai sekarang kita ni dah ada penganalisa ejaan. Jadi hampa kena berjaga2. uma dia tak luku macam mamak Maidin je. Dia ni gang Hj Bakhil. Tapi aku hairan ngan statement dia yg dia takut cerita dia keluaq cerita apa ha? Ni membuat aku pikiaq camana nak buat pendedahan. Terjah.. Kisah apa ya? Cerita bengkel ka? Cerita surau ka? Kina? Pikiaq Koden..

WASSALAM..Batt low dah ...

Friday, February 20, 2009

LOQ STAQ..

Salam..

Tadi mak aku call kata pak aku dok muntah2 pulak. So aku pun balik lah tengok dia. Aku singgah kat Ali Nasi Lemak, beli 4 bungkus, daging ngan teloq , bawa balik, dia kena separuh, lega lah nampaknya..Dok relax tengok Gerak Khas dah tu.

Aku spend the night kat sini lah. Esok bawa dia gi check up ke apa ke..Hj Bakhil..Sorry, can't see you tonite. But definitely see you in cyberspace.

Tadi on the way balik, ada lah sebijik Kancil ni melompat mai depan aku masa dok queue kat Toll SP Utara tu. Mai dok depan sikit pada aku, terus henti dan bagi signal nak masuk. The Gentleman that I am, surely give way one..Tunggu dia masuk, tapi lewat sangat, Tengok belakan keta ada P. tengok dalam keta, seat belakang ada 4 kepala bertudung. Yg rebar tu difficulty nak lepas 1st gear . Berat agaknya.. Ok lah..Bla lepas toll dia camana ka terbelakang sikit. Aku pun relax je drive 100km/h, tiba2 dduussshh Kancil tadi meloncat lagi sebelah aku dan terus potong ngan lajunya. Rasily 120 kut. Naik risau aku tengok depa tu. Budak2 muda semuanya. Kelajuan depa tu boleh membahayakan dengan drebar yg kurang pengalaman camtu. Terus membuatkan aku slow lagi dari 100 and take a slow relaxing drive..Enjoying MP3 aku..Classic rock...
Mungkin dengan memandu laju camtu baru dia boleh gain experience kut. Hopefully dia sempat lah gain. Jgn lose dah..

Panas..panas..panas..

Cuaca amat humid sekali. Lembab..panas..melekit2 badan..

WASSALAM.

MULA KATA...

Salam..

Ingat Sufiah? Budak genius kat UK tu yg jadi social escort? Ok..happen tu check out her mother punya website. Actually dia ada tulis buku camana dia raise 4 org anak dia sampai semua masuk UNI sejak kecik2 lagi. Dia jual buku dia kat dalam site ni. Tetapi dai ada gak cerita sikit sebanyak secara ringkas lah about Sufiah..Go HERE.

Semalam, lepas kerja, Siti dah turun mai ke SP. Aku terus bawak dia pi makan nasi kandar NAINA. Dia suka habis.. Tak sat dia call aku kata dia dah jatuh cinta ngan nask tu. Pejam mata boleh rasa lauk dia katanya..Siap suruh aku bungkus utk bawa balik Penang lagi..Dia siap buat promo kat opis di lagi dan a few fellas dah siap tanya how to get there dah..

Hj Bakhil baru bagi tahu aku yg dia dok kat simpang traffic light yg dekat ngan tempat aku berada sekarang..Yg best nya tadi dia tanya aku bila boleh jumpa utk mengata Labi...Aku ni bahagian mengata ni suka sangat lah..supaya dapat modal nak bercerita nanti..Hahahaha..Cover Line?

DIK DI said...

Hoi Labu,
Hang pandai betoi,Tak dak org la yg tera mcm hang. Labi tak tgk lagi ni. Kalau dia tgk nanti ada saja yg dia nak pekena kat Hj Bakhil pulak.Hj Bakhil ni tak kesah tapi jangan bagi dia "LESING" dah la!!!.

Ni komen dia kat post Labu Labi n Hj Bakhil tu..

LESING...



Salam..

Sembahyang pung tak senang lah pikiaq kan kutu2 yg dok shout tu.. Meriah sungguh. Hawaq ngan kawaq pun dah keluaq dah..Itulah kemesraan nama nya...Nama timang timangan lah bagi depa dua ni..Nama manja...Macam adik beradik..Jgn risau bagi kawan2 yg lain..Memang biasa depa ni camni, cuma ni kali pertama dalam blog lah...N.A.T.O..No Action Talk Only...

Bila dah nak berjumpa dan bersemuka susah sangat, sibuk sangat, ni lah laman kita. Kata pi lah apa oun as long as jgn maki hamun dah la. Lagi pun aku tak risau sangat benda tu, kita dah mature sangat dah untuk ambik hati perkara cam ni, tapi sekiranya ada jugak aku akan pastikan dia tak memudaratkan lah. Aku delete komen yg aku tak berkenan.

Sedapnya Dik D kata aku pandai cover line..Line apa yang aku dok cover pulak? Aku ni kan moderator, dok tengah tengah, tetapi sifat hipokrit aku tu akan keluaq juga kadang2..hehehe. Tak malu aku nak ngaku actually.

Enjoy the short movie guys...

LABU LABI n HJ BAKHIL

Salam semua...

Aku yang sebenaqnya tak tau apa yang dah transpired sehingga terjadi nya "bickering" antara kawang2 semua. Tetapi bila aku tengok nama2 yang terbabit, with the exception of Fazie, aku tak kisah langsung dah. Sebabnya, cakap2 macam ni lah yang dok buat gang2 terbabit ni mesra. "Lepa" semua ni bukan boleh cakap elok2 lama sangat. Yang aku tau, cuma dalam blog ni saja yang depa dok cakap elok, tapi la nie depa dah dok tembak sana sini, kira ok lah tu. Ini lah senario sebenaq bila kami berjumpa face to face. Tapi aku tau deep down, kami amat menyayangi antara satu sama lain. Kalau tak dak feeling gitu, kita tak akan nak ambik tahu langsung sakit demam member ka, memba susah ka, memba senang ka, memba menikah lagi satu ka dan sebagainya lah. Hahahaha...aku sayang kat hampa semua..

Cerita Labu Labi ni dah lama keluaq actually. Boleh lah disamakan Labu tu akulah kut, sebab debab sikit kan..Labi tu Koden lah, sebab iras2 Labi memang ada kat dia pun. Tapi jangan lupa, Labu dan Labi takkan boleh complete cita dia kalau watak utama Hj Bakhil tak dak. Paling sesuai dan bertepatan Dik D lah...Lumrahnya, Labu Labi akan mengata kat Hj Bakhil lah. Kadang2 Labu Labi berkelahi jugak bila mai masa berebut Manisah. Tapi sat saja, dah kena cerok ayaq je, jagalah depa dari mimpi tu..Hahahahaa..

Ni lah aku rasa kemesraan yang tak boleh dapat ngan orang lain. Maksud aku, bila kita bersekolah sekali dari kecik, bonding kita ni lain sebenaqnya. Walu pun 30 tahun tak jumpa, tapi kita masih boleh rapat, boleh dok bersembang sampai kul 2/3 pagi. Tak habis topik. Chong yang 38 tahun tak jumpa, lepas bersembang kat Pelita hari tu, keesokkan harinya dia mai pulak ke Shah Alam, siap kami sambung lagi sampai tengah malam. Hampa tau dak yang Chong ni boleh menyanyi? Karaoke dia ngan aku kat Kelab Shah Alam hari tu. Actually utk pengetahuan Labi, lagu time2 kita dulu Chong boleh ikut...hahahaha.

Cheerio..As solat..

WASSALAM

Thursday, February 19, 2009

PUKUL 3 pagi....

Salam...

Aku ni sebenaqnya tak leh nak tidoq lagi. Baru siap buat progress report utk meeting besok. Masuk blog, baca lah musykil hampa 2 ekoq ni. Yg sebenaqnya bukan cerita sedih. Adalah dia dok mengata hang sikit sebanyak. Biasa lah kita ni, kalau kawan tak mengata sapa lagi nak mengata kan? Sajalah, masa sembang2 tu terkeluaq lah sikit sebanyak. Aku pun tak heran dan tak kesah kalau hangpa bila bersembang dan start mengata kat aku...Biaq pi lah kan. Mampuih pi la..Hahahaha.

Sungai Petani la nie panas sungguh. Malam pun dok panas lagi. Sungguh berbeza ngan Park Avenue kat Penang. Sejuk gila...Tepi bukit lah katakan. Tempat aku kerja tak payah cita lagi lah. Kalau komplen panas pun depa nanti kata, "Nama pun Gurun..What do you expect?". Aku setuju lah tu. Dah 2 hari berturut2, mai petang nak senja je, nampak cam nak hujan. Tapi false alarm. Setitik pung tak tirih. Lagi satu yg masaalahnya kat sini, bila panas, aku buka tingkap. Apa lagi, nyamuk berpusu2 masuk. Depa memang dok tunggu aku buka kut. Nak ketuk depa tak pandai. Suspeng gak sebab sini banyak kes Denggi ngan Chikungunya.. hari tu depa dah buat fogging kat area aku dok tu. That shows there's a case of denggi or chik. Mula dulu, masa aku baru mai, aku bukak gak tingkap. Aku dah letih, biaq je lah nyamuk tu nak feed atas aku. Esok pagi bangun aku tengok banyak nyamuk atas lantai..Depa terlalu kenyang sampai tak leh nak terbang. Apa lagi, aku tenyeh lah. Geram dan frust tengok darah aku yg depa dah keluarkan dari tubuh aku..

Talib tadi pi meeting ngan USM, sebab katanya USM ada keluarkan ubat untuk slim kan badan. Tapi belum dinamakan lagi dan agaknya Talib dah dapat rights utk marketkan dan packing serta menamakan ubat tu. Walau camanapun, aku dah offer diri untuk jadi guinea pig dan test ubat tu sebelum di marketkan. Rupa2nya, dia dan Nurul(bini dia) memang dah plan nak cuba atas diri sendiri dulu dan sekiranya berjaya barulah nak start jual. Gambaq before and after mestilah kena tunjuk. So, kalau aku slim nanti, hampa taulah yg ubat tu berjaya dan aku akan start promo lah..hahahaha. Bukan takat slim saja, kononnya ubat tu boleh bagi kulit yg kendoq semua cekang balik. Ta dengaq tu saja terus nak. Dia pun nak cekangkan, kulit dia lah agaknya.

Lagi satu berkenaan respon Dik D ni...Aku rasa dia akan respon sooner or later. Mungkin dia nak bawak kita semua pi makan buffet ke kat hotel mana2, karaoke ke kat mana2. Cuma kalau jadi karaoke, Madud kena mai sorang sebab klu berdua aku ngan Koden nanti susah dan mim lam wau alif ta...hahahaa..Pengalaman kat Ampang dulu banyak mengajar kami berdua. Sampai nak pi kencing pun susah..kan Koden kan???

Koden kata nak pi Kangaq next week, boleh la singgah dan kita pi kena nasik kandaq Naina. Kangaq boleh cari budak nakai tu, Zubir. Polis kat mahkamah tinggi kut.

Aku la nie ada kawan baru sorang yang aku jumpa kat PFK. Dia ni dari kompeni STS yg supply labour dan depa ni jugak kira cam in house kontraktor utk PFK lah. Nama dia Nasir. Nama glamour dia "Manggis". Hampa rasa nama tu familiar tak? He is the original artist utk kartun manggis dalam komik Ujang tu. La nie, lepas Ujang dah tukaq towkay depa semua kartunis lama ni dah belah. Actually dia ni Chargeman by profession. Kepala dia best. Rumah dia macam gallery. Nanti aku akan masukkan art dia dan sculpture dia dalam blog ni utk tatapan hampa semua. Mungkin dia kenai ngan Zulkifli Ibrahim kut no..Esok aku tanya dia.

Non Jalil ni reporter. Jadi dia masuk blog ni sebab kawan2 je lah. Tulisan dia lagi ngancam. Bila aku telek balik tulisan Mamat Anonymous tu, kemungkinan besaq dia lah..Pasai tu bila aku address dia aku tulis Mamat aNONymous..Betui ke tekaan aku ni Non?

Ok lah aku chow dulu. Esok nasib baik meeting kul 3 ptg. Boleh la relax sikit.

WASSALAM...

Wednesday, February 18, 2009

SALAM

Salam sejahtera..

Ada baca berita ka ini hari? Talcum powder boleh menyebabkan kanser ovari. Makanya, SM Mohd Idris dari Persatuan Pengguna Pulau Pinang mengesyorkan agar "BEDAK SEJUK" di gunakan sebagai pengganti talcum powder...Ini satu peluang untuk kita terokai. Buka kilang bedak sejuk. Baru best kan? Sila baca kat SINI. Dia siap cerita tentang studay yang telah dijalankan dan sebagainya lah. Kita ni dok guna talcum powder ni sejak masih bayi lagi kan? Umoq pun dah setengah abad la nie. Apa nak buat, kajian depa lambat sangat. Walau camanapun, pakat2 lah pikiaq camana kita nak memertabatkan bedak sejuk....Cap 59.

HILMI MALIK...Ini lah hamba Allah yg dikatakan ex boyfren Eli Wong.. Dia jugak lah yg polis dok cari katanya. Tapi yang bestnya, Azmin Ali kata dia ni memang ahli PKR...Tapi ini cuma spekulasi saja no...Tak dak kesahihan lagi..Aku terbaca SINI.

Tadi Talib ngan bini dia singgah kat SP on the way back to Jitra from Penang. Sempat jumpa dan sembang2 kat kedai mamak. Rohita pun singgah jugak, balik dari Penang jugak. Ta adalah memperkatakan sesuatu tentang Koden, tapi aku tak sampai hati nak boh kat sini. Koden..sorry lah. Hahahaha..Aku sedih gak dengaq.

WASSALAM

Tuesday, February 17, 2009

KEDAH MENANG LAGI..

Assalamualaikum...Salam sejahtera semua..

La nie dah kul 10:26pm, mengikut jam kat fon aku. Aku dok dengaq radio live, Kedah lawan KM Naza. Kedah leading 2-1 la nie. Gang kat rumah aku pun dok main bola ngan play station depa.

Terdengaq cerita salah sorang sahabat kita jugak lah, selalu kebas kebas hujung jari dia. Tak tau lah samada doktor ka atau dukun ka, sudah bagi petua kat dia agar petik gitar untuk menghilangkan rasa kebas tu. Aku dengaq dia pun dah beli gitar elektrik siap ngan Amp nya sekali. Awat lah sampai beli gitar karan utk nak petik2 saja. Pada aku baik beli gitar kapok yg ternyata talinya lebih keras lagi dan better utk physio kan? Biaq pi ke depa lah no!!! Baru aku SMS dia bertanya habaq berapa lagu dah yang dia boleh main? Katanya dia petik2 saja. Buta muzik jugak nampak gaya. Apa pun, semoga cepat sembuh dan cepat pulak belajaq muzik agar petikan dirumah tu tak menyakitkan telinga ahli keluarga semua.

Oh ya... Zul abang Pak 'At dah pulang ke rahmatullah 2 minggu sudah. Aku pun dapat tau dari Zaini. Pas tu baru Pak 'At cita. He's been fighting cancer for quite sometime it seems..Al Fatihah.

Game Kedah pun dah tamat. Kedudukan tak berubah seperti yang aku cakap tadi..2-1. Menang 3x berturut turut. Syabas...

Mungkin Madud nak buka cita yg terjadi kat Chegaq pulak kut? Cerita ni pun dah jadi teater klasik jugak, sebab dah lama. masih black and white masa tu..hahahaha. Tak payah lah kut Madud, biaq dia berkuboq kat situ je lah. Nanti ada kutu dok provoke lagi, silap2 boleh kacau dunia nanti...

BUY TIME

Salam..

Love to share this with you guys.....

Can I Borrow £25?


A woman came home from work late, tired and irritated, to find her 7-year
old son waiting for her at the door.

SON: 'Mummy, may I ask you a question?'

MUM: 'Yeah sure, what is it?' replied the woman.

SON: 'Mummy, how much do you make an hour?'

MUM: 'That's none of your business. Why do you ask such a thing?' the
woman said angrily.

SON: 'I just want to know. Please tell me, how much do you make an hour?'

MUM: 'If you must know, I make £50 an hour.'

SON: 'Oh,' the little boy replied, with his head down.

SON: 'Mummy, may I please borrow £25?'

The mother was furious, 'If the only reason you asked that is so you can
borrow some money to buy a silly toy or some other nonsense, then you
march yourself straight to your room and go to bed. Think about why you
are being so selfish. I don't work hard everyday for such childish
frivolities.'

The little boy quietly went to his room and shut the door..

The woman sat down and started to get even angrier about the little boy's
questions. How dare he ask such questions only to get some money?

After about an hour or so, the woman had calmed down , and started to
think:

Maybe there was something he really needed to buy with that £25.00 and she
really didn't ask for money very often The woman went to the door of
the little boy's room and opened the door.

'Are you asleep, son?' She asked.

'No Mummy, I'm awake,' replied the boy.

'I've been thinking, maybe I was too hard o n you earlier' said the woman.
'It's been a long day and I took out my aggravation on you. Here's the £25
you asked for.'

The little boy sat straight up, smiling. 'Oh, thank you Mummy!' he yelled.
Then, reaching under his pillow he pulled out some crumpled up bills.

The woman saw that the boy already had money, started to get angry again.

The little boy slowly counted out his money, and then looked up at his
mother.

'Why do you want more money if you already have some?' the mother
grumbled.

'Because I didn't have enough, but now I do,' the little boy replied.

'Mummy, I have £50 now. Can I buy an hour of your time? Please come home
early tomorrow. I would like to have dinner with you.'

The mother was crushed. She put her arms around her little son, and she
begged for his forgiveness.

It's just a short reminder to all of you working so hard in life. We
should not let time slip through our fingers without having spent some
time with those who really matter to us, those close to our hearts. Do
remember to share that £50 worth of your time with someone you love.

If we die tomorrow, the company that we are working for could easily
replace us in a matter of hours. But the family & friends we leave behind
will feel the loss for the rest of their lives.

ELI ...


Salam semua...

Pada aku lah kan, bila tidoq ni, aku pun cam Eli Wong gak...tak suka ada pakaian yang melekat kat badan. Hahahaha.. memang puas tidoq camtu..Lega rasa nya..Anyway kan bilik tidoq kita je kan?

Tapi gambaq diatas, dari pergerakan tangan dia tu, macam Eli Wong dok kata jangan buat pasai tidoq telanjang..Nanti ada kutu mana ambik gambaq, distribute..habis. Kena resign kerja.

Ya lah kan...politikus yang di lantik oleh rakyat, kut mana pung nak kena at the best of behavior. Kena sentiasa pleasant bila orang tengok..walaupun in the privacy of your room...

Me, feel for you Eli...Take care..

HANG DIAM

Salam...

Betui apa yang Koden kata tu..Memang dia hantaq SMS tanya bila aku nak balik KL. Aku pung jawablah maybe early march ni aku ada kat KL. Definitely aku tanya pasai apa, mungkin ada apa hal penting ke apa ka? Dia jawab balik, Rindu...hehehehe. Aku pun senyum je lah..hahahaha.

Sapa jugak lah Guest yang masuk shout dan suruh Dik D belanja tu? Tak dak nama ka depa ni? Susah sungguh nak boh nama depa. Memang patut pun lah kalau Dik D nak buat kenduri kat kawan2, sebab dia dah senang la nie. Bukan senang lah, dah mewah..Alphard ada, dual purpose Kawasaki ada, siap pakai drebar lagi aku dengaq la nie dan yg terbaru aku dengaq dia beli rumah berharga 500k kat SP. Macam mana aku tau? Dia lah bagi tau aku dan aku tengok sendiri pung ada gak. Kan Dik D kang? Betul, betul, betul.... Ini bukan mengata, ini cerita benar. Aku salute kat dia kerana dapat menaikkan taraf diri dia. KUDOS...

Gambaq ni aku ambik using camera laptop, kat OldTown KopiTiam kat SP hari jumaat yg lalu. Jumpa dia punya pasai lah aku tak jadi balik Pg hari u..Sembang sampai kul 2:45am. Dari KopiTiam sambung ke kedai mamak..Maqbul...Disinilah aku dengaq cerita tu semua. Dia belanja aku. Yang dahsyat tu bila dia call aku sebelum keluaq jumpa dia tu, suruh bawa laptop aku. Nak dok kat tempat ada Wifi so that dia boleh surf blog 59ers. Computer savvy, sungguh pikiaq aku..
Telepon dia pung leh access Wifi gak..Maju kawang aku nie..

Anyway, aku ada satu pesanan untuk Dik D.."Dik D! Hang dok diam...jgn komen apa2"...hahahaha.

Dua tiga cerita dah keluaq dalam blog ni tentang musibah kawan2, apa salahnya kita tengok kawan kita yang berjaya pulak? Kan kan kan???...Betul betul betul!

Ok settle dengan promo kepada "ADUN to be"...oooppsss..Sorry tersilap..Backspace button rosak, nak kensel tak leh..

Terdengar al-kisah tentang pertemuan kita semua di Kelab Golf DarulAman tempoh hari..
KONONNYA: Bila ramai sangat gang "FORM" maka gang "TINGKATAN" tak rasa selesa dan menghindar diri dari hadir...walaupun ada yang dah siap nak datang tetapi selepas mendapat panggilan telepon dari yang telah hadir, terus KENSEL...

Hello??? Hello??? Last sekali aku sebut aku ni dari Form atau Tingkatan adalah 33 tahun yang lalu..33 tahun..Bukan nya sat...Lama... Masih nak kena mengasingkan diri ke. Masih nak kena cerita pasai kelas kita ke? Kalau tak silap aku(MAJOR decision maker utk majlis), majlis ni kita buat untuk bertemu kembali dengan kawan2, sahabat handai yang membesar sekali ngan kita, yg sama2 kena rotan ngan kita, yg sama2 dok sorak bila pasukan bolasepak SMJ main, yg lama kita tinggalkan...Mungkin dulu di sekolah kita tak pernah sembang, tapi muka mesti kita biasa tengok punya...apa salahnya kita guna masa yang tak banyak dah untuk kita semua ni, untuk mengeratkan lagi sillaturrahim sesama insan..

Sudah lah...!! Hentikan lah...! Berpuak puak ni semua tak dak seronoknya langsung..Meluat betui aku....


WASSALAM..

Sunday, February 15, 2009

SPY

Salam semua...

Aku memang sengaja dok tengok kemana komen2 keatas tajuk tangkap basah tu nak tuju. Nampaknya dah habis lah kut. Semua dah cerita ngan terang dah. Selalunya dalam hal ni, orang ketiga tu yang dok cungkil sakan. Tak salah jugak kat dia kalau naluri ingin tahu tu kuat atau naluri nak menyusahkan kawan pun kuat jugak. Hahahaa... Anyway kita treat perkara ni sebagai sembang2 dan usik mengusik dah le.. Benda yg dok cerita pun bukannya baru berlaku bulan sudah, I'm sure it happen more than 20 years ago, right? Bior je lah.."Kenangan Lalu"... Tak mungkin masih ada orang yang nak jealous ka, nak marah ka dsb nya. Kalau ada lagi yg camtu, maka ghaplah sungguh lah pemikiran dia. Bawa jumpa psychiatrist lagi baik..

Sudah lah..Kita tutup je subject tu. Cerita lama mana syok. Masa tu gambaq tak dak colour lagi. Masih black and white. Hahahaha.

Walaupun cerita lama tapi menarik hati Dik Di nampaknya. Hangpa tau lah dia ni, bukan senang nak puas hati dengan explanation yang tak menepati citarasa dia. Hahahaha.

Anyway aku pun sibuk sikit la nie dan 3G kat rumah yg aku dok di SP ni, so susah sikit nak update blog. Mungkin ramai yang dok ikut dok tengok kisah Naina Nasik Kandaq banyak hari dah. Actually, semalam sekali lagi aku pi makan kat sana. Mmmmm..sedap..kenyang.

Aku rasa menjual nasik kandaq adalah satu bisnes yang lucrative jugak bila mendapat sambutan. Although dia bekas pemain bolasepak negara, tak salah untuk dia menceburi bidang ni selepas dia bersara dari bermain.

Kawan aku yang sedang berjaya dalam bisnes dia la nie pun ada berjumpa ngan aku kat SP baru2 ni. Dia ada jugak menceritakan hasrat dia untuk mengembangkan bisnes dia lagi, tapi totally diverse from what he's doing now. Dia ajak aku buat trading dan jugak MLM. Aku sebagai biasalah mana ada modal untuk join bisnes venture yg besaq2 ni. Aku suggest dia start semua dan maybe aku boleh join dia later as a management partner later on ke...Dia ada jugak cerita product yang dia nak bawak masuk tu..Ada gadget2 spy yg banyak digunakan oleh James Bond dan juga ubat untuk menguatkan tenaga...hahahaha.

Maybe next time, companay tu boleh lah kita namakan SPY LEMAN INC.

Wednesday, February 11, 2009

NAINA Nasi Kandaq

Salam...

Dude !...Memang betuilah apa yang hang kata...SUNYI !...Lepas aku balik dari KL je, terus sunyi blog ni. Hang ngan aku je dok interact. Yg lain aku tak tau apa jadi kat depa. Dok berebut komputer ngan anak2 ka atau depa segan nak jampok. Tapi yg menjengok diam2 ada ramai.

Anyway...tadi balik dari PFK Gurun, aku singgah kat Bedong. Naina nasi kandar. Stall yg betui2 kat simpang traffic light nak masuk ke Bandaraya Bedong tu. Nasik dia memang sedap. Dia start kul 4:30ptg. Orang bertali arus. Hari ni menu yg aku makan ialah kurma kambing, teloq rebus yg digoreng dan bersambal serta teh o ais. Aku kaut jugak dalca dlm periuk besaq tu dan sangkutlah terung ngan tengkok ayam + kaki ayam sebelah. RM4 harganya..Murah gila..pada aku lah. Seedaaaap...Gambaq Naina kat bawah..
Ha..ni gambaq masa dia wakil Malaysia. Naina ni satu batch ngan Radhi Mat Din punya time lah. Kat stall dia tu, logo sign board dia siap ada lukisan Piala Malaysia, dan tertera kat situ, Juara Piala 1990. Kalau lalu kut situ, singgah2 lah. You wont be dissapointed.. Food is gooood..

Klu hampa nampak dia, la nie dia nampak cam M.Zain..."tu yang Pak Aji suka tu...."

WASSALAM

KEDAH MENANG....

Salam semua...

Own ada sms aku balik, tapi dah lewat lah masa tu. Betullah, dia memang sibuk mesyuarat. Meeting sana sini. Tak kisah lah tu. Maybe next time. Tapi yang heran Kim Teng terus tak jawab dan tak tau berita dia. Mungkin dia tak save no aku kut..Whatever...

Finally...Kedah menang ngan menumpaskan KL Plus. Aku teringat Winning 11, proggramme game bola dalam komputer. Masa kita main game tu kekadang terasa lengoh jari dan frust bila player kita tak leh lari laju. actually thats what happen bila hang tengok local football kita main la nie. Semua nampaknya cam dok simpan tenaga atau pun tak fit untuk berlari dan mengejaq bola. Nampak letih je depa semua, walaupun 1st half. Punyalah tumpui serangan depa...Hopefully depa boleh pick up la lepas menang semalam. Tapi aku rasa sifat tamak striker tu kena kikis buang lah. Semua asyik nak score sendiri walaupun ada pemain yg berkedudukan lebih selesa utk score. Tak mau pass..Nak score gak.

Kawan aku yg kat kopitiam yg aku post hari tu dah kontek dan explain pasai apa dia pi kopitiam walaupun dia tak suka tempat tu. Betuilah cam aku kata disebabkan kawan dia tu.. Anyway semoga.....

Kemarin aku jumpa memba kat Jitra. Ada satu masaalah yg dia hadapi la nie. Aku pun kesian gak tengok dia. Anak dia yg dok bagi masaalah kat dia. Baru form 1, pompuan pulak, dok lari ikut boyfriend. Bfren pulak tak berjenis. Sekolah tak mau. Kena tukaq sekolah dulu sebab tumbuk cikgu, la nie dok bawa lari anak dara org pulak. Depa ni daring. Boleh mai rumah dia kul 3 pagi bawak keluaq anak dara memba kita ni. Memba bangun pagi sedaq2 anak tak dak dlm bilik. Cari pi cari mai dapatlah, lalu dia pun buat repot polis. Tak perlu lah aku bagi tau sapa, tapi harap kita ambik iktibarlah benda2 camni.

Bila aku korek cita dia, rupanya budak pompuan ni terlalu dikongkong oleh abang tiri dia. Terlalu sangat. Memba kita ni pun tak berani nak sound anak tiri sebab dia pun tak well off, dan kerja pun sat ada sat tak dak. So nak mengata lebih dia takut nanti patah balik kat dia. Bini dia je yg sole bread winner la nie. Susah lah kan. Anyway aku rasa dua beradik ni kena pi kaunseling lah utk bagi elok balik situasi.

Masaalah sebegini banyak terjadi di kawasan luar bandar kan? Mungkin minda depa tak terbuka sangat. Tak leh atau tak berani nak let out problem depa kat mak bapak dan famili. Jadi bila dapat sorang yang sanggup dengaq problem depa, apa lagi, dia sayang lah. Sanggup buat apa saja.

Teringat aku ngan iklan dalam radio.."TAHUKAH ANDA DIMANA ANAK2 ANDA SEKARANG?".....

WASSALAM....

Tuesday, February 10, 2009

LOQ SETAQ

Salam...

1st and foremost, Dude, hang jangan dok buat leceh kata towkay tak log in. Tak tengok ke posting aku. Hang siap suruh azan semua dalam komen...Yang aku tak shout tu sebab aku meluat dok tengok hang cari muka hang dalam gambaq sekolah tak jumpa2. Heran jugak aku orang yang tak kenai muka dia sendiri ni. Adakah hang cuba nak lupakan zaman tu maka hang erase gambaq wajah hang kecik2 dulu? Hahahaha...

Aku kat Aloq Setaq lanie. Baru sudah memperbaharui lesen keta. Adalah kerja2 lain lagi yang membawa aku mai ke AS ni. 4:30 tadi aku try call Own dan Kim Teng, nampak gaya dua dua tak mau jawab although fon dok ringing. Mungkin sibuk..Anyway dok teringin jugak nak tengok bola malam ni. Kedah vs KL Plus. Senang pada pemikiran aku untuk masuk stadium, sebab Kedah tengah dok kalah. Pasti tak ramai org.

Anyway...aku dah kontek Pak Ad ajak tengok bola. Dia counter aku balik ajak aku gi mancing. Pancing ni tak dak dalam itinery aku langsung actually. Sebabnya bagi aku memancing ni boring. Aku tak suka. Period. The closest aku dengan pancing ni adalah semasa aku kecik2 dulu dimana aku pi tahan "taut" ka org panggil. Potong buloh pendek2, boh tali, boh kail, sangkut cacing pastu pacak kat batas bendang. Tinggai. Petang mai kutip. 1st day aku buat tu dapat jugak ikan. Kena boh banyak lah batang buloh tu. 2nd day aku tamak lah. Tambah lagi batang buloh. Petang pi kutip..1st ada ikan, 2nd ada ikan, 3rd, sambil dok jalan pi dah dengaq bunyi dia dok kelupoq dalam ayaq. Aku teruja...Hampeh..Ular ayaq dah lekat kat situ lah. Aku ngan ulaq, its best hampa pukui aku dulu kalau jumpa kami berdua. Hahahaha. Ulaq dalam TV pun aku tak suka tengok. Apa lagi, aku teruih belah. Taut yg lain pun aku tinggai habis. Balik rumah Tok aku, ni cerita kat Aloq Janggus lah. Aku bagi tau Tok aku ngan Wan aku, depa gelak... Depa suruh aku kutip yg lain aku tak mau. Last2 Wan aku ikut aku pi kutip, sebab dia tak tau aku pacak kat mana. Tu pun aku dah tak mau pi dekat lagi. Tunjuk dari jauh je...Hehehehe..I miss both of them. Love them .

Well Pak Ad cakap depa nak naik bot pi pancing. Aku tak mau sebab tak selesa sat gi pening nak termuntah ngan ombak semua..Count me out aku cakap. 2nd call dia kat aku, dia kata memba dia tu bukan naik bot, tapi nak naik sampan. Dia pun tak mau pi. Ada chan lah pi tengok bola ngan dia.

OK..Cheerio guys...

WASSALAM.

Monday, February 9, 2009

THAIPUSAM

Salam..Peace upon you...

Kelmarin aku turun pi meronda kat depan rumah dimana depa dok buat perayaan Thaipusam. Jalan Utama, bermula dari traffic light nak masuk Jesselton Av, polis dah block. Jadi jalan tu hanya untuk depa buat perayaan depa lah. Untuk hampa yang tak pernah tengok, mai aku cerita sikit. Sebenaqnya ni pun first time aku betui2 jalan meronda tengok.

Sepanjang jalan tu depa set up stall. Dan juga jalan yang akan dilalui oleh tokong besaq depa yg tak jadi menikah tu akan ada stall yang akan boh lah tokong depa kat situ. depa juga supply free drinks untuk prg ramai yang berarak kat situ. Stall tu depa decorate lah dengan sound system yg kuat dan singgahsana utk tokong depa akan display kat situ.
Bila berjalan kat situ aku rasa nostalgia lah macam masa aku pi backpacking kat India, zaman muda dulu. Tourist pun ramai jugak yg ambik peluang melihat sendiri perayaan ni, yg katanya kat India pun tak se grand Malaysia buat. Gambaq atas tu kat Jln Utama lah.

Gambaq diatas ni kira macam dia bayaq niatlah dan dia ni akan berarak dari Weld Quay(dekat Jetty) sampai ke Kebun Bunga. Jauh tu. Siap cucuk pipi lagi. Best part is kalau hang nak ambik gambaq, depa akan posing lagi. Dalam dok jalan2 tu, terjumpa gak ngan member aku yg sambut Thaipusam ni. Dia cukoq kepala dia saja. Tak dak lah cucuk menyucuk. Gambaq kat bawah.
Kalau hampa nampak stall kat belakang tu, semua nya di sponsor oleh company2 yg ada kat Penang. Gambaq ni aku ambik kat depan Stanton Technologies punya stall. Member aku tu nama Mano.. TNB, Telekom, DAP, Intel dan banyak lagilah company/persatuan yang ambik bahagian. UMNO tak dak lah. Actually MIC aku taknampak, mungkin depa buat kat tempat lain kut. Mustahil depa tak dak. DAP punya stall buat betui2 depan rumah Karpal Singh.
Pompuan ni dok menari tak henti2..Macam org kena rasuk. Besi yg cucuk kat bibir dia tu sat sat ada org mai betulkan sebab dia menari ngan ghairah sekali..Wail wail.. Yg dok menari nari saja pun ramai jugak..



Hampa tengok je lah..Aku pun lepas jalan dekat 2km berhenti kena teh tarik, pastu balik rumah. Good exercise...

WASSALAM.

Sunday, February 8, 2009

BALIK UTARA

Salam semua..Peace be upon you...

Rancak sungguh tentang kisah sis kita yang di aniaya suami ni.. Tapi macam org katalah kan..tak fair utk kita pass judgement by listening to one side of the story kan? I'm sure ramai yang kenai dengan sister kita ni. Aku pung kenai dia dan bapanya. Although bapak dia tak kenai aku. Sister kita ni aku rasa 1st time jumpa dia masa kita buat reunion kat Etong kan? Anyway, aku memang amat simpati sekali ngan predicament that she has to go through. Walau apapun, Allah is great. Memang kepada Nya lah kita kena serah kalau segala yg lain tak jadi. Kita dah usahakan? Tapi aku teringin jugak nak tau rupa dia camana..Ada gambaq ka?Kut kut boleh tendang perut dia pulak..hahahaha..Joking....

Hari Jumaat tu aku sampai B'worth kul 3 something kut. Gang aku sangkut sikit sebab kete depa ada problem. Terpaksa lah aku tunggu depa utk pass kunci rumah sebab kunci rumah kat SP tu ada kat aku. Kul 6 baru depa sampai. Tak kisah lah..pastu aku balik Penang.

Sabtu aku plan nak gi B;worth, SP and Gurun sebab nak check out harga material untuk buat kerja nanti. Pagi tu nak keluaq dari rumah punya lah seksa sebab depa yg celebrate Thaipusam dah penoh membanjiri Jalan Kebun Bunga, tempat tinggai aku. Keluar dari gate je dah sangkut... RELA yg jaga trafik pun dah kelam kabut sebab depa tak dapat kontrol org yg park kiri kanan jalan, langsung tinggai satu lane dan kalau nak selisih kena lah ada org jaga. Adus letih sungguh. Finally dapat keluaq jugaklah.

Cross jambatan je, aku call Kamal. Ajak dia minum kopi. Memang dia right person utk tanya barang2 elektrikal ni kat B'worth. Jumpa dia belakang Mega Mall, kedai mamak. Pas minum dia ajak aku gi opis dia sebab dia la nie kena thumbprint every 2hrs. Management baru katanya. Pas tu dia intro aku kat office mate dia..Rozita. Rupanya depa ni dok baca blog ni, dan Rozita dah guna petua kencing manis yg aku boh kat sini dulu utk mak dia..Insyaallah semoga mujarab.

Pastu Kamal bawa aku ronda kat Mega Mall sat dan kami pun keluar pi Elektrikal Shop utk source barang. Selesai sourcing, kami gi makan nasik kat Permatang Nibong kan? Aku pun dah lupa nama dia. Makanan dia jenis masakkan kampung dan org pumyalah ramai. Tapi tempat dia besaq. Seating no problem, cuma parking sikit ada problem lah..

On the way nak balik opis Kamal, dia tunjuk aku rumah dia. Aku teruja sebab terjumpa satu grup budak below 12yrs old dok main baling kasut. Ingat tak bila kita susun kasut macam unggun api tu, lepas tu pakat baling ngan kasut jugak. Sapa boleh runtuhkan kira menang lah.. Kamera tak bawak...

Aku ke Gurun dan Guar Chempedak pastu, pasai kerja lah. Aku sebenaqnya plan nak balik awai sebab takut chariot yg berarak tu sampai kat tokong rumah aku tu. Ada pulak kawan yang ajak aku minum kat SP. Kat kopitiam pulak tu. Setahu aku, last aku jumpa dia, dia tak nak gi kopitiam sebab dia kata dia tak tau dan tak suka makan kat kopitiam2 semua. Different kan. Mungkin kawan yg bersama dia tu kut yg membuatkan dia makan kat situ..well..apa apa lah..asal bahagia. Jgn tanya sapa kawan tu, sebab aku rasa tak mau cerita sapa dia.

Kelam kabut pastu aku balik, dan pi beli barang2 makanan sebab tak mau keluaq rumah sampai hari Isnin. Jam gila kat Scotland road. Memang aku bersedia dah. Siap beli junk food utk layan aku dlm keta. Hahahaa.

Memang dah start procession pun. Memang dah block jalan. Mujoq polis ada sediakan pas utj residen semua..Selamat sampai walaupun jln macam semut daa..

Friday, February 6, 2009

JOURNEY

Salam...

Aku nak bertolak ke Gurun sat gi. Dah pack semua pastu aku postlah sikit sebelum aku power down puter ni.

Aku ucapkan terima kaseh banyak kepada semua yg beri sokongan pada sister kita tu. Bukan setakat sokongan je kita boleh bagi actually, kalau nak kaki pukui pun kita ada jugak. Depa semua tak sabaq2 nak tau yang mana satu jantan yg memalukan jantan2 sedunia dengan perangai nya yg buruk sangat tu.

Aku dah naik perasaan benci sangat kat ex-laki sis kita tu bila dengaq cita camni. Tapi ya lah kan..we leave the punishment to god. Kalau jumpa di tepi jalan kita tolong je lah percepatkan punishment tu kan???

Aku rasa KASI pun tak memadai lah..Tukaq sex dia teruih..Biaq dia Aaawww pulak. Hahaha. Pikiaq2 la kan..heheheeh

So, memang betui lah Jabatan Agama beroperasi macam tu no! Terjawab sudah musykil aku. Tapi pasai apa depa camtu...Mungkin depa tak nak galakkan penceraian ke apa ke kan! Tapi betuilah jugak, kalau mata dah lebam, memang dah tak leh nak bertahan lagi kan..Sampai perut yang ada anak pun diterajang nak suruh sabaq atau bersatu semula camana..Bagi dia target utk terajang lagi lah kalau camtu..kan?

Tentang Chong budak mana tu sorry lah aku kata Changloon. Lepas jumpa dia baru confirm dia budak Asun..Anyway Asun ngan Changloon bukan jauh mana..Jalan yg sama gak kan? Ramai boleh cakap Siam belah tu..Put Thai me dai....Nik noi Nik noi...

Ok..chow dulu..Will post once settle kat Gurun nanti..WOW..

WASSALAM

Thursday, February 5, 2009

DISKRIMINASI

Salam...

Bila ada ramai wanita yang menyatakan benda yg sama camana Sis kita kata berkenaan Jabatan Ugama yg lebih mengutamakan lelaki dan selalu menyalahkan wanita, betui ke? Apa sebab yang jadi camtu? Memang sepatutnya depa buat camtu ka? Susah aku memikiorkan. Anybody yang ada info about this dan ingin menerangkan minda kawang2, sila lah jampok. Aku pun banyak kali dengaq ungkapan yg sama dari wanita yg lain.

Kalau boleh sesiapa clarify kan benda ni..

Own..welcome back. Lama sungguh menghilang rasanya. Terima kaseh banyak lah atas segala kata nasihat dan terjemahan ayat2 suci yg selalu own paparkan..

WASSALAM

PERIT...

Salam...Selamat Pagi...

Masa kat Pelita Nasik Kandaq semalam, aku terharu dan juga bercelaru jugak pemikiran buat sementara bila aku nampak penghuni meja sebelah kami. Sorang lelaki dan 2 perempuan. Aku lebih dok perhati depa dari gang kat meja aku.. Reason nya bukan lah aku ni menyibuk ke, kaypo ke, pompuan tu cantik ke, jantan tu handsome ke ..none of the sort. Lelaki tu pi order nasik. Pompuan semua dok kat meja lagi. Yang mengharukan aku ialah lelaki tu tak ada tangan. Kedua belah tangan dia tak dak. OKU. So aku teruja sangat nak tengok dia makang camana. True enough, dia pegang sudu ngan kaki dia. Cekap nye. Kaki dia dah jadi tangan..Lepas makan dia boleh hisap rokok lagi..Cuma this time, Cheng yg lightkan rokok dia...

Aku respek betui lah org camni. Depa independent walaupun tak cukup anggota badan nya. Hilang niat nak komplen tentang kehidupan bila tengok betapa hamba Allah tu gigih mengharungi hidup walaupun tak dak tangan...

Ibu tunggal kawan kita ni ada komen tentang peritnya hidup bila suami tak mau tanggung jawab tentang anak2. Dia salahkan si suami pada artikel tentang ibu yg abandon anak kat flat tu. Dia juga cerita perit hidup dia la nie..Apa yg boleh aku kata ? Sabaq je lah dan suruh dia pi lah Jabatan Ugama ke utk minta nafkah anak2 melalui mahkamahSyariah lah..Itu je advice yg aku boleh bagi..

Aku pun heran jugak hati perut jantan yang cerai ngan bini dan terus jugak bercerai ngan anak. Boleh ka? Hati perut jenis apa tu ha? Anak sampai mati pun anak kita. Takkan boleh tukaq. Jantan yg macam ni patut di "KASI" teloq depa...Geram aku. I go thru this too....

WASSALAM

PERAK JATUH

Salam..

5:30pm...aku pun off power supply ke laptop aku, getting ready nak balik, tiba2 masuk msg dalam phone...Breaking news Star..BN dah take over Perak!..Interesting..connect balik ke internet, cari Star online dan terpampang lah semua...Forward to a few friends..

8:00pm...On Klasik Nasional, dengaq berita ringkas, memang cerita yg atas tu saja depa cerita. Habis berita aku dah sampai ke Pelita Nasik Kandaq, Subang Jaya. 80% pelanggan semua dok tengok news TV3 dengan tekunnya..Mamak pun sudah kuatkan volume. Confirmed...

Perut lapaq, order nasik, balun sorang2..Habis makan sekoq pun tak sampai lagi..8:37pm dah. SMS Koden..tak jawab dia, tup tup dia sua tangan salam sebelah aku. Cheng ada dlm keta dia..Baru sembang sat..Kolonel Hj Hasaza pung sampai...Chong ada mana ha? "On the Federal Highway dah", Koden habaq..

Ah Chong sampai lepas semua org dah separuh gelas habis minuman. Betui cam koden kata, muka dia tak berubah..Tapi dia nampak slim dan handsome...Seingat aku dulu dia chubby sikit, walau pun dia dok kata aku ni chubby masa sekolah dulu..Sekolah Rendah dulu...Sembang pi mai, pi mai..aku bawa turun laptop dan buka gambaq sekolah dulu..Tup tup baru nampak yg kami 5 org kat situ telah bersama dari Darjah 1 sampai Darjah 6...For a short while we travel back to 1966 till 1971...For that period of time semua pakat senyum je...Cheng ngan kenangan manis dia, Chong ngan kenangan dia, Hasaza, Koden n me...Sambil bercerita sambil dok tengok gambaq kecik2 dulu...Happy thoughts je...

Ada yg dok mintak gambaq, jadi aku boh lagi sekali lah utk sapa2 yg nak download, silakan...

Ngantok dah..tidoq dulu..

WASSALAM..

Wednesday, February 4, 2009

KISAH NAMA TUHAN

Salam semua..

Hampa kena amati apa yg mamat ni cuba sampaikan...Aku suka...

“Allah" is the Arabic word for The God, not just any God, and is thought to derive from the prefix al ("the") and the generic ilah ("god"). Hence, the La ilaha il Allah ("There is no god but Allah") in the first half of the Islamic Shahada. What about Arabic Bibles? Do Christian Arabs use "Allah" in their scriptures? Sure, Arab language Catholic, Coptic and Orthodox scriptures indeed use the term "Allah." But the issue here is not about usage of "Allah" in Arabic Bibles. It is about Christian literature written in Bahasa Malaysia, yes Malay, Melayu, the Bahasa Kebangsaan. And this is about the Malay Bible, the Kitab Injil Melayu.

Shouldn't the Malay language Bible carry a Malay name for this Christian God in view of the unequivocal fact that the Arabic "Allah" has always been regarded as The God of the Muslim majority in this country, not necesssarily in other countries, but in this nation of ours? O.k., what then is the generic word for "God" in Bahasa Malaysia? "Allah"? No, as mentioned, that's Arabic for The God. Would Hindus and Buddhists and Sikhs and Taoists and various traditional faiths dotting our hinterland also regard "Allah" as their God or supreme deity? No. They have their own Gods with their own God-names since antiquity. O.k., then why should some Christian denominations in this country demand the right to use "Allah" in their Malay literature? Isn't there a more accurate generic Malay term for this Christian deity to match the generic English term "God"? Yeah, how do you express a non-Islamic "God" in Malay?

Is this the issue?

Is this what the masalah is all about?

You know why this became a masalah?

Because you church people are largely language retards when it comes to Bahasa Malaysia. Your vocabulary of 200 words couldn't possibly fathom the lexiconical dexterity of our National Language, and with your lazy, cincai and typical tidak apa way to problem solving, you just curi and hantam whatever fits your needs -- in this case equating my Allah Subhanahu wa ta'ala to your own deity and holy beings.

Listen, the generic word for "God" in Bahasa Malaysia is “Tuhan.”

Yes Tuhan. Repeat after me: TU-HAN. No not TIU, its TU. Again, TU-HAN.

Interesting kan? Hangpa boleh sambung lagi baca SINI.

WASSALAM

HADIRIN

Salam...

Dik D dok shout dalam box kata nak mai...mai aje lah. kami tak panggil tu takut hang tak kenai ngan Chong. Sebab apek ni takat Ahmad Tajuddin je. Tapi pasai ada meeting pulak tu yang payah ceritanya..Kita jumpa kat kelab Dangdut je lah..Lewat sikit dak? Hahahaha...Jgn marah bro..

Anyway its open to everybody..Sapa rasa nak mai..silakan.

CHONG NYUK CHONG

Salam semua...

Ada sesiapa yg kenai kah dengan gambaq yg kat atas tu? Chong Nyuk Chong, budak Changloon kut kalu aku tak silap. Koden happen to meet him kat RnR Tapah dan malam ni, jam 8:30mlm, bertempat di Pelita Nasi Kandar, Sek 15, Subang Jaya, kami akan bertemu. Lepas Std 6, aku dah tak jumpa dia..Lama tu.38 tahun?

So sesiapa saja yang nak mai sila lah..Mamat Anonymous pun mesti kenai ngan apek ni. Sila hadirkan diri. Pakaian casual je. Tak payah pakai suit ke, batik ke...

Tadi lunch ngan Koden dekat opis aku, jadi disebabkan aku dah nak belah next week maka tu lah kami arrange gak malam ni nak jumpa ngan Chong. Aku dah call Rajan tadi, the minute aku kata "hello" je, dia dah marah aku sebab tak bagi salam kat dia. Sebabkan kedai tu ramai org maka aku tak keriau kat dia balik. He knows about the rendezvous malam ni dan kata kat aku "Insyaallah...aku kena check schedule anak2 aku dulu"...Biasa lah kan.. Aku call gak Zainuddin Ahmad or Din ILY, tapi dia berada jauh sekali..kat Bandung. Dok buat roadshow dia lah..All the best Din.

So..anybody interested for some teh tarik ke, nasik kandar ke atau apa sajalah yg Pelita boleh offer, silalah jgn malu dan segan. Untuk yang berada jauh, aku akan laporkan lah nanti..Own mana ha? Lama tak dengaq habaq..

WASSALAM

Wail wail..



Assalamualaikum...

Bila pagi buka NSTP online, wajah sayu baby ni yang terpapar didepan. Awat lah sampai sanggup buang anak. Pada pendapat aku lah kan, ibu dia ni mungkn mengalami masaalah kewangan ke dan tak dapat nak jaga bayi ni ngan elok. Sebab kalau dia nak buang tentu dia buang dari umoq 2/3 hari dulu tak? Tak taulah mungkin ekonomi la nie yang mencoretkan nasib bayi ini. Adus..tak sampai hati aku tengok muka dia lah..Sedih..Esok besaq camana dia..




Al Fatihah - Nazri Abdullah, pengadil bolasepak tersohor di Malaysia telah pulang ke rahmatullah. Aruah ni ex TNB staff dulu kat Prai. Org lama kenai dia sebagai Letchu..

Meninggal di Canary Island semasa dok bagi coaching kat referee katanya. FIFA dok arrange lah tu nak bawa balik Kulim. Takziah kepada keluarga Nazri..




8hb. hari Ahad maka kita rakyat Malaysia akan menyaksikan sambutan Thaipusam bagi penganut ugama Hindu. Tokong terbesar kat Penang tu terletak dekat ngan tempat aku duduk di Penang. Tiap kali Thaipusam ni samaada kami meninggalkan rumah atau dok rumah tak keluaq2 lagi. Polis issue pas utk keluaq masuk bagi penduduk situ tapi nak bergerak pun tak boleh. Klu dapat berniaga kat situ best. Kawan aku, India lah, berniaga bihun goreng je kat situ and he makes almost 4K dalam masa 2 hari. Tapi non stop lah dok goreng bihun tu. Berbalui lah kan!

Cerita Thaipusam ni sebenaqnya, bagi gang2 di Penang lah kan, kata depa Tokong depa tu nanti berarak dari tempat dia kat Weld Quay tu pi ke Waterfall Rd untuk berkahwin. Bila kahwin dia akan dok di Waterfall lah. Tapi tiap2 tahun tak jadi kahwin, sebab tu lah dia akan berarak naik turun ke Waterfall...Ni bukan cerita dari penganut ugama Hindu, tapi cerita dari gang mamak2 di Penang...Perete semua..Wail wail..wail wail..wail wail..

Minggu ni aku balik Penang dan terus start kat Gurun lah lepas tu. Kalau rajin dan tak jam aku masuklah Penang, kalau tak, aku terus SP saja.

Rajan mungkin sambut sakan kut. Cukoq kepala ke apa ke..Cucuk menyucuk ni aku rasa dia takut sikit kut...hahahaha.

WASSALAM

Tuesday, February 3, 2009

ALLAH...

Salam...

Tak sunyi aku hari ni, rasa cam dok kat kedai kopi pulak. Cerita sikit ada saja yg dijampuk oleh "Mamat Anonymous" ni..Bapak suka.. "tententen" pun ada. Koden tak yah cakaplah.

Well..news mlm ni pun dok cerita kisah kerajaan Perak je lah. Apa lagi. Depa dok buat cerita bagi suspen je kan?? Macam Spa Q pulak. Nak kena ikut hari2..Aku tak lah ikut Spa Q tu, tapi kekadang bila buka TV dia muncul aku pun layan lah.

Pastu ada lagi satu petition yg dihantaq oleh rakyat mukim mana tah..aku lupa..protes wakil rakyat mana ka yg bersekedudukan. Sg Petani kut..Anyway depa hantaq petisyen tu kat Sultan Kedah sebab kononnya dia tu (yg dituduh) penasihat kepada Sultan Halim jugak! Kacau jugak ni kan.. Interesting..Makes our life colourful...Sapa dia tu? Anybody knows..before the mainstream news gets it?

Petang tadi lepas kerja anak aku ajak pi makan. Sambil makan ada pulak gambaq Indon, channel 9 kut. Ada yg monyet menjelma jadi budak pompuan ka apa ka..lebih kurang camtu lah.. Sambil makan sambil layan lah..

Mail Luntoq pun lama tak bermadah. Atau dah habis kata2 manis dan tukaq kulit ke apa ka manalah tau kan. Kemarin masa aku dok surf cari gambaq team Malaysia yg dolu dolu punya, terdapat satu gambaq Looi Loon Teik..terus teringat Loon Toq.. Mana lu?

Memang menarik jugak argument dalam petisyen yg Kristian Malaysia hantaq kat Pope. Betui jugak apa yg Koden kata tu..Betui jugak mamat ano kata tu pun..Kita dah percaya Tuhan tu satu, jadi bagi aku Tuhan depa tu Tuhan kita lah. Kalau dah nak ikut nama Allah kena ikut lah ajarannya dalam Al Quran. Mungkin they are working towards that kut...Who knows?

WASSALAM..

NAMA....

Salam...

Aku terbaca petition ni dalam Jebat Must Die. Aku pun ciplak utk share ngan semua. Petition ni dihantar kepada Pope untuk guna nama Allah dalam kitab depa..Bacalah dan renungkan lah....

Pope Benedict XVI
Holy See, Vatican
Rome, Italy

Your Holiness Pope,

In the Name of Allah, the Compassionate, the Merciful[1]

(i) We, the Christian peoples of Malaysia as undersigned below, would like to obtain a holy decree from you ascertaining that the name of the Deity mentioned in the bible is indeed Allah.
(ii) For more than 20 centuries this Deity has not been mentioned by name and we now understand that His holy name is Allah, the same one that has been used in the Quran of the Muslims.
(iii) In the event that we obtain this decree from you, we would also like to request that each and every copy of the bible in this world at present and the ones printed in the future shall bear the name Allah too.
(iv) What would your holy order be regarding the teachings of Allah as promulgated in the Quran seeing how, as mentioned in (i) above, this God is no different from ours. In particular what would your holiness imply as regards to dogmatic issues in the new testaments especially the ones formulated by Saul of Tarsus (who have never met Jesus in person) as opposed to ones whom this Allah directly teaches in the Quran.

We would more than appreciate it if you can respond favourably to this and have some indication dates on when can the world-wide bibles be re-printed with this name Allah in it, so that we ourslves may enjoy this name to be mentioned in our own bible here in Malaysia.

Thank You

We, the Christian Community of Malaysia as undersigned:-


GODAM

Salam..

Hahahaa..Bila mamat ni tak nak bagi nama, nampak gaya Koden dah bara. Sabaq Koden..hang tu sakit belakang. Nanti bongkok baru ada akai.. Get well soon.

Aku tak kisah sangat lah nak bagi tau nama ke tidak, kekadang kawang2 lain nak jugak tahu sapa disana. Blog ni pung memang utk kawang2 kita je. Klu ada org lain yg interested tu kira alhamdulillah jugak lah.

Apa hampa baca dlm akhbar hari ni? Apa tajuk utama depa? Tak habis lagi kisah katak yang nak lompat ke tak nak lompat ke...Rupanya BAPA depa ni lagi cekap dan memang dia(Ketua) tak percaya anak2 buah dia. Sebab tu depa sign surat letak jawatan sebelum PRU12 lagi. Kira kepala otak dia ni best lah kan!

Kat Kelantan ada sorang mamat ni dah kena tangkap pasai curi 2 paket MILO. Katanya nak bagi anak minum..Betui ke? Nak bagi anak minum hasil curi ke? Atau saja kata nak cari simpati..Apa pun curi tetap salah...GODAM sama dia.

Godam ni yang sebenaq nya bila aku check balik asal usul perkataan ni adalah perkataan omputih..GOD Damn..Dpt kat Melayu jadi lah Godam.Begitu jugak ngan KICAP. Asalnya Ketchup. Hampa besa dengaq term "kong kad" tak? Klu yg besa buat kontrak, pekerja harian ni depa ada satu kad yg catit depa kerja jam berapa, balik jam berapa dan O/Time berapa jam. Sebenaqnya nama betul nya ialah COUNT card..Banyak lagi perkataan yg kita ciplak..Aku dah tak ingat..Hangpa semua ada ingat lagi ka?

BREAKING NEWS: Nampak gaya pilihanraya kecik kat Perak tu tak jadilah. SPR dah tolak.

Dalam ekonomi daok naik turun ni pun depa dok berebut kuasa. Hampa tengok lah sat. Hipokrit gila depa ni semua.

This is my last week kat Selangor ni. Aku nak pi ke negeri PAS pulak. Hahahaha.

WASSALAM

BAPAK TERLAMPAU...

Salam semua...

Semoga hari ni membawa keceriaan untuk semua. La nie banyak dok cerita kisah sumbang mahram san sini kan? Apa lah nak jadi depa ni semua. Dah terpadam langsung agaknya pemikiran depa ni kan. Syaitan boh Ray Ban gelap kat depan mata depa kut. Sebab tu lah depa buta dan tuli langsung tak dapat memilih antara baik dan buruk.

Ada satu video yang aku terima hari ni dan aku harap dapatlah sama2 kita ambik iktibar dari paparan ini.


BAPAK..... -

WASSALAM