Monday, May 31, 2010

MIRI DLM KENANGAN...

Selamat Tinggal MIRI - Karikatur kat ataih ni mengisahkan gang kami lah . Watak2 utama adalah, APIS, PAIT, AKU, KATON & IMAM..(hasil karya KATON)

Replika pelantar minyak yg terdapat di muzium Petroleum. Muzium canggih, dok atas Bukit Canada, boleh nampak seluruh MIRI kat atas tu, tapi signage utk ke tempat tu hampeh. Muzium tu sendiri pun macam tak di jaga ngan rapi..Gerai2 makan kat situ semua dah tutup, mungkin kerana kurang promosi dan tunjuk arah yang kurang maka tak ramai yg naik pi tengok. Sayang..

Ini lah yang dikatakan telaga minyak yang pertama di Malaysia. Kononnya org kampung dulu jumpa minyak ni dan depa guna untuk tampal bot atau perahu depa yang bocoq. Sampailah Mat Salleh mai, baru depa hirup habih minyak...

Ni pun kat telaga tulah..Katanya tahun ni depa akan sambut 100 tahun usia telaga pertama di temui di sini..Depa namakan dia Grand Old Lady...

Pagi2 aku dok jalan kut sini untuk breakfast..Bayangkan kalau ikan pun dah boleh naik Haji?..Ni lah kata kata Koden bila aku tunjuk kat dia...

Bila weekend beginilah keadaan rombongan Cik Kiah dari Brunei yang mai berbelanja di MIRI..

Display yg kami pamerkan..

Cik Siti dok tawaq menawaq Batik Sarawak kat MIRI Handicraft Center. Adalah 2/3 helai yang dia wak balik..

Lepaih satu gerai, satu gerai dia masuk jamu mata..Beli dak jugak..

Atas dan bawah ni gambaq Bengkel Mengayam Rotan yang diberikan oleh pihak Kraftangan Sarawak kepada murid2 sekolah..Noble idea..


Ni lah lebih kurang gambaq yg aku rakamkan semasa 1 bulan di MIRI..Rasa sedih gak bila nak bertolak ke Kuching pagi tadi...Aku dah janji ngan Teksi supaya mai ambik aku kul 6 pagi, tup tup aku sedaq pukui 7am. Kelam kabut aku pagi tadi, takut terlepas belon. Gang2 aku ambik tiket kul 12:45 t/hari, aku yg nak pi pagi sebab nak confirm hotel dan sebagainya..Nasib baik lah "DAN" jugak pagi tadi...

So lanie aku ada kat Kuching lah dan kami akan bermula kat Waterfront esok, insyaallah..

Untuk kawan2 yg bagi sokongan dalam FB dan jugak thru SMS, aku ucapkan berbanyak2 terima kasih...

Ni depa dok buat cita pasai nak adakan gathering kecik kat Shah Alam besok malam.. Pengaturcara dok gugat Iman aku suruh balik join, depa ingat dekat ka apa ka...Seberang laut tu.. Hehehehe..

WASSALAM...

(Tgk kepala lah,klu teringin aku berenang balik je....)