Tuesday, November 10, 2009

KELATE oh KELATE

Salam..

Tahniah Negeri Sembilan yang mencapai kemenangan mutlak dalam perlawanan akhir Piala Malaysia tempoh hari. 60 tahun menunggu, akhirnyo dapek juo wak balik Pialo tu..

Nak royak guano lagi dok tahu doh peranga penyokong Kelate nih..Bukan la nie je...Dari dolu2 pun depa dah camni. Fanatik gila babi betui. Kalu takat fanatik cam gang Kedah yang selalu dok menang atau pun Selangoq tak pa jugak, tapi ni jenih nak merosak harta benda, baling mercun, tak kisah keselamatan orang, apa kebenda depa ni ha?

Ada yang menggelar Kelantan tu serambi Mekah yang membawa maksud yang amat dalam sekali, tetapi kalau tengok pulak penghuni nya yang menelanjangkan perangai depa kat dalam stadium tu aduh ..malu aku, geram lagi banyak yang sebenaqnya. Dalam hati aku dah memang ingin sangat nak tengok Nogori monang, sebab Kodah tak do mlm tu.

Lain kali, penyokong Kelantan ni kena pakai seluaq dalam je masuk Stadium supaya depa tak leh seludup mercun dan bunga api masuk dalam...Hehehehe...

WAHABi

Salam semua...

Bila terbaca komen Non dah rasa berat pulak topik Dr Maza ni. Terima kasih banyaka lah Non kerana banyak memberi maklumat yang aku tau dia peroleh dari sumber2 yang boleh di percayai. Reporter lah katakan...Penyamun dalam Ali Baba Bujang Lapok pun suka kat reporter..Kan? Lawak je Non, jgn dok marah dan buat serius muka hang tuh...

Mazlee pun call aku katanay dia nak tau lebih lanjut pasai Wahabi ni maka dia dah kontek Mat Saman dan IbnuS dengan senang hati bagi sikit ulasan kat dia. Aku mintak permisi Mat Saman utk masukkan dlm blohg ni, sukacita dimaklumkan bahawasanya permohonan aku tu lulus.... Mula tu aku ingat nak copy dan boh kat sini, tapi aku ada idea yang lebih baik dan boleh meramaikan lagi pelawat ke laman IbnuS maka aku linkkan saja NOTA UTK MAZLEE. Klik je pastu sampailah ke tempat yang dituju.

Terdapat beberapa link lain yang menceritakan atau memberi penerangan lebih meluas tentang WAHABI dan salah satunya dari JAKIM yang bertajuk 'Fahaman Wahabi Berasaskan Pemikiran Ibnu Taimiyyah' Oleh: Ghafani Awang Teh (JAKIM).

Wikipedia
pun ada kisah WAHABI ni..

Semakin aku korek kisah2 Wahabi ni semakin terasa gerunnya aku jadi aku rasa eloklah aku stop takat ni dulu...

WASSALAM