Monday, May 18, 2009

BB50-19 hari lagi daa....

Salam semua....

Aku balik AS 16hb. Sambut B'day Pak aku yg ke 74. Ok lah kan..dia pun seronok sikit. Petang dia sudah ajak aku pi Changloon, teringin nak makan limau bali, aku pun bawak lah dia pi. O the way, hujan lebat hampa kata...Lepas beli buah(tengah hujan), semakin menjadi2 hujan nya. Ayaq dah penoh atas jalan. Kat simpang Napoh tu, siap ada keta yang tenggelam..Munkin ayaq dari tanah tinggi kut yang turun mai, pasai tu lah highway tu hampa kena berjaga2 kalau hujan lebat.

Aku singgah kat Jitra, minum kopi kat Nasmir, right in front pintu SMJ. Opposite front lah. Teringat kat Own, aku pun SMS dia dan dia jawab suruh aku tunggu 15min, dia akan sampai. Dia sampai, kami pun sembanglah. Dia tak dapat nak hadir katanya untuk 6.6.09 ni sebab ada hal kat Penang kut. Tapi aku suruh lah dia cuba make it, singgah sat pun jadilah kan?

Hari ni dah 18hb. Lusa aku nak kena pi bayaq deposit kat MBR. Aku pun tak tau lagi samada kita ni cukup korum ke tidak. Camanapun, aku konfiden yang Majlis kita ni akan berjaya. 

Nazri Bomba pun dah siap bayaq dan definitely akan hadir. Rashid, katanya scrum half SMJ dulu pun dah setuju nak hadir. Yang lain2 tu camana ha? Aku pun tak dengaq habaq langsung.

All set, cuma tinggai 19 hari lagi. Mungkin kengkawan dok tengok 19 hari tu maka belum mai semangat nak confirm. Kemungkinan besaq depa boh majlis ni sebagai No2 atau 3 dalam priority depa. Maklumlah, setakat nak jumpa kawan dan celebrate 50 tahun bersama2 mungkin tak teruja sangat. Jangan lupa bahawa majlis seperti ni sekali saja kita buat. Takkan ada lagi sebab lepas tu semua dah lebih pada 50 dah..Tunggu 60 pulak lah. Tu pun kalau aku sihat dan kuat lagi untuk melalut dalam blog ni. Tu pun kalau hampa sihat dan larat lagi lah.

Kalau boleh, lets have a head count betul2 sebelum aku pi bayaq deposit nanti..no?

WASSALAM