Monday, December 14, 2009

KELUBI

Assalamualaikum...

Kita melalui saat sedih hari ni dimana ayahanda kepada Fatimah Zahrin @ Ain telah pulang ke rahmatullah awal pagi tadi.

Dapat tahu dari Fazie bahawa Mazlee ngan Kamal serta Roshita pun hadir. Terima kasih lah diucapkan kerana depa semua dianggap sebagai mewakili kawan2 lain yang tak dapat hadir, termasuk lah aku.

Apa yang aku nak sampaikan disini adalah tentang "REUNION" lunch yang sedang di ikhtiarkan dengan gigih sekali oleh Mat Saman. Depa cuba nak campurkan gang "Form" ngan gang "Tingkatan". Usaha yang amat murni sekali.

Tetapi aku tengok respon dari gang "Form" nih amatlah sejuk sekali. Apahal ha? Buat kat Kelubi je, bukannya jauh. Siang pulak tu. Tengahari. RM15 seorang. Tak patutlah kalau hampa nak komplen dan tak setuju. Mungkin reason yang hampa boleh bagi sekali ni dan selalunya adalah kenduri yang banyak. 26hb adalah "Boxing Day", sehari selepas krismas. Hari yang sama Tsunami melanda negara kita 4/5 tahun yang lalu. So jangan buang masa, konfom je dan sama2 lah kita menjayakan usaha murni ni. Aku dah konfom, Kamal dah, Mazlee dah, Fazilah pun dah. Kita jumpa disana..sana..sana...

TARIKH : 26HB DISEMBER 2009
TEMPAT : RESTORAN BENDANG D KELUBI, JITRA.
JAM : 11:30 PAGI.
SUMBANGAN : RM15.00 - SEORANG
RM25.00 - PASANGAN
RM35.00 - SEKELUARGA

Pembayaran:

Nama : Ahmad bin Md Saman
Bank : Bank Islam
Akaun : 12029010015552

Sila konpom sebelum 15hb Disember melalui SMS ke no 0193224895 (Mat Saman) atau 0174581075 ( Aliyah Ramli). 10 yang terawal konfom akan ditaja secara percuma. So jangan tunggu lama lama, nanti diambil orang...

Ada tambahan info atas permintaan Mazlee dan Kamal demi memudahkan semua. Selain bank Islam, buleh juga guna Maybank atas akaun Aliyah binti Ramli no. akaun 1520 6868 2184 , HP : 017 458 1075 atau bayag masa datang kelak. Sila SMS sesudah bank in dan sila konfom nak datang bagi yang nak bayag di tempat event.

WASSALAM...

Al Fatihah

Assalamualaikum...

6:34am..Terima berita dari Bandung..Innalillah..Kembalinya Cikgu Md Taib ke rahmatullah..Takziah pada keluarga Fatimah Zaharin dan Mat Lawi...

7:00am..Kamal hantaq msg yg sama..

Al Fatihah