SATURDAY 6th DECEMBER 2008 | SUNDAY 7th DECEMBER 2008 | ||
6.30pm - 7pm | TJBYTJC* Winners | 6.30pm - 7.10pm | Island Jazz Connection (Malaysia) |
7.10pm - 7.50pm | Adibah Noor (Malaysia) | 7.20pm - 8pm | Jeon Youngse Trio (Korea) |
8pm - 8.40pm | Pascoal Meirelles Trio (Brazil) | 8.10pm - 8.50pm | Ray Harris & The Fusion Experience (UK) |
8.50pm - 9.30pm | Jaume Vilaseca Quartet feat. Violetta Curry (Spain) | 9pm - 9.40pm | Friend N Fellow (Germany) |
9.40pm - 10.10pm | Djabe feat. Steve Hackett (Hungary & UK) | 9.50pm - 10.30pm | Tran Manh Tuan Band (Vietnam) |
10.30pm - 11.10pm | Aseana Percussion Unit (Malaysia) | 10.40pm - 11.20pm | API (Andy Peterson Inc.) |
*TJBYTJC – The Jimmy Boyle Young Talent Jazz Competition (Programme is subject to change) |
Saturday, December 6, 2008
JAZZ
AIDIL ADHA
Hari Raya Aidul Adha juga dikenali dengan Hari Raya Haji kerana diperintahkan juga di dalam bulan itu umat Islam yang mampu untuk menunaikan Haji ke Baitullahil Haram. Haji pada segi bahasa bererti menuju sesuatu tempat suci. Dari segi istilah syara', Haji bererti berziarah ke Masjidil Haram (Kaabah), melakukan wukuf di Arafah dan sa'I antara Bukit Safa dan Marwa dengan cara tertentu dalam waktu dan niat yang tertentu.
Berkumpulnya kaum muslimin dari berbagai bangsa dan bahasa, yang berlainan rupa dan kulit di suatu tempat (Makkah) menjadi gambaran berkumpulnya manusia di Padang Makhsyar di akhirat kelak untuk menerima hisab bagi setiap amalan yang dilakukan di dunia.
Hari raya Aidul Adha juga disebut Hari Raya Qurban kerana ianya mengingatkan kita kepada peristiwa perintah qurban Nabi Ibrahim ke atas anaknya Nabi Ismail di dalam menunaikan perintah Allah s.w.t dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s menjalani perintah Allah s.w.t yang disebutkan di dalam surah As Saffat, ayat 102 - 103:
"Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata : "Hai anakku, Sesungguhnya aku melihat di dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu." Ia menjawab : Hai ayahku ! kerjakanlah apa yang perintahkan kepadamu, Insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar."
Di dalam melaksanakan perintah itu Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail telah menyerahkan diri mereka sepenuhnya di dalam melaksanakan perintah Allah sehingga dengan kurnia Allah yang Maha Penyayang, Allah telah menghantarkan seekor kibasy untuk menggantikan Nabi Allah Ismail yang juga disebutkan di dalam Surah As Saffat, ayat 106 - 107:
"Sesungguhnya ini benar-benar satu ujian yang nyata. Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar."
Di dalam surah Al Kauthar, ayat 2 Allah telah berfirman:
"Maka dirikanlah sembahyang kerana Tuhammu dan sembelihlah (qurban)."
Di dalam mentafsirkan ayat tersebut, Al Bajuri berkata : " Bersembahyanglah engkau itu adalah sembahyang Aid, dan sembelihlah Udhiyah (kurban), membina diatas semasyhur-masyhur qaul (pendapat) bahawa yang dimaksudkan dengan sembahyang adalah sembahyang Aid dan dengan Nahar adalah menyembelih Udhiyah." Iaitu lebih dikenali dengan nama Aidul Adha.
Sekian
Dipetik dari artikel DISINI
Am in Penang now. Esok balik Aloq Setaq lah...Raya kang?
Dalam shout box ada 2 org dok shout. Betui juga Koden kata bila dia masuk je..own dah diam. Mc E ni kan aku pun tak tau nak kata camana dah, nantilah aku buat apa yang boleh pasai gambaq dia ni..hehehehe...kacau betui..
Ya lah betui jugak dok sembang pasai boling ni dah lama. Tak jadi2 jugak lagi. La ni dok sembang pasai famili day, pun dah nampak senyap pulak.. Ada orang menyampaikan kat aku bahawa cadangan yang dok boh kat dalam blog ni semuanya makan belanja besaq. Tak mampu kata depa.
Cerita kita ni dah jadi macam ayam ngan teloq sebenaqnya. Yang mana dulu. La ni apa kata kita dapatkan respon utk idea ni dulu, pastu kita kira pasai tempat, pastu kita cakap pasai harga. La nie, kalau kita dapat respon baguih, dan kita go in a package, boleh dapat murah sebenaqnya. Macam kita buat rombongan lah...
Bagi chance aku pikiaq sat, lepaih raya ni aku come out with a package utk semua.
Aku dapat permisi untuk masukkan sms ni dalam blog. Yg sebenaqnya ia adalah jemputan kenduri kahwin dari Mutalib Ismail yang berbunyi begini. Aku boh sejibik apa yg dia hantaq...
"Dengan penuh kesyukuran kehadrat Allah kami mempersilakan suami isteri serta keluarga kerumah kami di Kg Lubuk Gajah, Mk Gelong pada 13/12 karena meraikan perkahwinan anak kami, kehadirannya sangat diharapkan."
Yang mana ada masa silalah hadir kenduri tersebut.
WASSALAM...