Salam semua...
Own ada sms aku balik, tapi dah lewat lah masa tu. Betullah, dia memang sibuk mesyuarat. Meeting sana sini. Tak kisah lah tu. Maybe next time. Tapi yang heran Kim Teng terus tak jawab dan tak tau berita dia. Mungkin dia tak save no aku kut..Whatever...
Finally...Kedah menang ngan menumpaskan KL Plus. Aku teringat Winning 11, proggramme game bola dalam komputer. Masa kita main game tu kekadang terasa lengoh jari dan frust bila player kita tak leh lari laju. actually thats what happen bila hang tengok local football kita main la nie. Semua nampaknya cam dok simpan tenaga atau pun tak fit untuk berlari dan mengejaq bola. Nampak letih je depa semua, walaupun 1st half. Punyalah tumpui serangan depa...Hopefully depa boleh pick up la lepas menang semalam. Tapi aku rasa sifat tamak striker tu kena kikis buang lah. Semua asyik nak score sendiri walaupun ada pemain yg berkedudukan lebih selesa utk score. Tak mau pass..Nak score gak.
Kawan aku yg kat kopitiam yg aku post hari tu dah kontek dan explain pasai apa dia pi kopitiam walaupun dia tak suka tempat tu. Betuilah cam aku kata disebabkan kawan dia tu.. Anyway semoga.....
Kemarin aku jumpa memba kat Jitra. Ada satu masaalah yg dia hadapi la nie. Aku pun kesian gak tengok dia. Anak dia yg dok bagi masaalah kat dia. Baru form 1, pompuan pulak, dok lari ikut boyfriend. Bfren pulak tak berjenis. Sekolah tak mau. Kena tukaq sekolah dulu sebab tumbuk cikgu, la nie dok bawa lari anak dara org pulak. Depa ni daring. Boleh mai rumah dia kul 3 pagi bawak keluaq anak dara memba kita ni. Memba bangun pagi sedaq2 anak tak dak dlm bilik. Cari pi cari mai dapatlah, lalu dia pun buat repot polis. Tak perlu lah aku bagi tau sapa, tapi harap kita ambik iktibarlah benda2 camni.
Bila aku korek cita dia, rupanya budak pompuan ni terlalu dikongkong oleh abang tiri dia. Terlalu sangat. Memba kita ni pun tak berani nak sound anak tiri sebab dia pun tak well off, dan kerja pun sat ada sat tak dak. So nak mengata lebih dia takut nanti patah balik kat dia. Bini dia je yg sole bread winner la nie. Susah lah kan. Anyway aku rasa dua beradik ni kena pi kaunseling lah utk bagi elok balik situasi.
Masaalah sebegini banyak terjadi di kawasan luar bandar kan? Mungkin minda depa tak terbuka sangat. Tak leh atau tak berani nak let out problem depa kat mak bapak dan famili. Jadi bila dapat sorang yang sanggup dengaq problem depa, apa lagi, dia sayang lah. Sanggup buat apa saja.
Teringat aku ngan iklan dalam radio.."TAHUKAH ANDA DIMANA ANAK2 ANDA SEKARANG?".....
WASSALAM....