Salam kawan...
Betui cam apa yang Ain kata, masih dok teringat kampung lagi walaupun dah balik ke tempat kerja masing2. Maklumlah kan baru beberapa hari saja.
Ain dah melawat pi rumah Farizat, tak dak ka cerita2 kat dia yang kita selalu dok berjumpa? Dia dok cengeh lagi ka? Hahaha...jgn mare.. Itulah yang aku ingat pasai Farizat ni..garang dia tu..
Koden memang dah lama tak masuk blog ni, tak tau pasai apa. Mungkin puter dia rosak atau dia dok kena berebut ngan anak2 dia ka atau dia dok sibuk sangat cari duit. Tapi kami selalu keep in touch. Selalu jugak kontek mengontek. Baru tak sat jumpa di Bukit Jalil. Tempat ni nostalgia actually. Astaka sebelah Stadium tu lah kami mula2 berkumpui dulu, disebabkan aku involve ngan projek highway kat situ. Tengahhari saja mesti ada kawan2 yang akan menjenguk aku kat situ. koden pantang free, dia nanti sampai kat situ. Tapi yang paling kerap sekali masa tu adalah Dik D..aaaiihh silap..Awang...aaiiihh silap lagi..Tanggang..
Okay, kami cadang nak buat small gathering Raya dan akan menjemput semua yang berkeliaran di KL dan Selangor lah. Tapi ini tak bermakna yang lain tak dijemput. Semua yang berada dimana saja adalah dijemput. Tetapi memandangkan jauh dan harga minyak yang melambung ni, kami jemput melalui blog ni saja lah.
TARIKH : 22HB OKTOBER 2008
HARI : RABU
JAM : 1800HRS @ 6:00 PTG.
TEMPAT : KELAB SHAH ALAM
KOS : akan diberitahu kelak
Pemilihan hari dan masa ini adalah kerana kami tak nak dia bertembung ngan open house yang banyak dibuat orang pada hari minggu. Eloknya lepas kerja tu boleh lah terus ke Shah Alam. Jangan takut, kat Kelab tu ada surau yang disediakan. Kalau rasa tak puas, Mesjid Shah Alam pun ada...sikit punya besaq ka..
Klu ada apa khal dan kurang faham silalah hantar komen anda atau pun email aku seperti diatas. Insan yang dilantik untuk membuat jemputan kali ni ialah Looi Lun Toq @ Ismail Shukor.