Sunday, June 1, 2008

TTDI JAYA...

Assalamualaikum guys,

31hb Mei aku decide balik ngan colleague aku ayng terpaksa attend kenduri saudara dia kat Ampang. So, pas buat punch list kat Optimal Plant, dan masih lagi ada benda2 yang perlu di percantikkan lagi, so blah balik KL lah. Anyway nak juga jumpa ngan anak aku yang nak kena buat practical training dia kat Broadcasting Management companay mana entah....mula tu dapat ASTRO, tapi oleh kerana orang lain yang ada kabel yang lebih kuat lagi, maka anak aku tersadailah kat company ini pulak utk practical dia. Whatever lah, kan, kalau dah tak diizin, camano?

Nak jadikan cerita, setelah aku keluarkan barang2 aku dari Jeep aku, seperti biasalah, aku tekan lock dan tutup pintu without realising the whole bunch of keys is on the passenger seat. Kunci rumah kat Paka, rumah kat Kg Subang, Office Paka dan kunci Jeep itself.. Frust gila..Jibaok betui, aku dok maki diri. Cubalah..cari dawai dan mula la jolok sana sini, tarik pelan pelan, rasa sangkut je hope that its the right lever. Lepas sejam dan setengah kilo peloh, member pun mai rumah dan aku pun pi lah cari satu mamat ni yang kerja dekat kedai servis kereta di Paka ni yang biasa buka kereta aku tanpa kunci.

Nama dia glamour..Mat Eee Nova.. Bawa dia mari rumah dan suruh dia buka. Dia pun cuba pi mai pi mai...tak leh gak. Aku dok tepi dia nak tengok camana dia buat, pas suku jam tak leh gak.
Aku pun masuk dalam rumah nak ambik rokok dan member aku layan fon call, TAP..pintu Jeep aku dah boleh buka. Siul lah budak ni..dia jaga trade dia. Tak nak kasi orang tengok.. Terbang 20 rial.

Then kami pun mula journey balik KL. Biasalah, member beli keropok lekor dan sebagainya...Sampai Temerloh aku drive pulak. Hantar member sorang lagi kat Tropicana KL, pas tu member aku take over, hantar aku kat opis TTDI Jaya, sebab nak ambik transport utk kegunaan aku 2/3 hari ni. That time dah pukul 12 malam. Aku as usual lapaq. Pi lah MMZ restoran kat TTDI Jaya, mamak tu siap salam ngan aku sebab lama tak jumpa... Lamb shank curry ngan nasi...MMmmm..aaaammmaa. Sedap.. Lamb yang dia bagi kat aku tu besaq...Gemok kut kambing tu..hahahaha. Balik tidoq lah ...

Esok tu aku pi opis, pas tu dah sembahyanhg Jumaat, pas tu anak aku sampai dari Penang, pastu pi rumah adik aku dan biasalah..makan,sembang,makan,sembang...

Mula tu ingat nak jumpa Koden, aku tak dan jugak. Nanti aku sambung lah cita ni..La ni aku ada kat airport Sultan Mahmud Kuala Trengganu. Tunggu gang aku dari Paka mai jemput aku balik. Teksi RM95/=, baik aku belanja dan boh minyak budak budak aku ni..Lagi pun la ni SUKMA. Boleh gak tengok2 apa apa ka!!!..

31 Mei aku berjumpa ngan Dik D dan Koden join a bit later. This is the fun part. Aku ada cerita pasai Stuart Little.....Coming Soon....