Wednesday, December 2, 2009

PEMBUKAAN RESMI PESTA P.P

Aku buat umpan jadi model supaya pelanggan masuk..hehehe

Salam...

Terkezut beruk aku tengok bila ada sampai 12 komen dlm last posting. Ingat ada kawan2 dok bertelagah pendapat lagi...rupanya Tok Nenek ketaq jari dan dah post banyak kali..Hehehe.. Mungkin line tak berapa lancar, kadang2 memang dia terkedu sekali sekala maka terjadilah posting banyak kali.

Tok Nenek : SNQ = Siti Naqiah. Bukanlah nama produk tetapi nama insan yg baru menjadi saudara sesama Islam kita. Tok Nenek = ? Lets be fair, gua sudah jawab soalan lu, sekarang lu kena clear the air...

FYI, memang lah aku ni buat macam2 dan pelbagai ceruk, cari makang lah katakan. Projek yg kat Pesta ni adalah lebih kepada memperkenalkan karyawan seni yg aku kenal dan juga cuba promote karya karya mereka. Jabatan Kewangan Negeri, sebagai Urusetia Pesta Penang tahun ini berkenan dengan proposal yang aku berikan sehingga mereka telah menawarkan Pesta Shop kepada aku yang mana aku dibenarkan mengguna Logo Pesta di semua produk2 aku. Sewa tempat pun boleh nego lagi..Alhamdulillah..

Anyway, 29hb lepas perasmian Pesta telah dibuat oleh TYT Gabenor PP, Tun Datuk Seri Abd Rahman Abbas. Imam, artis yang melakar potret di tempat aku tu dah diminta untuk buat potret TYT Tun dan Toh Puan.


Ni lah rupa aku masa dok menunggu Gabenor masuk dalam Shoppe kami..Tunggu punya tunggu, ADC dia mai bagi tahu yg dia dah letih, dan tak akan masuk ke Pesta Shoppe, sebaliknya dia suruh kami bawa lukisan tu pi jumpa dia kat Stall Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Initial plan dia sepatutnya masuk dan menandatangan lukisan tu dan Pejabat Urusetia Tapak Pesta akan framekan.


Yg bertopi tu adalah Imam, pelukis potret. Masa ni Gabenor dok sign gambaq dia.

Ni Toh Puan pulak dok sign gambaq dia..Tak leh dpt good shot sebab ramai sgt reporter dan photographer. Pakai pulak compact camera, sapa nak layan..

Sebelum masuk nak pi jumpa Gabenor ni sebenaqnya kami di tahan oleh sekuriti kat situ sebab kami dua ekoq je yg tak pakai baju batik..hehehe.. Aku refuse nak pakai walaupun dah diberitahu, sebab bagi aku, aku tak terikat untuk berpakaian sedemikian. Aku macam aku lah.. Rastaman...hahahaha..

Lepas dia sign dan berterima kaseh dia pun chow lah..Last yang aku dengaq, lukisan tu tak dapat di framekan oleh Urusetia, sebab Gabenor nak bawa balik malam tu jugak..as it is.. Terlepas lah Urusetia, tapi aku dengan konfidennya menawarkan untuk buat lagi satu..janji berbayor.. Aku baru ingat, invoice tak masuk lagi kat Urusetia..

2 lagi artis join team aku. Zakir Amir @ Zorro join pada hari Isnin dan Boy PJ (kartunis GILA2) baru join malam ni.

Tadi Kamal ngan famili dia melawat Pesta dan singgah kat Pesta Shoppe..Sekali hantaq jemputan kenduri...Khalid Ismail nak dapat menantu. 6 hb ni kenduri kat Penang..Aku akan scan kan kad jemputan in the next posting....

WASSALAM....