Wednesday, November 5, 2008

MUSIBAH

Salam semua,

Aku semalam kul 2:45pm bertolak dari KL ke Paka Ganu. Ada kerja sikit. Pas tu esok Khamis nak bertolak dari Paka terus ke Gurun untuk site visit.

Sampai Paka lebih kurang 7:45/8:00 camtu lah. Aku pun gi makan ngan Cadman aku tu dan bali rumah. Bawa turun bag je kat rumah, dapat call dari staff2 OPTIMAL yang terbau aku sampai Paka dan ajak keluaq makang2 lagi. Apa nak buat..layang lah. Klienlah katakan. Cakap kat budak2 dirumah tu jangan kunci pintu sebab aku tak bawak kunci.

Sembang pi mai pi mai, kul 1 lebih depa ajak pi kena nasik kukus pulak. Makang lagi. 3am aku balik rumah. Tengok pintu dan grill ternganga. Aku pun pikiaq depa ni aku kata jangan kunci je, siap buka ternganga pintu pulak. Perli ka. Bawa masuk laptop aku, cari beg pakaian aku yang sarat ngan pakaian untuk semunggu tak dak kat hall tu. Aku pun tak nak kacau depa sebab depa dah tidoq, mungkin depa bawa masuk beg aku. Pagi depa bangun aku pun tanya. Depa kata ada beg tu..Cari semua bilik, tak dak. Rupanya pencuri masuk dan angkat beg pakaian aku. Tinggai sehelai sepinggang lah aku la nie. Nasib baik aku ada ambik baju dobi dari KL sebelum mai Paka, tapi cuma sehelai T shirt dan 3 helai jeans. Hampeh...Musibah lagi aku...Uhuk uhuk uhuk..

Sat gi kena gi cari baju lah...