Salam semua...
Dapat perkhabaran bahawa cucu kepada TAL18 sakit dan mendapat rawatan di hospital. Di Pahang katanya. TAL18 ada kat sana. Latest aku dengaq, dah keluaq spital dah. La ni ada kat rumah. Mula tu demam panas, pas tu dia tarik.. Kecik lagi, baru boleh jalan.
Alhamdulillah...dah sihat dan sedang recuperate lah kat rumah dia la nie. TAL18 pun dah dok bersedia nak balik ke Jitra dah. Yang bestnya cucu dia ni dia panggil Sincan..yang macam katun jepun tu..
Tentang BB50 ni, walau sejuk mana pun, walau gedi mana pun, yang mana dah confirm dan dah bayar jangan risau kita tetap akan adakan jugak. Dengaq habaq kawan2 banyak yang dah decide nak bawak family pulak memandangkan sambutan kengkawan tak berapa memberangsangkan. Bestgak tu..Kita buat family gathering lah sambil menyambut BURSTDAY.. Janji kita bagi meriah seadanya.
Bagi yang 50/50, kalau rasa nak mai hari tu, mai je lah. Huloq RM60/=, kita jalankan majlis. Tapi kalau dah yang kena pi kenduri yang ternyata lebih mendapat tempat di hati hampa, ok lah. Enjoy lah kenduri hampa tu. Tinggailah kawan2 yang lama tak jumpa ni. Pi mai pun dah lama tak jumpa, kalau tambah 4/5 tahun lagi pun tak kisah. Tu pun kalau umoq panjang lagi lah dalam 4/5 tahun yang akan datang nih.
Semoga selamat semua dan berbahagia selalu.
ASSALAMUALAIKUM.