Monday, March 23, 2009

KT kata LAGI...

Salam...

Kuda Tua sumbang lagi....

CUBA TULIS CERITA PULA

Tak sangka ana telah mendapat sambutan bercampur2 dari kalangan bro/sis. Pro atau kontra, ana tetap mengalu-alukan komen bro/sis sekelian. Memang tujuan ana menulis pun sekadar menghidupkan Kg. siber kita semata2.
Hanya satu yg ana pohon kepada semua penggiat komen di Kg. siber kita yg tersayang ini, kalau bro/sis terasa terpanggil sangat2 untuk membuat SERKAP JARANG, jgn lah pula sampai terus menuduh dan "mengkhutbahi" si polan itu.
Sukalah ana meng"confirm"kan yg si polan yg disebut oleh salah seorang bro/sis kita itu sebangai KT adalah TIDAK TEPAT SAMA SEKALI. Malah tersasar jauh sebab personaliti kami berdua amat berbeza. Persamaannya hanyalah sekadar, di masa remaja kami bersama2 pernah bermain bola utk sekolah dan satu kelas hingga Form3.
Ana kagum dgn Mazlee yg kian dapat menghidu siapa ana. Memang benar, tidak ramai yg mengetahui nama Mazlee di eja begini rupa. Mungkin dia bersaudara dgn Bee Gees agaknya. Ana juga tahu nama gelaran Mazlee yg diberikan oleh rakan2 di Jitra. Ana yakin Dz pun tahu dan pasti tersenyum membaca.
Ana berpendapat, dari bro/sis terus menerus cuba memerah daya minda utk mengenali siapa KT, ada baiknya bro/sis sekelian memerah utk menghasilkan satu cerita utk dikongsi bersama.
Terkini kita sudah mendapat sumbangan tajuk2 keugamaan dan susila kehidupan. Sudah ada juga tajuk kemasyarakatan tentang parking di hari Jumaat, miang orang setengah abad dan nostalgia Jitra.
Jadi apa yg ditunggu lagi, mula lah pemerahan minda utk menghasilkan cerita pula.

March 23, 2009 5:02 PM

Ha tudia..amacam ? KT dah cerita lebih kurang sapa dia..Carilah Fazie oi...Aku memang gelak bila terima SMS dari Fazie yg teringin nak tau sapa yg aku kenen..Kan aku dah kata General Statement..Dia tak komen, tapi dia SMS pulak. Kacau sungguh pompuan ni sorang...

MERAJUK?

Pengantin baru




Puan Mariah..isteri Omaq

Salam semua..

Ini ada lagi posting gambaq kenduri dari kamera Kamal. Jadi hampa pakat2 tengok lah.

Ini ada satu MASAELAH... Terdapat cerita kata ada kawan yang merajuk sebab tak ajak pi kenduri Omaq. Tapi setahu aku kita ni dok pang pang dalam blog sapa pun tak mau respon. 2/3 kerat je yg respon pung. Pas u nak kena hantaq kad jemputan ka? Lagi pun tu bukan kenduri aku, tapi kenduri Omaq. Aku tau memang kekadang kita perlu perolongan kawan2 dalam kerja seharian ka apa ka, jadi kita kontek lah. Aku kata ni sebab suara ada bagi tau kata aku ni cuma kontek depa masa perlu sahaja. Apa nak buat, kalau rasa nak marah, terima je lah. Aku rasa takperlu nak minta maaf, sebab aku tak buat salah. Mazlee pun aku tak call personally untuk pi kenduri, Fazie pun aku tak call, Kamal pun aku tak call Talib lagi lah aku tak call, tapi semua rasa dah macam tanggung jawab untuk pi mewakili sahabat handai yang lain.

Kalau macam ni tak pa lah, lain kali tak yah call lah untuk nak mintak tolong ka apa ka, sebab dah dengaq cam marah je...Kalau rasa camtu, kira selama ni dok tolong tak ikhlas lah..kut..Hehehehe..Jangan mare..Kalau rasa pedas, minum ayaq sejuk dan hisap gula. Satu lai untuk Fazie..tak yah dok korek mengorek sapa. This is just a general statement...

WASSALAM..

GAMBAQ LAMA


Salam semua...

Ain ada hantaq ambaq diatas ni, katanya ambik kat Qrts Hospital. Dia tak ingat semua nama. Tapi kalau ada sapa yg boleh bai semua nama depa ni dia appreciate sangat lah..

Aku kenai kebanyakkan except 3. Yg dok sebelah Ta, yg dok sebelah Goot Yee dan yg dok antara Goot Yee ngan Hasni. Sapa ha depa tu..Lupa. Yg jantan tu Zul ngan sapa lagi sorang..Yg putih tu aku lupa nama dia, tapi aku ingat dia.

Busuk2 pun gambaq ni dah 30 tahun mungkin...?

Thank you so much Ain..Boleh masuk arkib negara ni. Tapi kita akan masukkan dalam arkib 59ers..

WASSALAM

KT

Salam semua..

Aku terpaksa buat posting ni untuk "clear the air".. Ni semua kerenah Fazie lah, pompuan yg masih belum berinsuran mulut. Aku kemarin memang bertubu tubi lah dikenakan soalan untuk nak mengetahui siapa itu Kuda Tua. Nampak gaya dia masih tak puas hati dan membuat telahan sendiri. OWN, mintak maaf kerana nama OWN di drag masuk dalam benda ni.

Fazie, u ni walaupun I dah bersumpah masih lagi nak dok tuduh org tu org ni. Tak baik tu. Pasai tak kena orang. Kalau betui tak pa jugak. Buta je u dok mengata kat OWN camtu. Terkezut OWN. Dia guna nama tu unuk buat artikel, bukannya untuk komen mengutuk org. Apa lah yang mu dapat kalau tau siapa dia? Kepuasan ka? Rasa pandai ka dengan menuduh org tu org ni? Jangan lah nak dok adakan benda yg tak dak..BERDOSA!!

Aku nak leave it to Kuda Tua sendiri untuk memperkenalkan diri dia. Kalau dia rasa tak mau, nasib lah. Aku tak leh nak buat apa2. Aku ni moderator je. Dah aku minta kawan2 buat artikel, depa pun buat dan minta dirahsiakan, aku hormat decision depa. Jangan Mare...

OWN..sekali lagi saya mintak ampun dan maaf di atas "KEJELABASAN" mulut Fazie ni.. Tak dak border mulut dia..Kalu tengok gambaq kenduri tu pun, mana ada dia senyum..Kan?

Aku jugak dituduh selalu cover atau setuju ngan apa yang Koden kata, dan in the eyes of Fazie, itu tak betui. Dan dia siap bagi warning semalam pada kawan2 lain agar ajangan kutuk Koden depan aku, nanti aku sampaikan..Hahahaha..aku cabar depa suruh buka topik kutukan Koden, tapi tak dak sorang pun yg buka. Kalu kena ngan tajuk, aku boleh kutuk dia punya. Tapi kalau dah tak dak benda..NO CASE lah sis..

Mazlee pun suspect KT ni sebagai quite close sebab spell nama dia ngan betul. Tapi masih tak leh nak pin point. Ni lah serba sedikit biografi KT :

SEX : Male
SCHOOL : SATS / SMJ
AGE : 50 THIS YEAR
ADDRESS : W.MALAYSIA
WIFE : 1 ONLY
KIDS : A FEW
G/FRIENDS : NOT THAT I KNOW OF
HOBBIES : ALMOST LIKE MINE

Hahaha..good enuff for u guys...

WASSALAM

KENDURI


Bersama Omaq n wife

Depa kata hujan pun berhenti kan, tapi Kamal kalau boleh hirup sup, tke henti2, walaupun yg lain dah belahak 2/3 kali.

Foto ni menceritakan segalanya. Notice anything? Perasan dak dalam 3 org ni, 2 senyum dan yang satu lagi masam? TAL18 dah menceritakan segalanya..

Kan aku kata yang hujan pun berhenti? Dia dok hirup sup lagi. Actually ni dah second round punya lauk pauk, selepas dah clear yg mula tu. Menu : Ayam masak merah, gulai ikan kering, sup daging dan acar. Kamal dok pulun sup lah tu..

Salam semua..Reporting from Kuala Nerang:

Kuala Nerang, 22/3/09 :

Aku sampai rumah Fazie about 1:15 kut. Mazlee ngan Kamal dh sampai terlebih dulu. Bila aku cari Kamal tak nampak, rupanya dia dok menyorok belakang kerusi dok tengok blog. Pas tu tunggu sat, TAL18 pun sampai..tapi pakai keta lain, sebab tikus dah buat sarang dalam keta yg mahai berjuta tu....gerit wiring dia..Bukan takat burung je buat sarang, kawan Koden(tikus) pun buat sarang gak..Kalau duit boleh buat sarang best gak kan? Hahahaa..Anyway kami pi ngan dua keta. Kamal ngan Fazie naik BMW lah, Mazlee naik ngan aku. Jauh jugak Puncak Janing tu. 1 hrs drive gak.

Bila sampai je, aku pun dok terpikiaq lah rupa Omaq ni camana. Mazlee pun tak ingat. Lid pun tak ingat. Kamal je yg tau. Dari jauh bila aku nampak Lid ngan Kamal dok salam, aku ngan Mazlee dah kenai dia. Memang aku tau dia ni walau pun tak rapat sangat masa kat sekolah. Dia ni budak SATS gak kan? Anyway kami berpelukan masa jumpa dan ternyata dia memang lah nampak lemah sikit, tapi ceria sebab kenduri kan..dan poket baju melayu dia pun penoh kiri kanan.

Kami pun duduk dan start makang. Macam gambaq yang hampa tengok kat atas lah. Memang Kamal hirup sungguh sup daging tu. Menu dia memang best dan aku makan banyak..hahaha..

Aku ambik kesempatan untuk kirim salam kat dia bagi pihak kawan2 semua dan dia pun kirim salam untuk hampa semua..

Aku akan post gambaq lagi bila Kamal email gambaq dari cam dia nanti..

WASSALAM