Monday, July 6, 2009

NOSTALGIA.

Salam semua...

Memang betui Teluk Nibong laa nie ngan Teluk Nibong dolu dah berlainan sangat2. Memang dah tak dak lagi segala pokok getah dan segala kehijauan yg kita download zaman 60an/70an dulu dah tinggai memori sajalah. Aku pun terkezut bila semasa balik, 1 kona, 2 kona, 3 kona, tup tup dah dok depan SATS. Terkezut beruk aku. Padang yang aku rasa besaq sangat dulu tu pun dah kecik. Markas askar wataniah ka rumah pengakap ka dulu yang kat hujung padang tu pun dah tak exist anymore. Dulu dari padang kalu kita tengok terus nampak hutan dan pokok getah je..la nie dah nampak perumahan youuu...

Gambaq yang aku ambik ni pun tak lengkap sebenaqnya. Tapi battery aku hari tu dah nak kaput. Tak dan nak ambik gambaq bangunan yg lain. Memang bangunan lama tu dok ada lagi. Kena pi lagi sekali lah..ronda2 tengok. Ambik gambaq lagi..kan?

Komen Hj Hanin menceritakan kisah dia masa kecik2 dolu...

salam semua,
terlebih dahulu tahniah kat mat lazim, dah dapat menantu pon. maaf banyak2 tak dapat hadir maklumlah jauhhh. banyak nostalgia masa kat sekolah sats dulu bila tengok gambaq yg dz displaykan. Kpg. telok nibong dah berubah habis, dah hilang originality. Dulu kebun getah la ni penoh dgn rumah. ingat masa sekolah sats dulu aku pernah ambil jalan short cut sorang2 balik sekolah ikut telok nibong melalui kebun getah tapi tak jumpa jalan keluaq ke kpg. padang so berpusing pusing situlah banyak kali (sebelum ni dah besa lalu jalan tu), nasib baik akai panjang, patah balik ke sekolah dan balik via lorong alif - selamat alhamdulillah.

Aku ingat lagi yang masa dulu ada porch kat depan sekolah, tapi la nie dah tak nampak porch tu dah. Yg aku ingat dia berbentuk cam semi circle gitu kan? Betui ka? Anyway, itulah pembangunan. Tinggal memori sajalah. kalau sesiapa yang ada gambaq SATS dulu2 punya, hampa huloq mai kat aku..

RAmai dah aku rasa yang kontek Kurniawati setelah no fon nya diedarkan. Aku save je..tak call pung. Sebenaqnya tak tau nak cakap apa. Yg ni semua Koden dia boleh buatlah...Dia ni PR darah59...Hahahahaaaa... Fazie call aku semalam kata dia dah cakap ngan K'watu dan it seems depa nak jumpa kat KL Sunday ni. entah jadi ke tidak aku pung dak tahu. Tapi aku siang2 dah cakap aku cak cenang lah Sunday ni.

WASSALAM..