Friday, October 31, 2008

Ha Ya Nun Dal Wau...


Salam...

Lepas aku baca posting hampa kat forum, aku pung call lah Rajan. Dia baru sudah check mata. Dah nak buta dah.

Bila aku kata kawan2 dok mention dia dalam blog, dia terus kata yang dia cuma tengok blog tu masa aku boh gambaq kita semua masa di Jitra tu saja. pas tu dia tak baca dah. Tapi kerana dia rasa kita dok kutuk dia maka dia kata dia nak jawab sat lagi, bila dia buka blog tu..Aku tunggu hang Rajan.

Anyway, aku akan berhijrah ke Gurun lepas ni. Dekatlah ngan Aloq Staq dan jugak Penang. So, kalau lalu2 kut situ, jengok2 lah atau calling2 lah.. Projek aku kat Petronas Fertilizer Kedah.

Dalam plant kat Gurun ni tak leh bawa kereta yang guna petrol. Disel ok. Nak jalan dari Admin office dia ke plant adalah lebih kurang 600m. Jadi, penat jugak lah. Kami decide nak beli basikal. Semua workers kat sana pun naik basikal dalam plant tu...Good exercise kan? Kurus lah cikit.

Bila kita nak terjah rumah "ha ya nun dal wau" tu? Tak sabaq aku rasa...

Wednesday, October 29, 2008

LUKISAN YG MAHA ESA


Salam...

Bila aku buka forum hari ni, ada lah dua posting. Best gak sebab dah lama tak dak orang masuk berbicara. 

Jadi aku pun bukak lah topik baru untuk sesiapa saja nak buat cadangan apa2 ka untuk "pergerakkan" kita ni.. Hahaha..Bunyi cam Hindraf lah pulak.

Anyway, hangpa pikiaqlah tengok apa nak buat. Tadi aku baru cakap ngan Ustaz Rajan. Dia dah start kerja dah hari ni. Bila aku sebut nak pi rumah dia, terkedu dan gabra gak dia tu sat. Dia kata dia nanti bawa aku pi kedai kalau pi rumah dia sebab tak dak apa2 yang special sempena deepavali ni kecuali muruku. Aku berkeras jugak nak suruh bini dia masak, sampailah dengan sedihnya dia kata "Bini aku tak pandai masak lah"...

Aku pu apa lagi, cucuk lagi lah.

"Masa dok 'ka del'(cinta) dulu tak tau ka yang dia tak tau masak", aku tanya.

"Apa nak buat, jodoh ditangan Tuhan..Aku ni banyak ilmu, hang jangan terkejut nanti hampa panggil aku Ustaz Rajan pulak", katanya.

"Hahaha..tak kira aku nak pi jugak makan nasi kat rumah hang. Member semua nak pi jugak.", aku kata.

"Tak pa..kita jumpa lah kat kedai mana2. Hehehe", dia jawab.

"Arrange lah buat gathering Deepa Raya ka, baru best", dia sambung.

"Apa asyik aku je nak arrange, hang buat lah...", aku tanya.

"Tak pa nanti aku arrange ngan Hasaza, pas tu aku bagi tau hampa", Rajan kata.

Aku ni sebenaqnya saja nak kacau dia saja. Dia ni boleh heart attack kalau kita pi rumah dia kut. Bertambah lagilah keinginan aku untuk nak pi terjah rumah dia. memang Koden dan Hasaza dah arrange dan akan pilih satu hari untuk kami kejutkan dia. Tak sabar menanti rasanya. 

Kemarin aku telepon Dang Anum, mintak no Tharu, dia pun ceritalah dia nak pi rumah Tharu, melawat sempena Deepavali. Tak taulah aku jadi ke tidak dia pi. Tapi bila aku call Tharu, dia tak jawab.

26th aku ada kat A/Staq. Pi makang nasik kat Pumpong ngan mak pak aku. Best jugak. Petang tu aku balik Pg lah. Kat highway aku nampak lukisan ciptaan Allah..Cantik sungguh. Aku ciplak lukisan Nya..Nikmatilah wahai kawang2 ku...

Monday, October 27, 2008

DIWALI...


Untuk kawang2 aku yang beragama Hindu...Happy Deepavali...Rajan, Chandran, Gurdev, Herjit, Jaswant, Mano, Sukumaran, Gopal, Tharumambal, Kumar and many more....

Katanya hari ni ada plan nak TERJAH rumah Rajan...Tak jadi kut. Sebab diam je lepas tu... Kemarin aku ada kat Aloq Setaq jadi aku gatai tangan hantaq lah Happy Deepavali kat kawang2..Beginilah jawapang2 nya...

"Tq, brother"

"Appa, tanggechi ni tak sambutlah..."

"Hoi! kulit I putih lagi. Something wrong with you ke? Hahaha..Happay Diwali to you too"

Aku pun melawat jugak hari ni. Pas breakfast tadi aku dah pi rumah member sorang kat Bayan Baru..Nasi tomatao, roti jala dan tosay aku sapu...Aargghh..kenyang. Pas tu dah ngantuk. Balik tidoq..Sat gi aku nak pi rumah neighbour aku. Aku atoqkan supaya coverlah dinner dan lunch aku...Hahahaha.

Klau hangpa tak sempat terjah rumah Rajan tunggu aku balik Shah Alam esok...Bukan nak aksyen lah kan, benda macam ni semua aku ngan Koden je yang boleh jadik..hahahaha... Koden ngan org lain tak jadik. Aku ngan orang lain pun tak jadik...

MAJLIS MAKAN MALAM


ALUMNI SEKOLAH MENENGAH JITRA

MAJLIS MAKAN MALAM
DI KELAB SHAH ALAM
2HB NOVEMBER 2008
RM40/= SEORANG
CONTACT PERSON : 0123168555 (AZIZ SATTAR)
SEMUA YANG BERSANGKUT PAUT ADALAH DIJEMPUT.
SEGALA PEMBAYARAN BOLEH DIJELASKAN DIPINTU MASUK MAJLIS.

Friday, October 24, 2008

Al - Fatihah.

Jam 2:15am. Dapat call dari Fadzilah... Abang dia, Bakri Ahmad telah pulang ke rahmatullah.. Innalillah.... She's on her way back home katanya dan akan bagi tahu lebih lanjut lagi nanti.

Semoga roh Bakri di cucuri rahmat...

Thursday, October 23, 2008

Al - Fatihah.

Assalamualaikum..
Tanggal 23 Oktober 2008, seluruh persada muzik tanah air menjadi suram kerana kehilangan lagi seorang pemain gitar yang pernah menggegar persada muzik tanah air pada era 80'an iaitu Abdul Samad Mean atau lebih dikenali sebagai Samad Lefthanded. Abdul Samad Mean dilahirkan pada 26 September 1963 dan kini berusia 45 tahun. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Ampang kira-kira pukul 1:30 petang tadi.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat orang anak. Jenazah Allahyarham selamat disemadikan di Ulu Kelang, Selangor. Allahyarham pernah menganggotai kumpulan lagenda rock iaitu Lefthanded. Allahyarham bersama kumpulan lefthanded sejak awal penubuhan kumpulan tersebut iaitu pada tahun 1985.

Semoga roh beliau ditempatkan diantara golongan-golongan orang yang beriman. Biarpun kini beliau sudah tiada lagi, namun petikan gitar beliau tetap diingati dan sentiasa berkumandang di radio-radio tempatan hingga kini dan mungkin selama-lamanya. Hanya peminat setianya sahaja yang akan dapat membezakan yang mana satu petikan gitar oleh Allahyarham Abdul Samad Mean atau saudara Man Kidal..

Aku kenai personally aruah ni. Dia ni baik hatilah, lemah lembut dan tak banyak songeh bila buat show. Kalau kenai dia, hampa tak sangka dia ni rocker yang tersohor. Yang bestnya dia ni ialah dia seorang perfectionist lah bagi aku. Bila dia main sesuatu lagu, dia mesti main macam dalam cd punya. Aku tau sangat dah perangai dia. Semua yang biasa main ngan dia pun tau perangai dia...

Al Fatihah...

Al - Fatihah.

Al - Fatihah....

Hari ni jam 9:30 pagi aku dikejutkan oleh panggilan dari Fadzilah, bawa perkhabaran tentang Mohd. Radzi Ramli, beralamat No.31, Taman Tanjong Bendahara, Alor Setar, yang telah pulang ke rahmatullah semalam.

Bersama sama lah kita berdoa agar roh nya di cucuri rahmat..Amin...

Aruah adalah senior kita, born in 1958. Mengikut kata Kamal, dia ni dulu budak Kodiang dan duduk hostel sekali ngan dia lah.

Wednesday, October 22, 2008

BURUNG

Burung - Dzamri

Aku testing programme...hampa try lah tengok dan komeng...

MAKANG2 TAK JADI

Salam semua....

Maka dengan ini, saya sebagai pemegang mohor 59ers ingin mengisytiharkan bahawasanya Perjumpaan Raya di Kelab Shah Alam, pada 22hb Oktober, jam 6 petang adalah di tangguhkan ke suatu hari yang akan di war warkan kelak. Sebarang kesulitan dan masaalah yang timbul akibat penagguhan ini adalah dikesali dan pihak penganjur memohon ampun dan maaf seadanya..

Ampunnnn...Ceritanya, kita cuma mendapat 7 respon. Jadi dengan itu kita rasa tak berbalui lah nak buat atau nak teruskan. Kita paspon ke suatu tarikh lain. Tengoklah camana nanti. Tarikh baru belum dibincangkan lagi.

Hari Jumaat ni aku kena pi Gurun..Ada meeting. Petronas Fertilizer Kedah. Kick off meeting depa panggil. Kami dah dapat kerja kat sana dan aku mungkin mobilize ke sana hujung bulan November ni.

Since dah kesana, aku pung ambik cuti 28hb Okt. ni. Sambung dari Deepavali 27hb. Anyway , burstday aku 28 ni.. Jadi aku nak relax di utara lah. Tak tentu tang mana tapi UTARA...

OK guys..take care..WASSALAM.

Monday, October 20, 2008

MAKANG2 RAYA..

Salam,

Pagi ni aku bangun memang dah dok ingat nak call tanya depa ni semua camana kisah gathering raya yang kata nak buat tu..Tup tup, Koden dah hantaq SMS kata cuma 7 orang yang respon, jadi dia tanya pendapat aku lah. Aku jawab sekiranya nak go ahead we can still do, tapi tak perlu ambik bilik lah. Kita buat je kat restoran tu dan order je lah apa nak makan dan still jemput gang2 non muslim memba kita kat KL ni. Koden jawab balik dia tak berapa nak setuju lah dan nak scrap saja. Aku tak kisah lah camana pun. Kalau kecik kita buat cara kecik itu saja aku punya pandangan.. Kalau buat kat rumah sapa sapa pung ok gak dak? Gah ka? Koden ka? Hasaza ka? Luyen ka? Jit ka? Rajan ka? Ooopps sorry..yang tu kena tunggu lepas 27hb...DEEPAVALI...

La nie asyik dok hujan sajalah kan? Di Kedah pung hujan gak kut? Penang sah dah hujan, siap ngan banjir kilat sekali.

Aku teramatlah boring hari tu pasai tak balik Penang, dan tak tau nak buat apa, aku terpikiaq lah nak exercise sikit dengan berjalan jalan. Pikiaq pi pikiaq mai aku decide nak pi ke Taman Burung sebab area dia besaq dan aku boleh ambik gambaq sekali...Teruja aku bila pikiaq kan burung sebagai model aku...

Aku pung pi lah...Tengah hari dan cuaca dia mendung lah sikit. Tak nampak cam nak hujan lagi. Sampai je dan aku nak gi ambik tiket, tengok harga dia RM39/= per person. Aduh...mahai lah pulak rasa nya...Aku pikiaq dah mai dah, masuk lah. Pi nak ambik tiket, minah yang jaga tu cakap omputih ngan aku. Mungkin sebab aku pakai topi dan bawak kamera kut. "One person sir?"....Aku jawab "Ya".. "Are you Malaysian? Do you have MyKad?"..Aku pun cakap ya dan bawa keluaq lah MyKad aku. Dia senyum dan charge aku RM15 saja. Rupanya RM39 tu harga tourist luaq negeri. Lega rasa. Save banyak tu...

Biasa lah burung je lah kat dalam tu. Ramai tourist dan budak sekolah. Aku pung apa lagi, snap je lah..

Bila sampai satu section tu aku ternampak this couple kat bawah ni...Aku observe lama perangai depa ni dan finally baru aku tau apa depa dok buat...




Depa ni rupanya dok mengawan. So bukan senang nak dapat scene ni, so aku pung snap away lah. At this time jugak a group of school children from Tamil school masuk. Punya lah bising dan havoc. Aku pun tak kisah lah, budak2 kan...Hindu ka, cina ka, melayu ka, semua serupa. Cikgu dia finally mai sebelah aku dan dok observe gak. Cik gu pompuan lah. Aku tak kisah sebab aku cuba nak dapat shot yang cun. Tiba2 aku dengaq dia panggil budak2 dia pi section lain dan dengan suara yang garang nya, " Come out everybody...Go see that side. Don't stop there, walk straight out...Quick, quick...". Aku rasa not right for a teacher to do that lah. Mungkin dia taku nak explain kut kalau budak2 tu tanya dia, sebab burung dua ekoq tu loving sangat nampak...hahahaaha. Bawah ni lah group budak2 tu...

Tapi dalam banyak2 yang aku snap, yang kat bawah ni lah favourite aku... Actually ada dua ekoq hornbill ni, tapi yang sekoq lagi tu dah masuk kedalam "rumah" depa lah kut, jadi yang sekoq lagi dok tunggu kat luaq. Duduk kat tepi tu boleh dengaq bunyi kok kok kok dari dalam "rumah" depa tu....


Ok guys...Take care..WASSALAM...

ps: Dah lepaih tengok gambaq retro, aku boh la gambaq latest ni pulak...

Thursday, October 16, 2008

KURNIAWATI..

Ni lah gambaq Kurniawati kan? Aku boh ni sebab aku tengok ada orang masuk dari US dok baca blog. Could it be her? Kalau BETUL, kontek2 lah...

BANDINGAN...


Saja nak compare antara yang dulu dan sekarang...hahahaha...

ALIEN....



Hampa kenai ka mamat kat atas ni? Maaf..aku saja2 terjumpa software free ni kat dalam web jadi aku main main lah...

Wednesday, October 15, 2008

CROP

Ai....nampak gaya hampa dok gang dua orang pulak Ain ngan Fazilah ni. Aku kutay hampa baru tau. Video klip tu tak dak kena mengena ngan yang hidup atau yang mati. Sajalah untuk buat penyeri rencana. Mungkin adalah kut sikit sebanyak kena ngan apa yang aku tulih. Sebab semua yang aku buat ni impromptu. Bila hampa tanya keesokkan hari je, aku dah lupa. Tapi kekadang aku saja buat lupa pung ada gak..hahahaha

Camana ha respon jumpa2 hari raya? Orang yang dilantik untuk menjalankan tugas pun dah sakit katanya. Cirit birit. Last last dengaq habaq Gah ngan Koden yang usahakan jemputan. So kalau boleh update sikit pung baguih gak lah. Tak berapa hari lagi dah...

Disini aku postkan gambaq darjah 1c yang di cropkan...hahahaha...puas hati...Gambaq yang lain nanti aku buat bila aku senang nanti..

Lagi satu nak habaq kat hampa bahawasanya, gambaq yang mana aku post ni bukan aku buang macam Fazilah kata kepala ulaq tu...Dia ada lagi, cuma bila posting baru masuk dia akan kebelakang lah..Klu hampa nak check balik pun boleh gak. Masih ada disitu.

Tuesday, October 14, 2008

JUMPA2 RAYA...

14hb Oktober 2008

Salam...

Aku pi jumpa Madud tadi kat bengkel dia sebab aku nak bagi balik segala barang peninggalan dia kat rumah aku di Penang. Dia macam dia lah. Pas tu dia dok tanya aku samaada aku kenai ka member dia yang dok buat perniagaan bahulu kat sebelah bengkel dia. Aku ni mana lah nak kenai. Pastu dia sebut nama Tahir, aku ingatlah sebab hari tu dia mai gathering kita kat Jitra. Kata dia kawan ni abang Tahir. Bila aku pi sembang ngan kawan tu, rupanya dia ni sepupu Tahir, Hj Yusof namanya dan biasa bertanding politik di Jitra dulu kata Madud. Sorry...aku lost lah benda2 tu semua. Anyway according to Madud la nie dia nak cuba berniaga baulu la pulak. Nak menjaja is the correct word lah..Well all the best...

Teruja jugak aku bila Mc E ngan Hanin masuk berjampuk, sebab depa ni lama menghilang kan diri. Welcome back dan Hanin kata dia ada gambaq 6B dulu...kalau boleh scan, hantaq je kat aku. Kita post dan sama2 tengoklah.

Pastu, berkenaan cerita nak raya2 kat kelab Shah Alam , 22hb ni, hope mendapat sokongan sebab daripada apa yang aku gather, jemputan dah pun diedarkan melalui SMS dan juga aku ingin menjemput semua yang baca blog ni ke Perjumpaan Hari Raya pada 22hb Oktober ni di Kelab Shah Alam jam 6ptg. Hari Rabu kalau tak silap aku...Datanglah beramai ramai. Yang tak dak duit ka, yang susah ka, yang dah bankrap ka yang apa sajalah, mai jangan tak mai. So far kawan2 sebelah sini belum pernah lagi menghentam kawan yang dah jatuh. Tak dak sapa nak pijak. Tetapi akan ada ramai yang akan cuba angkat hampa balik. Kalau sayap dah patah, akan ada ramai jugak yang akan tolong boh ubat ka, plaster ka untuk hang pelan pelan terbang balik. Tak dak makan? Jangan risau. Rezeki ada dimana2. Jumpa Koden pun dapat makan. Jumpa Jit pun dapat makan. Jumpa Din Luyen pun hampa nanti dapat makang. Jumpa Jan towkay beras lagi selamat. Kalau jumpa aku tiap hari pun aku boleh bagi makan. Apa aku makan hampa makan lah.

Ini lah sebabnya yang aku treasure sangat persahabatan yang terjalin antara kita semua. Walau pun berpuluhan tahun tak jumpa, tapi bonding dia tu lain macam. Hormat menghormati sesama kita. Kawang senang kita pun tumpang syok. Kawan susah kita lagi ghaplah. Sama2 lah kita harung donia ni kan. So far kalau aku ada terhutang ngan sapa2ka masa aku susah, aku minta hampa tunggu lah sat. Bila aku dah berada esok2 insyaallah aku huloq lah balik. Tu pun kalau aku tak lupa dan kalau aku tak sombong ngan kelebihan akulah. Sebab aku ingat sapa yang dok tolong aku dulu. Hahahaha..melalut dah aku ni. Yang sebenaqnya aku nak habaq kat hampa yang semua dijemput tak kira warna dan status perkahwinan serta status kewangan. Tapi kalau kut kut lah sapa yang dah rasa depa kaya dah dan tak setaraf lagi nak bercampoq ngan yang kurang darjat nya, maka aku ingin ucapkan disini..BOLEH BLAH...Haaahaha..Cheerio guys.


WASSALAM
(Klu hangpa rasa nak tengok klip tu tanpa gangguan, klik play pastu pause, bagi dia load dulu baru play balik...Enjoy...)

Saturday, October 11, 2008

Nama2 yang aku ingat!

Salam...

Menjawab persoalan Koden, aku cuba masukkan nama2 yang aku rasa aku ingat. Kalau hampa yang baca dan rasa tak kena, tolong bagi tau aku akan betuikan. Yang aku boh X tu, kira kau tak ingat lah...Klik kat gambar tu untuk besarkan.

Friday, October 10, 2008

CALLING GAH!!!!....

Salam....

Calling...calling...earth to gah..earth to gah...Ain tanya pasai apa Gah dah lama tak menjampuk dalam blog... Nak jawab pun tak tau. Tapi kalau mengikut sumber dari Fadzillah, katanya Gah dah tengok gambaq dia dalam blog ni dan rasa dia gelap sikit..Tak pa aih Gah..La nie depa siap buat lagu kekasih gelap ku...Hitam manis pun ada lagu gak...Dulu gambaq hitam putih, pasai tu lah nampak gelap cikit. Antara hitam ngan putih dia jadilah kelabu...3 warna tu je zaman dulu dulu.

Kisah orang yang kata muka dia cam ketam nak berteloq tu, malam tadi dia sms lagi, katanya..."Ketam bertelor so carilah ketam yang beranak, muka I cam tu lah"...dan ada lagi yang dia komen, tapi aku tak nak masuk sini lah. basically depa tanya pasai apa aku tak boh muka aku..Sajalah..aku kan moderator dan towkay blog ni..aku rasa tak yah lah boh...

Hari ni aku persembahkan gambaq Std 2 yellow...ten ten ten...



Tengok jelah gambaq aku kat sini..Tak yah dok crop from the group pic. Hampa kena tengok gambaq Kurniawati, dia kira cam nak lari je kan... rajan siap cekak pinggang lagi. Aku ngan Jan terpaksa apit benggali tu semua, takut depa lari...hahahaha.

kalau hampa rasa nak simpan gambaq ni, hampa just click je lah gambaq tu, lepas tu save kan.

Wednesday, October 8, 2008

GATHER RAYA

Salam kawan...

Betui cam apa yang Ain kata, masih dok teringat kampung lagi walaupun dah balik ke tempat kerja masing2. Maklumlah kan baru beberapa hari saja.

Ain dah melawat pi rumah Farizat, tak dak ka cerita2 kat dia yang kita selalu dok berjumpa? Dia dok cengeh lagi ka? Hahaha...jgn mare.. Itulah yang aku ingat pasai Farizat ni..garang dia tu..

Koden memang dah lama tak masuk blog ni, tak tau pasai apa. Mungkin puter dia rosak atau dia dok kena berebut ngan anak2 dia ka atau dia dok sibuk sangat cari duit. Tapi kami selalu keep in touch. Selalu jugak kontek mengontek. Baru tak sat jumpa di Bukit Jalil. Tempat ni nostalgia actually. Astaka sebelah Stadium tu lah kami mula2 berkumpui dulu, disebabkan aku involve ngan projek highway kat situ. Tengahhari saja mesti ada kawan2 yang akan menjenguk aku kat situ. koden pantang free, dia nanti sampai kat situ. Tapi yang paling kerap sekali masa tu adalah Dik D..aaaiihh silap..Awang...aaiiihh silap lagi..Tanggang..

Okay, kami cadang nak buat small gathering Raya dan akan menjemput semua yang berkeliaran di KL dan Selangor lah. Tapi ini tak bermakna yang lain tak dijemput. Semua yang berada dimana saja adalah dijemput. Tetapi memandangkan jauh dan harga minyak yang melambung ni, kami jemput melalui blog ni saja lah.

TARIKH : 22HB OKTOBER 2008
HARI : RABU
JAM : 1800HRS @ 6:00 PTG.
TEMPAT : KELAB SHAH ALAM
KOS : akan diberitahu kelak

Pemilihan hari dan masa ini adalah kerana kami tak nak dia bertembung ngan open house yang banyak dibuat orang pada hari minggu. Eloknya lepas kerja tu boleh lah terus ke Shah Alam. Jangan takut, kat Kelab tu ada surau yang disediakan. Kalau rasa tak puas, Mesjid Shah Alam pun ada...sikit punya besaq ka..

Klu ada apa khal dan kurang faham silalah hantar komen anda atau pun email aku seperti diatas. Insan yang dilantik untuk membuat jemputan kali ni ialah Looi Lun Toq @ Ismail Shukor.

Tuesday, October 7, 2008

GAMBAQ LAMA...

Aku balik Aloq Setaq hari tu siap bawa scanner lagi sebab aku memangdah plan nak scan gambaq2 lama, especially gambaq sekolah lah. Yang sebelah kiri ni hampa rasa hangpa boleh kenai ke dak? Ni masa Std 3 kut.. Yang sebelah kanan ni bila dah membesaq..Dah pandai melawa sikit dah...

Syokkan bila kita dok tengok balik gambaq lama2 ni. Nostalgialah katakan. Gambaq yang aku sambungkan ni, saja nak tunjuk perubahan depa2 lah...

Kolonel kita aku dapatlah lebih sikit gambaq dia sebab dia ni dari darjah satu sampai Form 5 ngan aku...

Aku nak pi kerja dah lah..Nanti aku rajin aku boh lagi..Next change...

Sunday, October 5, 2008

BALIK....

5:30pm, aku pun chow dari Aloq Setaq, terus ke Penang. Perjalanan ok walaupun kereta banyak. Sampai kat jambatan lah yang jadi masaalahnya..Queue untuk bayaq tol berkilometer panjangnya.

Sampai Penang 7:45 camtu kut. Pick up Siti dan teruih pi makan ngan Ebriza (anak sepupu aku) kat Tulang Corner, Tg Tokong. Food was good. Fitri suami Ebriza belanja...Pastu depa nak pi meronda kat Batu Ferringi aku ucap goodbye je lah...

Balik rumah start packing untuk nak bertolak balik Subang...Sampai kul 3pagi aku dah lapaq balik. Aku pun tak taulah apa nak buat ngan perut aku ni bila ada kat Penang dia asyik nak makaaaan saja. Aku pi nasik beratoq lah apa lagi. Mengharapkan orang tak ramai...Meleset. Pukui 3 pagi depa dok beratoq lagi nak order makan. Aku adamant jugak nak makan sebab dah lama tak kena nasi yang sebelah mesjid Kapitan Keling ni. Hangpa kena check it out next time mai Penang. Dia mula jual kul 11mlm. Siang hari pun ada gak, tapi mamak yang lain. So resepi dia pun lain lah...

Cadang esok pagi nak breakfast, pastu nak belah baliklah awai2. Last2 aku bertolak kul 2 lebih, lepas kena char koay teow kat belakang Mydin...

Turun bridge je dah start jam...Adus, startlah journey yang sungguh memboringkan. Kereta banyak, sat sat sangkut jam. Nak kencing pun susah. Bukan takat kereta je jam, toilet pun jam jugak. Long queue.

Sampai rumah pukul 9mlm. Letih....

Friday, October 3, 2008

RAYA KEDUA

Salam...

Semalam kul 12mlm anak aku sampai. Hafriz ngan Zaqwan. Depa bawak nasi dalca Kassim Mustafa. Aku terus balun ngan Hafriz sebab yang lain dalam rumah lebih berat nak tidoq dari nak makan. Zaqwan dah jumpa ketupat, hancus...benda lain dia tinggai.

Pagi hari kedua ni aku bangun dan keluaq ke Pekan A/Setaq, harap untuk cari roti canai for breakfast. Hampeh. Ada kedai mamak yang dah buka tapi tak semua yang ada roti canai. Yang ada roti pulak amat menghampakan sebab kebanyakkan nya dah habih disapu oleh orang yang lebih awai pada aku.

Pi rumah pak saudara aku sat pas tu balik rumah. Member adik aku sampai. Aku pun belah keluaq kena teh tarik. Gian pulak rasa... Sebelum kena teh aku ronda2 dulu kat pekan. Depan Pekan Rabu, oppositelah yang betuinya, dalam parking lot depan CIMB tu aku tengok ramai orang berkerumun. Aku ni curious, terus cari parking dan turun pi tengok. Ni lah apa yang aku nampak. 2 foto ni aku pakai zoom. Aku dok jauh. Memang aku tak minat binatang ni...Jual ubat lah mamat ni...




Malam ni program nya nak buat BBQ kat rumah. Malam ni 1st time anak saudara aku nak prepare dan supply segala keperluan. Ikan, sotong, lamb, sausage dan sebagainyalah. Aku sebut anak saudara sebab salah sorang anak "penakan" aku dah komen tak leh pakai penakan..katanya salah. Sepatutnya "menakan". Ain!!! Tolong check ngan DBP. Confirm kan. Jadi sementara Ain yang kerja kat DBP confirm aku pakai anak saudara je lah. Amy! wait and see..betui ke dak.

Malam ni juga Ta JPJ buat open house. So aku kena cuba please 2 side. Tapi priority family dululah. Gambaq family aku punya BBQ party ada aku buat slide kat sebelah. Sepatutnya aku nak "menurun" malam ni untuk tunjuk toyol kat cucu2 aku, tapi tak berapa nak selesa rasanya. Takut toyol tu tak mau balik...hahahaha. Parent cucu2 aku ni pun aku dah menurun kat depa masa depa kecik dulu...hehehehe..Next time je lah. Ebriza dah sanggup jadi asst. aku.

Lepas dah siap dan hampir selesai semua ngan family, aku pun pi lah rumah Ta, setelah dapat call dari Kamal ngan Fazillah. Terkezut jugak sebab ramai yang hadir. Jadi aku paparkan gambaq kat rumah Ta di bawah. Ada jugak yang dah balik sebab aku sampai lewat. Yang mana ada dalam gambaq tu je lah yang aku sempat jumpa...



Fazillah minta supaya aku buat bagi gambaq dia tak nampak tua. Sorrylah, aku try cucuk botox digital tak menjadi pulak...


Wednesday, October 1, 2008

RAYA PERTAMA

Dengan tekunnya dok dengaq ahli politik bercakap...hahahaha

Next Generation

Inilah keluarga aku yang mai hari raya pertama. Sepupu sepapat, anak penakan dan cucu penakan...Adusss...dah tua..ada cucu dah...


Mak aku, mak saudara aku, sepupu aku, adik aku dan anak penakan aku.

Untuk anak2 penakan aku semua, gambaq yang elok tu semua hasil kamera pak caq...hahahaha.

Untuk gangSMJ dan kekawan, Din I love you telepon kata ada kat Aloq Setaq tadi, tapi nampak gaya tak sampai rumah akulah, walaupun aku tunggu punya tunggu....