Saturday, February 28, 2009

ARTIKEL 1

Salam semua...

Artikel yg pertama aku terima dari seorang Hamba Allah yg tak mau dikenali...

TH JUMAAT RUSH

Bila Dz minta sumbangan bahan untuk dimuatkan di darah59, terasa sukar sekali utk mencari tajuk yg nak diuatarakan. Tapi sebenarnya ana amat terpanggil sebab adrenaline rush ana kepada blog ni agak sihat.

Keluar saja dari solat Jumaat semalam, ana terus mendapat satu tajuk yg terasa ingin sangat untuk dikongsi dgn sahabat2 semua.

Memandangkan ana bermestautin di USJ maka masjid khariah ana ialah masjid di Taipan USJ, juga dikenali dgn nama Masjid Biru ( harap maaf tak ingat nama nya). Masjid ini tersergam indah di tengah2 nadi pusat perdagangan (business centre) USJ.

Semalam semasa ana keluar dari masjid selepas tamat solat Jumaat, ana ternampak sebuah MyVi dgn pemandu nya termenung tersangkut dlm jam kereta2 yg di"park" oleh umat2 islam yg ke masjid utk mengerjakan solat Jumaat. Kat depan sikit, ana tengok sebuah kereta Honda City, nak masuk jalan yg sama tapi tersangkut juga dgn kereta2 yg di "park" demikian rupa. To rub salt to the wound, ada dua orang bermotosikal yg baru keluar masjid, dgn sombongnya memarahi pemandu yg nak memasuki laluan itu.

Pastinya pemandu2 yg terlibat adalah sahabat Malaysia kita yg bukan beragama Islam.
Persolaan yg timbul di kepala ana ketika itu ialah "Adakah ini ajaran agama kita?". Dlm berpusu2 kita ke masjid utk beribadah, perlukah kita double or tripple park sehingga menyusahkan orang lain. Pernah juga ana mendengar Tok2 Guru mengutarakan kisah2 sunah balik dari masjid mengikut jalan yg berbeza dari jalan yg diambil utk pergi. Selain itu, adalah dijanjikan yg setiap langkah ke masjid itu adalah pahala.

Yg aneh nya, pada hari ini, kita tengok keadaan yg sebaliknya. Kalau boleh orang kita nak drive kereta sampai depan mimbar. Ana benar2 tak kisah jika ada di antara kita tak mau "bonus" pahala dari setiap langkah ke masjid, tapi ana amat sedih dan malu melihatkan saudara Islam ana yg park kereta tanpa memikirkan implikasinya keatas lain2 pengguna. Bagaimana pula persepsi orang tentang agama kita ya?

Di mana perginya "sayangi sesama umah" yg dinukil di dalam al-Quran?
Ana sangat2 berharap saudara2 ana yg membaca blog ini, tidak termasuk dalam golongan yg memalukan ugama ini. Kalau nak bonus, sebarkan sentuhan rasa umat biasa yg tiada tittle Tok Guru or Ulamak ini utk dikongsi dan dipraktikkan bersama.

Artikel yang baik, bagus, memang selalu terjadi dimana2. Memang tak patut sangatlah perangai gang motor tu kan? Tak terpikiaq kah hampa yg kebanyakkan org kita menggunakan Hari Jumaat sebagai excuse nak tunjuk kuat? Tak mau pakai helmet naik motor sebab nak pi sembahyang...Mungkin pada pendapat depa kalau jatuh ka, kena langgaq ka, Allah akan menyelamatkan kepala depa..

Terima kaseh kepada Anonymous yang menyahut cabaran aku ni..KUDOS.

WASSALAM.

4 comments:

Anonymous said...

Salam,

Tahniah Dz sbb dah dpt 1st artikel sumbangan geng kita. Terbukti tak ramai manusia yg mcm aku yg dah berkarat n tumpoi idea.
Kejadian ni memang kita tengok tiap2 hari Jumaat n Dz pun dh tokok tentang naik motor tak pakai helmet.
Aku park jauh sbb takut kereta kena calaq. Hehehe.
Elok la kita pikiaq n hindari perbuatan buruk ni dlm nak beribadah. Dlm nak p buat ibadah kat ALLAH s.t., kita dok buat dosa tak sedaq kat manusia.
Pikiaq jgn tak pikiaq statement last aku tadi.

Wassallam.

CIOW

KODEN

Anonymous said...

Jgn taniah saja,hang pun buat lan satu,eh yg buat ni sapa,nampak gaya kawan kita ni tak jauh dgn umah aku,aku di USJ11,SAMA2 KITA 1 MESJID

Anonymous said...

Artikel 3

HARTA KITA

Ana terasa sangat teruja dan bertuah dgn sokongan dan jampokkan bro/sis sekalian. Masa dan komitmen meletakkan kita di serata pelusuk negara tapi kenangan silam terus mengikat ukwah kita. Dgn bantuan teknologi ini, ana terasa teramat dekat dgn bro/sis sekalian.
Alhamdullillah.
Semua kekayaan material tak kira halal atau haram adalah harta pinjaman sahaja. Pada bila2 masa DIA boleh tarik balik.
'Amalan adalah harta sebenar. MasyaALLAH, ana tak berhajat berkuliah agama tapi sekadar mengajak bro/sis untuk terus berkongsi cerita2 lama.
Kerana ana berpendapat "KENANGAN" adalah harta sebenar duniawi yg akan kekal selagi hayat di kandung badan.
Jadi ana berharap bro/sis sekalian akan terus menyumbang kepada nostalgia kita bersama.
Gembira melihat Mazlee sudah menjampok dgn menarik sekali. Tahniah dan teruskan bro.
Jika tiada keberatan, ana berharap sangat2 supaya kita jgn lah bercerita tentang kekayaan kita pada hari ini. Nyampah betul dengar kwn2 nak bercerita tentang pemilikan tanah yg berekar2, kereta Accord, Merc, BMW dan tah apa2 lagi. Syukur jika sudah mencapai kekayaan sedemikian tapi ana rasa hebahan yg keterlaluan boleh memualkan bacaan.
Minta dikomen supaya dapat merangsangkan keupayaan ana untuk terus mengarang semula.

Anonymous said...

Artikel Lagi

GLETEK DAN NYAKAT SAJA

Walaupun kualiti penulisan ana masih berkarat, ana bersyukur dan amat teruja dgn komen dan penglibatan bro/sis. Own sudah terlatah tidak ngaku ada kena-mengena dgn KT. Dz pula dah meyakinkan kita McE pun bukan KT. Tujuan ana untuk terus memberi semangat kepada "taukeh blog"- Dz, nampak nya berhasil juga. Alhamdulillah.
Jika tidak menjadi keberatan ana memohon semua yg mengikuti perkembangan darah59 akan mencuba kebolehan bercerita. Cerita tentang kita dolu-dolu lah yg akan buat ramai teruja. Cerita semasa yg berlaku harian untuk dijadikan bahan renungan pun menarik juga.
Ana nampak dan kagum dgn Dz yg pandai membuka tajuk2 yg mampu mengeletek dan menyakat kwn2.
Tak ada kah bro/sis yg terasa berminat utk menyakat Aziz Md Noor? Ana merasakan sudah terlalu lama Jit menyepi. Sibuk apa lah agaknya Jit ni ya?
Hamsan pun terus menyepi sejak jadi "Hang Kebun". Ana harap jemari Hamsan masih lembut utk menaip sepatah dua kata2 nyakat.
Sharehah pun terus membisu sejak bertukar "tittle".
OK, sudah sampai masanya bro/sis menyambung komen masing2 sambil menyakat sesama kita. Sudah sampai waktunya TAL18 bersuara semula dgn penuh hemah dan keinsafan.
KhaKhaKha, ana pun syok menyakat juga. Bro TAL18 jgn marah ye.