Monday, February 9, 2009

THAIPUSAM

Salam..Peace upon you...

Kelmarin aku turun pi meronda kat depan rumah dimana depa dok buat perayaan Thaipusam. Jalan Utama, bermula dari traffic light nak masuk Jesselton Av, polis dah block. Jadi jalan tu hanya untuk depa buat perayaan depa lah. Untuk hampa yang tak pernah tengok, mai aku cerita sikit. Sebenaqnya ni pun first time aku betui2 jalan meronda tengok.

Sepanjang jalan tu depa set up stall. Dan juga jalan yang akan dilalui oleh tokong besaq depa yg tak jadi menikah tu akan ada stall yang akan boh lah tokong depa kat situ. depa juga supply free drinks untuk prg ramai yang berarak kat situ. Stall tu depa decorate lah dengan sound system yg kuat dan singgahsana utk tokong depa akan display kat situ.
Bila berjalan kat situ aku rasa nostalgia lah macam masa aku pi backpacking kat India, zaman muda dulu. Tourist pun ramai jugak yg ambik peluang melihat sendiri perayaan ni, yg katanya kat India pun tak se grand Malaysia buat. Gambaq atas tu kat Jln Utama lah.

Gambaq diatas ni kira macam dia bayaq niatlah dan dia ni akan berarak dari Weld Quay(dekat Jetty) sampai ke Kebun Bunga. Jauh tu. Siap cucuk pipi lagi. Best part is kalau hang nak ambik gambaq, depa akan posing lagi. Dalam dok jalan2 tu, terjumpa gak ngan member aku yg sambut Thaipusam ni. Dia cukoq kepala dia saja. Tak dak lah cucuk menyucuk. Gambaq kat bawah.
Kalau hampa nampak stall kat belakang tu, semua nya di sponsor oleh company2 yg ada kat Penang. Gambaq ni aku ambik kat depan Stanton Technologies punya stall. Member aku tu nama Mano.. TNB, Telekom, DAP, Intel dan banyak lagilah company/persatuan yang ambik bahagian. UMNO tak dak lah. Actually MIC aku taknampak, mungkin depa buat kat tempat lain kut. Mustahil depa tak dak. DAP punya stall buat betui2 depan rumah Karpal Singh.
Pompuan ni dok menari tak henti2..Macam org kena rasuk. Besi yg cucuk kat bibir dia tu sat sat ada org mai betulkan sebab dia menari ngan ghairah sekali..Wail wail.. Yg dok menari nari saja pun ramai jugak..



Hampa tengok je lah..Aku pun lepas jalan dekat 2km berhenti kena teh tarik, pastu balik rumah. Good exercise...

WASSALAM.

8 comments:

Anonymous said...

MIC tak nampak pasai depa tak mix religion with politics. Puak2 lain tu cakap tak serupa bikin tu pasai berselerak iklan parti2 depa tu, UMNO dah tentu laa tak kan iklan sepandok dia , nak mampoih kaa bagi peluru kat PAS,, tembak diri sendiri, hahahaha

Anonymous said...

cuba hang AZAN kuat2 tengok bila dia lalu depan hang, tak ker mengelupork bila Jin lari tinggal host(orang) dia. dah banyak kali terjadi.

Anonymous said...

Salam

Dude, kalau hang nak tashkil orang pun..., buat la cara berhemah. Toksah la nak p AZAN d tengah2 tempat depa "beribadat".

Yes i agree tht value kita kata apa yg depa buat tu bukan ibadat tapi,ALLAH s.t. bagi kat hang a level of intelligence for a reason.

Hang pikiaq2 la cara yg lebih sesuai to get your dakwah across.

Jgn Marehhhh.....

Wassallam.

CIOW

KODEN

Anonymous said...

Kalau dah azan nak halau hantu dlm org tu, tu bukan dakwah dah tu,, anyway,, seriously, kita pun tak suroh buat pun, cuma pernah dengar crita perkara camtu berlaku, ada yang ngaku berlaku depan mata depa. ckap2 dlm ni macam sembanhg2 saja, bukan seriously soh pi azan, kelolo laahh aiihhhh........

Anonymous said...

I TERUJA NAK BERKENALAN DENGAN THE HANSOME MAN YANG PAKAI TOPI AND GAMBAR SEKERAT TUUU!!!!...,,AMBOI GAMBAQ SEKERAT PONG HANSOME ABISSS...dan yang sebelah tu ..gang batu cave atau geng kita.???? sorry sekiranya terkena member kita gak..ampa dok bawa kawadi jugak ka..hahaha

fazie jitra/aloq setaq

darah59 said...

Mamat yg pakai topi tu dah ada yang punya...Jgn kacau dia..Dia one woman man..That is what he whispered to me.

Anonymous said...

HAI SOUND MACAM MARAH PUN. TAK MAKAN LAGI KA..DARAH59.

darah59 said...

Tak marah...Cerita yang benaq..hahahaha..Bapak Suka.