Monday, December 3, 2007

Salam semua,

Aku kata nak balik Shah Alam semalam tapi tak jadi lah..oleh kerana sesuatu sebab yang tak dapat di elakkan.

Anyway pagi ni aku dpt call dari Gah and she ask lebih lanjut berkenaan Dude dan aku pung ceritalah.

Pas tu aku sms Ta tanya samaada dia internet savvy atau tak,dia terus telepon aku and so happen Saadiah ada ngan dia. Aku cakap lah sat.

Ok...semalam bisnes kami tu adalah dapat beberapa tempahan,walau pun tak lah besar utk dapat keuntungan tapi its a good start.Member aku pun dah willing nak masukkan product Dude dlm itenary dia sebab dia dok buat event management dan akan cuba push this glass art further.

Kebanyakkan org yg berhenti dan tengok dude "perform" has never seen it before. Dan banyak query yg kami dapat berkenaan projek ni.Itu lah yg aku target pun.

So aku nak mintalah sapa2 yg dok baca ni bagi taulah yg lain2 supaya kita dapat lah kut guna blog aku ni sebagai perantara kita yg duduk jauh jauh ni.Kalau harap aku saja nak boh cerita lama2 kering kontang la idea aku. Hampa tulih la apa apa pung aku cuba masukkan,tapi kalau nak maki kawan2 aku lebih suka masukkan...Hahahaha

Anyway 2/3 hari ni memang aku dok cakap pasai glass art ni saja lah sebab memang dok sibuk ngan menatang ni pun.

Hampa semua ingat tak Ismail Ahmad ngan Zan loceng? Depa ni pun ada di Selangor dan KL jugak. Aku boh gambar depa kat bawah ni,hampa tengok dan teka yang mana satu mail dan Cheng.
Depa semua kerja besaq2 belaka. Sorang financial, sorang lagi architectural field. Seronok bila jumpa kawan2 lama ni...ada saja cerita yang keluaq.Kisah baru dan lama.

Ni lah mami jarum...hehehe. Roshita Mansor. Dulu masa sekolah dia duduk kat kuarters JKR batu 13 kut.Aku pun ingat2 lupa.Dah tua.Dulu depa dua orang ngan Noraini selalu naik mini bike depa beremba la dua2 depa. Mai sekolah sama. Ta ni lah sorang2 nya kawan sekolah yang aku jumpa dan in touch lepas sekolah.Tak tau camana tapi kami terjumpa Pas sekolah aku jumpa dia.Dia besa bawa aku naik lori pi kemana ka sebab masa tu dia kerja kat kuari dan aku dok mengaji lagi. Selalu juga p rumah dia kat Tongkang Yard dulu.Pi makan nasi pung besa.Mak dia pung kenai aku. Lepas dia kawin kami lost contact for quite sometime...like a few years.Last sekali dia transfer mai ke JPJ Seberang Jaya B'worth dan dia kontek TNB penang cari aku.Walau pun aku dah berhenti tapi nasib baik lah ada lagi org yg kenai aku terus bagi kontek no.Jadi kami berjumpa lah lepas tu sampai la ni.Dia punya perangai kan bila aku call dia ,dia mesti tanya aku smaada aku ada nak buat apa2 kerja ngan JPJ.Sebab kata dia kalau tak dak kerja apa2 aku mesti tak call.Hahaha...Tapi dia selalu tolong.Masa bapak aku sakit hari tu pun dia mai melawat kat PMC Aloq Setaq. Dia kerap juga mai KL dan selalunya call kami utk berjumpa dan bersembang.Aku panggil dia mami jarum dlm blog ni je.....sebab dia banyak pakai barang kemas..Gelang sampai ke siku...Hahahaha..Jgn marah.Rantai lagi...Lip lap Lip lap. Aku tak mau kata banyak2 nanti dia merajuk,susah lah kalau ada problem ngan JPJ. Lagi satu dia buat laksa seeedaaaaap.....Dia pun baik ngan Dik D dan Koden lah best fren dia.Selalu bawa buah tangan kat Koden.Kat aku hampeh apa pung tak dak. Dia memang suka melawat kalau orang sakit.Pasai tu dia melawat Pak aku dan dia adalah orang pertama sekali melawat Dik D bila Dik D di serang angin ahmar di Hospital Metro Sg.Petani. Rajin dia dan baik sekali aahh.

Ok lah..Takat ni hari ni.Sebut banyak kali pasai sakit sat gi ada org sakit sekali lagi pulak.

Gah...TQ for your concern and I hope your kids are happy with the answer.
Saadiah...Mungkin kita dapat jumpa bila buat reunion nanti.

WASSALAM.