Assalamualaikum.....
Gong Xi, Gong Xi.....
Mula mula sekali gua mau mohon ampung dan maaf sebab gua rasa dah lama dak sembang ngan hampa kat tapak ni...Gua sudah ada macam writers block lah...hahahaha...tak tau apa nak cakap and moreover la ni projek kat sini tengah dok jalan full force so sibuk gila...
La ni barulah rasa senang sikit dan mula lah naj berjinak balik ngan gang2 yang dok jengok. Aku dah rasa macam bersalah pulak bila tak melalut kat sini.
Aku juga cuba sourcekan alat alat untuk wayang kulit untuk Koden tapi nampak gaya kat area yang aku dok ni masih tak dak kontek yang cun , semua kata kat belah K'tan yang ada. Anyway aku dah pass the word around and hope I get something positive soon that is if you haven't got any yet Koden!
Dua malam sudah aku dapat call dari Kamal menyatakan dia dah dapat tempat untuk nak buat perjumpaan kedua kita tahun ini dalam bulan July...DarulAman Golf Club... Aku pung kata OK tapi belum discuss ngan Koden lagi, aku dah mengaku untuk gatherkan gang kita yang sebelah KL ni. Aku tak nak dia buang masa dan duit handle sebelah sini...Let us handle it for him.
Date : 26hb Julai 2008
Tmpt: Kelab Golf Darul Aman, Jitra.
Time aku rasa elok malam la kut dan harga nya akan di tentukan kelak. Mengikut kata dia ada seorang xSMJ yang dah berpangkat Datuk now by the name of Datuk Zaini is willing to get the place for us and also subsidise sikit lah kut. Anyway kita tak perlukan tu sangat, tapi kalau ada apa salah nya.
Tempat tu aku biasa buat function kat situ..Place is nice..Ada accomodation lagi. Kalau bawa family pung syok sebab ada macam2 lah...Swimming pool ada, chalet ada, apartment pung ada, golf course pung ada...pendek kata semua nya ada dan surrounding tu pung dekat ngan tempat kita dok main2 dulu. Aku nak make sure we get a few of our X teachers to join us..Insyaallah.
And by doing it there , kemungkinan kita dapat merealisasikan perbincangan dan kata sepakat kami dulu semasa dok kat kedau Penang Mari kat TTDI...
OK..It goes macam ni...
Koden suggest kita buat award ke atau hadiah ke untuk seorang penuntut SMJ yang cemerlang secara total...Maksudnya, dia bukan saja cemerlang dalam akademik tapi juga dalam ko kurikulum... kita boleh bagi hadiah in terms of RM ke and also plaque ke, bearing our grup. Tapi pada aku personally aku rasa RM and plaque is good lah.
Nak buat benda ni bukan nya senang...Kita perlukan kerjasama daripada semua orang...
1. Approach sekolah.
Kita kena approach untuk dapatkan calun dan juga recommendation daripada Pengetua lah
yang best nya.
2. Screening.
Perlu buat screening dan siasatan calun calun. Undi SMS ka!
3. Kriteria.
Kita perlu tetapkan kriteria yang macam mana untuk dijadikan sebagaibasis kita untuk
memilih.
Dan banyak lagi...Aku perlu sangat2 kerjasama hampa untuk buat benda ni menjadi realiti. Aku mau feedback daripada hampa. Walaupun kita bukannya organisasi yang berdaftar, tapi kita buat ni atas dasar kemanusiaan dan juga untuk menolong dari segi memberi kesedaran ka, motivasi ka, apa apa saja yang kita mampu buat lah. Apa salahnya kita bagi balik sikit kat budak-budak kampong kita...
Ada juga cadangan untuk kita bagi some sort of motivational talk kat budak2 SMJ sekarang ni. Tapi jangan salah paham...kita tak nak buat macam orang lain yang selalu buat yaitu bawa orang yang "SANGAT BERJAYA DALAM AKADEMIK" untuk bercakap...Kita cadangkan nak bawa macam ahli2 sukan, orang yang berniaga, Megat Fisol ka yang berjaya dalam pertanian walau pun tak berjaya sangat dalam akademik...sebab orang2 macam nilah yang ramai dalam kehidupan di Malaysia ni...MIDDLE CLASS. Cerita kat depa realiti kehidupan. Aku amat setuju ngan cadangan ni...masaalah dia nak cari sapa yang boleh bercakap .. Teh pung boleh mai bercakap pasai PTPTN...Gah pun boleh cakap pasai MAS...Koden boleh cakap pasai TENNIS...Dr.Mahyuddin boleh gak cakap...Dik D pun boleh bercakap pasai poligami...Jit cakap pasai kerja spy dia di Pakistan dan Rusia...Mc 'E' cakap pasai kewangan...Ain boleh gak cakap pasai DBP...Mutallib boleh cakap pasai saham dan pelaburan...Fadzilah pasai balak membalak...Hasaza pasai TUDM...Din Ahmad boleh cerita pengalaman dia di Bandung...Rosli Bakar pasai TLDM...Madud pasai GlassArt dia...Jan Darus pasai perniagaan...Hasan cerita pengalaman dia di luar negeri...Nazri dengan karier BOMBA dia...boleh yang sebenaqnya...Ramai gang kitaa yang boleh bagi motivasi kat budak2 la ni.
Aku support hampa semua dan aku harap hampa semua sudi untuk jadikan benda ni sebagai satu realiti. Kalau boleh lah ,kita jalankan acara ni semasa kita buat gathering kat Jitra nanti...best tu.
Aku lebih suka panggil all the under achievers dan hampa cakap kat depa. Golongan ni dalam masyarakat kita aku rasa di pinggirkan. Sekolah pun kalau nak pilih budak pi mana2 dengaq speech ka apa ka nanti pilih yang pandai2 semua. Let pihak lain tatang budak2 yang dah excel, why not kita concentrate budak2 yang kurang pencapaian akademik.
Ini adalah cadangan dan tak salah dari segi undang2 kalau nak melaksanakannya. Kita ada kemampuan untuk buat benda ni..Mai lah kita bersatu hati dan laksanakan. Gunalah blog ni sebagai meja perbincangan and we work towards it and make it happen come July nanti. Insyaallah. Renung renung lah...
Aku ada juga terima call dari Fadzillah bertanyakan samaada aku ada call Ta...Aku jawab ada dan tiba2 putuih...
Assalamuallaikum,
Bila aku blk dari kais pagi makan pagi, aku sah akan buka blog ni punya. Tapi rasa mcm tak dak modai nk jampuk. Ni harap2 idea will flow lah.
Aku pun make a point to call Ta 3-4 hari sekali. Aku paham sangat orang yg baru kehilangan hubby sbb masa bapa aku meninggal dulu pun (I was only 11) aku tengok mak aku mcm ayam berak kapoq!!! Buat apa pun tak kena. Zaman tu mana ada cellphone, rumah pn tak dak phone. Jadi bila jiran n kwn2 mai dok bagi semangat, it makes alot of difference.
So kita sama2 la tolong support Ta teruskan sisa2 hidup ni.
Dz risau aku tak jampuk since dinner tu, dn't worry aku akn terus support punya. Sibuk? Sapa yg tak sibuk. Semua org pun sibuk. Sbb tu la aku selalu sanjung n malu kat Kamal yg always give everything for our course ni. McE pun..., sibuk tapi jampuk juga spatah dua. Keep it up bro.
Sory la bro/sis yg lain, jgn marah, aku ni memang mulut tak d bedong so pot-pet sakan la. Tapi aku tetap sayang kat hampa semua. Kalau hampa jampuk..., maka melimpah ruah la sayang aku kat hampa.
Tadi Gah cal aku tanya pasai tahlil. Nampak gaya tak jadi sbb kurang respon. Kalau ada 4-5 org pun, cadang nya aku nk teruskn juga tapi tak dpt pun that number.
InsyaALLAH d masa2 lain la kot.
Yesterday, aku tanya la Mrs aku, kot2 dia blh dpt book bowling alley dgn kadar yg lbh murah (pakai bisa opis la), nampak gaya tak boleh. So now nak kena tanya Tentere n KDN la kot2 blh dpt special rate. Klau dpt special rate, kita blh la start rancang a Family Bowling Carnival. Maybe in March-April.
Amacam???? Fikir2kan lah.
Wssllam.
CIOW
KODEN
Sedih gak aku bila dengaq tak cukup korum nak buat tahlil tu...tapi kita tengoklah lain kali bila keadaan lebih mengizinkan...mungkin jadi.
Bowling lah pulak kita ni..Apa apa pung ok lah..Hampa arrange sjalah...But don't forget hak Jitra punya 'do'...Lets make it happen.
Assalammualaikum.Isssh.,rasa lama tak jampok rasa tak senang duduk pulak. Awat tak tau. Koden kata dia dah gian dengan blog Dz ni, but I rasa dak lagi kot. Tapi tiap-tiap hari kena buka , walau pun tak jampok. Baca apa orang kata pun jadi la. Baru senang hati nak buaat kerja lain. La ni macam ni cerita dia. Itu pun kalu kawan-kawan setuju. Mungkin kali ini belum ada rezki lagi nak buat tahlil tapi my house is still open if you all nak buat lain kali. , cuma satu ja I minta kalu boleh kita adakan masa Zaki ada rumah. Bukan apa, cuma boleh la dia jemput orang mesjid juga, ramai lah sikit. Tadi Koden ada SMS kat I. Dia bimbang keadaan Shita yang baru kehilangan suami tersayang. Bukan apa, walau pun jauh tapi tetap dekat di hati in the most sincere way. Yesterday I ada sms Shita,dia reply dia ok buat sekarang. Anak lelaki dia dah balek kolej dah but her daughter masih kat rumah. Dia belum masok kerja lagi. Hai Dz, ashik cerita pasai ombak la, angin la, makanan la, cek mek pulak cam na? Amboi dah besar-besar dah anak-anak kawan kita. Apa nak kat kita pun dah tua. Dulu mak kita bawa kita pi kenduri teman dia. Lepas tu kita pi kenduri kawan- kawan kita sendiri. Now kita jemput pula kawan-kawan mai kenduri anak-anak kita. Tak lama lagi alamat nak pi terus lah kita. Kalu macam tu dah mai kesedaran diri I ambil kesempatan meminta ampun dan maaf jika sekira nya I ada tersalah kata, tersinggong perasaan, atau terkasar tingkah laku terhadap sesiapa jua yang membaca blog Dz ini. Kalu hutang tak terlaksana please remind me mayby terlupa. Cukup lah dulu, WASSALLAM. GAH
Alahai Gah...dok sini memang close to nature..Banyak tempat2 dia masih virgin..Tu lah ingat boleh la share ngan u all...Cek mek disini cenge' lah...Cakap kasaq..
Apa Gah kata betui lah..Dulu ikut mak pak pi kenduri...La kita panggil orang mai kenduri. Life ni is a cycle lah actually...Dulu kita pakai bell bottom, la ni keluaq balik bell bottom..pastu depa mengaku kata fesyen baru..Aaah alaah..kita dah pakai dulu lagi kang?Cuma time kita dulu tak dak seluaq londeh nampak seluaq dalam dan pompuan pakai seluaq nampak .... bila duduk kan? Naik risau tengok..Klu yang licin melepak tu, kerling jugak...hahahaha. Gatai!!!! Mata tak leh nak kontrol..
Anyway budak2 la ni sakan2...Pakai tudung tapi baju ngan jeans ketat gila. Boleh nampak shape dengan jelas sekali..Astaga...Pasai tu lah Mat Sabu kata kat KL pusat Islam banyak sangat..Kat Chow Kit ada, kat Mid Valley ada pendek kata dimana saja.. Memang ramailah kut dia nampak pusat budak2 melayu..hahahaha
Ok..Wa cau liau...
WASSALAM