Hahahahaha...Nak tergelak la kak chah...Koden dah gian...jangan sampai herot muka sudah. Gian sikit2 tak pa. Suka aku kalau hang gian sebab ada jugak kawan dalam dunia virtual ni...klu dak aku sorang je dok pok pek pok pek. Tapi tak pa, aku stat ni pung tak dak sapa suruh..sendiri mau.
Gamaknya lah...klu aku ngan Koden ni tak mau bersusah payah cam hampa semua, benda ni tak jadi lah kut.. Betui hampa semua sibuk aku paham...saja lah nak kurang ajaq ngan hampa sikit...takkan nak marah kut.
Kalau nak kata sibuk, Koden lagi sibuk...Dok kepong anak jantan dia yang dengaq habaq dok angau kat Gunung Kinabalu yang berambut serabai tu...betul ke Syafiq? Jangang gitu bah..hehehe. Pas tu dia nak kepong anak dara dia dua orang lagi..berat tu tugas dia. Tak termasuk segala decision yang dia kena terima sebab dok tunggu major decision dia yang tak tau bila...I pity u my friend and yet you have time to come look see my blog...4 that I respect you n love U...
Wokey..Pagi ni cuaca kat Paka sejuk sekali sebab hujang. Laut nampak gelap suram dan menakutkan. Tapi mai tengahhari ni cuaca dah cerah...ombak dok stat pukui pantai ngan ayaq dia yang nampak kehijauan dari opis aku ni.
Koden kata:
Assallamuallaikum,
Tu la aku dok kata dah...,
aku ni dah memang gian dgn blog ni. Ngam2 sampai balik dari "kais pagi makan pagi", mcm Mat Gian, aku terus ON komputer. Padahal breakfast pun dak lagi ni.
Anyway, aku suspek betoi la kat Dz ni. Aku cadang saja suruh dia buat tunjuk arah, dia respon teruih. Caya lu la Bro!!!
Tapi aku lebih setuju dgn counter cadangan Dz yg nak minta Hasaza guna papan tunjuk arah askar. Apa2 pun jgn sampai dia terbeban n di anggap salahguna kedudukan pula. Ni la yg aku maksudkan dgn KELEBIHAN N KEKURANGAN SEORANG INSAN.
Yang sebenaq nya ada 2-3 jalan lagi nak mai ke Kelab Shah Alam tu tapi aku tak berhajat nak confuse gang yg baca. Stick to the tunjuk arah yg Dz bagi n kalau hampa beteraboq juga, cal lah aku or Dz or Din Ahmad ka. Jangan cal Rajan. Walaupun dia kerja d Shah Alam, dia lebih cekap jalan d Sunway sbb tiap2 hari antaq anak2 p swimming la, tusyen la, tae kwondo la, sumo la d Sunway (pernah dengaq ka hindu masuk sumo???).
Ni la Kisah Seorang Rajan. Selagi dia boleh jolok anak dia masuk, aktiviti apa pun dia nak boh anak dia. Gah! U buka kelas masak, dgn dia2 sekali mai.
Betoi mcm Dz kata, tudia dia dok mai...dok mai dok kata tak mai...
Sampai saat ni aku tak dapat apa2 tambahan confirmation dari kawan2 yg lain. Woi... kompom la cepat!!! Kesian la kat kami yg nak budget tempat n makanan. Kalau dah kompom n baca blog ni, tolong lah war-warkan kat gang kita yg lain k.
OK takat ni saja la kot. Esok Dz tuleh lagi..., aku jampok pula.
Wassallam
CIOW
KODEN
Ha..klu ada yang dak kompom lagi tu, kompom la cepat2 sikit dak? Kite nak buat bagi sempurna, supaya tak dak sapa nak komplen lepastu.Tapi kalau ada yang komplen pung nasiblah. Kami ni umpama pakai kain pelikat. Nak tutup seluruh badan tak leh. Tutup dari kepala nampak kaki, tutup kaki nampak kepala..The moral of the story is...tak leh bagi happy semua dan kalau nak tutup seluruh badan pakai la selimut...
Lagi satu kalau hampa semua nak mai dari aloq setaq bawa mai sepat ronggeng sikit..teringin nak makan lah...hahahaha..dan jangan lupa kuah rojak untuk Koden....dia suka.
Angin kuat kat T'ganu nih...Hujan la pulak.
Kita dah ada more than 20 org dah la ni, jadi kalau boleh dapat la lebih lagi sebab kita nak cari penganjur untuk nak buat di Utara lepas ni...Takkan aku ngan Koden ngan Hasaza lagi nak kena arrange kut... Masa kita berjumpa ni kita pikiaq pikiaq la tengok camana kan?
Aku pung rasa letih dah dan aku ingat takat ni lah dulu kut...Semoga hampa semua dapat hadir dan kita semua dapat bergumbira...Tapi aku heran sikitla sejak dua menjak ni, Fatimah Zaharin terus diam..tak jampuk lasung...(bukan spelling mistake) Gah pung dok diam jugak.Takkan tak dak idea yang bernas kut...Mc E pung tak jampuk..Dik D telah la...Aku harap Dik D bawa kamera dia dan boleh ambik gambaq kita semua dan simpan dalam kamera dia sebab dia tak reti nak download dan hantaq kat kawan2...hehehehe.
Take care..C U on the 25th....
Cheerio...Adios sabata.
WASSALAM.