Sunday, October 4, 2009

MUSIBAH


Assalamualaikum...

Pertama sekali aku ingin meminta maaf yang teramat sangat kerana tak dapat menghadirkan diri pada perjumpaan ALUMRA yg diadakan di Kelab Shah Alam semalam. Situasi tak mengizinkan... Tapi walau bagaimanapun aku mengucapkan syabas kepada ALUMRA yang berjaya menarik perhatian warga SMJ untuk menghadirinya. Tak lupa juga terima kasih yang tak terhingga kepada warga darah59 yang menghadirkan diri seperti Koden, Kamal, Mazlee dan Roshita. Yang ni je yang aku tau hadir..yg lain aku belum dapat lapuran lagi. Walau bagaimanapun, Attatirk kata nak hantaq gambaq2 yang di rakamkannya di majlis tersebut untuk dimuatkan kedalam laman ni nanti.

Musibah menimpa lagi kepada aku. Tengoklah gambaq. Baru 3 hari aku bawa balik Jeep aku ke Gurun, depa dah "initiatekan" dia dah. Depa pecah cermin aku tu dan berjaya lah ambik beg kamera aku kat belakang. Aku tak kisah sangat kamera tu, tapi cermin tu yang berat nak mencarinya..Tapi walau bagaimanapun aku terpaksa lah menerima ngan hati yang terbuka dugaan dan cubaan nya..Insyaallah..

Repot polis semua dah buat..Cepat jugak lah tindakan depa menerima repot dan sebagainya. Syabas aku ucapkan kepada S.M Sekaran, pegawai penyiasat IPD Kuala Muda yang buatka aku rasa selesa semasa di siasat tadi. Thanks.

Aku akan menunggu lah cerita cerita dari perjumpaan ALUMRA semalam..

WASSALAM...