Thursday, July 24, 2008

SABTU 26/7/2008

Salam,

Hari ni dah khamis, esok Jumaat, pastu yak yak yay...Kita bersemuka di Kelab Golf Darulaman Jitra. Memang teruja sangat dengan nama2 yang akan hadir. Dah lama sungguh tak jumpa. Tapi kadang2 bila terlalu lama sangat tak jumpa ni, kita tak tau nak kata apa. Tanya tu sikit sebanyak, pastu tak dak topik dah. Jadi untuk mengelakkan daripada perkara tu terjadi, kiat pikiaq dari la nie lah apa yang nak ditanya pada kawang kawang kita.

Hahaha..tu satu cadangan saja. Cadangan yang mungkin gak okay, mungkin gak merapu.

Kita harap sangatlah sekiranya perjumpaan ini tidak menjadi gelanggang politik. Setakat nak bersembang pasai politik ok, jangan dok kempen sudah lah. Bila berkempen ni takut ada yang masam muka. Kita dah la lama tak jumpa, biaq majlis ni jadi sesuatu yang mengingatkan kita akan zaman muda2 dulu, zaman budak2 dulu, zaman nakal dulu...zaman dok bercinta dulu??