Monday, March 22, 2010

SHAH ALAM

Salam...

Perjumpaan di Shah Alam tu tak lah se "gah" yang aku gambarkan. Yg sebenaqnya, saja 3/4 org kawan2 berjumpa. Agenda utamanya adalah untuk memperjelaskan aktiviti ALUMRA.

Aku terkezut beruk juga malam tu bila Din Luyen (Zainuddin Ahmad) hadir. Dalam hati aku dah ingat mungkin pintu kandang terbuka luas makanya Din terlepas. Rupa rupanya terlepas dengan syarat...Syarat dia kul 10 kena balik. Hahahaha..Sapa tak sayang bini oi.. Bini muda pulak tu. Alahai....

Kekeliruan dijelaskan. Rasa nya cam ada miscommunication lah bagi AJK ALUMRA ni kut. Tapi tak dak masaalah yang tak leh settle kan? Lagi pun, perkara baru, penjawat baru, makanya biasalah kejadian sedemikian. Walau bagaimanapun aku dah pun mintak En Zainuddin Idrus untuk menceritakan dengan lebih panjang lebar lagi kepada warga 59ers tentang program2 yang ALUMRA nak jalankan. Untuk pengetahuan semua lah. Rasanya dah masuk 72 jam, tapi masih belum ada apa2 lagi. Kita tunggu je lah...

WASSALAM