Thursday, February 21, 2008

Calun....

Salam....

Maka terjawab sudahlah calun ayng dok tunggu dengan berdebar samaada di pilih atau tidak. Nama lekat ke tak? Pak Lah suka ke tak? KJ ok ke tak?

Malang dan sedih sekali kawan aku yang aku beria ia sangat dok kempen langsung tak dak...Langsung tak di mention pun masa run up to the pencalunan..Apa nak buat. Nasib lah dan aku rasa syukur sebenaqnya untuk dia sebab kalau terjadi nya pencalunan, maka akan bersedih lagi lah kawan aku tu.

Anyway budak SMJ, senior aku dapat calun kawasan Bukit Kayu Hitam. Datuk Zaini Japar. Dia ni menggantikan seorang calun pompuan dulu kat situ. Jitra pun muka baru gak. Amar Khan. Aku tak kenai dia ni tapi aku gerenti Koden kenai dia.

Datuk Jo mempertahankan kerusi dia dan ssatu lagi muka baru ialah Datuk Mukhriz..Parlimen Jerlun. Tough jugak tu kat situ. Harap harap nak dengar nama Amin Bahari ke kat Langkawi, hampehh..

Anyway aku ni punya lah teringin sangat nak tau tadi punya lah dok try nak masuk Kedahonline langsung tak leh sebab busy sangat. Last sekali masuk ke Hijau Kuning .com, download FM Kedah dan dengar news kat Paka Trengganu..Punya lah dahsyat teknologi la ni, syukur alhamdulillah..

Aku dapat satu email tadi dari sorang hamba Allah nama Ust. Zainuddin Hashim yang menyatakan 2 perkara yang aku tengok kebanyakkan kawan2 ada buat. Hampa baca lah sendiri.

Kejahilan dan kedangkalan utk tidak mendalami ilmu agama boleh menyebabkan seseorang itu terikiut-ikut dengan tindakan, penerampilan cara hidup orang kafir.

Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan. Sebagai contoh mereka menciptakan alat bagi mengurangkan tekanan darah dalam bentuk gelang tangan, bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini.


Hakikatnya banyak cara lain yang boelh di gunakan, tetapi kerana memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim, maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar Muslim dilaknat oleh Allah s.w.t.,apabila dilaknat mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka.

Larangan memakai gelang tangan wlpun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w .: Hadis Imran bin Hussein r.a., bahawasanya Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan.

'Apakah bendanya ini'?Lelaki itu berkata,'Ia adalah gelang perubatan'. Rasullulalah bersabda,'Sesungguh nya benda itu tidak memberi apa-apa(faedah wlpun utk tujuan perubatan),buangkan benda itu drp. diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya. ' Hadis Sahih yg ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad.

Pemakaian gelang pada hari ini, melibatkan ustaz2,pegawai2 kerajaan, menteri2 bahkan perdana menteri sekali pun...sesungguhnya mereka semua telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan pegangan akidah umat Islam.

Di Malaysia trend ini bermula di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah orang yang baru balik dari Mekah.Sekarang ini dibenarkan oleh Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya faktor mudah di kenali atau sebarang kes hilang , kemalangan dsb.

Jenis-jenis gelang yang di haramkan bagi lelaki:-

1) Gelang Kayu koka
2) Gelang Kristal
3) Gelang Tasbih
4) Gelang Getah plastik
5) Gelang Besi magnet
6) Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia)

Jenis2 gelang yang diharuskan:-

1) Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad)
2) Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah di tangkap polis)
3) Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa.

Sekiranya ada yang hendak pakai sangat, maka dia hendaklah berusaha menjadi salah satu daripada 3 golongan ini.

wallhualam.

Ustaz Zainuddin Hashim


Aku rasa macam tak tau nak kata apa bila aku baca benda ni. Entah lah hampa renung2 kan lah tengok rasa boleh terima pakai ambik kalau tak pun hampa buat tak tau sudah. Nak berjawab esok kita ngan dia saja.

Ok guys..Take care.

WASSALAM.