Salam semua..
Ucapan takziah kepada Chan Mee Mee dan keluarga diatas kehilangan suami yang tercinta tanggal 31hb Disember 2009. Semoga tabah menghadapi hari hari seterusnya..
Aku terima SMS dari Kamal yg forwardkan SMS Ah Huat. Sedih jugak lah apabila sama2 ngan ucapan Selamat Tahun Baru, kita dapat pulak berita yang mengejutkan. Sebab kematian dan sebagainya aku tak dapat sebarang detail. Mungkin sehari dua lagi adalah tu...
Aku pun tengah kelam kabut 2/3 hari ni angkat barang2 yang dipamerkan kat Pesta balik ke Gurun. Pesta sudah habis. Tutup litup.
Aku ada gak dapat offer untuk start Live Sketching ni kat Komtar Walk yang baru siap dibina, bersebelahan ngan Komtar. Insyaallah kalu deal ok, aku masuk kat situ Februari nih...
WASSALAM