Friday, July 31, 2009

KANGTOW


Assalamualaikum...

Thank you Fazie for updating kisah H1N1 di Aloq Staq. Merebak sakan penyakit ni no.. Berjaga jaga lah semua..Jaga kebersihan..

Pagi tadi aku tengah breakfast, Koden dah call aku. Dia nak maklum bahawasanya dia dah pun kontek Madud dan didapati Madud masih boleh menjawab dan berjanji akan ke Spital hari ni. Kalau dia takleh nak pi dia akan call Koden lah kut. Thank you very much Koden..

Dengaq habaq kata la nie nak masuk KL pun masaalah cikit sebab depa dok screen orang masuk keluaq..betui ka? Ni semua pasai perhimpunan yang dirancang esok tu lah..Nak tunjuk perasaaan lagi..Nak habaq kata "NO TO I.S.A". Aku pun tak tau lah berapa kali depa nak kena habaq, dan nak kena tunjuk perasaan. Tak dak gunanya lah aku rasa. Menghabihkan boreh yo.. Just a small portion out of berapa million, tak carry weight lah.. Tambah sesak lalu lintas depa berjaya lah setakat ni, aku rasa...

Dulu tahun 70an kerap lah kita dengaq tunjuk perasaan sana sini, tak puas hati sana sini. Aku pun ada gak terbabit sikit masa tu..Half way aku dah seriau yang amat sangat dan takut teramat. Sebab feel aku kuranglah ngan issue masa tu kut..Aku pun terus diam dan self recluse. Hahahaa..those were the days my friend ...we thought would never end.. Tapi la dah start balik pulak..Towkay bangsawan yang sama agaknya...Jgn marah bro..Joking je..

Aku ada "kangtow" untuk supply tong dram(2nd hand) ke Terengganu..besaq amountnya. Sapa2 ada meniaga tong dram ka? 2 orang kawan sekolah yang aku kenai, dimana kaum depa kerap buat bines cam ni tapi sayangnya sorang kerja Telekom dan sorang lagi kerja kat kilang Jepun mana ntah...so kawan2 lain klu ada give me a tinkle..

WASSALAM..