Friday, May 1, 2009

MAI CHE MAI

Salam semua...

Waduh..kawan2 nampaknya dah mula buat preparation yang hebat jugak untuk this coming BB50. Mungkin dah ada yang beli baju baru dan seluaq baru. Tema BEACHWEAR kan? Adaka yang beli BIKINI baru? Hahahaha.. Tapi yang pasti, aku tau ada jugak yang tukaq imej baru. Katanya nak jadi Kenny Rogers, tapi on the dark side sikit lah..

Tak lupa jugak aku ingin mengucapkan terima kasih kepada gang yang dah confirm kan kehadiran dan especially gang yang dah pun buat pembayaran. Dan kepada gang2 yang berusaha gigih untuk menjayakan BB50 ini, tak dak ucapan untuk aku beri terhadap ketulusan anda semua.

Setelah berjumpa dengan beberapa orang kawan2 yang bersama2 aku dulu bertungkus lumus untuk menjayakan perjumpaan yang sebelum ini, ramai yang bertanya tentang "mesyuarat" yang aku adakan di Country Heights tempoh hari. Apa nak kata lagi, cuma aku nak kena minta TAL18 sediakan minit mesyuarat sajalah, sekiranya ada untuk menjelaskan keputusan yang diambil. Insyaallah, aku akan bentangkan sekiranya amat perlu.

Wah, wah...dah jadi formal habisss... Siap ngan minit mesyuarat kan? Hehehehe... Tapi aku amat berterima kasih kepada yang hadir di mesyuarat itu walaupun jemputannya secara ad-hoc saja. Pandangan serta cadangan yang diberikan amat memberangsangkan. Di situlah keputusan mengadakan majlis dari petang hingga malam dicapai. Disitu jugak lah keputusan kutipan RM60/= tercapai. Disitu jugaklah keputusan akaun bank dicapai. Cuma satu bank je yang aku tak masukkan sebab tak dapat berjumpa dengan pemegang akaun Bank Islam. Cukuplah dulu 2 bank tu. Aku rasa dah memadai.

Ada jugak yang bertanya kenapa ahli yang hadir ke mesyuarat itu masih belum memberi kata putus samada akan hadir atau tidak. Mungkin silap aku jugak sebab tak bertanya depa semua pada hari tu. Yang aku tau, Hamsan punya nama dah pun dimasukkan walaupun bukan Hamsan yang suruh aku masukkan. TAL18 ni kalau dia tak mau mai pun akan aku masukkan jugak dan paksa dia mai.Alhamdulillah dia siap sanggup bagi no. akaun supaya kawan2 dapat bank in. Hampa semua tak payah lah nak takut duit hampa kena songlap..tak berbaloi pun nak ambik RM60 tu dan hilang kawan.. 60 juta ok lah, dah boleh cari kawan baru, rumah baru, kereta baru dan mungkin bini baru!

Come on people..tinggai 19 hari lagi untuk buat pembayaran deposit MBR. Kalau slow camni, payah lah rasanya. Penat lah kawan2 yang dok all out untuk nak bagi BB50 "JADI". Kesiankan lah gang2 yang dok buat kerja tanpa bayaran ni. Kami bukan nak minta bayaran atas tenaga dan usaha yang dicurahkan, tetapi kami cuma nak mintak kerjasama sepenohnya serta komitmen yag penuh agar BB50 berjaya.

Komitmen "komiti yg tak dilantik" untuk menjalankan tugas mengurus perjalanan BB50 ni amatlah dihargai dan disanjungi. Gang2 ni menawarkan diri. Tak payah suruh. Koden ngan TAL18, sanggup mai ke Gurun untuk berbincang pasai BB50 ni dengan aku. Siap bawak pulut mempelam lagi kat aku. Mana nak cari dah kawan2 yang macam ni..Yang dibelakang tabir seperti bahagian Wanita, GM Gah, a big thank you jugak. Fazie yang memeriahkan prelude BB50 pun plays a part dalam menjayakan BB50 ni, walaupun dia diam seketika. Harap dia walk the talk setelah keputusan 0-0 dicapai..kan? Mazlee, Kamal dan semua yg terlibat, THANK YOU. Mailah beramai ramai kita jadikan kenyataan segala cadangan yang kita dah keluarkan. Mai Che Mai..