Friday, August 7, 2009

HI-KOPI

Salam 1 Malaysia..Assalamualaikum...

Hari ni Hi Kopi kat rumah Maklang CT. Tadi Madud dah kontek aku mintak aku bagi address rumah Maklang CT, so aku pun buka blog ISA dan terus SMS kat dia. Baru tak sat dia dah hantaq SMS kat aku yang berbunyi begini.."Aku dok balun ayam panggang di rumah maklang ni.."

Bila sebut ayam panggang dan Madud pulak dok makan, terlintas dihati aku betapa Maklang ni mesti pandai marinate ayam tu kan..Mesti lembut gila..Kalau tidak camana Madud nak makan? Kan?

Anyway, semoga Madud enjoy the food dan menjadi wakil lah kepada grup kita yang tak dapat hadir nie. Jangan lupa balik rumah sudah.

Mungkin dilain kali lain hari kita semua dapat berjumpa..Insyaallah..

GAMBAQ LAMA

Assalamualaikum..Salam 1 Malaysia,

Gambaq diatas ni telah dihantaq oleh Ain..Yang aku kenai Ain, Hamsan, Own ka tu?, Sobri dan Kalau tak silap hujung kat sebelah kiri tu Azimah ke? Please betulkan lah kalau silap..Yang lain2 tak kenai. Sapa2 yang ada info, sila lah masukkan dalam Komen.

"assalamualaikum
ni ada gambar lama ....persatuan ugama islam kut. kita minta tolong fazillah namakan ustaz n ustazah ni fazie selalunya ingat semua...adake ustaz zaki dlm gambar ni...Terima kasih."

Message Ain thru email aku...