Friday, May 22, 2009

CHAT AFTER 9...ANY1?

Salam..

Oleh kerana terdapatnya elemen2 yang aku tak suka dok masuk komen, maka aku dengan kuasa yang ada pada aku, maka aku ingin istiharkan disini bahawa segala komen akan melalui aku dulu baru aku akan publish selepas aku tapis.

Aku harap hampa semua faham. Jadi kalau hampa boh komen maka komen tu takkan keluaq immediately. Yang sebenaqnya aku tak suka nak buat camni, tapi aku rasa cam satu keperluan pulak kan! Pasai tu lah agaknya ada ISA tu. Tak mau bagi hasutan tu tersebar luas. Elemen buruk yang aku maksudkan tu adalah komen2 yang menyentuh peribadi, menghasut kawan jangan hadir dan sebagainya lah.

Aku lebih suka pulak masa hampa tak berapa reti masuk komen dulu, sebab hampa lebih jujur dan ikhlas. Hahahaha..ni bila dah pandai tukaq nama, boh nama tu nama ni, mengata kat orang tu orang ni, tak baik lah.

Anyway..la nie yang dalam kepala otak aku tak lain tak bukan melainkan BB50 je lah. Siang malam dok ingat tu je. Caman nak buat bagi elok. Camana nak bagi meriah. Cuma yang aku tak pikiaq adalah caman nak bentang kisah kewangan. Tetapi kalau diminta secara official, aku akan buat lah. Hahahaha...

Koden pun dah back on air..Welcome back..Punyalah lama dia menghilang diri. Mungkin dok pikiaq apa games yang dia nak anjur nanti..Jangan suruh org lain main tenis dah le.

Madud dah macam ghaplah pulak bila aku anjurkan dia mengepalai majlis tahlil tu. Apa salahnya..Lama kan hang menganggotai kumpulan TABLIQ. Mesti cekap buat majlis camni. Jangan malu..Ramai yang sokong.

Mazlee pun dah ready dengan hadiah2 yang akan diedarkan kepada pemenang2 malam tu. Cantik2 hadiah nya. Aku dapat peluang tengok malam tu melalui Yahoo Messenger.

Malam ni pun aku rasa aku akan online after 9pm. So sesiapa yang nak online dan sembang2, silalah. Gah masih dok pending invitation aku lagi untuk YM. Hamsan mata tak nampak pulak kalau pakai laptop. Koden pulak dok terketaq2 lagi aku rasanya dengan YM ni. Yang paling cekap ngan YM ni, Madud lah. Come chat tonight after 2100hrs guys...

WASSALAM

MAI OI..

Salam semua...

Tiba2 terdapatnya sorang kawan yang dok bagi pendapat negatif serta komen2 yang jugak berbentuk negatif. Aku tak berapa nak sukalah camni. Kita dok kelam kabut nak buat perhimpunan ni agar jadi meriah tiba2 dah masuk pulak seekor kuman yang cuba melepaskan virus yang lebih merbahaya dari H1N1. Sabaqlah sat..Tak berapa hari lagi dah untuk sampai 6/6/09. Lepas tu hampa nak lepas apa pun lepas lah.

Tapi aku pun heran jugak apa tujuan si mamat ni atau pun minah ni yang bertindak sedemikian. Kalau tujuan untuk menyedarkan kawan2 alhamdulillah. Tapi kalau bertujuan untuk merosakkan majlis dan bergelak di belakang, aku sarankan agar hentikan lah saja. Persepsi jemputan ni lain macam sikit. Bila ada pulak jendalu yang dok kata macam2 pasai majlis ni maka akan terdapat jemputan yang terus tak hadir walaupun pada mulanya dok pikiaq2 nak hadir.

Tujuan kita buat majlis ni adalah untuk kita semua. Bukan misi untuk buat untung pada gang yang dok bertungkus lumus, tetapi lebih kepada nak seronok bila dapat berjumpa ngan kawan lama.

Sambutan masih suam pada aku. Kalau yang nak mai dan masih nak pikiaq samada berbaloi ke tidak, aku boleh confirm kata memang berbaloi lah kalau dapat jumpa kawan2 yang dah lama tak jumpa. Apa ada pada RM60 untuk menghadiri majlis sekali dalam seumoq hidup.

Kepada yang sat kata jadi sat kata tak jadi tu pun, aku respek apa jugak keputusan yang hampa ambik. Tapi kalau hampa jadi mai, alhamdulillah...

WASSALAM