Monday, August 10, 2009

PULUN MADUD PULUN


Assalamualaikum...Salam 1Malaysia,

Hampa tengok sat Madud dok pulun kat rumah Maklang CT. Yang tu kah Maklang? Maaf lah sebab aku tak kenai. Yang aku tau walau pun hampa gerak tengah malam adalah Madud saja.

"ISA" ada counter propose buat gathering kat Utara, tapi bukan time Raya, bulan 12 katanya sebab betui jugak apa yang dia kata..dah lah balik setahun sekali, pastu depa nak spend time lebih banyak ngan keluarga. Aku setuju sangat. Sapa2 saja yang arrange aku ikut je..

Kamal dok shout bertanya pasai TAL18, hampa jangan dok risau lah ngan dia tu..Mungkin ada period kut la nie. Aku takdak kata apa pung kat dia. Kekadang kami ada kontek mengontek menerusi fon..SMS ada, cakap pung ada.

Lupa nak habaq aku ciplak gambaq kat atas tu dari SINI. "ISA" punya cawangan blog gak. Banyak address SMJian yang dia boh kat situ, mungkin tak semua yang aku kenai, tapi adalah gak yang aku kenai.

Jumaat malam aku balik Penang. Sampai pun dah lewat malam, singgah kat Deen nasik kandaq Jelutong, pekena dulu baru chalo..Best nasik dia, lama tak rasa lah katakan..Pagi esok tu hujan satu hari lah..Tak leh nak pi mana2 pun.

WASSALAM