Assalamualaikum,
"Kita rakyat Malaysia kawasan Sala hendaklah beramai ramai keluar mengundi. Jangan lupa memangkah kepada parti yang menjanjikan segala jenis pembangunan.Tuan tuan dan puan2..Klu nak cerita macam mana saya sebagai hamba Allah yang hina ni dapat dok atas mimbar ni bercakap dalam mesjid ni, saya amat terhutang budi kepada kawan2 saya yang telah memberikan sokongan yang amat jitu sekali kepada saya yang bodoh ini..Depa suruh saya bang kat mesjid, saya kata saya dah sembahyang 5x sehari. Tapi depa kata memang semua orang Islam buat benda tu dan memang wajib buat benda tu. Depa kata pi lah hang jadi imam untk menunjukkan kata hang boleh pimpin masyarakat bukan setakat buat jalan tar ka, buat tabika ka, bagi bas stand ka, buat pertandingan memancing ka, panggil Jefrydin mai nyanyi ka..dak..kena pimpin masyarakat ke jalan yang benar atas dunia dan akhirat. Itulah yang membuatkan saya berada disini walaupun yang tinggal dalam mesjid ni hanyalah pak mertua saya, abang ipar saya dan adik beradik saya sahaja...."
Itu lah petikan kata2 seorang yang amat teringin untuk menjadi seorang pemimpin walaupun dia tak ada tokoh pemimpin tetapi mempunyai akal yang berputaq dengan licik sekali.
Cerita diatas ni hanyalah rekaan semata2 dan tiada kaitan dengan yang hidup atau pun yang dah aruah.
Sebenaqnya, tersebutlah kisah tentang adanya sahabat kita dari SMJ lah yang bercita cita untuk jadi MB Kedah. Jadi untuk merealisasikan impian dia ni, dia kena berusaha lah. Langkah yang pertama dalam dunia politik ni hang kena ada RM untuk menjalankan aktiviti menonjolkan diri. Bagi derma sana, bagi derma sini..buang duit sana buang duit sini. Tapi hal tu dia tak dak masaalah sebab duit dia banyak. Banyak sungguh sungguh ni..Masaalah dia adalah dia ni tak berapa cerdik lah dalam hal2 ni. Dia cerdik dalam cara nak cari duit. Tapi dalam hal politik molitik ni mungkin ada orang dok cucuk dia atau gula gulakan dia maka terjadi lah satu chapter dalam hidup dia yang bertajuk aku seorang politikus.
Mula mula sekali aku dengaq dia stat bagi derma kat org susah...Bagi kat dia tu bagi beras kat dia ni, tolong perbaik rumah, tapi aku tak tau lah ikhlas ke dak sebab celah celah tu P.A dia anggil reporter..Itu satu idea yang amat bernas sekali. Jadi pada aku itu adalah nak menunjuk pada orang ramai lah kan? Kalau bagi senyap2 pun boleh dak? So what do you think?
Pas tu dia stat pi bagi derma kat sekolah2 nih..Bagi sekolah tu buat surau, sekolah ni buat perpustakaan dan sebagainyalah...Hati dia bagus..tapi jari telunjuk tu dok kait mengait..
Jadi lama kelamaan nampak cam tak sincere langsung kan? Aku tak salahkan dia sebab dia tak berapa cerdik, aku salahkan kutu2 yang dok himpit dia tu. Tapi kawan kita ni pung dah tenggelam punca lah apabila dok kena gula depa tu. Masa tu dia bercakap punya lah gah! Tapi hanya Koden ngan aku yang tau setakat mana kemampuan dia sebab kami tau dia tak berapa cerdik. Tapi ada times aku pung take advantage gak, but I exchange it with services. Its more of a business rather than simply shaving him. Hahahaha...
Pas tu dia get into the path of a very prominent politician who is a deputy minister now...Tapi dia punya ranggi sembang nak lawan kawan tu..Tak terkejut ka? Buat macam2 ni..Sampai kawan tu gempaq sikit saja...teruih senyap.
Cerita dia ni tak mau lah aku masuk detail sangat.Tak baik...Ada juga benda2 yang tak best. Lepas dengaq kata deputy minister tu bagi warning lebih kurang macam dia tu baru jerkah saja lah, diam teruih. Sebab aku dengar khabar angin yang jadi dalang dok gula gulakan dia ni juga gula gulakan Dep.Minister ni. Professional sugar man..hahahaha. He will tell you anything you wanna hear as long as you sanggup bayar dia...Money talks.
Jadi bila Parlimen nak bubar 2/3 hari sudah aku dah provoke lah mamat ni with Koden punya consent jugak walau pun dia kata aku jahat tapi dia kata dia syok dengaq. Pas tu hari ni dia pulak stat provoke kawan tu dan kami sama2 jalankan provocation at the same time. It was funny guys..Aku punya colleague terkejut sebab aku dok dapat sms pas tu dok gelak..Jadi kami stat dari kul 5:30 sampai maghrib baru henti..Best gila..hahahaha. Perangai Koden ni dahsyat tau. Dia suka menyakat orang.
So daripada apa yang kami dok sakat menyakat tu lah yang keluar cerita bagi ucapan dalam mesjid tu...
Aku ada terdengaq suatu kisah berkenaan kawan pada kawan aku yang ada sakit darah tinggi, kencing manis dan juga affect la kolestrol la apa la sampai lah ke jantung dia pun ada problem. Hampa semua kena beringat kita dah berumur ni jaga jaga lah sikit. Aku baru buat medical alhamdulillah ok lah although kolestrol aku on the high side.
Jadi satu hari kawan pada kawan aku ni ada masaalah kat factory dia...Tapi masaalah tu tak lah sampai dia boleh di buang kerja cuma dia macam not in the good book with the boss lah. Tapi dia ni bukan buat benda yang salah tu directly, dia ni macam bersubahat dengan kutu yang buat salah tu, jadi kacau lah sat. Orang suspect dia, tapi tak leh pinpoint salah dia. Boss dia bara, terus hantar dia pi ke section lain. Ghaplah la mamat tu. Kerja semakin teruk dan tension sentiasa lah.. Selalu kena pi outstation dan dia stress lah. Dia terlampau dok layan perasaan dia terus kena heart attack dan paralysed..Tak leh cakap, tak leh bergerak dan pendek kata macam sayoq je lah. Kalau cabut oxygen tu dia basically mati lah. Bini dia sudah tak puas hati. Nak saman company dia kerana buat bagi husband dia jadi camtu.
Aku nak tanya pendapat hampa semua lah, agak2 hampa, boleh ka dia buat camtu? Dari segi undang2 boleh ke? Tapi dari segi ugama pulak, apa pandangan hampa? Pada pendapat aku lah dalam rukun iman ada menyatakan tentang Qada' dan Qadar dan juga adalah aku dengar tok guru mengajaq mengatakan masa kita dilahirkan memang dah ada termaktub bila kita kan mati dan apa dugaan dugaan yang kita akan hadapi. Tapi kita takleh tau lah. Semua ini adalah sabit, maksud dia tiap kejadian mesti ada sebab musabab nya. Jadi renung2 lah dan kalau rajin hampa bagilah feedback kat aku supaya aku boleh lah panjangkan kat kawan aku punya kawan. Kesian dia. Sebab ada orang alim menyatakan kat aku bahawasanya seseorang tu boleh lari akidah dia kalau dia menyatakan bahawa kemungkinan besar benda ni takkan terjadi kalau dia ni tak bagi dia masaalah dan sebagainya. Wallah waalam bissawab...
Lagi satu paling best bila Hasaza komen tentang cadangan aku nak tolong budak2 under achievers tu. Dan anugerah nak bagi pada budak all rounder tu..hampa baca...
Assalamualaikum, nak mencelah sikit. Mengenai next gathering yang akan diadakan pada 27/7 di utara tu akan menjadi kenyataan la. Harap2 usaha Kamal akan mendapat sokongan dari kawan-kawan semua. Insyallah saya akan membuat perancangan dari sekarang supaya dapat menghadirikan pada majlis tersebut. Saya akan pastikan Rajan ikut saya, 27/7 tu hari sabtu, dia tak hantar anak pi klas sumo. Perjumpaan yang lepas kat uatra tu maklum la buat lepas raya,saya bini orang jauh, bak kata koden `minor decision tu bini buat' jadi dok buat lepas raya, nampak gaya tak da can la nak jumpa gang2 lama. Setakat ni jumpa yang kat KL alhamdulillah la berjaya mencapai matlamat yang diharapkan.(special thanks Dz and koden). Untuk cadangan mengadakan special tropy/hadiah kepada pelajar serba boleh adalah satu cadangan yang sangat baik dan murni tapi memerlukan satu perancangan, pendekatan dan pelaksanaan yang berkesan dan mantap. Dah dok dengar banyak senior2 dan ahli koperat yang nak buat benda ni tapi tak jadi, kalau jadi pun bak kata `hangat2 tahi ayam'. Kalau nak buat perkemas betul2 supaya pelajar2 mempunyai satu tekad dari awal tahun untuk mendapat tropy tersebut bermakna satu tropy yang mempunyai `ciri dan nilai' yang boleh di banggakan dan dijadikan kenangan pada masa tua kelak. Sekian dulu dari saya, Wassalam
Hasaza
Alhamdulillah dan you are welcome. Yes betui sangat apa yang Tuan kata dan sebab tu lah saya nak ajak Tuan tolong dan sama2 berkerjasama untuk menjayakan benda ni. kalau Tuan cakap macam tu saya rasa macam Tuan nak lepas kat saya buat je benda ni... Kita sama2 buat lah Tuan. Kita buat bagi jadi Amelina atau Liena Hangat yang sentiasa hangat. Tahi ayam tak main lah la ni..hahahhahhhh.Thank you for your comment herr Lt. Colonel. Achtung...
Assallamualaikum,
Baru nak start jampok, Dz cal sembang pasai macam2, panjang lebaq. Tapi yg boleh d sebut d sini is just about plan nak buat dinner d Jitra nanti.
Kami nak try identify sapa yg boleh jadi kepala untuk organise d sana. Dok terlintas Mat Lazim yg nampak tu berminat juga utk berjumpa2 ni.
Apa2 pun kena tanya dia dulu.
Aku minat sungguh jampokkan Hsza sbb dlm merapu dia tetap asker juga. Bila dia cakap pasai urusan formal yg perlu perancangan n procedure, memang la bunyi sebiji punya Ltn. Kol.
But the facts remain, memang betoi apa yg Hsza kata, jgn jadi "hot hot chicken shit"
Malam ni rasa kena stop awai la, otak dok tang lain. Tak boleh concentrate menjampok pun. Tengah sibuk n juga tengah stress kalah bidding. Tak dak rezeki nak pencen awai lagi la nampak gaya ni.
KODEN
Yup..you are right again..Tak mau hot2 chicken shit. Let's make it happen. Mat lazim akan di hubungi untuk di beri taklimat selanjutnya dan dia kena buat komiti dia lah dan kita akan bantu setakat yang boleh dalam penyediaan majlis ini.
Jangan risau...Masa tu dah ada gomen baru. Kemungkinan kubu PAS di Sala telah di gempur oleh kawan kita dan kita mempunyai seorang wakil rakyat di kalangan kita...Hidup......
Cukuplah kut takat ni aku mengeluarkan idea2 dan juga hasil nukilan aku...Hahahaha. Kalau hampa rasa boring boring sambil baca, clicklah video clip yang aku boh kat situ..Muzik yang aku suka..Kalau hampa nak dengar muzik cam lain bagi tau lah.Aku tolong cari kat hampa dan postkan.
Cheerio...Adios Sabata...Peace.
Wabillahi Taufik, Wassalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
dz.