Assalamualaikum....
Aku baru balik dari Bazaar Ramadan Tanjong Tokong. Ini actually kali kedua aku kesana. Kali pertama aku pi 2 minggu sudah, aku dah sedar bahawa pelanggan kat situ hanya 50% Melayu. Lagi 50% adalah campuran etnik lain. Best kan..Tak rasa cam Ramadan..ingat cam pasar malam pulak. Tapi tak salah kat depa sebab ini lah masanya nak dapat bermacam2 jenis makanan di satu tempat. 1 stop center lah tu kan?
Aku sudah teringin nak makan koay teow hari ni jadi aku pun terus lah pi kat Makcik tu untuk order. Masa nak bungkuih dia dah tanya aku.."nak cabai jeruk ke.." Aku jawab "mau". Dia tanya lagi.."Melaka ka Penang"...terkedu aku sat. Baru aku nampak dia ada 2 balang jeruk. Satu cabai biasa satu lagi cabai burung. Cabai Melaka lah tu org Penang panggil. "Melaka", jawab aku..Hehehe RM1.50..
Ok..KL dah buka. Tunggu Penang now..Chow
WASSALAM
Saturday, September 12, 2009
KELAS GITU...
Assalamualaikum..Maaf Zahir & Batin...
Tinggai 10 hari lagi kut kita nak beraya. Maka moga2 kita semua dapat menyambut Hari Raya kali ini dalam suasana yang meriah dan aman damai. Kepada yang nak balik kampung tu berhati hati lah dijalan raya. Ops pun dah mula la nie. PLUS pun dah buat offer bagi 20% discount untuk pennguna lebuhraya selama 6 hari ( tak ingat tarikh nye daaa), tetapi waktu nya hanyalah dari 0000hrs - 0700hrs. So kena start jalan malam lah kalu nak save 20% on toll. Tapi kalu naik motor memang free all the way lah..Pi utara pun free, pi Timoq pun free atau pi ke Selatan pun free. Cuma bila hujan je yang tak berapa nak best tu...
Bila Datuk Seri Najib bawa keluaq slogan 1 Malaysia dan senantiasa menyebut 1 Malaysia sampai salam dalam berita TV pun dah jadi wajib untuk menyebut salam 1 Malaysia. Ia sebenaqnya menampakkan kesedaran kerajaan bahawasanya rakyat kita ni tak berapa nak boleh bersatu bila kita bercakap tentang ethnic dan agama. Pada pandangan aku lah kan.... selepas kita bina dan membenarkan sekolah sekolah ethnic tumbuh dengan suburnya maka dari situlah bermulanya segregation atau pemisahan/pengasingan grup2 etnik yang berbilang yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang berwarna warni dari segi budaya dan adat. Akalu dah dari kecik tak leh nak dok bawah satu bumbung, camana nak bercampoq bila dah dewasa.
Zaman kita dolu, ada sekolah rendah kebangsaan aliran Melayu, sekolah rendah aliran Inggeris dan sekolah aliran Cina serta sekolah Tamil. Bila mai nak masuk sekolah menengah ada pilihan lagi pulak tu samada nak masuk aliran Melayu atau Inggeris. Kalau yang dari sekolah bukan aliran Inggeris maka kena masuk kelas remove setahun. Mai SMJ tinggai dua aliran sahaja. Melayu dan Inggeris. Cina dan India banyak berada dalam aliran Inggeris. jadi daptlah kami bercampoq dengan mesra semasa tuh. Walaupun macam ada gap sikit antara aliran Melayu dan Inggeris dulu, tapi itu hanyalah perasaan rendah diri sifat yang payah lekang dari orang Melayu.
Bila dah keluaq kerja dan bertemu balik selepas berpisah 2/3 dekad aku nampak gap tu masih ada jugak. Jenis2 yang tak boleh bercampoq ngan orang ni pun satu masaalah jugak. Kesian kat Najib yang cuba nak menyatukan bangsa dalam negara ini tetapi ada kejadian antara kita dimana dok dlam satu sekolah dan berlainan aliran pun tak leh nak campoq. Camana tuh?
Aku teringat dengan satu kawan yang amat teruja sekali bila kami gather buat kali pertama 3/4 tahun sudah. Dari situ kami mula bergerak dan selalu buat perjumpaan. Tapi masaalah dia ni ialah dia tak leh nak bercampoq ngan gang yang tak sealiran ngan dia. Masa awai dulu memang aku pun terasa kekok nak campoq sebab tak dak benda yang common atau perkara yang sepakat yang lazim dapat di bicarakan tetapi lama kelamaan benda sepakat yang aku nampak ialah kita semua dari SMJ. Walau pun dok di sekolah dulu tak pernah bertegoq sapa tapi la nie dah tak kisah lagi. Boleh campoq dan bertukar tukar pendapat. Menambah kan kawan2..memanjangkan silaturrahim... Tapi kawan aku yang comel ni tak leh sampai sudah. Tup tup dia pulak yang menghilangkan diri selalu bila kita gather. Diam teruih. Tak jampuk menjampuk langsung.
Bila Koden talipon aku tadi dan bertanyakan samaada aku ada dengaq ke berita sapa sapa yang buat open house untuk gang SMJ, aku pun jawab cuma yang aku boh dalam blog ni sajalah. Rupanya dia dapat berita bahawasanya kawan aku yg comel ni pulak sudah organise perjumpaan pada hari Raya kedua nih. Tapi hanya untuk gang2 "kelas" dia aje. Tak termasuklah Koden dan aku nih. Aku lagi lah tak dak, sebab aku ni takat Form 3 je kat SMJ.
Mungkin aku nih tak dak rasa sensitif sangat atau kecik hati, tapi ada kawan yang terasa di pinggirkan mungkin..Lagi pun sifat dia yang teruih mendiamkan diri tu lah yang membuatkan kawan2 terasa kecik hati.. Aku pun harap di hari baik bulan baik ni biaq lah kita pakat2 sepakat, ziarah menziarahi dan bermaaf maafan...
Untuk jemputan yang di lanjutkan oleh Fazie ni..ianya tak lah tertutup untuk golongan yang tertentu sahaja...Bukan untuk budak form sahaja atau budak Tingkatan sahaja atau budak Science Stream sahaja atau pun Form Six sahaja...Ianya terbuka untuk semua warga SMJ. Kita semua kan brader dan sister dari satu sekolah..Same School Of Thought..
WASSALAM
Subscribe to:
Posts (Atom)