Tuesday, September 7, 2010

ADUSS.. ENGLISH DLM COURT?

Salam...

Awat lah yang teruk sangat Bahasa Inggeris dia nih? Malu nye.. Mewakili SPRM pulak tu.. Malu malu malu..Cakap Melayu je lah kan?



Paham ke jawapan yang dia terima dari Pornthip ni? Pronounciation pun dh le teruk..Malu nye..

Monday, September 6, 2010

Al Fatihah

Salam...

Innalillah... kepada seorang artiste extraordinare yang telah meninggalkan kita buat selama lamanya semalam. Tak lain tak bukan... Yusoff Chong.. Aku post video dia sebagai kenangan


CHECK IT OUT

Salam...

Aku rasa banyak yg dah tengok kut clip nih, cuma aku saja yang belum tgk..jadi aku post lah... syok gak kan? Namewee yg KJ dok hentam pun berlakun skali ngan dia..

Wednesday, September 1, 2010

NAMEWEE



Salam...

Video kat atas ni bukan yang create kontroversi tu, tapi boleh tahan gak..Not bad..Dia mengata semua..

Thursday, August 19, 2010

KENDURI

KENDURI KESYUKURAN "darah59"

TARIKH : 1 HB OKTOBER 2010

TEMPAT : KELAB SHAH ALAM

JAM : 8:00 MLM

Assalamualaikum...

Ceritanya camni... Kami bercadang nak buat kenduri sempena sambut Syawal ni. Konsep kenduri sekali ni adalah sebagaimana kenduri yang lain lain lah.. Hampa mai makan je. Tapi paling best sekali kalau hangpa boleh sesama join buat kenduri ni supaya semua pakat2 contribute. Mungkin ada yang nak bawa kuih muih ka, yang nak bawak mai ketupat ka, yang nak bagi gula ka, bawang ka, asam ka dan sebagainya lah. Konsep ni dah lama tak dak kat kampung kita. Dolu dolu memang camni lah depa dok buat kenduri. Amacam?

Mungkin asam, bawang,gula dan garam kurang praktikal cikit kut di majlis ni...hehehehe. Apa yang aku cuba nak sarankan disini ialah kami tak mau adakan yuran untuk hadir. Macam makan kenduri lah..Mana ada tuan rumah habaq kat hangpa suruh bagi berapa duit...betui dak? Ikut pandai hangpa lah nak bagi ke dak...!

Kalau ada yang rasa cam nak tumpang kenduri, konteklah aku... 0175411285/dzamriabdulrahman@gmail.com. Kalau rasa yang nak bawak kuih pun kontek aku. Nak bawak ketupat pun kontek aku gak... Nak join dalam bentuk apa sajalah, hangpa kena kontek....Supaya aku dapat sediakan pinggan mangkuk untuk boh makanan hangpa tu..Alhamdulillah...Klu yang nak bagi duit tu, boleh lah aku sediakan poket..Tuan rumah lah katakan..Hahahahha...

Sebenaqnya, kenduri ni bukan utk gang2 darah59 je, hak lain pun dijemput juga. Janji gang SATS, SKJ, SMJ..kira oklah.

Aku terpaksa tetapkan dress code kat sini sebab kadang2 dia jadi isu besaq gak...

1. T shirt kola bulat tak leh pakai...
2. Slipper tak leh gak.
3. Yg paling penting, segala gelaran jugak tak leh pakai masa masuk dewan makan tu nanti...hehehehe

WASSALAM


Wednesday, August 18, 2010

SAMBUNG...


Salam...

Hahahaha..apa lagi bermalam lah di ADVENTIST...Doktor kata NASIK KANDAQ is a NO NO...Smoking apatah lagi...So berjogo jogo lah aku skrg..

2/3 hari lepas aku memang plan nak p Shah Alam sbb mak ngan pak aku ada sana, lagipun dengaq habaq mak aku demam..Aku baru nak p airport, adik aku dah telefon kata mak aku kena warded. Eloklah tu timing dia...

Terdengaq plak cita kawan kita yang tereksiden ngan kapcai kat Jambatan Sunway tu...Kapcai dh cilok pi cilok mai, tersangkut bampa dia... terbungkaih bampa tuuu.. Bukan lah turun mai seketui ka apa ka, tapi, dia punya klip dah tercabut lah.. Memba sudah bara...Kapcai tu pulak cuba menyelit nk blah..memba kita apa lagi..hon punya hon lah sampai polis kt situ pun realise. Mau tak mau kapcai ni terpaksa akur dan berenti...

Kapcai bawak keluaq duit offer dia, dia tak mau sebab dia nak kapcai tu pi repair keta dia. Pastu adalah depa bertengkaq pi mai pi mai, kapcai ni sudah sesak nafas...sambil dok pegang dada, terkezut nk dpt heart attack lah kut...Dah macam nak jatuh dah...Memba kita ni kan, punyalah dahsyat dan penuh dgn pengalamannya siap bersuara pada penunggang motosikal yang berbangsa India itu, lebih kurang gini lah,

"KALAU LU NAK MATI, BAIK LU MATI BETUI BETUI, KALAU LU JATUH DAN GEDIK2 SANA PUN SAYA TUNGGU JUGA"...

Kering betui hati dia nih. Kan? Itulah perkataan yang keluaq dari mulut aku bila dia bercerita kat aku...Yang bestnya pastu "Maniam"tu ok dan boleh ikut depa p workshop dan siap boleh bayaq cash lagi kat workshop tu... Jadi lain kali kalu sapa terkena cam tu, hampa ambiklah ni buat pengajaran...

Dalam perbincangan inilah maka terkeluaq idea untuk buat kenduri raya.. DARAH59 yang nak buat kenduri tu.. Tarikh 1hb Okt 2010.. Tempat di Kelab Shah Alam.. Jam 8:00 mlm.

CAra mnjemput dan siapa yang nak dijemput akan di beritahu kelak. Yang pastinya, ini adalah santai Hari Raya.. Pakat2 kenduri kalau siapa yang sudi. Klu ada kuih muih, ketupat rendang, bawak mai, kita pakat2 makan. For sure, tiada kutipan individu yang akan di jalankan untuk menjayakan Majlis ini...

So, tunggu dan lihat dan selalu2 lah kontek mengontek dalam FB atau pun disini....

WASSALAM

ASSALAMUALAIKUM / PEACE BE UPON U

Salam...

Lama sungguh aku menghilang diri. Ramai gak kawan2 dok sound, dok tanya apa jadi, dah burn out ka dan macam2 lagi..Apa lah jawapan yang paling best aku nak bagi nih? Aku naik segan yang sebenaqnya..tak taulah pasai apa. Beberapa kali jugak aku buka dashboard untuk posting baru tapi lepas 2/3 line aku dah ghaplah...Hari ni aku ada mood....

Lepas balik dari Sarawak tu, adus aku punya lah "qadho" makan, aku pun tak tahu pasai apa. Semuanya tengok sedap. Nasik kandaq ni tok sah cerita lah...

Paling best sekali hari aku sampai dari Kuching tu ada pulak kawan2 yang buat small gathering kat Kelab Shah Alam. Depa makan makan, minum minum dan sembang2... Aku terlewat jadi part minum ngan sembang je lah yg aku dapat...hehehehe...Gah n hubby, Koden n hubby dan Kurniawati n me... There is no mistake in my posting here...Hahahahaha. It was fun. Idea untuk buat family gathering kat Ulu Langat dilahirkan disini..yet to merangkak sebab kesibukan agaknye...

Kurnia pun aku tau, pastu dia sibuk ngan student dia dari US, aku pun sibuk kat AS, bonda tak sihat sampai tak dan nk jumpa Kurnia bila dia bertandang ke Penang. Sorry..will make up next time..

MAsa jumpa ngan depa ni kat Shah Alam, banyak gak lah cerita kisah ALUMRA yang keluaq. Bangga aku dengaq habaq ramai gang2 kita yang hadir walaupun secara keseluruhan nya turn out was poor. Well...ALUMRA patut buat sebagai satu pengajaran atau pun satu learning process lah dari pengalaman yang dapat dalam menganjur perjumpaan "sehebat" ini... Banyak suara yang kedengaran adalah acara santai tu tak menjadi santai sebaliknya banyak yang berbau petai kat situ. Depa katalah..Terlalu rigid, terlalu berprotokol depa kata. Aturan kerusi pun tak santai..Camano?

Dengaq habaq banyak gak duit yang spent kat situ...Tapi tak mendapat pulangan yang sepatutnya..Pulangan disini sebenaqnya bukan monetary. Kalau harap nak monetary kena buat fun fair baru boleh...kan? Langkah pertama dah pun jalan, keputusannya pun dah nampak, next gathering mesti lebih meriah sebab AJK dah tau camana penerimaan X-SMJian ni semua. Aku mesti join next one..Hari tu ada kat MIRI tak leh lah...

FB la nie memainkan peranan yg penting sungguh dan ramai sekali yang dh berjinak jinak ngan FB. dan dh jadi mcm satu kemestian pulak FB ni. Klu tak dak, kawan2 nanti kutuk plak..hehehe. Panggil makan kenduri, sakit demam, bersunat, pendek kata semuanya main FB je lah..Teknologi lanie sakan.........

2 minggu sudah aku pi satu pejabat insuran untuk ambik perlindungan budak2 yang kerja ngan aku kat PPC. Bila nak isi borang tu, tangan sblh kanan aku rasa kebas. Aku pun tak kisah lah. Kebas ni biasa sangat dah. Duduk lama sikit kebas. Bersila lama sikit kebas...Kebas ni selului lah. Tapi yg pelek sikit hari tu, aku tak leh nak pegang pen. Ibu jari ngan jari telunjuk aku tu tak leh nak kontrol. Langsung out of control. Panik gila..Aku pun massage2 sikit pastu ok balik. Tapi jari aku tu masih tak sekuat sebelumnya. After about 10min, aku ok.

Macam2 dok main dalam kepala jemala aku nih. Jantung ke ni? Parkinson ke? Panik.... Dok esok tu aku pun relax lah sikit. Berazam lah nak makan benda2 yang sihat, kurangkan nasik dsb. Tapi aku tak pi doktor. Dok plan aku sorang2 je lah. Hari Khamis 5hb Ogos, lebih kurang kul 6 ptg, rasa kebas tu mai pulak. Aku panik gila. Cepat2 minta SNQ hantaq aku gi spital..Paling dekat masa tu Adventist Hospital Pulau Tikus. Check pi check mai, Doktor kata aku terkena MINOR STROKE. Buat mcm2 lah, wayar sana sini kat badan aku..pastu pi scan kepala dan seluruh badan pastu xray plak...Last sekali Doktor tu suruh aku cuba penginapan dan hospitality depa untuk semalam...
Bersambung......

Tuesday, June 1, 2010

1ST DAY IN KUCHING




SALAM SEMUA...

SAMBIL DOK MELEPAK KAT WATERFRONT TADI, TERNAMPAK LAH SAMPAN TAMBANG NI YANG DOK BAWAK ORG ULANG ALIK MENYEBERANGI SUNGAI REJANG. PAPER METRO NI BARU 2/3 HARI NI JE SAMPAI KE SEBELAH SINI JADI PROMO SAKAN LAH..INI ADALAH SALAH SATU PROMOSI NYA..AKU TERUJA NGAN KATA2 DIA, TU LAH YG AKU SNAP NIH...BUKAN NAK PROMO METRO...TAPI AKU TAU RAMAI YG SUKA BACA METRO SEBAB CERITA2 SENSASI DIA KUT...

HARI NI KAMI CUMA SETUP BARANG2 DAN SURVEY CROWD SIKIT...NAMPAK GAYA TAK LEH DOK LAH TEMPAT TU SEBAB PANAS DAN BERANGIN SANGAT..BERTERBANGAN DISPLAY SEMUA...LAGIPUN, MANAGEMENT BOH MEJA KAT SITU NAMPAK CAM NAK BUAT JAMUAN MAKAN..."KATON" SALAH SEORANG KARTUNIS DALAM GRUP AKU KATA, "KITA NI NAMPAK LEBIH CAM DOK BUAT GROUP DISCUSSION DRPD MELUKIH NI.."..TENGOK LAH ESOK CAMANA...

SEMALAM ADA KAWAN KATON BAWAK KAMI PI MAKAN KAT "BENTENG" DI SATOK. BANYAK LAH MAKANAN YG PELBAGAI JENIS KAT SITU. AKU SIKIT KURANG SENANG APABILA KENA "HASSLE" NGAN DEPA YANG CUBA TARIK PELANGGAN. MEJA YANG DISAMBUNG DUA, TAPI BERLAINAN KAIN LAPIK, ADALAH OWNER YG BERLAINAN. HG DOK MEJA TU KENA ORDER KT DIA TU DAN GANG DIA SAJA..RIMAS AKU CAMTU..WELL, GOOD EXPERIENCE, WALAUPUN DULU AKU DH LALUI CAM NI KAT TEMPAT KITA, TAPI LANIE DH TAK DAK KAN CAMTU? UNTUK MEMUDAHKAN CERITA AKU PUN MAKAN MEE KOLOK LAH SEMALAM..BOLEH LAH...

MALAM NI PUN DOK TUNGGU MEMBA KATON SORANG LAGI NAK MAI AMBIK PI MAKAN..DIA NI KERJA SAMA DEPT NGAN JIT, TAPI KAT SINI LAH SARAWAK. HARI NI GAWAI , JADI SINI CUTI 2 HARI, DIA PUN JOIN KAMI GAK..DIA PUN BUAT KARIKATUR GAK..MADDY NAMANYA..BUDAK MELAKA.

SEBUT PASAI JIT, DIA ADA LAH HANTAQ EMAIL KAT AKU SURUH AKU MASUKKAN DALAM BLOG...

"Apa habaq hang lepas balik Sarawak ni. Aku attached Poster Jom balik SMJ khusus untuk jemput hang dan kawan2 yang lain, aku rasa Koden dah cerita panjang kat hang benda ni. Kalau sesuai hang masuk dalam blog tu tolong hebahkan benda ni sebab aku tengok big brother ALUMRA tu pulon habis nak bagi ramai hari pelancaran tu. "



BUKAN TAKAT "BIG BROTHER" JE YG PULUN, TAPI NAMPAK GAYA JIT PUN PULUN SAMA. MEETING SELALU DENGAQ KATA DEPA NIH..BAGUIH LAH JIT, NAMPAK GAYA HANG DAH MOLA ATTACHED KAN DIRI HANG NGAN ALUMRA NIH. BERSEMANGAT. SALUTE AKU KAT HANG...HERAN PUN ADA GAK, SEBAB KALAU KITA2 NAK BUAT DULU HANG JARANG PARTICIPATE DENGAN MENDALAM, TAPI LA NIE HANG BEST... SATU "SEHH" KUT..BILA SEBUT SEHH TU KENA SENGAU SIKIT..

OKAY ALL U SMALL BROTHERS...TAKE HEED...

WASSALAM..

Monday, May 31, 2010

MIRI DLM KENANGAN...

Selamat Tinggal MIRI - Karikatur kat ataih ni mengisahkan gang kami lah . Watak2 utama adalah, APIS, PAIT, AKU, KATON & IMAM..(hasil karya KATON)

Replika pelantar minyak yg terdapat di muzium Petroleum. Muzium canggih, dok atas Bukit Canada, boleh nampak seluruh MIRI kat atas tu, tapi signage utk ke tempat tu hampeh. Muzium tu sendiri pun macam tak di jaga ngan rapi..Gerai2 makan kat situ semua dah tutup, mungkin kerana kurang promosi dan tunjuk arah yang kurang maka tak ramai yg naik pi tengok. Sayang..

Ini lah yang dikatakan telaga minyak yang pertama di Malaysia. Kononnya org kampung dulu jumpa minyak ni dan depa guna untuk tampal bot atau perahu depa yang bocoq. Sampailah Mat Salleh mai, baru depa hirup habih minyak...

Ni pun kat telaga tulah..Katanya tahun ni depa akan sambut 100 tahun usia telaga pertama di temui di sini..Depa namakan dia Grand Old Lady...

Pagi2 aku dok jalan kut sini untuk breakfast..Bayangkan kalau ikan pun dah boleh naik Haji?..Ni lah kata kata Koden bila aku tunjuk kat dia...

Bila weekend beginilah keadaan rombongan Cik Kiah dari Brunei yang mai berbelanja di MIRI..

Display yg kami pamerkan..

Cik Siti dok tawaq menawaq Batik Sarawak kat MIRI Handicraft Center. Adalah 2/3 helai yang dia wak balik..

Lepaih satu gerai, satu gerai dia masuk jamu mata..Beli dak jugak..

Atas dan bawah ni gambaq Bengkel Mengayam Rotan yang diberikan oleh pihak Kraftangan Sarawak kepada murid2 sekolah..Noble idea..


Ni lah lebih kurang gambaq yg aku rakamkan semasa 1 bulan di MIRI..Rasa sedih gak bila nak bertolak ke Kuching pagi tadi...Aku dah janji ngan Teksi supaya mai ambik aku kul 6 pagi, tup tup aku sedaq pukui 7am. Kelam kabut aku pagi tadi, takut terlepas belon. Gang2 aku ambik tiket kul 12:45 t/hari, aku yg nak pi pagi sebab nak confirm hotel dan sebagainya..Nasib baik lah "DAN" jugak pagi tadi...

So lanie aku ada kat Kuching lah dan kami akan bermula kat Waterfront esok, insyaallah..

Untuk kawan2 yg bagi sokongan dalam FB dan jugak thru SMS, aku ucapkan berbanyak2 terima kasih...

Ni depa dok buat cita pasai nak adakan gathering kecik kat Shah Alam besok malam.. Pengaturcara dok gugat Iman aku suruh balik join, depa ingat dekat ka apa ka...Seberang laut tu.. Hehehehe..

WASSALAM...

(Tgk kepala lah,klu teringin aku berenang balik je....)

Thursday, May 27, 2010

4 HARI LAGI

SALAM SEMUA...

4 HARI. 96 JAM LAGI AKU AKAN BERADA DI MIRI. PAGI 31HB MAY AKU AKAN TERBANG KE KUCHING. MEOW, MEOW. LEPAK KAT WATERFRONT MULAI 1HB JUN SAMPAI HABIS CUTI SEKOLAH KUT, INSYAALLAH.

TAPI AKU NI DH GIAN SGT KAT NASI KANDAQ. TAK SABAQ2 NAK BALIK PENANG RASANYA. TENGOKLAH CAMANA. KLU TAK TAHAN SGT, MAU JE AKU TERBANG P MAKAN KT PENANG PASTU TERBANG BALIK. HEHEHE.

ANYWAY, PIHAK PENGURUSAN KT WATERFRONT DH ARRANGE UTK KAMI ADAKAN BENGKEL MELUKIS KARIKATUR UTK BUDAK2 SEKOLAH. PERINGKAT UMUR AKU BELUM DIMAKLUMKAN LAGI. MESTI INTERESTING TU. TERUJA AKU NIH. SAPA2 YG ADA KT KUCHING, SILALAH JENGOK2 KAT WATERFRONT TU. LOKASI KAMI DI SEBELAH NGAN PUSAT KRAFTANGAN, MENGHADAP BANGUNAN KERAJAAN NEGERI YG TERSERGAM INDAH DI SEBERANG SUNGAI SANA.

SELEPAS HANTAQ SNQ BALIK SMLM, AKU LEPAK NGAN GAFAR KAT CM 2, SAMBIL TENGOK CITA 24HRS YG BERSARI KATA BAHASA INDON. COOL...

BANGKIT TIDOQ KEMARIN AKU DH DPT FLU. BATUK ADA, HIDUNG SUMBAT ADA, PENING ADA, BERSIN PUN "PIANG,PIANG". JADI AKU PUN DECIDE NAK DOK DLM BILIK JE. KUL 12 LEBIH OSMAT CALL. DIA NAK MAI AMBIK AKU P MAKAN. OK JE LAH. BUKAN SENANG NK JUMPA DIA NI. DIA BAWAK AKU MAKAN NASI AYAM PENYET. SEDAP. PASTU LEBIH KURANG 3PM, KAMI KELUAQ DARI KEDAI DAN AKU MINTA DIA HANTAQ AKU KE BINTANG PLAZA, TAPI DIA AJAK AKU PI OPIS DIA. SEMBANG LAGI KAT SANA SAMPAI SEMUA STAF DIA BALIK. SAMBUNG LAGI KT KEDAI "AWANG MAHYAN". MAGHRIB BARU DIA BALIK. TIMA KASEH DARI HUJUNG RAMBUT SAMPAI HUJUNG KAKI ATAS LAYANAN YG DIBERI. TAKKAN KU LUPA.

DENGAQ HABAQ PROG JOM BALIK JITRA PUN JALAN LANCAQ. BAGUIH LAH TU. AKU TAK JOIN LAH. LAGIPUN TIME TU AKU AKAN ADA KT KUCHING. LAGIPUN AKU NI BUKAN RETI SANGAT NAK BAWA DIRI DI DALAM KOMUNITI YG AKU TAK BERAPA KENAI. BILA DOK HENDAP2 TENGOK NAMPAK CAM BERPROFAIL TINGGI GAK GANG2 YG MENERAJUI ALUMRA. SIAP ADA GOLF LAGI. SAPA2 LH GANG2 AKU YG DOK MAIN GOLF NI KAN? AKU PUN MAIN GAK DULU SAT, MASA RICH N FAMOUS DULU TAPI LANI DH TK MAMPU.

SEMOGA ALUMRA BERJAYA NGAN CITA2NYA. JGN ADA REBUT MEREBUT & TONJOL MENONJOL DH LA. JIT MESTI ADA.

WASSALAM

Sunday, May 23, 2010

MAK SAADIAH

SALAM SEMUA...

TADI AKU BACA DLM FB, MADUD BAGI TAU YG MAK DIA LA NI TENAT. KATANYA ADA KAT AU KERAMAT. RUMAH ABANG DIA LAH KUT. SAMA2 LAH PAKAT DOA AGAR MAK SAADIAH SEGERA SEMBUH...

WASSALAM

MAK SAADIAH

SALAM SEMUA...

TADI AKU BACA DLM FB, MADUD BAGI TAU YG MAK DIA LA NI TENAT. KATANYA ADA KAT AU KERAMAT. RUMAH ABANG DIA LAH KUT. SAMA2 LAH PAKAT DOA AGAR MAK SAADIAH SEGERA SEMBUH...

WASSALAM

Thursday, May 20, 2010

LAKARAN




Salam semua...

Gambaq diataih tu dua dua ekoq bekas SMJ... Kenai kah?

WASSALAM

Monday, May 17, 2010

SALAM SEEGET MALAYSIA






Salam seget Malaysia... Tadi aku terbaca lah kisah terubuk kering apa bala semua nih..Bukan diam pasai tak mau beli kat hampa, takkan hampa nak suruh aku courier pi kut.. Tunggu lah pertengahan bulan Jun ni aku balik, aku nanti tampaq muka hampa ngan terubuk masin tu. Kat rumah aku pun ada 2 ekoq lagi dok lam peti ais...3 ekoq RM10 je aku beli dulu dari Kuching..Hampa punya pun aku akan beli dari Kuching gak lah.

Hangpa agak hangpa kenai ka ngan mamat yg dok posing kat ataih tu..Saja aku ambik dari belakang...

WASSALAM

Sunday, May 16, 2010

REUNION KECIK

SALAM....

SATU PERJUMPAAN AD-HOC TELAH TERJADI PADA 14HB MEI DI BINTANG MEGAMALL, MIRI, SARAWAK. 13 MEI, KODEN SAMPAI MIRI LEBIH KURANG KUL 10 PAGI. KAMI PI SARAPAN BERSAMA NGAN GANG ARTIS AKU. DIA PUN LEPAK NGAN AKU JE HARI TU SAMBIL TRY KONTEK GANG2 SMJ. TAK DAK SPECIFIC AKTIVITI HARI TU. MLM PULAK HUJAN.

KEESOKKAN HARI LEPAS SOLAT JUMAAT, GAPAR SAMPAI. PE GAWAI KAT JABATAN HUTAN NI JUNIOR KITA KT SMJ DULU. MASIH SOLO SAMPAI LANIE. PASTU JACKY UDA PULAK MAI NGAN ISTERI. DIA LEPAS BINI DIA SHOPPING, DIA MAI DOK SEMBANG. TERHARU SUNGGUH BILA START BERSEMBANG. MAKIN LAMA MAKIN RANCAK. SUBJEK YG PALING KUAT SEKALI GELAK DAN KETAWA ADALAH KISAH ALLAHYARHAM CIKGU MD MYDIN. SEMUA CERITA KISAH CAMANA KENA TIBAI ATAU KENA LUKU NGAN MD MYDIN. TAPI SORANG PUN TAK DAK PERASAAN DENDAM ATAU MARAH KAT DIA. ITU YG BEST TU. JACKY BILA GELAK JE TUTUP MULUT SBB DIA KATA SEJAK PERUT DH KE DEPAN, PAGAQ PUN SEMAKIN HILANG. HEHEHE.

KODEN CALL OSMAT UTK NAK BAGI DIA JEALOUS TTG PERJUMPAAN TU, SBB DIA YG KAMI TAHU ADA KAT KUCHING. TIBA2 DIA JAWAB YG DIA ON D WAY NK JUMPA KAMI. HEHEHE PASTU DIA PUN SAMPAI. WADUH.. MAKA TERJADILAH SATU REUNION AD-HOC. DH DEKAT MAGHRIB, SEMUA PAKAT CABUT DAN JANJI NK JUMPA MLM NANTI.

KUL 9MLM ANAK AKU ZAQWAN PULAK SAMPAI. P MAKAN DAN BALIK HOTEL. TENGOK2, KODEN, JACKY, GAPAR NGAN JULAIHI PULAK ADA KAT BAWAH HOTEL DOK TUNGGU AKU.

PASTU MELALUTLAH. JULAIHI KENA BALIK KUL 12. KAMI SAMBUNG LAGI. BALIK HOTEL SUDAH 4 PAGI. WOW... GILA BETUI. TAPI BERBALOI LAH.

ESOK TU PATUT BUAT TRIP KE GUA NIAH, LAST2 KAMI SILAP JALAN, SO AKU, KODEN + ZAQWAN RONDA DLM MIRI JE. P TENGOK MUZIUM PETROLEUM, TELAGA MINYAK PERTAMA DLM MALAYSIA YG DI BERI NAMA JOLOKAN "THE GRAND OLD LADY". PEMANDANGAN DARI ATAS BUKIT TU CANTIK BETUL.

SEMALAM KODEN BALIK FLT KUL 9:40MLM, ZAQWAN P JAZZ FEST DAN AKU MENIAGA. MOOD JAZZ AKU DH HILANG.

ANYWAY AKU BARU HANTAQ ANAK AKU BALIK KUL 10AM FLT DIA.

HARI NI MENIAGA LAGI. TUNGGU KEDATANGAN PELANCUNG DARI BRUNEI. SEMOGA MURAH REZEKI KAMI HARI NI...

WASSALAM

Thursday, May 13, 2010

KUCHING KE MIRI

ASSALAMUALAIKUM...SALAM SEMUA...

ALHAMDULILLAH LEE PUN DAH HABIS EXAM. INSYAALLAH THROUGH LAH TU.. MEMANG TEPI WATERFRONT TU NAMA JALAN DIA PUN JLN GAMBIR. JALAN TU DIPENUHI NGAN KEDAI KRAFTANGAN DAN SOUVENIRS. DI KAKI LIMA KEDAI2 TU BERLAMBAK NGAN ORG YG MENIAGA 2 PRODUK JE. KEK LAPIS NGAN GAMBIAQ SARAWAK. KLU RAMAI YG "CACIT JIJI" AKU BOLEH WAK BALIK. NO PROBLEMO.

UTK AMI (CANTIK NAMA NI, MCM DARAH GAK), KUCING NGAN MIRI TAK LAH SEDEKAT JITRA NGAN LOQ STAQ. KLU IKUT DARAT, BUKAN MCM PLUS HI-WAY TAPI JLN BIASA, AKAN AMBIK MASA LEBIH KURANG 14 JAM NGAN BAS, 12 JAM KUT NGAN KETA DAN 70 MIN NGAN BELON. JARAK KANGAQ KE JB LEBIH KURANG 700KM, TAPI KATANYA KUCHING KE MIRI + 100KM LAGI. 800KM JARAKNYA. JAUH GILA. HEHEHEH

PAGI TADI KODEN SAMPAI MIRI. AKU CARI BILIK SAMA NGAN TMPT AKU DOK, SENANG SIKIT.

JACKY PUN KATA NAK MAI MIRI ESOK, BOLEH LAH JUMPA. PENOLONG KANAN SEKOLAH YG TEMPATNYA AKU TAK TAU NAMA APA. ESOK JUMPA AKU TANYA DIA. MUNGKIN DLM FB BOLEH TAU KUT.

HARI NI HUJAN LEBAT TADI. SKRG SIK ADA HUJAN LAGI. PANAS TAPI BERANGIN. LOKASI ARTIS PUN DH PINDAH KE LOBBY DEPAN PINTU MASUK OLD WING.

WASSALAM..

Wednesday, May 12, 2010

GANG MALI

SALAM...

NAMPAK GAYA JADI JUGA KODEN NK TERBANG KE MARI. TADI AKU CALL, DIA KAT PENANG LAGI. KATANYA NAK BERTOLAK BALIK KL HARI NI GAK. ENTAH2 DH SAMPAI KL KUT.

HARI NI BISNES VERY SLOW. AKU SIAP GI TENGOK WAYANG CITA "IP MAN 2" TADI. SYOK GAK. BANYAK LAWAN2.

BILA OSMAT MELAWAT AKU HARI TU, SYOK RASANYA. ITULAH KALI PERTAMA AKU BERCAKAP DAN BERSALAMAN NGAN DIA. KAT SEKOLAH DULU MUNGKIN TAK BERTEGUR SAPA TAPI BILA DAH JUMPA SELEPAS LEBIH 35 TAHUN AKU KELUAQ SMJ, DH JADI MCM MEMBER LAMA PULAK. SMJ LAH COMMON GROUND NYA. TIMA KASIH BANYAK2 OSMAT. SIAP DIA BOLEH CALL JACKY UDA LAGI HARI TU DAN AKU PUN SEMBANG NGAN JACKY. TAPI OSMAT TAK LEH LAMA NGAN AKU SEBAB DIA TINGGAL ANAK DIA DLM KETA HARI TU. DIA DARI KUCHING BALIK KE MIRI UTK BUAT SHOPPING ANAK YG NAK MASUK IPT SIKIT HARI LAGI. OSMAT PUN DOK "MENGAJI" LAGI. UNTUK IMPROVE KAN LAGI TAHAP DIRI NYA. SEMOGA BERJAYA DGN CEMERLANG.

MAZLEE PUN DOK SEKOLAH LAGI. YG AKU TAU LA NI DOK SEBOK EXAM KA ATAU DH HABIH KA. SEMOGA BERJAYA JUGAK KASTAM NI.

ESOK MLM KODEN SAMPAI DAN MUNGKIN KAMI BOLEH CARI JACKY ATAU JACKY MAI CARI KAMI. HAJAT NAK KE GUA NIAH. TAK LUPA JUGA JAZZ FEST KAT PARKCITY EVERLY HOTEL. 15HB ANAK AKU ZAQWAN PUN AKAN SAMPAI NGAN KAWAN2 DIA, BERTUJUAN NK GI JAZZ FEST GAK.

SAPA2 LAGI NK MAI SILALAH. SNQ TERSAYANG AKAN SAMPAI 23 HB NI. AKU AKAN SAMBUNG MENIAGA KAT KUCHING WATERFRONT BERMULA 1HB SAMPAI 15HB... INSYAALLAH..

WASSALAM

Tuesday, May 11, 2010

AL FATIHAH

ASSALAMUALAIKUM...

PAGI NI AKU DIKEJUTKAN OLEH PANGGILAN DARI KODEN. KAKAK IPARNYA, ISTERI KPD AHMAD TALHAH, TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH PAGI INI.

MAILAH KITA RAMAI2 SEDEKAHKAN AL FATIHAH SEMOGA ROH NYA DI CUCURI RAHMAT.

AL FATIHAH....

Monday, May 3, 2010

MIRI

Assalamualaikum....

Tanggal 28hb April, aku ambik flight 10:50am dari Penang ke LCCT. Lepak sana 2/3 jam sementara nak tunggu penerbangan ke MIRI. Sempat lah bermanja ngan anak aku sat. Kul 3ptg terbang lagi. MIRI here I come.

Aku ni jenih suka lena bila travel camni. Aku pun ap lagi, lena lah. Sempat gak tengok dan layan fikiran ngan stewardess kapai tu, pas tu aku sedaq announcement bagi tau dah nak mendarat. Entah aku mengeroh ke dak, tak tau lah. Tapi tempat duduk aku tu tak dak jiran. Aku sorang2.... Kalau bunyi pun nasib lah. Tapi gang artis yang ikut aku tu tak cakap apa pung...

Sampai MIRI , member aku Sufian, dari Jabatan Ukoq mai ambik kat airport. Flight tu dah 2 jam, jadi masing2 dah lapaq. Oh lupa, 3 org pelukis ikut aku dari KL. Sorang lagi dah sampai sehari sebelum. Sufian bawak kami pi kedai Awang Mahyan Cafe...Ingat dak coach bola Sarawak tahun 80an dulu? Haaa kedai dia lah. Dia ni lah yang memeperkenalkan slogan NGAP SAYOT. Tapi alhamdulillah masa tu negeri kita Kedah berjaya balun depa. Kedah top gila masa tu kan?


Aku order Nasik Lalapan Ayam. Last time aku mai dulu tak sempat aku nak makan hidangan ni. Jadi kali ni aku mesti nak rasa. Best gak. Nasi, sayoq rebus ngan ayam goreng+ sambal. Sedap gak. Tapi tak dak lah nak dapat makanan murah macam kat Gurun ka, Loq Staq ka...

Gambaq kat sebelah ni adalah Nasi Lalapan Keli yang aku makan keesokkan harinya.. Hahaha. Da sangkut ngan nasik lalapan nampak gaya.

Malam tu lepak kat Bajet Hotel, Rasa Sayang Inn. Cheap and clean. 2 single bed, fridge, TV ada HBO ngan Sports, aircon, toilet kat dalam..RM40 je. Kira ok lah tu...Planning nak cari rumah sewa keesokkan nya. Kluaq kena teh tarik lagi mlm tu, kul 2/3 baru tidoq.. Esok ada appointment ngan Bintang Mega Mall punya exec.

Esok pagi dah jumpa towkay Hotel, mintak discount sebab kata nk duduk 1 bulan, dia potong klah sikit dan bagi beberapa kebenaran lain, maka kami pun decide to stay put kat situ. Tempat yang nak dituju pun within walking distance je..

29hb setup kat Bintang..sampai ptg gak sebab ada stage yg depa perlu buka. Baru habis ratu cantik katanya..Miss betui lah..

Malam Sufian dah jemput gi makan kat rumah dia. Depa ni org Nogori, siap masak lemak, sambai tumis udang ngan petai, terubuk masin goreng dan sayoq cendawan..Dessert buboq kacang..Mengah aku mentedarah..TQ Pian. Gang artis aku pun semua termengah2 mentedarah.

30hb..1st day. Alhamdulillah..Org Brunei yang ramai melawat ke Bintang Mega Mall ni amatlah teruja ngan lukisan gang aku ni..End of day sale..1K+. Ok lah...

Begitu jugak lah pada hari seterusnya. Sabtu dan Ahad...sales ALHAMDULILLAH...Hari ni Isnin, relax sikit sebab org dah mula bekerja..Itu lah makanya aku dapat berceloteh sini..

Ok lah aku nak chow dolu..

WASSALAM...

Sunday, April 25, 2010

BN MENANG


Salam...

Tahniah Kamal...Kamalanathan daa..Satgi takut Kamal heran pasai apa aku ucap tahniah kat dia pulak. Walau camanapun, kita tunggu lah nak dengaq apa pulak yang akan pihak yang kalah ni nak persalahkan. Selalunya ada saja tangan2 ghaib yang buatkan bagi sesuatu keputusan tidak menyebelahi depa...Hahahaha...

Jangan marah bro dan sis...tapi dah terlalu "NORMAL" sangat berita2 sebegini. Kalah dlm court, depa kata hakim tak leh pakai atau kerajaan masuk campoq, kalah dlm pilihanraya kecik depa nanti kata ada pengundi hantu dan sebagainya lah...Wake up guys..give me some other reasoning. Apa saja yang memihak dep baru depa OK...Politik lah katakan..

Habis dah satu bab di Hulu Selangoq. SIBU pulak katanya. Tapi cuba hampa renung tengok pelan pelan..Banyak kebaikannya bila ada pilihanraya kecik nih. Jalan berlubang dapat dibaiki dengan segera, macam mee maggi...Tak dak api bertahun2(sekolah tamil) dapat api dalam masa seminggu. Aku ni dulu kerja kompeni jual api ni, tak tau pulak ada lagi rakyat yang tak dak api..Kesian. Aku ingatkan dah lama menyala semuanya..Serupa lah pemerintah lama ngan baru.. Jangan silap, aku bukan nak minta bagi ramai wakil rakyat mati cepat supaya diadakan by election..cuma sekadar berseloroh...Wakakakaka...

Jenuh gah lah besok dalam paper..Menang punya pasai..Frontpage...

WASSALAM

Thursday, April 22, 2010

KUCING, SARAWAK

Salam...

Dari Miri hari tu aku dah terbang ke Kucing. Aku ni yang sebenaqnya, 1st time sampai ke Sarawak...Maka complete lah Malaysia ni aku dh sampai...

Waterfront Sarawak ni kan ada macam2 cenderahati dan barang2 kraftangan kat situ, maka aku pun apa lagi teruja sangatlah..

Sepanjang jalan kat kaki lima situ penoh ngan orang berniaga kek lapis dan gambir Sarawak. Nama jalan tu pun Jln Gambir, pasai tu lah gamaknya gambir di jual dengan banyak sekali..Depa kata gambir ni ubat sakit gigi...betui ka?

Aku berkenan sehelai baju kat situ, ingat nak beli kat SNQ, tapi tengok saiz XXL ngan XL je yang ada..Aku pun tanya..dia dah jawab "SIK ADA"..Terpinga pinga gak aku...Pastu baru dia cakap maksudnya "tiada". Ok ..dah belajaq satu perkataan...

Malam tu, kawan mai ambik bawak makan kat rumah dia dan berceritalah samapai kul 10 camtu, pastu kami balik hotel. Lepak kat Merdeka Palace kejap, sebab ada terjumpa memba main muzik kat situ...Budak Loq Staq plak tu, Zali yg main keyboard ngan IKLIM dulu pun ada situ..Zali ni dh lama aku kenal dah..Lepak lah ngan depa dengaq muzik...




Keesokkan hari, Boss Jabatan Ukoq mai hotel ajak pi breakfast. Dia ni close ngan memba aku nih. In the end driver dia bawa kami pi beli kek lapis ngan terubuk masin.




Yang bestnya pasai dia ada bermacam2 perasa, so depa potong semua sample dan serve kat situ, supaya hampa boleh rasa dan beli je yg mana best. I ketul kek RM10 je. Siap packing punyalah solid..
Itulah sahaja berita dari Sarawak..Hingga bertemu lagi...

Sat sangat aku dok kat sana, tak dan nak tengok perabis..Next week aku lama kat Miri, mungkin boleh lompat pi Kucing..Katanya klu travel ngan bas mengambil masa 14jam dari Miri ke Kucing...kematu pungkoq kan? Air bus aku ada..below RM50 boleh sampai Kucing in 1hr ++.

WASSALAM...

Sunday, April 18, 2010

SAVE TAPI BAHAYA...

Salam...

Kalau tak silap akulah, lampu "incandescent" yang kita dok pakai selama ini(yg kluar cahaya oren tu, pakai tungsten), akan ditamatkan khidmat dia di Malaysia sebabnya, dia ni makan karan.

Bila cerita makan karan banyak ni, kluaq lah satu jenis lampu yang dikatakan menjimatkan kuasa tetapi mengeluarkan cahaya yan terang benderang, spt lampu di bawah.


Tapi apa yang depa lupa cerita ialah lampu ni amat bahaya sekali kalau dia pecah. Hampa bacalah ....Klu tak reti bahasa omputih, cari kamus...hehehehe...

Warning from the British Ministry of Health about Energy Saving bulbs

These type of bulbs which are called Energy Saving or low Energy bulbs, if it is broken it causes serious danger! As much that everybody will have to leave the room for at least 15 minutes.
Because it contains Mercury (poisonous) which cause migraine, disorientation, imbalances and different other health problems when inhaled.
And many people with allergies, causes them severe skin condition and other diseases just by touching this substance or inhaling it.
Also the ministry warned by NOT cleaning the debris of the broken bulb with the vacuum cleaner, because it would spread the contamination to other rooms in the house while using the vacuum cleaner again.
It must be cleaned through normal broom or brush and be kept in a sealed bag and thrown right away from the house in the bin for hazardous materials.

Notice: Mercury is dangerous, more poisonous than lead or arsenic!!!!

Renung renungkan lah....

WASSALAM

Saturday, April 17, 2010

MIRI INTERNATIONAL JAZZ FESTIVAL 2010

Assalamualaikum...

Aku akan ada kat MIRI dari 28/4 sampai 30/5. Ada gak sahabat kata nak mai join aku tengok Jazz Fest nanti..Kalu gang teh tarik kat KL tu semua mai kan ke best..Pakat2 kena teh sambil menikmati irama Jazz..Hahahaha..

Aku harap sangat lah sahabat aku sekoq ni jadi mai. Kemungkinan besaq dia nanti ajak gak gang2 lain tu..Kalu tak cukup tambang, hampa pujuk je dia, insyaallah dia bantu. Dia ni tak kedekut..hahahaha.

Aku pun heran gak pasai apa Festival yang diadakan di MIri, Sarawak, Malaysia, tapi tak dak pulak performer dari Malaysia..Tsk tsk tsk...ini tidak adil. Masa kat Penang dulu ada gak Adibah Noor perform dan ternyata mendapat sambutan yang amat hebat dari penonton yang terdiri dari berbagai bangsa dan kaum...Heran wan no....










MIRI International Jazz Festival 2010
@
THE PAVILLION, PARK CITY EVERLY HOTEL,
MIRI SARAWAK
Programme
Friday, May 14th
Time Music in the Pavilion

7.00 - 8.00 pm Mellow Motif - Thailand

8.15 - 9.15 pm Jeremy Tordjman Project - Switzerland

9.30 - 10.30 pm Norbert Susemihl's New Orleans All Star - Germany/USA/Denmark

10.45 - 11.45 pm Michael Shrieve's Spellbinder - USA

Saturday, May 15th
Time Music in the Pavilion

7.00 - 8.00 pm SimakDialogue - Indonesia

8.15 - 9.15 pm Amina Figarova Sextet - Holland

9.30 - 10.30 pm Ricardo Hertz - Brazil

10.45 - 11.45 pm James Cotton Blues Band - USA
11.45 - 12.00 am Finale

Monday, April 12, 2010

HORMAT...

Salam ...

Wahai sahabat2 ku semua..Untuk pengetahuan semua, mai bulan Oktober ni aku akan mencecah 51 tahun(umoq) menghuni dunia ni. Lama sungguh..Separuh abad orang kata.

Dari kecik dok bertelanjang bogel, lari sana lari sini bila mak aku pelekoh aku suruh mandi. Masa tu kami dok kat Bagan Dalam, Butterworth. Mai besaq sikit, dah pandai rasa malu kalau bertelanjang. Bila disuruh mandi, dah tak berlari telanjang lagi dah, tapi masih memberontak sebab tak puas lagi nak main ngan memba2 semua. Tu belum bersekolah lagi. Bila masuk sekolah apatah lagi, dah pandai malu dan segan. Tambahan pulak masa Std 1, pertama kali seumoq hidup berjumpa kawan dalam jumlah yang ramai(aku tak masuk tadika). Pelbagai bangsa dan agama dan juga terdapat classmate pompuan...Adus, selama ni aku berinteraksi ngan pompuan cuma sepupu aku je. Masa tu aku anak mak sorang...Kekok tapi sifat "ingin tahu" tu semakin hari semakin bertambah. Sifat malu dah menebal. Segan...macam2 ada.

Semakin membesar, sifat hormat menghormati ditanamkan dalam diri aku. Bila tengok orang tua2 je, dah segan, dah rasa kekok. Mesti hormat. Sebab depa tua dari aku, sebab depa kawan bapak aku, sebab depa kawan tokwan aku dan sebagainyalah. Aku cuba mengelak selalunya. Segan. Tak tau apa nak cakap. Paling sangat depa nak tanya...Std berapa? Sekolah mana? Periksa dapat nombor berapa? Walau pun tu adalah soalan standard dan aku ada jawapannya, tapi aku rasa cam segan silu..Hormat yang amat sangat. Tengok depa nampak cool je..Satu hari nanti aku nak jadi cam depa..

Hari yang aku nantikan tu mai pelan pelan..50 tahun aku mengharungi dunia ni, baru sampai tahap gang2 tokwan aku dulu. La ni dah sampai dah. Hormat pada yang lebih tua tak pernah lekang. Hormat menghormati sesama kawan2 tetap menebal. Tambahan lagi la nie kita dah sampai tahap dimana anak2 kita dah dewasa. Ada yang dah menikah, beranak pinak, dah berkeluarga..Yang ni pun aku amat menghormati juga. Tak salah kita hormat orang kalau kita nak orang hormati kita.

Ni masanya mungkin ada antara kita yang dok hambat cucu depa yang bertelanjang suruh mandi. Tapi kalau dah samapai anak atau cucu pulak yang hambat kita suruh mandi, dan kita dok bertelanjang bulat berlari, maka sah dah nyanyok maka complete lah satu puitaran kehidupan apabila dari kecik jadi tua dan lepas tu jadi perangai budak2 balik.

Aku rasa kita dah sampai era memaafkan yang salah, merenung segala kemungkaran kita, memberi nasihat dan petunjuk pada golongan yang lebih muda dan bukan lagi masanya untuk kita menelanjangkan segala kemungkaran atau keikhlafan sesama insan di khalayak ramai, apatah lagi di laman "darah59"ni, dimana anak serta cucu cicit kita ada yang menjenguk. Apa kata mereka sekiranya melihat pertelingkahan sesama kita keatas perkara atau kejadian yang hanya diketahui oleh 2 individu yang terbabit mungkin 20/30 tahun yang lalu...? Daripada orang yang tak tahu menahu, dah jadi sebuah cerita yang memalukan kepada generasi yang jauh lebih muda dari kita yan tua bangka ni. Perlukah kita berkokok supaya semua orang tahu akan cerita yang tak sepatutnya disebarkan..Topik yang telah dibincangkan sekian lama dulu tetiba muncul kembali dengan lebih "ZEST" dan tanpa selindung langsung dengan kain basahan atau sebagainya. "KLEAR" sungguh...Telanjang bogel..BULAT...Adus..malu aku sebagai moderator @ penghulu laman ni.

Let bygones be bygones. Gunalah SMS ke, fon ke, YM ke, facebook ke atau apa saja lah modus operandinya, tapi jangan sekali2 gunakan blog ni..

Yang paham apa yang aku cuba nak terangkan...ambik iktibar.

Anyway...aku melawat MIRI pada 29 - 31 Mac..adalah gambaq2 yang aku nak share ngan hangpa semua..

Aku ambik dari rumah api yang berbentuk kuda laut kat MIRI. ak ingat dah apa nama tempat tu. Kamera fon je, tak lah cun sangat...

Ni dia "Rumah Api" tu..Cantik kan?

Seafood restoran punya pintu yang diukir ngan kayu jati..Fuuhhh seni tu...
Pemandangan dari restoran..

Aku dapatlah tempat untuk para artis aku yang nak buat lakaran potret ngan karikatur kat BINTANG PLAZA, MIRI...30Apr - 29Mei...Jumpa disana..disana..

31hb aku terbang ke Kucing. 8 pagi flight, kul 6 dah kena check out dan tuju ke Airport..Nasib baik disini kul 6am dah terang benderang..