Monday, March 16, 2009

BKT WANG

Salam semua...

Ada satu lagi artikel dari Kuda Tua...Dia lebih kurang cuba meniti balik ke Bukit Wang yang aku pasti banyak kenangan kepada kita semua..Walaupun aku lebih banyak berriadah di Chegaq..hehehe...

BUKIT WANG

Tersebutlah al-kisah tempat peranginan yg menjadi buah hati setiap penduduk di sekitar Jitra.
Ana yakin ramai di antara bro/sis masih mempunyai sedikit sebanyak kenangan dengan Bukit Wang.
Jadi hari ini ana ingin mengajak semua mengimbau kembali pengalaman masing-masing dan berkonsi sambil berhibur dengan cerita2 kelakar seperti kisah Madud/Bisu "menjual kamin kat hinooo". Terbahak2 ana ketawa membaca cerita Madud ini.
Di samping kepuasan mandi di lipur yg dingin, ana selalu teringat pengalaman tayar basikal yg pancit setiap kali ana dan teman2 berbasikal ke Bukit Wang.
Sekodeng pun menarik juga di Bukit Wang.
Baik lah, sekarang ana teringin nak dengar komen pengalaman bro/sis pula.
KUDA TUA

Bukit Wang ni memang tempat yang cun jugak kan dulu2..La nie aku tak tau lah. Kemungkinan besaq dia semakin cantik dan canggih. Sesiapa yang ada melawat kat situ sila lah bagi feedback..

1. Kenduri rumah Omaq Shaifuddin, 22hb ni. Hari Ahad lah tu dak? Jadi camana.. Aku akan turun ke KL 20hb ni. Kalau nak ikut gang KL mai kenduri pung boleh gak. Tapi aku tak balik KL lepas tu. Kalu yang gang lain pulak langsung tak bunyi berkenaan kenduri ni. Bagus jugak kalau kita semua boleh pi sama2. Kita buat temujanji satu tempat pastu bergerak sekali. Kamal dah ambik cuti. Tentang pakai baju Melayu tu, aku let hampa semua decide lah tengok camana. Not a bad idea actually..Sungguh segak sekali kalau kita dapat pakai camtu. Terkezut Kg Omaq nanti. Sila bagi cadangan guys...Tak berapa hari dah lagi..

2. Aku rasa bersalah gak kat Gah yang dok tanya pasai Family Day. Sebab aku dah cuba dapatkan quotation pun tak patah balik mai kat aku. Lagi pun aku sibuk gak, tak follow up langsung. Bila Mc E bagi tau yg memba sekolah dia dah tetapkan date untuk sambut B'day ke 50 bersama2, aku rasa itu satu idea yang bagus sekali. Amacam? Kat Mana dan bila...

3. Bagi kawan2 yang dok komen, sekali lagi aku ingin sarankan disini agar bagi tau nama supaya kawan2 tak tertanya2. Kalau nak bagi artikel dan tak mau dikenali, at least bagilah moderator kenai. Kalau kawan2 bising boleh gak aku tepiskan, sebab aku kenai..Hehehe.

Bapak aku dah ok..La nie dia dok rest kat rumah adik aku kat Kg Subang...Tq all...

Artikel 4

Salam semua..

TQ Mazlee for the date..

Ini ada satu cerita yang aku rasa elok semua org tengok dan baca...Cuma masaalahnya, aku sendiri pung tak kenai dia ni. Sekurang2 nya aku kenai gak Kuda Tua tu...

SALAM semua sahabat handai, rakan n taulan.

Nampaknya banyak cerita 'menarik' dan komen sepanjang dua tiga minggu ini. Banyak perkataan HALAL n HARAM....penyangak pun ada!!!

Bila terpampang tarikh dilahirkan, rupanya kita dah setengah abad...umur tu melambangkan apa? Banyak....

1st, usia belum akal baligh @ budak-budak, 2nd dah cukup MATANG, and 3rd cukup TUA.

Aku bukan hendak nasihat tapi renungkan bersama. Perbuatan kita pada usia MATANG dan TUA adalah terpenting.

Pada usia matang kita buat sesuatu dengan niat, hanya kita dan ALLAH SWT sahaja yang tahu.

Pada usia cukup TUA, salah cakap, salah cerita atau tersalah cerita yang bukan-bukan, kita boleh dianggap sebagai BAGHAL, DANGKAL, BODOH atau lembut sikit....orang tu akai pendek, tak berilmu. Mungkin juga ada motif. Sapa tau.

Aku tidaklah pandai, semuanya halfway, tak sempat habis. Ngaji pondok pun tak habis. Kira masuk kategori "D" dekat F lah tuu. Nak cerita pasai BMW, Merc, sorilah...takleh aku.

Cuma aku ingin berkongsi sikit mengenai cerita ini (tidak ada tokoh tambah, the only truth).

a) Di dalam kitab Futuhat Makiah karangan Ibnu Arabi (kitab asli), beliau menceritakan tentang seorang Arab pada zaman jahiliah yang mencabar tuhan (Allah SWT).

Diceritakan pada satu hari dia naik ke atas satu batu besar dan menghunus pedang mencabar Allah berlawan. Masa berlalu, akhirnya dia bertukar menjadi seorang alim bertaraf wali Allah.

b) Sekali aku ziarah seorang alim (ramai menyatakan dia bertaraf wali kerana ilmu dan amalan dia). Aku setuju sebab terbukti. Setakat berilmu, amalan tidak seberapa belum boleh capai taraf itu.

Pada satu hari, seorang jemput dia pi rumah untuk rai kenduri.

Bila saja makanan masuk dalam mulut (setakat dalam mulut sahaja), langsung dia tutup mulut dengan tangan mengeluarkan makanan itu seolah-olah terlekat dengan gigi palsu dan tidak boleh makan.

Kerana menghormati tuanrumah dia makan (setakat dalam mulut) walaupun tahu makanan itu dari sumber HARAM. Oleh sebab tiada pilihan dia terpaksa berbuat begitu supaya tuanrumah tidak malu. Begitulah tingginya pekerti orang alim yang berilmu.

Meminjam kata-kata moderator, JANGAN SAMPAI ADA YANG TERSENTAK.
Jangan hipokritt!!!

Koden selalu kata 'pikiaq sendiri.'

Dosa dengan Allah, kita boleh taubat dan pohon keampunanNya, dosa sesama manusia selagi dia tidak maaf, dia tidak redza, tanggunglah sampai akhirat. Di dunia nampak hebat!!!

Cerita mengenai penderitaan rakan kita e.g. Omar Saipudin dan yang sepatutunya diumumkan, eloklah dipublishkan.

Tak salah juga bercerita mengenai harta yang melimpah ruah, dan lebih baik jika sanggup berkongsi, membantu sahabat handai, rakan-taulan yang memerlukan.

Tersalah, silap, aku mohon maaf.
Wallahhualam.
Wassalam.

March 16, 2009 2:02 PM

Aku ucap terima kasih kat mamat/minah ni yang telah mencoretkan ngan panjang lebar cerita nya kepada kita semua...