Alhamdulillah..adik aku pun dah discharge. Lega lah kepala otak sikit. Tapi hampa tau lah Hospital Kerajaan ni, banyak birokrasi sangat masa nak discharge tu. Janji dari pukul 2 ptg sampai last2 kul 5:45ptg baru lepas. Tak larat menunggu. Tapi nasib baik lah rumah dekat. About 15mins drive je.
Cerita kisah minum ayaq ni memang aku pun dengaq bayak gak. Satu cerita aku dapat dari member yang bertugas sebagai Pegawai Perubatan kat Penang, katanya yang dok jadi batu dalam bladder ngan kidney ni kebanyakkannya adalah orang Melayu. Satu sebab pasai kita ni susah nak minum ayaq masak. Yang asyik kita minum teh o ais, teh ais, kopi ais dsb. Ayaq tin ni aku dok tengok, gang2 yg berusia(antara kawan2 aku lah) tak dak dah yang minum. Tapi budak2 muda, banyak sangat. Anak aku pun dah banyak kali aku warning dah..La ni mungkin dah kurang dah la kut.
Lagi satu sebab org melayu ramai sakit ni adalah kerana gang2 yang kerja luar ni suka tahan kencing katanya. Reason being sebab depa nak sembahyang dan kekadang toilet yang ada air dan sebagainya susah nak dapat kat site atau jauh..Ni lah cita yang aku dapat dari kawan aku tu. Kajian dia lah kut. Sebab dia selalu tanya pesakit dia mungkin...Dia tahu aku kerja kat site, so dia memang suruh aku minum ayaq selalu.
Daripada cita diatas tadi aku simpulkan camni lah..Kalau minum banyak, cepat pulak nak kencing. Bila kencing tak konfiden plak ngan kebersihan diri sebab sat gi nak solat..So amacam? Banyak cara lain lagi kalau nak betui2 jaga kebersihan diri kan? Ni semua alasan je..
Anyway aku nak ucapkan terima kasih banyak pada kawan2 yang sms aku bertanyakan keadaan adik aku...Terima Kasih...
WASSALAM