Tuesday, September 22, 2009

LAGI GAMBAQ RAYA

0



RAYA..

Assalamualaikum..Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Raya 1..20/9/09

Sesudah subuh, aku bertolak dari Penang ke Aloq Staq. Aku ngan SNQ masing2 bawa satu kereta. Reasonnya sebab aku nak dok Loq Staq lama sikit walhal SNQ ada agenda tersendiri pada hari raya nih.

Sampai rumah, kena ketupat sikit, kopi, terus aku pi ke Mesjid Al Bukhari. Mesjid paling dekat ngan rumah aku. This year parking nampak teratoq sikit sebab ada pak guard jaga. Anyway aku park kat tepi jalan je sebab senang untuk keluaq nanti. Pak guard sudah panggil aku masuk ke dalam kawasan mesjid tapi aku ketegaq tak mau masuk. Aku buat bodoh je lah. Memang tiap tahun kalu masuk park dalam, alamatnya sat gi berpeluh lah nak keluaq. Bukan sembahyang Raya je..solat Jumaat pun camtu jugak.

Anyway, ini 1st time SNQ solat sunat Aidilfitri. Dia sikit ada gabra, tapi sebelum ni dah coach dia siap dah. Buku solat pun dok di tangan dia semalaman. Study habis...Dia pun dapat menjalankan ibadah tu tanpa masaalah, maybe tang bacaan tu ada lah bunyi pelat cikit..baru lagi kan..Lidah pun dah keras..hhehehe.

Biasalah selepas solat, balik rumah, bersalaman mintak ampun maaf dari dua orang ibu bapak aku dan lepas tu kira dok layan tamu je lah. Ada jugak aku keluaq berjalan pi rumah member kat Tandop. Pas tu macam tu lah melawat sana melawat sini..

Anak2 aku Raya kedua baru depa sampai Loq Staq. Hafriz, yg sulung ada kat Penang dan Zaqwan cuma dapat off hari Raya kedua sahaja. Raya pertama dia siap ada kat Surabaya, ikut kapai.

Petang lepas asar, SNQ balik Penang. Aku pun layan tetamu sat pastu pi relax dalam bilik sat. Bila aku terjaga, tengok jam dah kul 12 malam..Astaghafirullah...Lamanya aku lena. Letih lah tu kan. Letih makan sama kut..Ketupat banyak sangat agaknya..

21/09/09
Raya kedua selalunya pada akulah...dah hilang dah sikit mood Raya tu kan..dah rasa cam hari biasa dah. Makan, makan, makan. 30 hari punya jaga permakananan, di spoilkan dalam masa 24 jam je. Kesian kat perut yang terpaksa bekerja keras selepas berehat bulan Ramadhan.

Siang hari pun banyak melayan tetamu yang mai rumah. Tak sabaq tunggu malam sebab ada small gathering Raya kat rumah Fazie.

Kul 8:05pm aku dah sampai rumah Fazie. Ah Huat dah dok tunggu kat depan rumah dah. Dia 1st sampai, aku yang kedua lah.. Pas tu barulah gang2 star mai sorang2. Tak lah ramai sangat yang hadir, walaupun Kamal SMS 83 orang mewar warkan event tu.

Yang Hadir .... Ah Huat, Dik Di, Kamal, Saadiah, Rosli Bakar n family, Zul n family, Jasman n wife,Tarmizi, Mazlee, Mohidden, Jit, Jan Daruih, Tharu, Gah, Ta, Jamal dan mungkin ada 2/3 lagi yang aku lupa nak mention.
Ni ada satu game aku nak buat. Teka siapakah yang membelakangi kamera ni..Sapa?
Ta baru sampai. Jasman n wife(Liza)
Ni satu lagi game..Teka siapakah yang berambut grey ini?
Fazie ..Raya ni dia nampak berseri seri sekali. Senyum melerek. Lama jugak aku tak tengok dia senyum, tapi semalam dia senyum je lah..Adakah dia nak mempamerkan sesuatu?
Fazie ngan Zul n famili.
Aku ngan skot dan tuan rumah.

Sambil dok bersembang tu depa dah keluaq cerita Kebaya Merah. aku ni terpinga pinga lah bila depa sebut cerita ni berlaku sekitar Gurun, walhal aku dok situ dah melebihi 8 bulan dan tak pernah pulak dengaq. Katanya si "Red Kebaya" ni suka dok melintas jalan malam2 diantara Gurun-Sg Petani punya hi-way..! Bila dia lintas, drebar kenderaan mesti mengelak dan terjadilah kemalangan. Ada jugak yang melanggar dia, tapi kononnya, kereta depa tu akan jadi busuk sehingga tak tertahan sampai akhirnya kereta tu terpaksa dijual..Wallahualam..Selama ni aku tak tau jadi tak lah rasa gerun.... Tapi bila dah tau ni, risau lah pulak. Tapi aagghh..tak kisah lah. Maka terjadilah cerita konnvoi yang nak balik ke Sg Petani dan Bagan semalam..Kamal di depan, Dik D ditengah dan Mazlee dibelakang..hehehehe..

Anyway aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Fazie yang bertungkus lumus menyediakan juadah2 untuk kami lahap semalam. Food is good...

TAL18, tak dapat hadir kerana sakit kerongkong. Dia pulak buat open house hari ni dirumah dia..Mungkin pi kut sat lagi...

Gambar2 diatas adalah courtesy dari Puteri Fazilah..
P/S: Artikel vice versa nampaknya menimbulkan persoalan yang aku tak sengajakan. Ramai yang bertanya sapa dia orang tu..Aku pun tak revealkan misteri man tu..Biaq ia menjadi tanda tanya..hehehehe.