Thursday, February 26, 2009

TULIH JGN TAK TULIH...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
create animated gif

Gedebuk gedebak..dah nak habis Februari dah.. Aduh cepat sungguh masa berlalu. Tahun ni tak berapa nak nampak cahaya yg terang benderang lagi..Masih dok nampak cam suam je..Letih jugak memikiorkan.

Tapi apa nak buat kan..Life has to go on. Kemelesetan dah terasa dimana mana. Banyak jugak projek2 yang dok negotiate tetiba je "put on hold". Belanja utk engineering design dah keluaq dah. Kena on hold pulak..Penat , penat..

Apa nak buat lagi nampak gaya kena tunggu ubat kuruskan badan dan cekangkan kulit yang akan keluar tak lama lagi dan kawan kita akan marketkan, setelah buat percubaan ke atas diri sendiri dan aku juga terbabit sebagai bahan kajian. Jangan jadi penyakit sudah lah kan...

Anyway, terjahan THWL nampaknya menaikkan semangat yang lain utk berinteraksi. Itu satu perkembangan yang sihat. Aku tau ramai jugak yg dok baca blog ni, kebanyakkan nya kawan2 lah. Aku juga berpendapat bahawa ramai jugak yang suka dok diam dan baca saja, tak mau nak menjampok dan bersembang. Pasai tu lah asyik dok tengok gang2 tu je yang masuk.

Aku rasa macam nak relax 2/3 hari dan nak bukakan ruang posting ni utk sesiapa saja yang rasa ada benda nak disampaikan, atau ada cerita yang nak dihebahkan atau apa apa sajalah. Caranya amat senang sekali...

1. Masuk dalam komen dan buatkan cerita apa2 pun. Aku akan pastekan ke laman utama sebagai satu posting yang baru. Tapi make sure/pastikan ada lah pengenalan diri.
ATAU
1. Hantar je kat email aku.. dzamriabdulrahman@gmail.com. Kalau rasa nak merahsiakan diri, nak guna nama pena ka, tapi kena kenalkan diri kat aku lah. Aku akan postkan ke laman utama cita hampa tu dan akan merahsiakan sekiranya penulis ingin merahsiakan diri..

So. amacam? Cuba lah..give it a try. Bukannya susah sangat. Tak dak sekatan tajuk dan sebagainya. Hentam saja bro. Tapi jaga2 lah sikit, jangan sampai ada orang sakit hati dah le.. Yang nak menentukan samada artikel tu lepas ke dak, adalah aku seorang saja..AMACAM?

WASSALAM..

8 comments:

Anonymous said...

Salam,

Dz, aku tak yakin idea hang tu akan jadi. Tak dapat d nafikan ramai yg result A1 dlm BM n/or English. Pepattah melayu pun ada menyebut, "alah bisa menang biasa". Klau dah berpuluh tahun tak asah skill bercerita dlm bentuk tulisan, ada tajuk depan mata pun tetap rabun juga.

Non Jalil mungkin akan dpt sumbang sesuatu yg menarik. Tapi klau aku..., mungkin akan dapat sumbang yg betoi2 sumbang saja. Mungkin ada juga sorang dua lagi yg setuju dgn aku kot.

Cuba pikiaq tengok, betoi tak apa yg aku cakap ni?

Wassallam.

Anonymous said...

alah bisa, TEGAL biasa lah!!!
alah, setakat broken malay ka english ka, wrong spelling ka, typo ka, semua paham aih, bleh baca pun, saja takdak kerja n takdak komen, cakap pi laa apa saja punnn...

good idea, possible, possible, tapi bab pertanian daun ketom ganja dan sebagainya tu, IMPOSSIBLE!! heheeh.

Terkejuik jugak aku ni, tetiba kluark Haji Yusof plak. Haji Yusof mana satu? Jiran aku di bengkel ni pun Haji Yusof jugak, aku ingat hangpa semua pun kenai dia, dulu dia petiton writer ka apa tah, and dia pernah jadi calon pilihanraya. Gelap2 skit orangnya.

Ayat "aku tak yakin" tu slalu aku dengark, jadi semacam satu doa plak. Kawan baru nak buka idea, kita dah doa gagal, heheeheheh Jangan marah aaa, bradik2.

Aku pun sronok gak celoteh panjang2 tapi kalau kosong, majai jugak bak kata THWL.

Jadi sampai di sini saja.

PS: Bowling apa cerita dah? McE pun dah diam dah.

PPS: Mana boleh bagi free, salah paham kot tu, nanti apa kata kawang2 hat lennn...?

Anonymous said...

Salam,

Tengok tu,pepatah melayu tu pun dah kena correction. Dude, jgn cakap gitu.Kita ni melawak pi mai pi mai tapi doa utk jatuhkan kawan tak pernah terlintas d hati.
Tapi kalau kawan dah jadi Si Tanggang, mungkin akan kena sumpahan kot.
Happy aku tengok Amin masuk komen kat Tak Tagham. Rajin2 la masuk Amin oi.
Ujung Jan lepas aku bawa family santai d Langkawi, jumpa la dgn Amin. Lebih dari tu, dia pinjamkan Perdana dia kat aku. Me n my family memang tak cukup ayat la nak terima kasih kat Amin ni.
Dah berumoq ni aku tengok Amin ni dah berubah banyak. Tapi tetap macho lagi.
Komen yg sekadar utk d baca saja. Tak payah pikiaq panjang2.

Wassallam.

CIOW.

KODEN

Anonymous said...

hang nampak dak hehehehe kat ujung tu? tu melawak laa jugak tu koden oi,, bradik2 toi laa ang nii.

Anonymous said...

Hang ni Koden asyik melemahkan semangat kawan2 saja,hang cakap pandai,bertengkak dgn hang tak mau kalah,cakap hang pandai DZ suruh buat yg tu hang dah tak tau

Anonymous said...

Betoi la Dud hj yusuf tu,yg dekat bengkel hang dijl semarak tu...kaki dia kena potong,

Anonymous said...

Salam,

Tn Hj ni loghat sungguh. Aku dok cakap tu tentang aku sndiri n mungkin 2-3 orang saja lagi. Sapa yg tak mau kalah? Ni dah mengaku tak mampu buat. Sama mcm mengaku kalah la dlm tajuk ni.
Tn Hj ni sah dok panjat pokok keghiang dot masa Tok Haji Wan Salleh dok mengajaq dulu.
Masa zaman SMJ dulu, Tn Hj ni sah nakai tak cukup tanah, sbb tu yg tak terang hati. Baca pun tak mau nak paham betoi.
Tak pa Tn Hj, dah maghrib2 ni memang ramai d antara kita dah makin slow dlm banyak hal. Termasuk la aku (baik ngaku awai2, takut Tn Hj kata aku tak mau kalah lagi), tapi yg penting kita kena insaf n perbaiki diri.
Pikiaq saja la, dah maghrib pun.

Wassallam.

CIOW

KODEN

Anonymous said...

Hang pernah mai sini kaa THWL? Hawarq betoi laa, aku memang tak ingat hang sapa. Memang itu kelemahan aku, ex wife aku pun slalu marah aku pasai slalu kena tanya dia, bila pak2 dan mak2 menakan dengan sedara mara dia mai beraya. Yang ni sapa, yang ni sapa.

So THWL tak leh la nak marah aku pasai aku tak kenai hang lagi, atau ingat hang ni sapadia.

Aku baru update blog aku skali lagi, lepas aku tengok "Slumdog Millionaire". hang pa pi laa tengok kat blog aku tu, klik saja kat nama aku di atas ni.