Bukan niat aku nak triggerkan isu politik disini. Saja untuk renungan kita bersama dengan isu semasa. Well, komen yang masuk pun sihat2 belaka. Ada yg against dan ada yang berselindung walaupun ternyata bersimpati dengan kumpulan yang pro. Whatever it is..DEMOKRASI Maaa...
Demokrasi terpimpin..freedom untuk melaungkan suara, freedom untuk menunjukkan perasaan dan freedom sebagainya yang di tagihkan kepada kerajaan oleh rakyat. Pada aku kita mestilah dibenarkan untuk exercise rights kita selagi kita tak menganggu "RIGHTS" orang lain. Maksud aku bila nak buat benda camni, program lah elok2. Cari lah tempat atau buatlah perarakkan yang tak menganggu lalu lintas, yang tak menganggu peniaga2 dan yang tak menyusahkan rakyat lain yang ingin juga exercise "RIGHTS" depa untuk meniaga dan beriadah.
Apa pun yang aku baca 500 lebih orang yang kena cekup dan masuk dalam. Tapi sat je kut no..pas tu depa lepas lah. Bukan senang nak bagi makan kat 500 org tu..
Anyway ni saja sembang2 je lah. Bukannya serius sangat isu yang aku utarakan ni. Pas tu lagi satu yang buat aku musykil ialah banyak pulak by election kali ini. Yang terbaru nampak gaya Pmtg Pasiaq kat Penang nak kena ngundi lagi sekali setelah ADUN nya pulang ke rahmatullah semalam..Al Fatihah.
Kempen sekali nie mesti banyak isu yang diutarakan oleh kedua2 pihak. Sempoi betui kan. Rasuah lah, mati dalam tahanan lah, salah guna danan lah danmacam2 lagi. Very interesting. Kawan kita Non sibuk pulak lah nampak gaya. Reporter lah katakan...
Dalam shout ada bunyi sora bertanyakan TAL18..aku baru dapat sms dari dia mengatakan dia ada pi Kelantan pastu balik singgah di KL. Hari ni dia ada kat KL klu tak silap aku. Honeymoon kedua.
Kanak2 berumur 11 tahun dari JB adalah mangsa kematian H1N1 yang keenam di negara kita. Dia menghembuskan nafas terakhirnya jam 8:30 pagi tadi(2/8/09). Budak lelaki yang ni. Sebelum ni budak Bgan Serai umoq 10 tahun..pompuan...Camana nak buat ngan benda ni ha? Jaga kebersihan dan jangan pergi ketempat2 yang terlalu ramai orang berkumpul..seperti perarakan tunjuk perasaan ke..hindarkan...
WASSALAM