Wednesday, November 4, 2009

KURNIA SAID..

Salam semua..

Wow.. thats a long one from Kurniawati.. Bahasa dari pakar bahasa ni lain feel dia bila kita baca kan? WOW... Tak yah waste time nak tengok komen dia..aku boh kat depan..

kurnia said...

Salaam semua, mula sekali saya ingin nyatakan bahawa pandangan saya hanyalah dari seorang yang memang cintakan Malaysia walaupun selalu disalahertikan. Saya sudah biasa sangat dengan tindakbalas yang teramat negatif kepada pendapat saya tetapi demi Malaysia dan demi bangsa dan agama, saya terus buat muka tak malu tetapi tak pekakkan telinga. Mengenai isu Dr. Asri dan segala tuduhan terhadapnya, terutamanya mengenai “highway” dan kenderaan yang beliau pilih dan gunakan untuk menuju kearah yang sama – kesejahteraan ummah – tidak menghairankan langsung ianya terjadi. Namun, saya yakin Dr. Asri tidak akan berputus asa dengan segala tol, roadblock dan segala Ops itu dan ini di highway yang digunakannya, demi agama dan bangsanya.
Jika kita selidiki bahasa dan istilah berbagai bangsa dan budaya, “latah” dan “amok” hanya terdapat dalam budaya dan bahasa Melayu, dalam rumpun bahasa Astronesia. Orang Melayu memang cepat melatah dan bila tak dikawal, jadilah amok. Latah dan amok berbagai lapisan pula peringkatnya, ada yang sederhana dan ada yang ketahap merbahaya. Pantang besar pula dalam adat Melayu bila orang muda menegur yang lebih tua, yang lebih lama makan garam. Orang tua yang telah lama makan garam, apabila ditegur oleh yang lebih muda, cepat melatah, kadang-kadang terus mengamuk. Ada juga yang selepas muka sudah basah kuyup akibat kena air ludah sendiri (bila dah melatah sambil mendongak ke langit!), baru nak beristighfar. Itu pun ada juga yang katakan mukanya basah kena air yang orang lain curahkan. Orang Melayu juga mudah dan selalu lupa serta salah tafsir dan menafaatkan peribahasa “sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri (suami?) tinggalkan-tinggalkan.” Apa yang kita lihat banyak berlaku ialah terlalu banyak contoh filem “Anakku Sazali.” Adakah orang Melayu hendak tunggu sehingga Melayu/Malaysia dah jadi seperti Sazali baru nak sedar? Bagi Melayu/Malaysia, siapa pula bapa Sazali? Adakah bapa Sazali seorang saja yang bertanggugjawab membentuk Sazali?

November 4, 2009 12:40 PM
kurnia said...

salaam, comment tadi saya click publish sebelum sempat sign off. so, maaf dipohon jika dengan tidak sengaja telah terguris, terluka atau tersinggung hati dan perasaan sesiapa. niat saya hanya untuk memberi pendapat sebagai anak melayu yang sedih dan kesal melihat orang kita yang telah banyak berpecah belah akibat politik.
DZ, boleh nyanyikan lagu Anakku Sazali?
wassalaam

November 4, 2009 3:07 PM

Tak leh nak kata apa hanya setuju sepenuhnya ngan apa yang Kurnia kata. Pastu la nie dah keluaq pulak cita kata Phd dia pulak palsu..Ish koi sakan nampak gaya depa attack mamat ni. Ni yang membuatkan aku lagi teruja nak pi dengaq dia bercakap, bercerita, memperjelaskan segalanya...

CERAMAH DR MOHD ASRI ZAINAL ABIDIN
"GELOMBANG FITNAH"
KHAMIS - 5HB NOV 2009
JAM 8:00 MALAM
KOMPLEKS MASYARAKAT PENYAYANG
PULAU PINANG
-SEBARKAN-

Aku dapat SMS dari SNQ semalam seperti diatas. Insyaallah aku sampai. Insyaalah...

Aku tak lupa jugak untuk layan request dari Kurnia utk aku nyanyikan lagu Anakku Sazali..better still..P.Romlee nyanyi sendiri daa...