Friday, January 11, 2008

Pulut Ikan Kering

Assallamuallaikum,

As usual, aku juga la yg akan melayan Dz ni. Don't worry, insyaALLAH I'll continue to contribute selagi terdaya.

Kelmarin, aku dah mula extend out the info/invitation to our GET TOGETHER DINNER. Harap kawan2 yg dah dapat sms aku tu tolong la contect 4-5 orang lagi gang2 kita and please put in some personal touches d mana yg perlu (pujuk2 gang yg malu n malas).

Macam Dz kata la, kalau ada yg perlu penginapan pun kami bisa atur. Tempat nya aja, ongkos nya tidak.
InsyaALLAH kalau ada rejeki kami bisa usahakan sponsor kadar subsidi.

Aku rasa hodoh pula mamak cakap Jawa. Balik cakap Kedah la...

Kamal dah respon. Dia tanya nak jemput gang Malay Medium ka tak? Susah juga nak jawab sebab ada 2-3 pendapat. Jangan salah faham, semua pendapat pun betoi tapi yg mana yg kita nak pakai ha?

Aku dgn Kamal sependapat yg at this age, it doesn't matter apa sejarah kita, SPM ka MCE ka. As long as we are bro/sis of SSAT n SMJ, we are birds of a feather.

Jadi aku nak dengaq la pendapat orang lain pula. Like I've said earlier, semua pendapat pun tak salah.

Halo kawan..., mau bikin dinner ka? 10 orang? kita buat... 30 orang?!? kita pun buat! Ingat.... kita nak tolong, bukan nak potong!!!!

2008 dah start dgn satu perubahan yg radikal sekali. Hasaza DAH JAWAB SMS. Panjang lebaq pula tu. Sekalung Tahniah kat sahabat aku ni.

OK cukup la jampukkan ku buatkali ni, akan ku jampuk lagi d kesempatan muka (halamak, bunyi macam drama la...).

Wassallam.

CIOW.

KODEN

Thank kayu so much my friend...Tak pernah fail dia akan komen.Sayang aku kat dia ni.
Ni ada sorang lagi yang dah lama juga mendiamkan diri, tetiba dia masuk komeng, dengan marahnya pasai aku cakap T'ganu.Dahsyat punya nasionalis Kedah...Hahaha

Assalammualaikum semua. Selamat menyambut tahun baru kepada muslimin dan muslimat semua.Semuga perjumpaan kali akan bertambah meriah akan menghidupkan kembali nostalgia yang telah lama dilupakan. Syabas dan terima kasih kepada kawan-kawan kita yang ikhlas mengaturkan perjumpaan ini. Amboi ada orang dok kat TGG baru 2 1/2 hari dah nak makang ikang dalang pinggang tepi jalang'Tak mboh ambo nok jadi mek TGG. Cek tetap tanya depa ..... laaa awat dok saja. Ayaq dah sejuk. Awat? Tak makan ayaq kopi ka? Biaq depa tau kita orang Tunku Abdul Rahman .Bapak MALAYSIA. Tok sah dok ikut depa. Be original. Nii... Pesanan penaja. Jangan marah. Melawak ja. Koden jangan nak habaq kat Zaki pulak. Thank you Jit. gambar sekolah tu memang mengimbau kembali kenangan lalu. budak yang xxxx sorang tu Law Chew Yap.tapi yang sorang lagi tak ingat sapa. Zurina Nayan tak leh mai but dia kirim salam semua.Dia pun sorang lagi kawan kita yang kita patut kesian. Ada sebab yang tak boleh mention kat sini. Nak tau tanya sendiri k. My cousin Kop @ Halim pun kirim salam kat semua.OK lah.Dah lama ni, enough for now. Till we meet again Wassalam. Gah

Jangang la marah Gah...Tak lupa aih cakap Kedah tu saja nak menceriakan lagi pertuturan pelbagai yang terdapat di dalam negara kita yang amat berwarna warni ni... Siap ada pesanan penaja tu yang kak chah nak tergelak tu..

Alaikumsalam...Thank you for the info dan dok bawa salam orang tu berat tu....I understand why tak leh mention, klu nak tanya sendiri camana? Kawan2 lain tau ke nak kontek? Klu sapa2 nak tau tanya lah Gah. Hope Kop boleh join kita for the gathering 25th ni.

Anyway, plan untuk perjumpaan tu berjalan lancar.Aku dah pung dapat confirmation tempat. The ball is now in your court.Nak pukui balik ke atau nak biaq dia meleleh camtu je...

Aku harap sangat semua boleh hadir dan tak kira form atau tingkatan. Yang penting sama Sekolah. Klu sama sekolah ni, sembang kut mana pung mesti ada yang common punya,mesti ada sangkut kenai cikgu tu cikgu ni.

Koden akan jadi coordinator untuk meet ni bersama sama dengan Kamal. 2K's...

Since confirmation dah dapat, aku harap harga yang di tetapkan tu taklah membebankan sangat.30 ringgit saja. Kalau ada yang rasa beban sangat bagi tau kat Gah,dia boleh tolong bayaq,sebab dia KAYA...hahahaha. Setakat yang aku tau la ni dah 10 orang confirm dan tu tak termasuk yang dok kerja keras nak buat bagi benda ni jadi.

Petang esok hari Sabtu aku akan balik Shah Alam sebab nak settle pasai anak aku yang nak kena repot diri kat Akademi Air Asia pada 14h(Monday),so aku harap dapat jumpa Koden dan finalise benda ni ngan dia. Kami yang sebenaqnya dok cuba cari sponsor untuk buat lebih grand dan mana tau boleh panggil Mas Idayu ka mai golek depan kita...Hahahahaha.Bapak suka..

Aku harap sangat2 kalau dalam pertengahan tahun ni kita buat kagi skali,tapi kali ni kta buat sebelah utara. Aku rasa tak kan nak jadi masaalah sebab kalau dah hampa sanggup mai,tak aci lah kalau kami tak sanggup pi. Mungkin kita akan bincang tentang perkara ni masa kita jumpa nanti.Kita plan awai2 so that senang semua orang nak buat planning depa.Especially Koden lah,bila buat jauh sikit dari rumah dia je, payah lah dia nak buat decision sebab yang tu semua consider minor decision dan bukan dalam scope dia. Dia cuma buat MAJOR decision saja.

Hari ni dah masuk 6 hari aku hijrah ke Ganu...Tak larat dah makan lauk yang manis2 ni. Semalam aku ngan member dah pi ke MYDIN mall kat Bandaraya Kuala Trengganu dan beli dapor.cooker,periuk dsb untuk masak sendiri...Sardin pun jadi, janji tak manis. Tapi yang aku syok sekali dan nostalgia makan pulut ngan ikan kering ngan nyoq parut tu..Kat sini ada jual untuk breakfast. Ada juga rasa manis dia tu..Nostalgia sebab aruah Tok aku dulu suka buat benda2 ni jamu untuk org Pattani yang mai pukui padi kat kampong aku dulu. Aloq Janggus lah kampong aku....

Terasa juga nak cari bini di sini supaya dapat masak makan,tapi kalau dapat orang sini manis jugakla masakan dia kan??? Tak jadi lah..sebab aku lebih suka Chinese food...hehehe

Oklah aku dah melalut.La ni aku dok kat Corner Bean Cafe di Paka. Bawah opis aku lah kedai ni.Dia ada WIFI kat sini jadi boleh lah aku melalut dlam blog ni.

Okay guys hope so much to be able to C all of U on the 25th....

Wassalam...
P/S aku tak leh nak boh gambaq lagi sebab la ni pakai laptop baru dan belum rajin lagi nak transfer segala gambaq yang dlm laptop lama aku tu..