Thursday, November 22, 2007

4


Hari ni aku letih cikitlah ...Banyak kerja siang tadi.Pi sana sini dengan jam nya.Hampa tau sajalah KL ni kan.Aku cuma upload beberapa gambar untuk buat renungan lah sekiranya hampa masih ingat dan kenai. Gambar yang kat atas ni lah Kamal.Dia ni rajin betui bila nak buat apa2 berkenaan ngan reunion budak2 SMJ semua.Dia sanggup mai KL bila kami buat makan2 ke apa ka.Dia rajin sungguh.Tapi aku kesian dia sebab dia tak dak email lagi.Hari tu dia suruh aku buat kat dia,tapi aku pun tak sempat,tapi sebenaqnya aku lupa,pastu aku rasa susah nak ajaq dia nak access semua. Nanti lah bila aku jumpa dia kat mana2 terus bawa dia p cyber cafe dan buat kat dia no. Kalau hampa rajin tolong lah buat kat dia. Dia la ni kerja kat Mega Mall Butterworth. Aku nak balik Penang 28hb.ni maybe aku pi jumpa dia kalau aku tak sibuk sangat.
Hj.Hanin..Timbalan Pengarah kat Jabatan Ukur Malaysia.Dia ni penyengap dulu ni tapi ada juga nakai nakai dia tu macam dok pi hisap rokok kat Kg.Padang tepi sungai Jitra dulu.Takat tu je lah yang aku tau pasai dia ni.Tapi dia selalunya senang bila ajak buat apa2 kat KL.Gambar ni actually aku crop dari group photo perjumpaan di rumah orang kaya Mutalib last year.

Azizan Darus a.k.a Jan Darus.Dia ni dari dulu lawak.Aku ingat lagi kalau masa masuk scout(pengakap) dulu,bila ada perjumpaan ka apa ka selalunya kita di beri kompulan.Pastu semua kumpulan kena buat persembahan(sketch).Semua org suka kalau Jan masuk kumpulan depa sebab dia lawak.Mesti tak kering gusi ngan dia ni.Dia mai KL lama dah.Klu tak silap aku dia stat kerja ngan bas mini dulu kut pastu masuk Dunlop and then dia buat bisnes sendiri.Usahawan yang berjaya aku rasa.Hari tu artikel dia keluar dalam Mastika kut pasai kenderaan dia semua bernombor 786.Kata mamak Penang nombor tu no Bismillah tapi aku tak tau kira camana.Kereta dia no.786,motor dia no.786,pick-up Ford merah tu pun 786 sampai kereta kebai yg baru beli ni pun 786.Serba serbi lah.No.telepon dia ada sikit lari hujung dia 876. Aku rimas sikit bila telepon dia ni sebab selalu bini dia jawab.Takut aku nak cakap apa2... Jan jgn marah haaa...

Yg ni Teh Hamid.Dia Pengurus PTPN la ni.Klu anak hampa nak pinjaman ka atau hampa sendiri nak buat pinjamam belajaq kontek lah dia. Dia ni kat SMJ dulu teramatlah diam orang nya.Takut kutu2 ni nak kacau dia. Tetapi aku dan kawan2 lain amatlah terkejut sekali bila kami buat reunion kat Q hotel Shah Alam yg dianjurkan oleh Angkatan Tentera Udara Malaysia dia telah menyanyi k-ok ngan suami dia.Sedap...Aku dengar mami jarum(Ta) kata dia siap ada Audio CD nyanyian depa. Memang berubah tapi dia best lah.Hope u read this Teh.

Shukri a.k.a Bangau.Dia ni klu tak silap senior kita setahun kut.Anyway,aku terjumpa ngan dia pada suatu Hari Raya di restoran Nasmeer simpang kola.Rest tu lah satu2nya rest.yg buka hari raya tu.Aku ngan anak2 aku pi kena teh,tiba2 aku nampak dia.Aku tak tegur dia lagi sebab aku need time utk recall nama mamat ni.Pikiaq punya pikiaq aku ingat Bangau duku.Tak dan aku approach dia,dia mai kat aku dulu.Dia ni stat gather no. fon dan alamat budak2 SMJ ni lagi lama pada Kamal.Dia siap buat buku. Haaa,dialah yg bagi no.Jan Darus kat aku.With that no. lah maka kerja2 mengontek kawan2 lama bermula.Thank you very much Shukri.