Sunday, March 15, 2009

PELURU SESAT...

Salam semua...

TQ Koden for the concern. Ya memang betui semalam aku on the way ke airport, Jeep aku plak breakdown kat Elite Highway, km 16.6. Tunggu AAM sampai untuk check saja, 2 jam. Nasib baik anak teruna aku yg dok kat Nilai tu mai temankan aku. Pas tu tunggu tow truck another 2 jam. Aduh...letih. Tapi Koden ada SMS aku dan minta aku call dia sekiranya perlu assistance. Pastu aku ikut tow truck AAM balik hantaq Jeep aku kat w/shop yang aku selalu pi, dekat ngan umah aku kat Subang 2.

Sampai w/shop, anak teruna aku yg No.1 pulak mai ambik aku. Dalam tow truck tu, aku ada SMS Chong..last2 dia dah ajak aku pi umah dia kat Ampang . Aku pun gi lepak umah dia dan dapat lah jumpa Mrs Chong, yang sungguh sporting dan dok sembang ngan kami sampai lewat malam gak.

Anyway, aku balik Penang kul 4:30 punya flight tadi. Parents aku sampai KL sama masa ngan aku sampai Penang. So dalam kul 7 camtu aku pun call lah mak aku..Tiba2 dia dok menangis pulak. Panik berok aku. Rupanya, lepas adik aku gi ambik depa kat setesen, bawaklah bapa aku ni pi makan kat Pelita Subang Jaya. Hujan renyai masa tu kut. Bapa aku masa nak naik tangga ke Pelita tu, telah slip dan jatuh, kepala dia dah kena jalan dan luka. Banyak lah darah nya..Straight away depa bawa dia pi klinik berdekatan. Bila depa tau dia diabetic, depa refuse terima dia dan suruh gi hospital. Adik aku bawa gi SJMC, paling dekat lah tu, sebab bapa aku ni in a daze lah, mungkin terkezut kut. Depa scan kepala dia, depa check sugar level dia and find out semua ok. Gula dia pun 6.8 je. Baru depa jahit kepala dia. Aku pun tak tahu berapa jahitan. Teringat jugak aku nak call Koden pi tengok sat, since aku kat Penang, tapi alhamdulillah, anak aku pun pi situ lepas aku bagi tau dia, dan cousin aku yg dok kat USJ pun rush pi situ gak.

So now aku rasa dia dok relax kat rumah adik aku lah tu..Friday ni aku masuk KL lagi sekali lah nampak gaya nya. Aduh, 2 hari ni banyak masaalah sungguh yg menimpa aku. Dugaan..

Enough about me. Ni aku nak cerita sikit pasai peluru sesat. banyak tembakan yang dilepas nampak gaya mengena innocent bystander, dan mungkin ada terjadi sedikit kekeliruan. So, eloknya kita hold back subject tu lah, atau pun kalau hampa ada nak kata apa, mention nama teruih lah , tapi aku rasa tu pun tak sesuai gak. Personal lah katakan. So, aku menyeru lah agar biaq saja benda ni berlalu, agar tak de lagi orang yang terasa.

Betuikah Hassan dok baca blog ni? Kalau betui tu kira bagus sangat lah. Komen komen lah sikit. Jangan malu dan jangan segan. Mula2 je yang susah. Lepas tu dah kira ok dah..Kan?

Anyway Dik D ada kat SP, dan maybe malam ni aku jumpa dia kut. Kelam kabut aku pagi ni, terlupa pulak nak bawak fon...Sat gi kena balik Penang pulak lah nampak gaya nya.. Penyakit lupa ni susah nak berubatlah...

Tentang komen Mazlee menyatakan permintaan tarikh lahir utk di masukkan dalam blog ni, betui lah Lee oi..depa langsung tak layan aku..Hu hu hu..Apa kata hang bagi kat aku dulu? Pas tu aku akan simpan dalam arkib negara...

WASSALAM..

ps: OWN..nanti sat lah..Sibuk, ghaplah..