Salam semua,
Nawaitu aku meluahkan cadangan Khairat ni bukalah untuk menjadikan ia sebuah persatuan yang berdaftar. Bukan juga untuk menjadikannya sebagai satu saluran mencari populariti.
2/3 tahun yang lepas ni kita dah di kejutkan dengan beberapa kematian yang melibatkan ahli keluarga kawan2. Bermula dengan aruah Shukri, suami Roshita, Bakri, kekanda Fazie, Hj Md Nor, ayahanda Jit dan juga ayahanda kepada Dr Muhiddin kita, dan juga beberapa lagi yang aku dah lupa. Sepanjang peringatan aku, walaupun aku selalu lupa, hanya satu saja kutipan dibuat untuk di serahkan kepada keluarga yang terbabit. Itu pun disebabkan kita ada membuat perhimpunan semasa kejadian itu. Jadi dapatlah kita pakat2 kutip dan serahkan. Tetapi bagi yang lain, hanya kehadiran kawan2 yang ziarah mewakili kawan2 yang lain. Tiada kutipan atau sumbangan yang diberikan.
Aku buka cadangan agar sesiapa saja yang join untuk khairat ni, kita huloqkan lah derma setakat yang mampu, tanpa perlu mintak kawan2 derma. Duit tu dah ada dalam tabungan kita. Jadi sesiapa saja yg nak ziarah umpamanya, kita masukkan dalam akaun dia dan dia boleh mewakili kita dan sumbang derma. Yang tu lah yang aku nampak sebenarnya. Untuk nak buat mesyuarat apa ka, aku cadang kita guna lah saluran yang canggih ni. Pakai je conferencing. Yahoo Messenger ka, Skype ka dan bermacam2 lagi. Tak perlu keluaq dari rumah. Apa yg diperkatakan terus boleh dijadikan minit. Apa yang susahnya? Kita gunalah kemudahan yang telah di sediakan. Video conferencing antara benua pun boleh buat, ni kan pulak dalam Malaysia. Kacang je tu. Untuk nak menyambungkan idea murni ni sekiranya kita dah tak dak..let nature takes its course lah. Kalau aku dah mati, hampa pakat2 lah teruskan, sapa yg mati dah tak leh nak buat apa dah. Kalau di takdirkan tinggal sorang je last sekali, maka kita redhalah kat dia untuk dia buat apa saja. Kita pun tak leh nak kata apa lagi sebab semua dah masuk alam barzakh. Wings kan ada buat lagu alam barzakh...kan?
Kita tak perlu cari keahlian jauh2. Gang2 kita saja. Kawan2 kita saja. Bukanya kita nak buat bisnes. Kita nak buat jariah. Kita nak buat amal. Kita base atas kepercayaan je. Tak lebih dari tu. Bila aku utarakan cadangan, aku perlulah feedback dari hampa semua. tapi aku tak perlu feedback yang kenen mengenen ni semua. Cari jalan untuk bagi elok. Kalau dah dok bawak keluaq cerita tu cerita ni, kenen sana kenen sini, kutok sana kutok sini...camana nak maju ke depan.? Sebab tu kalau hampa baca betui2, aku kata aku sanggup sekiranya tak formal sangat.
Kita cuma perlu tetapkan, ahli mati dapat berapa. Keluarga ahli mati dapat berapa. Tak perlu bidang kuasa apa apa pun..Yang ahli sajalah yg dapat. Yang tak ahli tu..tak dapek lah. Kita buat takat ni saja dulu. Sekiranya berjalan lancar dan ada keperluan atau kepakaran untuk membawa cadangan ni lebih jauh, by all means..silakanlah. Amacam?
Ajenda yang pertama adalah untuk mendaftakan diri dulu. Bagi nama, IC, alamat dan nama waris serta IC dan alamat/fon bersertakan yuran pertama berjumlah RM20 atau pun amaunnya akan ditetapkan nanti. Ikut jelah.
Sorang je yang akan dibenarkan menjaga akaun dan dia jugalah yang akan mengeluarkan duit untuk pembayaran. Dapat je berita kematian, terus dia dah boleh bergerak. Akaun ni juga aku suggest kita reg Maybank2u, dan semua ahli boleh tengok banyak mana duit ada dalam bank bila2 masa menerusi Internet. Ketelusannya ada disitu. Keluaq banyak mana dan masuk banyak mana semua ada dalam tu. Dan blog ni akan update kan sebulan sekali. Amacam..? Tak telus lagi ke?
Kalau argument yg aku bagi ni hampa nak kata susah sebab tak tau pakai komputer, maka hampa memang saja nak cari pasailah untuk tidak menyertainya dan sengaja nak buat kacau. Kalau yang buta kayu sekali pun aku rasa aku boleh ajaq guna dalam masa 1 jam saja...Madud pun boleh instruct. Computer savvy tu, mamat tu.
Lagi sekali aku nak sarankan disini, tak payah lah kita nak cucuk memba sana sini, kata mengata, mengapi apikan, dsb. Ini semua tak perlu. Yang eloknya bagi cadangan. Bagi pendapat. Kalau rasa masih tak leh nak percaya atau tak konfiden, maka tepuk dada tanya selera.
Dah ada hamba Allah yang serah duit kat aku berjumlah RM300/= untuk memulakannya. Tapi aku akan tunggu persetujuan dari hampa semua dulu. Kalau tak jadi, aku bagi balik duit dia. Kalau jadi, duit tu akan dimasukkan dalam akaun Khairat kita nanti...
WASSALAM...