Sunday, February 8, 2009

BALIK UTARA

Salam semua..Peace be upon you...

Rancak sungguh tentang kisah sis kita yang di aniaya suami ni.. Tapi macam org katalah kan..tak fair utk kita pass judgement by listening to one side of the story kan? I'm sure ramai yang kenai dengan sister kita ni. Aku pung kenai dia dan bapanya. Although bapak dia tak kenai aku. Sister kita ni aku rasa 1st time jumpa dia masa kita buat reunion kat Etong kan? Anyway, aku memang amat simpati sekali ngan predicament that she has to go through. Walau apapun, Allah is great. Memang kepada Nya lah kita kena serah kalau segala yg lain tak jadi. Kita dah usahakan? Tapi aku teringin jugak nak tau rupa dia camana..Ada gambaq ka?Kut kut boleh tendang perut dia pulak..hahahaha..Joking....

Hari Jumaat tu aku sampai B'worth kul 3 something kut. Gang aku sangkut sikit sebab kete depa ada problem. Terpaksa lah aku tunggu depa utk pass kunci rumah sebab kunci rumah kat SP tu ada kat aku. Kul 6 baru depa sampai. Tak kisah lah..pastu aku balik Penang.

Sabtu aku plan nak gi B;worth, SP and Gurun sebab nak check out harga material untuk buat kerja nanti. Pagi tu nak keluaq dari rumah punya lah seksa sebab depa yg celebrate Thaipusam dah penoh membanjiri Jalan Kebun Bunga, tempat tinggai aku. Keluar dari gate je dah sangkut... RELA yg jaga trafik pun dah kelam kabut sebab depa tak dapat kontrol org yg park kiri kanan jalan, langsung tinggai satu lane dan kalau nak selisih kena lah ada org jaga. Adus letih sungguh. Finally dapat keluaq jugaklah.

Cross jambatan je, aku call Kamal. Ajak dia minum kopi. Memang dia right person utk tanya barang2 elektrikal ni kat B'worth. Jumpa dia belakang Mega Mall, kedai mamak. Pas minum dia ajak aku gi opis dia sebab dia la nie kena thumbprint every 2hrs. Management baru katanya. Pas tu dia intro aku kat office mate dia..Rozita. Rupanya depa ni dok baca blog ni, dan Rozita dah guna petua kencing manis yg aku boh kat sini dulu utk mak dia..Insyaallah semoga mujarab.

Pastu Kamal bawa aku ronda kat Mega Mall sat dan kami pun keluar pi Elektrikal Shop utk source barang. Selesai sourcing, kami gi makan nasik kat Permatang Nibong kan? Aku pun dah lupa nama dia. Makanan dia jenis masakkan kampung dan org pumyalah ramai. Tapi tempat dia besaq. Seating no problem, cuma parking sikit ada problem lah..

On the way nak balik opis Kamal, dia tunjuk aku rumah dia. Aku teruja sebab terjumpa satu grup budak below 12yrs old dok main baling kasut. Ingat tak bila kita susun kasut macam unggun api tu, lepas tu pakat baling ngan kasut jugak. Sapa boleh runtuhkan kira menang lah.. Kamera tak bawak...

Aku ke Gurun dan Guar Chempedak pastu, pasai kerja lah. Aku sebenaqnya plan nak balik awai sebab takut chariot yg berarak tu sampai kat tokong rumah aku tu. Ada pulak kawan yang ajak aku minum kat SP. Kat kopitiam pulak tu. Setahu aku, last aku jumpa dia, dia tak nak gi kopitiam sebab dia kata dia tak tau dan tak suka makan kat kopitiam2 semua. Different kan. Mungkin kawan yg bersama dia tu kut yg membuatkan dia makan kat situ..well..apa apa lah..asal bahagia. Jgn tanya sapa kawan tu, sebab aku rasa tak mau cerita sapa dia.

Kelam kabut pastu aku balik, dan pi beli barang2 makanan sebab tak mau keluaq rumah sampai hari Isnin. Jam gila kat Scotland road. Memang aku bersedia dah. Siap beli junk food utk layan aku dlm keta. Hahahaa.

Memang dah start procession pun. Memang dah block jalan. Mujoq polis ada sediakan pas utj residen semua..Selamat sampai walaupun jln macam semut daa..