Sunday, June 29, 2008

POLL SMS

Finally aku dapat 5 jawapan. Yang terakhir dalam pukul 7mlm. Masih ada satu Hawa dan satu Adam yang tak jawab langsung. Ok lah. Yang tu dia memang camtu. Dia ikut mood. Klu dia rasa nak jawab dia jawab lah. Silap rasanya bila aku dah terhantaq SMS kat dia. Tak pa nanti aku hantaq SMS tarik balik soalan tu semua.

Mat Lazim ada bagi info yang sangat berguna juga dan juga sedikit pandangan. Dia ada menghadiri mesyuarat di Kelab tu baru baru ni dan katanya kalau pool side masa tengah hari amatlah panasnya. Dia juga lebih menyukai sebelah malam. Tapi aku mintak tolong dia untuk pi berjumpa ngan kelab dan bincang ngan Nani, aku rasa sales exec kat situ dan cuba mendapatkan maklumat yang lebih lanjut berkenaan majlis kita tu. Dia akan bagi feedback esok.

Gah jawab kul 6 lebih dan lebih suka siang dan kat kelab. Kamal call pukul 7 dan cemas pasai aku hantaq soalan tu kat dia. Lepas aku explain dia kata dia prefer malam, tapi dia akan setuju mengikut kehendak ramai. So aku dapat 3 siang dan 2 malam. Aku base hak ni sajalah senang sebab 60% prefer siang, maka kita putuskan buat siang.

Walau bagaimanapun, aku ingin mengucapkan berbanyak terima kaseh kepada semua yang telah membantu untuk buat keputusan siang atau malam ni.

WASSALAM

KAWANG

Salam,

Aku ni bukanlah nak meratuih ka apa ka, tapi kalau aku rasa aku nak buat sesuatu, aku suka kalau kerja yang aku lakukan tu mendapat kepuasan hati "pelanggan" aku. Jadi, kekadang aku cerewet sikit. Setelah aku sedaq hari ni cuma tinggai 26 hari lagi, aku pun hantaq SMS kepada beberapa sahabat handai yang aku rasa aku boleh guna pakai pemikiran depa ni untuk buat keputusan terakhir bagi majlis yang akan diadakan pada 26/7 nanti.

Aku sebenaqnya hantaq SMS kat Jit minta permisi untuk interaksi ngan dia, pasai aku nak pandangan dia. Dia terus call aku dan bagi tau dia ada kat Kuala Pilah kut, tengok anak dia yang kat Sek Sains tu lah kut.. Bapa mithali dia ni. Anyway kerja pi tengok anak kat asrama ni aku dah buat lama dulu dah. Maklumlah, kawin awai, anak pun awai jugak lah. Aku dan mungkin ramai yang lain lagi dah sampai tahap anak boleh mai ambik aku bila aku sampai kat airport ke, kat bus station ke. Hehehe...anak dah besaq2 la tu...

Ok, melalut dah aku ni dari apa yang aku nak kata sebenaqnya. Bila Jit call aku pun tanya dia samaada dia akan hadir dan katanya buat masa sekarang ni boleh consider kata dia akan hadirlah. Aku paham situasi dia ni. Sibuk. Tugas dan tanggung jawab dia terhadap negara ni besaq.

Lepas cakap ngan dia, aku decide to SMS nama2 ini bertanyakan 2 soalan sahaja. Bukan soalan kimia ka, fizik ka, matematik ka, tapi soalan yang berkaitan ngan perjumpaan kita nanti. Aku tanya setujukah ngan 1. Tempat (klab/lain) dan 2. Siang/malam. Aku expect utk dapat balik jawapan dia tentang 2 perkara ni saja. Dan aku kan gunakan jawapan ni sebagai keputusan umum untuk terus membuat persediaan selanjutnya. 12:53 lebih kurang masa yang aku hantaq SMS tu. 7 orang semuanya yang terpilih untuk jawab soalan cepumas aku tu. Tepat jam 1:06:14pm aku dapat jawapan yang pertama dari Jit. "Siang.Klab". Jawapan kedua aku dapat jam 1:16:12pm dari Koden. Jawapan dia ni panjang sikit, tapi aku paham "Siang/Klab". Jawapan yang ketiga, jam sekarang menunjukkan pukul 3:28:28pm masih tak masuk masuk lagi. Aku pun tak tau apa masaalah depa ni, mungkin ada yg dok diluaq negara, mungkin dah habis kredit atau mungkin berpikiran "mampuih pi la siang atau malam dan klab ka mana pun"

Well mungkin jugak server down dan depa tak dapat terima SMS aku tetapi setahu aku 019 dan 012 dah pun berjawab.

Inilah kawan kawan aku yang tercinta.....

KITA SERUPA

Salam semua,

Jus Sulaiman, budak Sarawak dulu kat SMJ telah pun menyatakan persetujuan dia untuk hadir di perjumpaan kita pada 26/7 ni. Dia nak mai ngan famili dia dari S'wak. Selamat Datang dan aku pasti hang takkan menyesal kerana dapat berjumpa kembali ngan kawan2 yang dah berpulohan tahun tak jumpa.

Bila terdapatnya orang2 yang camni, yang sanggup mai untuk menghidupkan kembali nostalgia semasa zaman sekolah dulu, maka aku rasa yang dok di semenanjung ni dan masih belum menyatakan persetujuan untuk hadir, sangat sangatlah menyedihkan.

Aku hairan jugak bila ada yang kata tak mau berjumpa ngan gang gang lama sebab malulah, seganlah, depa dah jadi orang besaqlah, depa tu mai dari KL lah dan macam macam lagi. Tujuan utama kkami merancangkan perjumpaan ini adalah untuk mengeratkan kembali silaturrahim kita semua. Kita semua dari sekolah yang sama, walaupun tak sama kelas, tak sama tahun, tak sama aliran tetapi kita pernah bersua muka suatu masa yang lalu. Kita sama sama menyokong sekolah yang sama tiap kali ada pertandingan bolasepak, ragbi, hoki dan sebagainya. Kita mengenali guru yang sama. Kita ikut undang2 sekolah yang sama. Kalau buat equation, jawapan akhir dia adalah KITA SERUPA....Hahahaaha..Lagu Headwind...

JAdi aku mohon sangatlah agar perjumpaan ini kita buat dengan semegah yang boleh, semeriah yang boleh, seanggun yang boleh. Tetap ini semua takkan jadi sekiranya terdapat perasaan rendah diri, malu dan segan terhadap kawan kawan yang lain, hanya disebabkan kawan kita tu berkedudukan lebih tinggi dari kita.

Aku nak kita semua tinggalkan perasaan malu dan segan tu dirumah bila hampa semua hadir nanti. Dan sekiranya ada kawan kawan yang rasa segan nak hadir, hampa hendaklah memujuk dan buat sedaya upaya agar dia hadir jugak di hari tu. Kalau depa tak mau mai jugak, hampa habaq mai, kita pi ramai ramai rumah dia dan kita terjah dia....hahahaha.

Ini lah satu lagi tugasan yang aku nak suruh hampa semua buat. Sesiapa yang baca blog ni dan tahu ada kawan2 yang tak mau join, hamoa buatlah apa yang aku kata tu, Insyaallah, mujarab.