Tuesday, June 10, 2008

JEMPUTAN

Malam ni aku dapat SMS dari Kamal..Fadzillah dan Twinny nak join sekali 26/7 ni. Alhamdulillah. Bertambah lagilah kehadiran kita..Walau camana pun countdown kat atas tu menunjukkan berapa hari lagi nak sampai 26/7 jam 8mlm. Banyak hari lagi. Jadi aku tak risau sangat pasal kehadiran ni , besar kemungkinan lebih ramai lagi yang akan join.

2nd SMS dari Kamal adalah menyatakan bahawa Fadzillah boleh cari sehingga 10 orang Che' Gu untuk dibawa bersama malam tu dan meminta agar di FOC kan Che'gu2 ni. Maka jawab ku, memang depa ni semua adalah jemputan kita, jadi tak yah lah di kenakan apa apa bayaran. Memang itu dah jadi prinsip kita. Jemputan tidak dikenakan apa2 bayaran. Seniors kita yang dijemput masa kita gather kat Shah Alam dulu pun tak dikenakan bayaran jugak. Inikan pula cikgu...

Jit ada kata dia tak ingat Cikgu Wan Bin ajaq apa tapi ingat laki dia pulas perut dan suruh budak main ragbi...Hahahaha..Aku langsung tak ingat laki dia ajaq aku... Tapi aku ingat Wan Bin, dan dok tunggu masa bila dia nak ajaq aku, tapi apakan daya bila aku terpaksa keluaq SMJ dan tak sempat di ajaq oleh Wan Bin. Aku ingat dia...Suka aku tengok dia..Bapak suka....