Wednesday, April 29, 2009

HIJAU KUNIN

Salam...

Alhamdulillah..RM dah mula masuk pelan2.. Aku guna 2 warna. Hijau dan Kunin. Hijau untuk yg masuk CIMB dan Kunin yg masukkan kedalam MAYBANK. Ini hanyalah untuk menyenangkan nanti, sekiranya ada juruodit atau sesiapa saja yg nak bertanya. Buat masa sekarang ni kita guna 2 akaun ni sajalah. Sesiapa yang nak bayaq kat org lain ka atau apa ka, sila masukkan ke akaun yg tertentu.

So jangan tunggu lama2..nanti tempat diambil orang...

WASSALAM

Tuesday, April 28, 2009

SERIUS LAH..



Salam...

Hening ka, sunyi ka, senyap ka, kelam ka... RM utk BB50 jgn di lupain. Confirmation pun perlu gak. Kalu tidak, jenuh gak nanti nak pi perbetui kat MBR.

Kalau boleh, budaya last minit ni kita buangkan lah. Sebabnya, ia amat menyusahkan penganjur. Susah untuk tentukan berapa yang nak mai, susah nak tentukan berapa duit dah ada dalam karung, susah untuk plan dan susah untuk buat segalanya lah.

Budaya last minit ni memang selalu terjadi dalam penganjuran majlis sebegini, budaya yang aku rasa elok kita singkirkan. Tidak di nafikan yang majlis ni hanya untuk kawan2, tetapi kita ni kan dah mature semua, tak elok lah kita dok susahkan kawan2 yang bekerja keras untuk menjayakan majlis ini. Kena ingat...tak dak gaji yang diberikan untuk mengurus kelancaran majlis. semua pakat syok buat ngan hati yang terbuka.

Ramai yang aku dengaq mintak kita jalankan dengan lebih sistematik, lebih telus dan lebih seperti menjalankan sebuah badan koperasi. Sampai ketahap terpaksa membentangkan akaun dalam majlis nanti. Waduh..Kok berat sekali sekiranya gitu. Perlukah itu semua? Sila bagi cadangan. Sekiranya ramai yang berpendapat sedemikian, maka sebegitulah yang akan kita jalankan.Aku amat mengalu alukan idea yang amat bernas ini walaupun, tujuan mula darah59 ni dilancarkan adalah cuma untuk bersantai dan tak mahu terlalu serius, tetapi kalau kawan2 semua setuju untuk lebih serius, aku ikut saja.

Jangan lupa jugak untuk menyatakan berapa ramai kah rombongan anda apabila membuat pembayaran kepada pemegang akaun nanti. Agar tak celaru dia nak mengira.

WASSALAM

Monday, April 27, 2009

HENING SUASANA

Salam..

Diam sungguh selepas posting yang memperincikan majlis BB50 ini. Anyway, saja ingin berpesan kepada pemegang akaun agar mengemaskini nama2 yang telah membayar. Tak susah..email aku atau post je dalam komen atau post dalam shout atau SMS je aku.

Adakah suasana hening dan sunyi ni menandakan persetujuan atau pembangkangan. Walau bagaimanapun, ini adalah majlis kita dan mari lah sama2 memeriahkannya..


WASSALAM

Sunday, April 26, 2009

KONPOM JGN TAK KONPOM

Salam...

Sure heboh...Semua dah di canangkan dan sedia untuk dimulakan. Di harap kawan2 yang selalu menjengok blog war warkan pada yang tak tengok blog. Kita nak agar BB50 ni menjadi sehebat Jom Heboh..hahahaha..apa kata..?

Aku lupa nak canangkan bahawasnya Tema untuk malam itu adalah "BEACHWEAR". Apabila ku kata beachwear, hampa jangan pulak dok expect nak pakai bikini 1 pc atau 2 pc. Hahahaha. Cuma kita nak bersantai masa BBQ dinner tu. Pakailah apa yang kita pakai bila kita pergi ke pantai. Tak yah dok berbaju batik dan seluaq pentelon lah. Itu yang jantan..Hok tino ni, mu pakai lah relax relax sikit. Reason dia sebab aku nak buat games dan sebagainya. Kita kan nak sambut B'day. Tapi tiada halangan pun kalau hampa nak "Dress to Kill". No problemo.

Di sini aku nak sarankan juga yang sekiranya..sekiranya hampa rasa nak lebihkan yuran tu, aku dan gang2 yg dok jalankan majlis ini dengan tangan terbuka akan menerima. Mungkin di suatu masa nanti kita boleh buat amal jariah sikit dengan kutipan2 kita tu.

Tak lupa juga, sekiranya ada sesiapa yang rasa nak bagi sumbangan berupa hadiah atau sebagainya, sebab kita bercadang jugak nak buat cabutan bertuah ke? Ini pun kalau ada kawan2 yang sanggup sponsor hadiah apa2 ka.. Setakat 3 hadiah tu kita dah dapat. Kalau nak bagi lebih, alhamdulillah..Kalu tidak..setakat tu je lah. Kalau ada yang nak bagi kereta ka motor ka sebagai hadiah pun aku terima.

Nampak gaya, perbalahan yang terjadi pun dah selesai dan kedudukan sekarang ni dah 0-0. Jadi jangan lupalah untuk cepat2 confirm kan kehadiran dan buat pembayaran agar kami dapat melancarkan lagi persiapan BB50 ini.

WASSALAM...

Saturday, April 25, 2009

MAJLIS BB50

Salam....

BB50 - Telah sudah aku mengambil kira pendapat kawan2 melalui SMS dan juga perjumpaan yang diadakan di Country Heights, Jenan, petang tadi.

SMS yang aku hantar kepada 5 kawan bertanyakan waktu untuk diadakan majlis berkesudahan dengan 4 menyokong agar diadakan disiang hari. 2 diantaranya cadang agar diadakan petang hingga malam. Jadi dari sini aku terimalah siang hari sebagai waktu majlis. 5 SMS tu adalah kepada Koden, Sharehah, Mazlee, Kamal dan Talib.

Seterusnya aku bercadang untuk brainstorm ngan gang dari Jitra pulak untuk mendapatkan pendapat mereka tentang BB50. Bertempat di Country Heights, Jenan, aku dan Talib berjaya memanggil Hamsan, Non Jalil, Mat Lazim dan Azizan Hussin. Azizan ni adalah sahabat kita yang dari aliran Melayu masa kat SMJ dulu. Aku yang suruh TAL18 kontek agar kita dapat menyatukan sahabat2 dari SMJ yang berlainan aliran yang sehingga sekarang masih ada gap. Aku nak hapuskan gap itu dan memeriahkan lagi BB50 ini.

Terkezut jugak aku dengan mindset depa ni..Kami bersetuju untuk mengadakannya disebelah petang dan berlanjutan hingga ke malam. Beginilah lebih kurang aturcara untuk hari itu..

TARIKH : 06HB JUN 2009 (SABTU)
TEMPAT: MERDEKA BEACH RESORT, PANTAI MERDEKA.

JAM : 3 petang.
Hadirin mendaftar dan minum petang.

4 petang.
Aktiviti ringan dijalankan (akan di jelaskan dengan terperinci nanti)

7 petang.
Rehat dan Solat Maghrib.

8 mlm
Jamuan makan Malam(BBQ) bermula serta acara2 yang telah dirancang untuk
memeriahkan majlis ini.

10 mlm
Acara memotong kek menyambut BB50. Acara diteruskan.

Juga diputuskan dalam perbincangan ini ialah, yuran yang dikenakan adalah RM60/= seorang untuk yang dewasa dan RM30/= untuk anak2. 12 tahun kebawah adalah percuma.

Yuran ini adalah untuk minum petang berserta makanan ringan, makan malam(BBQ), aktiviti dan hiburan. Yuran ini TIDAK TERMASUK penginapan. Penginapan adalah bebas. Harga untuk penginapan adalah seperti tertera didalam posting yang terdahulu dalam blog. Atau hampa semua boleh melayari Merdeka Beach Resort website untuk membat booking. Tetapi harga yang didalam website sedikit tinggi dari harga yang di offerkan kepada aku semasa aku dan TAL18 pergi ke MBR untuk membincangkan majlis ini. Aku pun tak keberatan untuk buat booking untuk sesiapa yang ingin bermalam sekiranya ada permintaan.

Yuran hendaklah dimasukkan sebelum 20hb Mei 2009. Akaun no tertera dibawah. Untuk melancarkan lagi, sila telefon pemegang akaun setelah memasukkan wang.

Mazlee Ahmad : 157112134710 MAYBANK (0124231661)
Mudtalib Ismail : 07230003951520 CIMB (0195528966)

Sekiranya perlu keterangan lanjut sila telefon aku..0162180574 atau emai dzamriabdulrahman@gmail.com

Aku harap dengan penjelasan ini maka terhapus sudahlah keraguan dan ketidak tentuan tentang majlis yang keramat ini.

WASSALAM

Wednesday, April 22, 2009

LETS ROCK BB50

Salam semua..

Pertama2 sekali aku nak mintak maaf sangat sebab 2/3 hari ni aku sibuk gila..Ni lah baru ada time sikit nak masuk menulih. Tadi Gah telepon pung aku tak leh nak jawab sebab meeting. Anyway, aku baca dan jawab SMS dia.

Secondly aku nak ucapkan terima kaseh pada gang2 yang dok bagi support dan jugak yang dok bagi cadangan yang membina seperti Madud, walaupun kekadang sakit hati jugak ngan dia ni..Tapi tak leh nak marah..Sebab dia memang dah camtu..

Nampak gaya ramai jugak yang setuju di MBR ni, including yang dok kat KL sana. Memang lah gang KL nak merasa keluaq dari sana pulak. Letih ngan kota kosmopolitan tu. Banyak sungguh nama2 samaran yang dok keluaq baru2 ni. Walau camanapun, elok lah kalau kita boh nama sendiri kalau kita nak hentam seseorang. Jadi Gentleman..Jangan dok baling batu sembunyi tangan. Tapi kadang2 mungkin perlu jugak berselindung agar yang dihentam tak kecik hati dan yang menghentam masih boleh berjumpa dan berinteraksi. Tapi seeloknya, kita memperkenalkan diri.

Cerita kisah aku nak tarik diri ni, aku pun tak tau camana timbulnya. Bila dok jadi huru hara sat hari tu memang aku rasa tak berbaloi jugak dok buat benda yang camni. Tapi aku tak sampai ke tahap nak tarik diri lagi lah. Tarik diri dari apa? Kalau hampa tau sapa Bulat ngan Balak Tua tu, hampa nasihat kat dia sikit lah. Tapi aku syok jugak bila dia suruh Fazie buat semua..sebab aku tengok Fazie dok bagi arahan kepada semua orang supaya boh duit kat Mazlee dan ambik resit kat Kamal. Tapi nampak gaya Lee ngan Kamal diam je..Ok gak kalau sapa2 dengan rela hati nak take over kerja ni, sebab dah lah dok buat kerja free, tu pun kadang2 ada suara kut belakang yang menghentam pun ada..Buat dek je lah. Paling best pada aku ialah apabila aku dapat gatherkan kawan2 untuk berhimpun dan paling tak best, apabila "Tonto" aku suka sembang sampai terlupa mengendali majlis..Hahahaha...Kalau ramai yang suka orang lain handle majlis ni, silakan dengan segala hormatnya. Beri cadangan. Aku akan sokong 100%. Baguih jugak kalau ada yang punya visi yang sama ngan aku dan Koden, dan dapat meringankan sikit beban yang kami dok tanggung tiap kali mengadakan majlis. Selalunya beban tu akan hilang apabila aku dapat jumpa kawan2 yang tanpa prejudis, tanpa mengharapkan "sponsor", datang untuk sama2 meraikan majlis KITA. Happy gila babe..

Aku lupa nak ucap takziah kat Kamal yang kehilangan Mak saudara dia kelmarin. Dia mai Gurun dan jumpa aku dulu sebelum pi ziarah. Pasai apa dia mai kat aku dulu? Sebab dia amat concern atau prihatin dengan kisah BB50 di MBR ni..Terima kasih Kamal..Takziah..Al Fatihah..

Kuda Tua said...

Artikel 12 (dah sedozen le!)

GHAMBU-GHAMBA...,HAGHU-HAGHA.

Inilah yg dkatakan keluarga bahagia. Keluarga bahagia tak kan sunyi dari detik2 gumbira. Tapi tak kurang juga detik2 duka.
Kadang2 bertutur manis dan kadang2 berkata2 sinis. Ana pun dtg dari keluarga yg ramai. Bertumbuk dan bertekak menjadi lumrah tetapi Alhamdulillah aspek manis dan sinis serta gumbira dan duka ini lah yg mengakrabkan kami hingga kini.
Mungkin kita bermula jampok2 dlm ruang2 komen dgn nada GHAMBU-GHAMBA tapi akhir2 ini ramai yg menyuarakan kerisauan dlm ruang2 komen artikel. Risau songeh-mongeh dah menjadi HAGHU-HAGHA!
Manusia tak lari dari keterlanjuran. Jika itu yg telah berlaku, ana berpendapat sipulan tak perlu nak minta maaf. Memadai dgn hanya tidak mencuba menegak benang yg basah. Jika mempunyai kekuatan utk memohon maaf, semestinya lah lebih baik!
Terlupakah kita akan BB50 yg kita sama2 tunggu2?
Lupakan semua HAGHU-HAGHA n mari lah kita "maximise our resourses" utk menjayakan BB50. Tak kiralah dmana sekali pun. Tak kiralah dgn atau tanpa tajaan. Tak kiralah dgn hiburan atau tiada. Tak kiralah makanan mewah atau tamban kering!
Jika benar2 ada bro/sis yg mempunyai cadangan tempat2 lain yg lebih menjimatkan dlm segala aspek, utarakan saja! Sama2 boleh kita bincang dan timbang. Kenapa mesti Penghulu sahaja yg bertanya dan menimbang? Sedangkan BB50 adalah "our event". Ana mohon maaf jika Penghulu terguris dgn komen ana ini. Hakikatnya, ana ikhlas
dan kerdil dlm mengutarakan komen ini.
Jika terdapat bro/sis yg berminat menyumbang, simpan saja dulu RM itu. D hari BB50 itu nanti berbisik2 lah dgn AJK majlis utk menampung kekurangan. Ana dfahamkan, pada setiap perjumpaan sebelum ini, kita TIDAK PERNAH DAPAT MENAMPUNG KOS penganjuran. Tetapi ada sahaja beberapa orang bro/sis kita yg pemurah yg telah menyumbang.
Malu, sayu dan sedih ana menceritakan tentang kemurahan hati beberapa orang bro/sis kita yg tidak pernah mahu dkenali.
Ringkasnya ana berharap dmana sekalipun, berapa orang yg nak datang sekalipun..., BB50 MESTI DIJAYAKAN!!! (InsyaALLAH)

Aku tak terguris langsung ngan komen hang KT. Malah aku rasa sedap hati pasai ada org cam hang yg dok support dan paham akan masaalah dalaman yang dihadapi tiap kali menganjur acara santai ni.

Ini message dari Gah yang aku terima :

Assalamualaikum. Nak suggest sikit bleh ka? Tok sah dok layan banyak2. Apa u muatkan final vote. Pas 2 kita dok n discuss hw 2 go about.Bila nak mai KL? We r running out of time. Apa kata u? Pantai Merdeka sounds fabulous 2 me dah kot. Jom celebrate. 50 wont wait lah kawan...

Hhhmmm..aku jawab SETUJU..

Balak Tua said...

Pasai apa Cik Fazie diam pula,mana number acc,kami nak bankin.La ni Cik Fazie jadi Ketua BB50.DZ,KODEN biak pi kat depa,DZ dan kompom tarik diri.La kami dah bagi mandat kat U Fazie,U pula diam.Kami cukup seronok hang handle,Hang atoq semua siap berapa kami kena bayak,sah dah aku dgn bulat awai2 bankin.

KODEN said...

Salam,

Aku yakin Balak Tua ni baru kenai Dz. Mgkin paling lama pun sejak SMJ kot. Aku tau hati budi Dz sbb aku lah kwn pertama dia bila dia msuk SATS in 1966.
Mungkin bila tua2 ni duit ringgit kerap merubah sikap manusia tetapi aku yakin Dz tak macam tu. Dia ada prisip n he's NOT THAT CHEAP!
So Balak Tua, aku minta hang stop la dok mengapi-apikan keadaan. Kita ada matlamat yg nak dtuju, agenda sendiri n personal vandetta is NOT WELCOME.
Aku minta maaf kalau aku bunyi kasaq tapi niat aku ialah utk menghentikan cakap2 kosong yg melalut n LET'S START WORKING towards making BB50 a success.
N utk kawan2 lain yg terus memberi sokongan n sumbangan idea kpd usaha menjayakan BB50..., my heart is with u all bro/sis. I truly can't thank u enough!
Mai kita pikiaq yg positif saja k!!!!??

Wassallam.

CIOW.

KODEN.

Kawan aku defend aku..kawan aku..Hahahaha...

WASSALAM

Monday, April 20, 2009

BB50- Penerangan.

Salam..

Adus..nampaknya benar lah telahan aku..Cheh cheh cheh..telahan tuu.. Memang ramai gak yang melatah nampaknya. Kadang2 aku terasa macam apa yang aku tulih ni tak dibaca dengan sepenuhnya. Sebenaqnya apa yang aku boh kat situ aku harap mendapat feedback, mendapat cadangan yang lebih bernas, bagi persetujuan atau pun bangkangan. Program yang aku letakkan kat situ pun hanyalah cadangan sahaja. Kita ada blog ni untuk kita semua pakat2 berbincang dengan elok dan bermuzakkarah. Tapi nampak gaya, semua pakat dok tikam sana, sini. Aku pun sedih jugak bila terjadi sebegitu. Betuilah nampak gaya, ada yang mengharapkan sangat agar ada orang yang bayaq untuk depa dan depa mai macam makan kenduri. Kalau suka bagi RM10, kalau tak bagi je RM2. Majlis ni majlis kita. Kita yang sama2 nak meraikan. Kita jugak lah yang nak memeriahkan. Jadi sama2 lah kita "tong tong" untuk menjayakannya.

Aku bukan nak suruh pinggirkan yang tak mampu. Kalau dah rasa ramai yang tak mampu, cadangkanlah untuk buat di tempat yang lebih mampu untuk semua. Aku ni tak kisah tang mana pun. Aku rasa ramai jugak kawan2 di KL yang teringin sangat nak balik Kedah dan berholiday ngan kawan2 lama. Cadangan yang terdahulu kata nak buat family day tak jadi..tak materialise, jadi aku ambik kesempatan ini untuk cuba menjayakannya. Tapi, tak tau lah..nampak cam bleak je..

Bukan aku nak minta semua orang untuk tidoq sana. Kalau nak tidoq, kita boleh kira bilik. Kalau gang dari Kedah rasa tak berbaloi nak tidoq, depa boleh balik lepas majlis. Kalau yang mai dari jauh, takkan nak balik kut. Kalau buat kat Shah Alam pun serupa tu lah jugak. Gang KL mesti balik kerumah masing2. Yang mai dari jauh, takkan nak balik tengah2 malam.

Ada jugak yang kata pasai apa nak buat malam. Siang pun boleh gak. Betui..aku setuju. Memang siang pun boleh gak. Kalau dah ramai yang nak buat disiang hari, aku ikut je lah. Takkan aku sorang nak mai malam2 dan celebrate sorang2..Kan? Reason aku buat malam ni sebab aku rasa, kita boleh lah pakat2 berkumpul ramai2 dan bersembang2 tanpa gangguan. Lepas Isyak tu, dah kira free dah semuanya. Kalau siang ni, mungkin waktu kita terhad sikit. Banyak perkara yang perlu dilakukan disiang hari. Lagi pun lebih romantik bila buat malam. Cuaca sejuk, tepi pantai pulak tu..

Cadangan kawan lama tu pun aku amat setuju sekali. Cadangan Fazie yang nampak macam merajuk sikit bila TAL18 tarik balik sponsorship dia. Apa ke hai nye?

Ok lah lagi sekali aku nak betulkan lah cadangan aku sekiranya hampa atau Fazie rasa tak betui.

Check in kul 2 petang tu adalah untuk orang yang nak bermalam disitu. Majlis kita akan bermula lepas Isyak. Mai awai pun boleh sembahyang disitu. Tak dak masaalah.

Sebab yang aku setuju sangat nak buat sebelah Kedah ni agar ramai gang yang dok belah sini boleh join. Kalau buat kat KL tu, tak ramai gang Kedah yang akan hadir. Hardcore je yang akan hadir.

Pikiaq lah tengok dan bagi cadangan. Kalu jadi pun jadi lah, kalau tak jadi pun, aku rasa kami yang memulakan idea ni akan buat juga dimana2. Mungkin 4/5 orang kami saja ka?

Apa sekali pun, aku berharap sangat agar BB50 ni boleh diadakan dengan meriah sekali...

WASSALAM

ps: Disini aku masukkan email yang aku terima dari TAL18..

Salam semua kawan kawan
Disini aku sedikit mau perjelaskan tujuan BB50 dibuat mengikut pandangan aku.Tujuan BB50 dibuat adalah untuk sama sama ulangtahun kita beramai ramai mengngatkan nostalgia kita masa budak budak dulu.Disini juga untuk mengikat kembali silaturahim sesama kita.Disini juga untuk mengukur kesetiakawanan masing masing terhadapa kawan kawan yg ada.

Tahun ini kita semua sudah berumur 50 tahun.Mungkin selepas ini entah kita sempat jumpa lagi atau tidak belum kita tahu lagi,mungkin ada diantara kita sudah kembali menghadap Allah yg Maha Esa.Bila masuk usia 50 banyak juga kesihatan mula terganggu.Kalau kita sempat berjumpa lagi Alhamdulillah,Allah memperjangkan usia kita.Jadi apalah kiranya kita sama sama berjumpa dgn waktu yg panjang.Kita sama sama lupakan tugas seketika untuk berkumpul sama sama.

Kalau diukur berapalah yg kita keluar demi bersama sama kawan kawan yg ada.Jika Cik Fazie menghasud kawan kawan yg lain,demi wang yg begitu saya rasa cukup tidak logik.Tapi bagi yg rasa BB50 ini buang masa saja lupakan saja hal ini.Namun kami beberapa orang akan tetap meneruskan rancangan ini.Kalau nak ikut sibuk,semua orang sibuk,dgn tanggung jawab masing masing.

Cuma ini kita luangkan sedikit masa demi bersama sama kawan yg ada.Sebenarnya mahu dibuat dimana pun tak kisah,Cuma dibuat diPantai Merdeka ini,untuk mengingat kita kembali masa budak budak dulu,pi rombongan dan dulu waktu sekolah tingkatan 4 aku dengan kawan kawan yg lain tak pi sekolah,kami pi Pantai Merdeka,Pukoi 1.30 kami sudah ada lagi distesen bas,macam kami pun balik sekolah juga.

Sekarang terpulang kepada masing masing untuk buat keputusannya…Terima kasih

Sunday, April 19, 2009

WOTD

Wa Lang = Kami

Ee Lang = Depa, mereka...

Salam...

Tolong lah hentikan keriau mengeriau dok tanya pasai sponsor ni. Aku rasa tak sedap betui lah. Tak syok lah. Kalau nak sponsor pun diam2, kalau nak cari sponsorship pun diam2. Tak perlu hebah.

Aku cadang nak buat majlis ni seperti mana yang aku katakan, atas kutipan sesama kita saja. Kalau dah rasa kita tak mampu nak buat dengan kutipan kita, kita scrap je idea ni. Kita tak bergantung atas duit sponsor lah. Kalau hanya dengan duit sponsor baru nak ada orang ramai, maka kita tau lah status kita semua takat mana kan?

WASSALAM

BB50 at MBR



Salam semua...

Di jaman sekarang ini, apa saja memerlukan wang, duit atau ringgit. Nak kencing pung kena bayaq la nie. Jadi bila aku congak pi congak mai, untuk menjayakan BB50 di Pantai Merdeka ni kita perlu ramai yang hadir. Kita perlu sumbangan dari semua orang untuk menjayakannya. Majlis ni adalah majlis kita bersama. Kita tak perlu mengharapkan sponsor dalam membuat persediaan sebegini. Jadi, janganlah hampa dok pikiaq tentang sponsor bila nak buat majlis ni. Kalau ada, alhamdulillah. Kalau tak dak pun alhamdulillah jugak. Janji, majlis kita berjalan lancar.

Perbelanjaan kita untuk majlis ini adalah seperti berikut :

1. Makan
2. Tempat Majlis
3. Hiburan
4. Penginapan.

Kalau hampa dah baca quotation dari MBR tu aku rasa hampa boleh nampak sendiri lah. Lagi ramai yang hadir lagi bagus dan aku rasa kita boleh negotiate untuk dapat lebih murah. Kita nak capai target bagi dapatkan 50 orang yang hadir tidak termasuk suami, isteri dan anak. 50 orang "KITA". Hahaha..maksud aku gang kita lah. Tok sah dok kira form ka, tingkatan ka, semuanya serupa saja.

Aku cadangkan kedatangan hendaklah 50 orang atau lebih dan harga yang dikutip adalah RM50/= seorang, tanpa penginapan. Untuk penginapan sila bagi tau camana hampa hendak dan aku akan cuba block book dan kemungkinan dapat lebih murah sikit. Tapi yang ni 59ers tak tanggung lah. Kita bukan nak tanggung, tapi kita cuma nak tolong...

Kalau hampa rasa terlalu murah pun hampa bagi tau, dan kalau rasa terlalu mahal, hampa kena cari tempat lain pulak lah kut. Atau pun buat kat dusun Hang Kebun ka? Good idea gak tu...

Saturday, April 18, 2009

INSAN



Salam...

Aku hampir menangis tengok video ni..Hangpa bayangkanlah camana hidup insan ini...

WASSALAM

WOTD

Salam...

Chiak = Makan

Amit = Apa?

Dah boleh buat ayat?

WASSALAM

Friday, April 17, 2009

MBR

Salam..

Untuk pengetahuan semua, tadi aku dah melawat Merdeka Beach Resort ngan TAL18. Berjumpa ngan sales person dia, Adrianna, dan dibawa melawat kawasan tersebut. Kata2 aku tentang tahi lembu penoh kat situ, ternyata meleset sekarang. Anyway tak lah meleset jauh sebab dia baru in full operation sebulan yang sudah. Tempat cantik. Bangunan baru, cat masih baru, belum ada cap tapak tangan dimana2.

Seperti yang sedia maklum, pantai kat sini tak lah menarik sangat. Kalau bercadang nak mandi laut, aku suggest pikiaq 2x lah.

Facilities untuk buat BBQ party memang cantik dan menarik. Just sebelah cafeteria or coffee house dia yang tak ber aircon sebab dia macam beranda punya stail. Bersantai habis lah. Open air lah. Memang ada plan B sekiranya cuaca tak mengizinkan. Hall dia besaq dan fully aircon. Tapi tak sesuai lah kalau nak buat BBQ.

Chalet yang dia bawa kami melawat adalah Bilik Jasmin yang mengandungi 2 bilik tidur. 1 bilik c/w King size katil dan satu bilik lagi 2 katil bujang. 1 bilik air. Fully aircon dan offer dia hari tu adalah RM200. Bilik2 lain tak dapat tengok sebab fully booked. Ada seminar Belia hari ni so, ramai lah.

Next dia bawa kami melawat Dorm. Boleh accomodate 50 orang. Double decker bed. Fan. RM1k/day. Funny incident happen while walking ke Dorm ni. Sambil jalan kita pass decor depa yang berupa tiang kayu besaq. Bawah tiang tu adalah crack sikit, tiba2 aku sudah nampak kepala ulaq lidi terjongak kat situ. Tak tau apa pasai aku tak lah pulak rasa geli atau risau tengok dia. Tak membahayakan rasa aku. Bila kami jalan kat situ dia cepat2 serot balik badan dia masuk kat celah tiang tu, dan aku pun katalah, " Aih..Ulaq lah kat tiang tu".. Adrianna, sales person tu siap ngan melatah dan habaq kata dia memang geli dan takut ngan ulaq...TAL18 pulak ngan machonya berkata, "Saya tak takut ulaq2 ni semua..sebab saya memang ulaq...hahahaha". Memang ulaq.

So, tadi petang bila aku check email, quotation pun sampai. Hampa pakat2 tengok lah. Aku punya cadangan perjalanan majlis ni lebih kurang camni...

1400hrs Check in selepas makan tengah hari.
Acara bebas.
2000hrs BBQ dinner / Acara santai / Borak2 / 2 piece band performance / Games

0000hrs "HAPPY 50TH BIRTHDAY"/ Photo Session.

0001hrs Santai..sampai pagi...

0700hrs Breakfast

Hanya cadangan asas. Nanti boleh ditokok tambah sekiranya mau.

Merdeka Beach Resort
Pantai Merdeka
08500 Sungai Petani
Kedah Darulaman
Tel : 04-4377555
Fax :04437755
17 April 2009
Encik Dzamri Bin Abdul Rahman
INTERSIGNALS SDN.BHD.

Email : darah59@yahoo.com.my


Encik Dzamri,

SEBUTHARGA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-50

Salam hormat dari Merdeka Beach Resort.

Terima kasih kerana memilih MBR sebagai tempat bagi percutian keluarga Tuan. Merujuk kepada perkara di atas, sukacitanya di sini kami lampirkan sebutharga seperti yang diminta bagi rujukan dan tindakan Tuan selanjutnya.

Butiran
Tempahan : HARI KELUARGA
Tarikh : 6 Jun 2009
Peserta : 50 peserta

Bilik Penginapan
Daftar Masuk : 6 Jun 2009
Daftar Keluar : 7 Jun 2009
Jumlah Bilik : Sila Nyatakan

Harga Bilik
Bilik Matahari : RM500.00 bersih semalam (chalet suite 2 bilik) – 2 unit
Bilik Rose : RM400.00 bersih semalam (apartment 2 bilik) – 2 unit
Bilik Jasmin : RM200.00 bersih semalam (2 bilik tidur setiap chalet) – 5 units
Bilik Orkid : RM150.00 bersih semalam (2 katil bujang setiap bilik) – 14 units
Melati : RM90.00 bersih semalam ( cabana 2 katil) – 10 unit
Mawar : RM60.00 bersih semalam
Lily : RM150.00 bersih semalam (1 katil bujang setiap bilik) – 4 unit
Tulip : RM1000.00 sebuah semalam (50 katil setiap dorm) – 2 unit

Program : Sila lampirkan program kepada kami untuk membolehkan kami
Membuat persiapan awal.

Sarapan Pagi : RM8.00 bersih seorang dewasa
RM5.00 bersih seorang kanak-kanak berumur 4 – 12 tahun

Makan Malam BBQ : RM35.00 bersih seorang dewasa
RM20.00 bersih seorang kanak-kanak berumur 4 -12 tahun

Lain-Lain Caj (Sekiranya perlu)
• Pengunaan Bilik Mandi : RM2.00 seorang (bagi yang tidak menginap)
• Sewa Padang : RM 200 sehari
• Khemah : RM 200 sebuah sehari (20’x20’)
• Karaoke & Technician : RM 450.00 untuk penggunaan selama 5 jam
• Live Band (3 pcs) : RM900.00
• Kek (3kg) : RM180.00
• Penggunaan Elektrik : RM150.00 sehari
• Sewa BBQ Pit : RM50.00 sehari
• Telematch : RM 5 seorang termasuk :
• Facilitators
• Games organizing
• 3 Hadiah Saguhati (Voucher)

Tempahan
Daftar Masuk bilik penginapan adalah pada pukul 2.00 petang dan Daftar Keluar selewat – lewatnya pada 12.00 tengahari. Caj daftar lewat keluar adalah RM50.00 bersih bagi setiap bilik dan selewatnya pada 5.00 petang.

Pengesahan
Sila lampirkan pengesahan tempahan selewatnya pada 20 Mei 2009 bersama 60% deposit tempahan. Pihak Hotel berhak membatalkan tempahan sekiranya tidak menerima sebarang pengesahan dan deposit pada tarikh yang dinyatakan.

Butiran Akaun : ZUBINA JUBILEE SDN.BHD.
Acc No: 5021-8400-1864
Maybank Lagenda Heights, Sungai Petani

Perubahan Tempahan/Pembatalan
Sebarang perubahan tempahan/pembatalan perlulah dilakukan selewatnya sebelum 20 Mei 2009. Sekiranya perubahan yang dilakukan selepas dari tarikh ini, caj pembatalan satu (1) malam akan dikenakan ke atas pihak Tuan.

Kami yakin semua yang dinyatakan di atas adalah jelas dan teratur. Sekiranya pihak Tuan memerlukan keterangan lanjut, sila hubungi kami.

Terima kasih dan salam hormat.

Yang Benar
MERDEKA BEACH RESORT

Anna

ADRIANNA BT ADNAN
Eksekutif Jualan & Pemasaran
019-470 3262


BBQ HI-TEA MENU
THE SALAD BAR
Potato Salad

BARBEQUED CUISINE & CHEF’S DELIGHT
Grilled Items
Fish
Prawns
Sausage Mix
Chicken
(Sauce : BBQ Sauce, Black Pepper, Air Asam, Thai Sauce)

Chef’s Delight
Telur Dadar
Fried Rice Kampung Style

HAWKER’S STALL
Char Kway Teow
Laksa
Ice Kacang
Rojak Buah

DESSERT
Assorted Mixed Fruits
Teh Tarik
Orange Cordial

(Optional Charges – upon request)
Satay at RM 0.50 per stick
Free Flow Soft Drinks at RM 3.00 ++ per person

Mintak hampa baca betui2, dan bagilah feedback. No of person tu aku perlukan sebab bookings kena base on pax.

Aku suggest lah kan, kalau kita nak cheap sikit, what we do is, the men duduk kat dorm. Women folk or anak2 dapatkan chalet utk depa semua.

Buat keputusan cepat sikit dan bagi feedback.

WASSALAM

Thursday, April 16, 2009

WOTD

SAMAT N PAK MERTUANYA

Samat baru sahaja berkahwin. Kerana tidak mempunyai rumah, dia terpaksa menumpang di rumah bapa mertuanya.

Malangnya, ada sesuatu yang tidak kena. Samat ni kuat sangat makan. Bapa mertuanya selalu merungut. Beras 20 kg, tak sampai seminggu dah habis.

Selalu tak macam ini. Sejak Samat duduk di rumahnya...cepat sangat barang-barang dapur habis.

Samat betul betul menghabiskan borehhh...

Kebaikan Samat pula ialah, dia ni alim sikit. Tak pernah tinggal sembahyang.

Malangnya bapa mertuanya tak pulak begitu...Waktu maghrib seronok depan tv tengok roda impian...lepas tu sambung tengok berita...lepas tu makan...lepas tu tidur..esok bangun pukul 8...pergi kedai kopi...bersembang, sampai tengahari. Balik makan, kemudian tidur...petang pergi kedai kopi lagi...main dam, berborak mengalahkan orang politik.

Kerana sama-sama ada kekurangan ni lah yang menyebabkan si menantu tak berani menasihati bapa mertua, dan bapa mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan. Tetapi dia terus mencari idea...macam mana nak kenakan si Samat ni..

Bengang betul dia...dah lah tak kerja...melantak kuat pulak tu...

Suatu hari dia dapat idea...nak kenakan Samat..

"Samat, mari kita main dam haji..." katanya kepada Samat...

"Boleh juga..." kata samat tanpa mensyaki sesuatu.

Bila sahaja bermain, dia sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh Samat...

Dia hulur, Samat makan, hulur lagi...Samat makan lagi...hulur lagi makan lagi, dan lagi...dan lagi....

" Eh ko ni Samat...kuat betul makan laa....agak- agaklaa.. ." katanya tersenyum..

"Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni...mentang- mentang aku kuat makan" fikirnya dalam hati...tapi tak apa...

Mereka bermain set kedua...Bapa mertuanya hulur...dia tak makan...hulur lagi, tak makan juga...kena tangkap...tak macam set pertama...dia dah bijak sikit...

Bila tak makan, mestilah kena tangkap...(sesiapa tak tahu main dam haji tentu tak faham cerita ini...)

...kemudian bapa mertuanya dapat melangkah hingga ke haji...Apa lagi....

"Ehh orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke...? Merah padam muka bapa mertuanya... dia nak perli anak menantunya, tetapi dia yang terkena....

Selepas dari itu, Samat tak lagi kuat makan dan bapa mertuanya dah jadi alim... tak tinggal sembahyang lagi...sekarang ni ada kat mekah kerjakan umrah...Nak pergi haji belum ada seru...katanya laa...

Moral cerita : Jangan malu nak menegur kesilapan orang lain, jika untuk kebaikan.

Aku dapat cita ni dari email yg kengkawan hantaq..Best gak moral dia tu. Hak tu tka mau aku pertikaikan, cuma, Samat tu tak kerja ka? Klu kerja dia boleh beli beras apaaa..kan? Tak lah kecoh pak mertua dia dok bagi makan dia free. Hahahaha...Saja gatai komen,,

Cadangan buat a word a day ni baguih jugak kan? Tapi nak buat English - Malay aku rasa tak best lahhh..Cari bahasa lain lah. Arab ka, Mandarin ka, Hokkien ? Member Siti ada tulis buku kegunaan bahasa Hokkien seharian..Anyway Hokkien banyak digunakan disebelah Utara dalam masyarakat Cina. Amacam? Nak? Aku mulakan la nie gak...

WOTD(Word Of The Day)

1. WA = Aku, saya, I.
2. LU = Awak, hang, kamu, you.

Itulah saja untuk hari ini murid2 sekelian. Besok kita akan belajar perkataan yang baru..Selamat belajarrrrr....

WASSALAM
p.s : Aku dah boleh pikiaq apa hampa nak kata dahh....

SOLUTION...

Salam..

Kuda Tua said...

Artikel 11.

JENAZAH.....SOLUTION

Ana agak tertarik degan komen 1 TAL18 dlm tajuk JENAZAH. Mula2 Ana langsung tak faham apa yg hendak diutarakan oleh TAL18. Rupa2nya ada unsur suspense dlm komennya. Rupa2nya ada urutan.
Menariknya solution TAL18 ini ialah, beliau melihat dari sudut yg satu. Ana rasa tiada siapa yg berhak mengatakan cadangan TAL18 itu salah. Kerana itu lah sudut yg dlihatnya. Kepada yg masih hidup, mesti teruskan kehidupan dan terus2lah menggunungkan kekayaan.
Tapi dari pengalaman ana yg dah "veteran" dlm menghadapi kematian orang2 tersayang, berbeza pula sudut yg ana hayati. Dalam setiap kematian, ada pengajaran kepada yg dtinggalkan. Segala ungkapan baik tentang jenazah harus diukur ke diri kita. Kalau terasa tiada/berkurangan kualiti itu pada diri, bersungguh2lah mencapai nya.
Disebaliknya, jika terdapat ciri2 negatif yg diperkatakan tentang jenazah, harus dijadikan garis ukur kelemahan pada diri kita. Semestinya ia perlu dikikis.
Pokok pangkalnya, pada usia yg sangat teruja utk merayakan BB50, kita seharusnya mempunyai kewibawaan dan kematangan utk menyusun priority halatuju kita.
Jangan salah faham, ana amat teruja utk bertemu d BB50.
Mungkin d tarikh itu nanti ana akan meminta Dz memperkenalkan siapa itu Kuda Tua. Kenapa tidak ya?

Buat iktibar lah....

Untuk perhatian semua, aku dah masukkan nama dan no. telefon kawan2 yang ada dalam simpanan aku disebelah kanan, bawah blog ini. This will be a permanent fixture kat situ, supaya senang kawan2 nak kontek. Especially untuk Koden yang perlu menjalankan tugas yang telah diberikan.

Aku dah pun email ke Merdeka Beach Resort to ask for quotation dan juga proposal depa untuk kita menyambut BB50. Kemungkinan besar esok kalu aku free sikit aku akan turun pi lah. Regardless of samaada dapat email atau tak.

BATU API

Salam...

Kuda Tua said...

Artikel 10

SARANGGENG

Terpanggillah ana untuk merangsang sahabat handai yg masih suam dgn agenda BB50 kita ini. Ana memilih tajuk ini sebab baru2 ini ana telah mendapat jemputan utk "join" SARANGUANG.
Bukan lah tujuan ana utk berbicara tentang saranguang. Dah masuk atau belum? Kalau dah masuk, berapa banyak untung yg diraih? Kalau masih belum, persoalannya, bila lagi? Dan kalau tak berminat memasuki, persoalannya, Kenapa? Bukan niat ana menulis tajuk Saranguang.
Tapi ana tersa teringin utk menggeletek @ menyakat @ menyucuk kwn2 agar melatah sedikit kpd 1 cadangan yg ingin ana utarakan. Berasaskan sistem Multi-Level Marketing (MLM), apalah kiranya kita menyediakan 1 insentif kpd kwn2 yg aktif mempromosikan BB50.
Tujuan cadangan ini ialah utk kita terus menarik lagi bro/sis yg masih belum pernah "join" aktiviti kita lagi. Dengan sendirinya akan bertambahlah jumlah kaum kerabat kita.
Contohnya gini :-
1- Jika ana dapat membawa 3 orang bro/sis baru, maka ana pun terkecualilah dari yuran sendiri.
2- Jika Dz dpt bawa 1 orang Cikgu, pun dikecalikan dari dikenakan yuran.
Dan sebangainya lah.
Ana sekadar melontar idea. Mungkin Dz, AJK dan penaja boleh memikirkan cara dan pendekatan utk menjayakan idea ini. Itu pun kalau ianya didapati bernas. Jika tidak, humban sajalah idea ini kemana2 pun.

Good Idea tu..hahaha siap ada sistem MLM lagi untuk menjayakan majlis kita nie. Tapi aku rasa tak perlu lah kita sampai ke tahap tu, Takut terlampau ramai yg bawak mai, duit kita nak buat majlis pulak tak cukup. Tapi, ini adalah satu saranan yang baik. Lebih baik lagi kalau kita terus saja kutip 150..hahahaha..
Batu Api, Firestone dan sebagainya lah adalah sesuatu yang menyeronokkan dan menggembirakan sekiranya dia digunakan dalam konteks kawan2 yang amat mengetahui perangai antara satu sama lain. Jangan dok berbatu api di belakang sudah lah.. Nampak gaya TAL18 dok boh api kat Madud pasai tali pinggang. Dalam pada tu jugak Madud dok boh api kat aku pasai Koden dok suruh buat macam2.. "Aiman tak kisah..."

Seronok sungguh la perangai buddak2 yang nak mencecah separuh abad ni. Aku kata budak2 sebab kat sini je kita boleh buat perangai budak2 kita tu..kalau diluaq, depa kata gila la kita nie.

WASSALAM

Wednesday, April 15, 2009

SALAM JIT

" Salam. Mungkin mesej ini boleh disampaikan kepada kawan-kawan kita. Terima kasih pada semua kawan dan kenalan yang tak henti-henti ucapkan takziah pada saya. Sama2 kita terus doakan agar roh arwah bapa saya dicucuri rahmat. Terima kasih untuk Dz, TAL18 dan Hamsan yang dapat mai kekampong. Sesungguhnya mereka mewakili semua kawan dan kenalan. Bagi kita yang tinggal ini teruskanlah amal untuk bekalan. Terima kasih."

SMS diatas aku terima dari Jit pada jam 06:42:38pm. Masa tu masih kat PFK, baru la nie aku dapat postkan.

Aku jugak dapat call dari Fazie selepas aku terima SMS diatas. Depa pun dok kira nak pi melawat kut. Dengaq kata depa berdua. Mungkin depa pi malam kut..

WASSALAM

Tuesday, April 14, 2009

JENAZAH

Salam..

Baru balik dari menziarah jenazah Hj Md Nor Ahmad, ayahanda kepada Aziz Md Nor, di Bukit Tinggi Kepala Batas.

Aku date ngan TAL18 kat kedai nasi lemak Datuk Hashim depan Mesjid Kepala Batas. Lepas kena nasik lemak kami pun terus kerumah Jit. Sesampai disana, Hamsan pun baru nak turun dari keta dia. Jumpa ngan Jit, pastu depa pun dah sibuk nak mandikan jenazah.

Jumpa gak ngan Cikgu Jaafar. Dia ni kan selalu dok jaga masa kat Pavillion dulu, tunggu nak berator ke kelas..Masa Form 1 & 2 dulu lah. Dia kan cengeh juga dolu. La nie dia nampak steady lagi...

WASSALAM

Monday, April 13, 2009

Al Fatihah

Salam semua...

05:25:22pm aku dapat msg berbunyi begini " Salam. Dimaklumkan bapa saya Hj Md Nor b. Ahmad tlh kembali ke rahmatullah jam 4:45 ptg td. Al Fatihah. Aziz KDN Putrajaya."

SMS ni aku terima dari Kamal, terus call dia to confirm dan pas tu call Jit. Ucap takziah, dia pun dok kelam kabut nak ambik anak2 dia, pas tu baru balik ke Kepala Batas. Katanya, depa 3 beradik ada kat KL la nie dan akan balik sat lagi, so tentatively upacara pengebumian dijangka akan dijalankan esok pagi jam 10. Katanyalah..So kawan2 sebelah sana boleh lah ziarah, insyaallah aku akan sampai pagi esok kalau tak dak aral melintang. Aku dapat tau dari Jit, Aruah berumur 85 tahun. Aku pun berbunyi lah kata oi, sama ngan Mahathir lah tu..Dia jawab , ha, mungkin lepas ni dia pulak kut. Anyway..TAKZIAH Jit n famili. Al Fatihah...

Jit boleh dihubungi melalui 019 228 6675.

WASSALAM

Saturday, April 11, 2009

THINK THINK THINK

Salam...

Aku sebenaqnya tak kisah lah kalu hangpa nak buat di Kedah pung. Memang lanie aku kat Gurun pung. Kemungkinan besaq, sampai hujung May atau awai Jun. Seeloknya, adalah kawan2 yang tawar diri ka, kalu tak reti nak masuk komen calling2 ka, boleh kita dok bincang. Tapi nampak gaya cam suam je..Jangan sampai sejuk dah lah.

So, amacam..adakah sesiapa yang nak menawar diri untuk bertungkus lumus tanpa bayaran, tanpa keuntungan tetapi mendapat kepuasan walaupun akan ada sora2 yang dak puas hati lepas tu. Tapi biaq pi kat depa lah kan..Janji kita deliver..sudah.

Cadangan yang baik, apa salahnya. Yang ghumbu, pun kita tengok gak, walaupun dalam hati menyumpah seranah, tetapi tetap senyum..mungkin ekoq pari je yang berkata kata..

Madud pun dah teruja ngan kisah kat Pendang. Aku rasa kalau jadi kat Pendang, dalam 3hb Jun tu, Madud dah boleh start kayuh basikal pelan pelan dah. 5hb mesti sampai kan? Kalau tak tertungging mana2 lah..Jangan marah bro..Just a suggestion..Best part is you can't delete it..Hahahaha..

Jangan lupa no, aku ada disini dan hampa boleh lah "lipon" aku kalau tetiba idea sampai ka, atau teringin nak beramal jariah ka..

WASSALAM..

ps: Patah balik kat aku nampaknya, Koden! Hang cekapp..

Friday, April 10, 2009

BB50

Salam semua...

Adus..nampak gaya mulut Fazie ni dok terejai lagi lah. Dia main hentam je. Dia tak kisah benda tu betui ka, tak betui ka, samar samar ka, gelap ka...Macam org kata lah kan terlajak perahu boleh gostan, terlajak cakap, walaupun mintak maaf lepaih tu, kekadang orang masih dok ingat. Well untuk Fazie, just cool a bit, tarik nafas panjang2, pas tu baru boh komen. Seriously, memang ada suara2 yang rasa terentak ngan komen Fazie ni. Tapi aku dok pertahankan lah, reason dia kawan2. Aku nak minta hang makan Happy 5, bagi tenteram sikit bila nak menaip komen..Hehehe...

Walau camanapun, aku terpaksa tegur bila ditegur. Aku tau Fazie boleh terima dengan senyuman, sebab dia ni memang alright punya kaki lah..Cuma mulut sikit kena cabai..hahahaha..Tapi kalu tak dak dia, kurang meriah pulak. U win some U lose some..

Kuda Tua pun ada sentuh sikit apa yang aku kata..so here it is:

Kuda Tua said...

Artikel 9

BLUR @ KELABU

Ungkapan d atas kerap sungguh d ulang sebut oleh Dz. Kadang2 Koden pun menyentuh perkataan ini. Madud lah yg kerap menjadi sasaran tajuk ini.
Tak hairanlah kenapa ia berlaku sebab berulang kali Madud pun mengaku kealphaannya itu(satu masa yg lalu, ada sahabat kita menyebut kealphaan @ keALPHARDan?).
Kebelakangan ni ana terasa seriau sikit. Ana seriau BLUR @ KELABU sudah menjadi wabak yg berjangkit. Seorang lagi bro/sis kita pun ana nampak kerap "melelong" dgn komen2 nya.
Sukalah ana menarik perhatian bro/sis sekalian kpd salah satu posting Tok Penghulu kita yg menyarankan supaya kita lebih berhemah memilih bahasa kerana terdapat juga "spouses" kita serta anak2 kita yg menjengok ke Kg. siber kita ini.
Tidakkah pernah terlintas d fikiran kita bahawa ungkapan yg kita gunakan mungkin boleh memorak-perandakan rumahtangga bro/sis kita yg terbabit? Ana yakin bro/sis yg menulis ungkapan2 ini tidak mempunyai niat yg serong tetapi kita harus ingat dan prihatin tentang tanggapan "spouses" bro/sis kita. Mungkin penulis ungkapan2 sebegini hanya "kabur wawasan".
Bukanlah menjadi sifat ana (d blog ini) untuk menyebut nama sasaran ana. Ana lebih minat menulis secara am sebab ana rasa kurang Gentleman/lady lah ana ini "menembak" bro/sis dan bersembunyi d belakang nama samaran. Lagi pun, ini hanyalah teguran ikhlas yg tidak berniat utk mengaibkan sesiapa.
Ana meminta utk dhayati pantulan suara teguran Tok Penghulu ini, "ada anak2 kwn2 n suami/isteri kwn2 yg menjengok2 blog kita ni". Oleh itu ana harap jgn lah kita bertanggapan seluar Dz akan muat dpakai Koden. Gitu juga baju Hamsan sah tidak muat dpakai Tal18. Kain Fazie pun sah tak muat juga pada Gah.
Ringkasnya, sporting d mata ana, belum tentu memepati piawaian sporting "spouse" Tal18. Piawaian yg ana hendak utarakan ialah piawaian isteri/suami kita. Not our piawaian.
Pengamatan ini adalah sekadar untuk renungan bersama bro/sis yg amat ana kasihi.
Oh ya, jangan lupa untuk terus menyumbangkan cadangan bagi menjayakan BB50 kita ini ya.
Berilah sepenuh kerjasama kepada Dz dan beberapa "invisible hands n forces" yg berada padu dbelakangnya. Muga2 BB50 akan berjaya dianjurkan dgn jayanya.

Birthday Bash 50, singkatannya adalah BB50. Bukan lah no. kereta seperti yang di pikirkan. Kalu ada no. camtu, kira dah best gila tu..Cukup tua no tu..Bujang lapok punya time daaaa.. Thank you very much KT kerana menghantar artikel di atas.

Berkenaan blur ni, dulunya memang Dude sorang je yang aku nampak. Lanie pun memang dia sorang je. Pada aku blur ni kekadang dia melayang entah kemana, pastu dia turun ke bumi balik. Kan? Hahahaaa..Oh ya lagi satu untuk kawan2 semua, link Glassman says tu kalu hampa boh komen dan hendak orang baca, hampa kena kontek kawan2 suruh baca cepat. Sebab aku rasa sistem kat situ tak berapa demokratik. Apa saja hang kata yang tak menyedapkan hati Penghulu dia, terus dia boh hang dalam ISA. Deleted...Hehehehe..

Ada satu posting dalam Manggisart yang terbaru ni, dimana Penghulu dia ingin sangat nak dengar pemahaman hampa tentang kata2 nya..Aku saja tolong promo je..Kalu rajin, layarlah ManggisArt.

Cadangan Dude tentang peti undi tu pun best gak. Cuma yang last tu jelah, rasa cam tak berapa bernas. Tak dak sapa yang boleh veto apapun, tanpa persetujuan yang lain2. Kita jugak bukan nak depend 100% atas sponsorship. Kita akan gunakan duit kita untuk jayakan majlis ni. Sekiranya ada sponsor, kita boleh memeriahkan lagi sajalah. Sekiranya semua mengharapkan sponsor sepenohnya, maka takkan meriah lah majlis ni. Mungkin Madud saja yang berseronok ngan orang yang sponsor tu..Sama2 depa berpelok sambut 50 tahun..Happy Burstday ...

Tempat yang dicadang buat masa sekarang ni adalah seperti berikut :

1. Kelab Shah Alam.
2. Port Dickson. (Walaupun pencadang ini jugak yang kata aku tak pikiaq pada gang di Jitra yang tak mampu)
3. Pendang Lake Resort.
4. Taman Negara, Pahang.
5. Jitra.

Aku ada jugak terdengaq org yang marah ngan kata2 aku dalam blog ni. Mungkin ada yang terkena lah kut. Sorry, aku tak hingin nak mintak maaf.

WASSALAM..

Thursday, April 9, 2009

CADANGAN

Salam semua...

Aku seronok gak bila dah ada cadangan2 untuk BB50 kita nanti. Macam aku kata sebelum ni, kita serah kan pada majoriti. Perkara utama yang hampa semua patut tengok disini adalah idea untuk BB50 tu sendiri. Pertemuan untuk menyambut bersama sama 50 tahun berkeliarannya kita di dunia ini. Hahahaha..aku ni dah terikut ikut ngan kata2 puitis yang Manggis masukkan dalam blog dia tu..Tapi memang tak dak tokoh langsunglah aku ni nak keluarkan kata2 puitis..tis..tis..

Salah sekiranya hampa mengatakan yang kami ni tak pikiaq langsung pasai gang di Kedah. Posting aku yang mula tentang BB50 ni pun dah aku nyatakan yang tempat yang dipilih masih terbuka untuk cadangan dan kita akan mengikut kehendak ramai. Sekiranya ramai yang setuju kita sanggup terima cadangan semua. Yang membuatkan aku memilih tarikh dan juga tempat ni adalah atas persetujuan 4 kawan yang bertemu secara spontan dan aku pun throw the idea onto the blog. Mari kita pakat2 buat cadangan dan kalau hampa rasa perlu kita akan buat undian..amacam?

Aku akan masukkan peti undi ni sekiranya hampa mau..Mau ka?

WASSALAM

LAMBAT LAGI...

Salam semua..

Dah dengaq sora sora tentang venue pilihan kami untuk B'day Bash ni. Sebagaimana yang aku nyatakan, tempat yg dipilih tu boleh dibawa berbincang sekiranya ramai yang inginkan pertukaran venue. Demokrasi terpimpin lah katakan. Walau bagaimanapun, jangan setakat buat cadangan dan menyokong, tup tup hari tu tak mai. Masaalah besaq tu. Aku nak cadangkan agar kita tetapkan tempat dan ongkos sebelum akhir bulan ni. Pembayaran jugak aku cadang agar dijelaskan sebelum penghujung bulan Mei agar "komiti" Bash ini dapat bergerak dan membuat keputusan dengan lebih konfiden. Amacam?

Bagus tu bila ada feedback camni. Sekurang kurangnya kita senang untuk buat persediaan. Jangan terjadi lepas rumah siap pahat berbunyi..Betui ka camtu? Hehehe.. So, kepada yang ingin mencadangkan tempat2 lain silalah dengan segala hormat nya memanjangkan idea hampa tu ke sini.

Masa aku kat Subaidah makam tu, ada jugak yang mencadangkan kita semua pi Taman Negara. Such a good idea actually. Tetapi berapa kerat kah kawan2 yang setuju ngan idea tu. Mungkin segelintir kecik je kut. Kita ni nak memeriahkan majlis, kalau ramai baru lah best kan?

Tentang uang ni, aku rasa kita ngak perlu mengharapkan sponsor gitu. Sekiranya ada, alhamdulillah. Tak de kalu, kita gunalah apa saja kutipan yang kita dapat. Cukup dah aih kalau kita pakat2 chip in sorang sikit, meriah gila Majlis tu nanti. Amacam? Sekiranya ada orang nak hulor derma untuk grup kita, sapu je lah. Tetapi, pokoknya, majlis kita pada 060609 ni kita akan bajet ikut kemampuan kutipan kita saja. Ada lebih kita buat cara lebih..Tak gitu?

Mengikut countdown kat atas tu tinggai 58 hari lagi. Memang apa pun boleh jadi dalam masa yang sebegitu lama, tapi persediaan mesti gak kena buat. Aku tau sangat dah sora2 yang akan kata, "alah lambat lagi..relax lah dulu", kan?

WASSALAM

Wednesday, April 8, 2009

SUBAIDAH



Salam semua...

Night at Subaidah Sg Petani..Malam terakhir kempen pilihanraya..Tu lah gang politik ni semua sibuk..Tetapi kita semua dah tau lah keputusan nya kan?

Aku rasa tak yah nak kenalkan semua depa ni sebab hampa semua dah kenai kut. Yang sebelah kanan aku tu Mee Che Lam, kut lah hampa tak kenai dia..Kurus dia la nie..Semut dok hurung...

WASSALAM

Tuesday, April 7, 2009

BKT SELAMBAU MENGUNDI HARI NI...

Salam...

Aku dah dok dengaq lah sikit sebanyak kawan2 dok bercakap dah pasai 060609 ni. Baguih la. Kita harap je yang benda ni akan berjalan lancar.

Petang semalam, aku ber"teh tarik" ngan Non dan Kamal, mulanya...Pas tu Saadiah pun join, Bangau, yang mengingatkan aku pada Rajan sebab dia pun kelam kabut kena hantaq anak pi tuition, pun mai. Ok lah pakat dok sembang lah.

Tup tup depa sudah call Datuk Zaini dan so happen Datuk kita ni ada kat SP dan memang on the way ke tempat pertemuan iaitu Subaidah Restoran. Datuk punya entourage pun boleh tahan gak. Chop (off boy SATS dulu) pun ada. Surprise sekali adalah apabila Mee Che Lam also turn up ngan famili dia mai makan. Rupanya dia memang dok anticipate dah yang gang2 ni akan sampai sebab pilihanraya Bkt Selambau hari ni. Sembang pi sembang mai, sedaq2 dah kul 1 pagi. Aku tengok bini Kamal dah dok ajak Kamal balik, tapi Kamal dok sembang lagi, finally dia pun mintak diri, dan aku pun ikut lah lepas tu.

Pagi ni aku mai Makbul untuk minum dan shoot 2/3 email, ex MB Kedah dulu dah mai dok seblah meja aku. Depa la nie kan dok sibuk kat Bkt Selambau. Hari ni akan menentukan. Tetapi dari khabar2 angin dok bertiup kata BN penat jugak kali ni. Mungkin Bebas akan buat upset. Tunggu je lah malam ni..mesti dapat result.

Gathering lagi satu pun ada gak terjadi kat Tanah Merah Jitra, katanyalah. TAL18, Hamsan, Koden dan ibu tunggal pun ada. Katanyalah..Aku pung dengaq je, tak tengok. Baguslah tu...

WASSALAM

Monday, April 6, 2009

NAIK KAPAI..

Salam..

Dok saja2 tadi aku check lah flight ticket dari A/Staq ke KL pada 060609 ni. Aku check untuk 6 haribulan masuk dan 7 haribulan balik.

FIREFLY = RM229.90 pi balik.
AIRASIA = RM78.00 pi balik.

Amacam? Kalau hampa plan betui2, tak lah mahai mana kalu nak mai ke KL. Transport dari airport jangan risau. Yang tu aku rasa komiti boleh arrange punya. Cuma tempat tinggai hangpa saja yang tinggal. Hotel paling dekat ngan Kelab Shah Alam adalah Hotel Carlton, Shah Alam. Kalu dalam pekan Shah Alam, Concorde ada, Quality ada, Blue Wave ada dan macam2 lagi yang lebih murah. Yg aku bagi ni adalah yang 3/4 star lah..

Apa salahnya kalau kita bersama ngan isteri sama2 merayakan atau menyambut harijadi yang ke 50 bersama kawan2 yang lain yang jugak sambut 50 tahun? Macam 2nd honeymoon gitu. Kalu nak bawa anak2 pun tak dak salah apa pun. Sama2 meraikan. Kita buat lah bagi grand sikit. Amacam? Amacam?

Harga yang aku check tu untuk hari ni lah. Jangan lah esok nak mai hampa pi cari tiket tobat tak dapat harga tu. Cuma aku dan orang2 yang macam aku je yang dapat murah dan laku pada hari aku nak berangkat sahaja. Dah ada anak dalam air asia dia bagilah kelebihan sikit..kan? Aku bukan lah nak riak, tapi kenyataan..

Untuk penginapan, kalau hampa betui2 nak pun aku rasa tak dak masaalah kalau kita buat block booking. Mesti murah. Tapi janji kena ramai lah..Macam rombongan..Cuma stylo milo lah sikit, rombongan naik kapai terbang. Tak gaduh nak letih ka, nak terkencing susah ka kalau naik bas dan ambik masa yang panjang nak mai dari AS tu. Good idea? Hehehe..Just a thought.

Cam aku kata tadi dari airport ke tempat yang dituju, jgn risau. Kawan2 disini banyak yang Pakai keta besaq2. Mesti boleh angkut punya. Kalau ramai sangat kita sewa bas lah..

WASSALAM

Sunday, April 5, 2009

POLITIK

Salam...

Hari ni aku terima panggilan telepon dari Kamal bertanyakan tentang 060609. Samaada tempat tu dah confirm ke belum. Buat masa la nie..tentatively...venue dia memang lah kat Kelab Shah Alam. Tak dak bunyi sesiapa lagi yang ingin tempat tu di tukar ke apa benda ke...So kita tunggu sat dulu lah. Bagi word ni spread dulu. Biaq ramai sikit yang aware.

Attaturk ada bertanya time B'day Bash tu akan di adakan, kalau mengikut countdown yang aku boh kat atas tu ialah jam 8:00mlm. Tetapi memandangkan kita ni hidup di negara yang mengapplikasikan Demokrasi sebagai pegangan mencari pemimpin, maka aku pun praktis camtu lah. Kalau tak setuju kita tukar..Ikut kehendak ramai lah..Aki tolong sebaq je tentang cadangan komiti yang melantik diri depa sendiri..termasuk aku. Tarikh yg sebenaqnya pun dari aku dan kami work around the date je..Tak tau pulak kata B'day Agong pun hari tu gak...Kan?

Koden pun ada call tak sat bila dia dah dekat ngan SP..Saja nak repot yang dia dah masuk Kedah kut..Patut dia singgah dulu dan tengok2 Bkt Selambau..HeheheHahaha..Macam apa yg TAL18 kata :

TAL 18 said...

Tak pa la hang suka atau tidak bab politik ni,tapi aku sangat suka lah kalau hang jadi calon di bukit Selamabau.Aku sangat yakin 100% hang menang.Cuma salah Beand atau PKR dalam hal ini.Depa tak buat kajian menyeluruh dalam pemilihan calun.Hang paling tepat,pasti menang,pasai apa?macam ni kajian aku.Bukit Selambau selalu MIC pegang,Disana 70% pengundi Melayu,India 25% Cina 5%.Jadi jalan tengahnya kena ambil hang pasai MAMAK,Melayu pi kat MAMAK,CINA PUN PI KAT MAMAK,HINDU LAGI LAH PASAI ADIK BERADIK MAMAK.Hampa tengok saja kedai nasi Kandak,pasai tu laku,semua bangsa pi makan saja,kalau kedai Cina,sah dah Melayu tak masuk makan.KODEN ADALAH CALUN YG SESUAI UNTUK BUKIT SELAMBAU.hiiiiiiiiduuuuuuup Koden!!!!


KODEN jawab

Salam,

Trima kasih tapi aku sikit pun tak teruja sbb politik is not my cup of tea bro.
Minta maaf la, bagi aku politik ni jijik sikit la. Semestinya semua org ada pendapat berbeza kpd apa2 isu sekali pun. So aku yakin akan ada yg tak sependapat dgn aku. Well that's normal n healthy.
Syok juga sesekali kita cucuk tajuk politik. Akan ada lah yg nak pikiaq n respon. Bagus tu!!!!

Wassallam.

CIOW.

KODEN.

Hang kalu nak jawab jgn cakap omputih..Sat gi ada pulak yg tak paham..Hehehehe.

Aku amat teruja bila aku baca 2 artikel kat Malaysia Today. Aku masukkan link supaya hampa boleh masuk dan baca sama. Tulisan dia dalam omputih...

1. A LESSON IN MALAYSIAN CULTURE, FOR FOREIGNERS

2. MADE IN MALAYSIA

Aku seronok gak tengok Attaturk kata dia ajak Fazie sewa bas dari Utara mai ke Shah Alam untuk menghadiri 060609 B'day Bash. Satu idea yang amat bernas. Best gak tu kan, boleh buat rombongan Cik Kiah, pi melawat Nilai ka dsbnya lah. Kalau jadi, kira ni kali pertama grup kita buat rombongan camni..Best nye..

Pagi2 channel 3 ke 2 aku dah tak ingat, ada cerita PINGU. Kisah penguin tu..Ada tengok ka? Kisah animasi tu..Aku ada dapat email yg kata dia terjumpa Mak Pingu kat Gurun..terkezut aku kat Gurun ada penguin. Ni lah gambaq dia ...

Kesian tengok dia kan? Hehehe..

PANTUN

Salam...

Aku pun hangin jugak kalau orang guna nama aku dan buat kenyataan. Tak salah kalau Koden nak maki pun. Setakat hangpa nak pakai berbagai jenis nama dah laa..Ni sampai nak pakai nama orang lain...Aku langsung tak setuju lah. Sebenaqnya kita kena jujoq lah sikit. Tok sah lah dok buat bagi orang marah.. Cukup sampai disitu sayanggg...Semoga tak jadi lagi kejadian sedemikian..

Aku sebenaqnya tak sangka aku nak kata ni "Fazie..Tok suka sangat ngan pantun che', oleh tu maka Tok nak boh lah kat sini..

Anonymous said...

SALAM..

Naik bot sebelah pagi..
Tujuan menangkap ikan tenggiri..
Kami bukan SYOK SENDIRI..
Tapi SYOK SESAMA SENDIRI.

Tahun 2009 dah menjelma..
Niat dihati nak hidup bsama..
Tok Penghulu tok sah tunggu lama2..
06.06.2009 kita akadnikah sama-sama.

Tiap2 hari akhbar tukaq tajuk..
Agar ramai yang akan mengikut..
Aku tau D DY hang merajuk..
06.06.nii takan hang tak mai kut.

Bot bapak tsadai kat N.10k..
Kereta merc nonya pulak TAL18..
Org kaya sponsor B.bash 10k..
Kalau tak salah orgnya BAPAK TAL18.

Pembaris panjang dipanggil kayurul.
Unt sukat kayu jati..
Ramai lagi belum kenal IBU NURUL..
So bawala bersama pada 06.06 nanti.

madu minum ayaq sarbad..
Minum Pulak sambil bdiri..
06.06 genabla kita 1/2 abad..
Janganlah pakat2 dok sbunyi diri.

Fazie

KUDOS..Cuma aku tak berapa suka bab yang 10k tu. Rasa cam tak kena dan tak sedap..Bab Tok Penghulu jangan tunggu lama2 pun tak best gak..Tak tau ..cam tak rhyme je..

Sorrylah tak dan naku tulih lagi dah sebab battery nak kong..Charger aku tak masuk karan daa..

WASSALAM..

Saturday, April 4, 2009

SYOK SENDIRI


Assalamualaikum...

Petang kemarin aku balik Penang Ni lah pemandangan atas jambatan jam 6:30pm. Memang gelap dan suspen gak. Dari SP sampai Bertam memang aku mengharungi cuaca buruk. Hujan lebat sungguh masa tu. Lepas Bertam je, clear. Sampailah bila aku kat jambatan. Masuk Pulau je...apa lagi sangkut lah. Dalam Pulau dah hujan lama rupanya. Puddle sana sini, trafik amat perlahan sekali.

Anyway, semalam aku beli ari ikan Naina untuk bawak balik makan kat Penang. Lepas makan about 8pm, aku dapat call dari salah seorang gang kita gak lah. Katanya dah lama tak tengok blog ni dan hari ni baru ada masa sikit dan dia siap bagi time bahawa dia ada tengok dalam 5 minit camtu. Dia kata blog ni "syok sendiri". Tetapi dia tak lupa gak appreciate sebab kita nak buat gathering 060609 nanti...Well..

Dah lepas cakap ngan dia aku pun dok pikiaq lah perkataan syok sendiri yg dilemparkan oleh kawan kita ni. Ada kah aku yg syok sendiri atau adakah kita yg participate dalam blog ni yang pakat dok syok sendiri.

Blog adalah suatu tempat dimana kita boleh masukkan coretan kita seharian. Ada gak org yang gunakannya sebagai diari harian. Ada gak yang guna nya sebagai alat politik. Ada gak yang gunakan sebagai web lucah dan berbagai lagi. Blog 59ers ni bukan target masysrakat Malaysia untuk membacanya, tetapi hanya kawan2 yg mengenali antara satu sama lain untuk menyumbang artikel ka, atau bersembang je ka, atau apa saja lah. Dia bukan tempat untuk mendapatkan berita terkini, situasi politik terkini atau gambaq lucah terkini. Tetapi dia adalah hasil coretan aku, apa yang aku lalui, apa yang aku rasa nak share ngan kawan2 dan juga aku buka peluang untuk kawan2 masukkan apa saja yang depa nak share dengan kawan2 yang lain. Adakah itu "SYOK SENDIRI"? Mungkin jugak lah. Syok sesama kita semua lah kut. Tak salah kan? Ini semua kerja jariah. Bukan dapat 5 dit pun. Kalau nak cari cerita sensasi, carilah paper Metro ka apa ka...Kalau nak mensensasikan lagi blog ni, contribute lah artikel ka apa ka kan? Kawan kita sorang ni pun kekadang dia cakap serius sangat, bila sentuh kisah kecik2 dulu pun dia macam tak berapa suka je nak cakap..Insyaallah aku jumpa dia hari Senin ni di SP. Mungkin boleh sembang ngan lebih lanjut..

Friday, April 3, 2009

CAT @ YUSUF

Salam...

Terjumpa video Cat Stevens ..Nostalgia habis...



Lagu yang sama dinyanyikan oleh Yusuf Islam...



Check it out..

WASSALAM

BKT SELAMBAU

Salam...

Semalam aku ada cita pasai banyak nya calon bebas dalam pilihanraya kat Bukit Selambau ni. Semalam bila aku lalu kat main Rd Taman Ria ni, banyak poster calun bebas seperti dibawah ni yang digantung cantik kat divider jalan. Cantik maksud aku teratur lah..

Sorry lah aku sepatutnya ambik gambaq yg ada tulisan Bahasa Malaysia, tapi tak dan nak compose actually sebab aku ambik kat trafik light je..Calun ni lah yg aku kata workers dia ada yg rambut "karat". Seharian aku tengok depa dok gantung poster dia ni. Yang membuatkan aku ambik gambaq ni adalah kerana aku tengok benda seperti gambaq dibawah terjadi. Masuk je "dacing" ngan "mata biru" ini lah apa yg terjadi..

Depa koyak habis..Kesian dia. Tapi kira camni tak fair lah kan. Banyak lagi tempat lain boleh gantung. Kalu org koyak depa punya, macam2 konspirasi depa nanti kata, tapi kalau camni jadi..camano? Kalau aku daftar kat sini mesti aku sokong calun yg ada workers berambut karat.. Betis kecik..minus point lah..Hahahaha...

WASSALAM

GOBEK

Salam semua..

Tajuk hari ini ialah...

Terdiri dari dua komponen yang dibuat dari logam berbentuk silinder dan berlubang ditengah dari hujung hingga kepangkalnya ibu gobek. Dibahagian hujungnya disumbatkan dengan kayu yang sama besar dengan saiz lubang tersebut.

Manakala komponen yang satu lagi dipanggil anak, saiz yang lebih kecil terdiri dari besi padu dan dibahagian hujungnya seperti mata kapak serta mempunyai hulu dibahagian pangkalnya.

g.gobek.1-2.jpg (38041 bytes)Gobek

Pada sesetengah gobek ianya diukir dengan berbagai corak yang menarik sesuai mengikut kebudayaan bangsa tersebut, samada dibahagian ibu atau hulu anak.

Ia berperanan seperti antan dan lesung. Seulas piak sirih akan disumbatkan kedalamnya dan ditujah-tujah sehingga lumat, setelah selesai, kayu dibahagian hujungnya akan ditolak dengan anak kepangkal membolehkan piak yang lumat keluar dan sedia untuk dimakan.

Nenek tua yang sudah tidak mempunyai gigi akan berdamping rapat dengan gobek bagi membolehkannya menghilangkan ketagihan makan sirih.


g.gobek2.jpg (141017 bytes)

g.gobek4.jpg (56001 bytes)

g.gobek3.jpg (155254 bytes)

Gobek Gobek Gobek

Aku search dalam internet je nih. Tak tau pasai apa hari ni teringat pasai Gobek lah pulak. Mungkin terbayang Madud kut. Amat berguna kepada yang memerlukan. Portable lagi. Boleh bawa merata2. Kalu pompuan boleh boh dalam beg tangan dan kalau Madud boleh selit kat pinggang, macam keris. Fuhh...Hulubalang habis. Panglima Gobek.

Kalu tak silap aku Gobek ni pun perkataan omputih gak. Disebabkan action dia tu, maka GO dan BACK, jadilah Gobek. Tak caya? Okay..hampa biasa dengaq org cakap ayaq lemened dak dulu? Itu asal dari Lemonade. Kicap? Kata asal dia Ketchup. Ada banyak lagi perkataan yg kita ciplak lama dulu. Bukan baru baru ni. Kalau lani, depa tambah "si" je, kira dah di Melayukan lah.

Aku harap DBP tak lah hentam aku ngan statement ni..Hehehe.

Amacam? Hari ni hari bersejarah buat kita semua. Perdana Menteri baruuu... Bukan takat tu saja, Pak Lah dah jadi Tun Pak Lah dan Tun Jeanne. Paper pun penoh dah hari ni dok cerita kisah PM baru. Tak dak pulak cita kisah famili dia yang dulukan? Sebelum "big hair" ni...Anyway, kita harap Malaysia selamat dibawah pentadbiran bos baru ni dan kita semua especially anak2 kita dapat move forward dan maju..Insyaallah.

Thursday, April 2, 2009

B'day BASH

Salam semua...

Hujan lebat sungguh la nie kat SP. Dah gelap. Berliter liter ayaq yang mencurah curah turun. Tadi on the way balik dari Gurun, aku tengok sepanjang jalan dipenohi ngan poster je. Banyak poster tu sebab banyak calon yang bertanding. Walaupun ada 13 orang yg bertanding sebagai calon bebas, tapi poster yg dipaparkan tak lah sebanyak tu. Maksud aku ada gak yang langsung tak dak poster. Depa ni masuk untuk kacau daun je kut. Dan ada gak satu mamat India ni, calon Bebas, tapi dia punya machinery aku tengok dahsyat betui. Sama naik ngan BN atau PKR je. Poster dia banyak, workers dia pun banyak. Kuning adalah warna depa aku rasa, sebab semua workers dia pakai baju kuning. Ada gak yang pompuan tu berambut kuning..hehehe..berambut karat lah. Mungkin lepas basuh depa tak keringkan kut, tu lah jadinya berkarat, tak hitam lagi. Anyway, kira dahsyat lah scene kat SP la nie. Polis pulak punya lah banyak. Ramai sungguh. Pagi2 penoh kat Rest Makbul tu. Depa punya opis kan sebelah je..

Tadi kat PFK, aku ada sikit discussion ngan Electrical Engineer dia kat lobby depa. Sambil sembang dan buka plan pi mai pi mai, kami pun adjourn gi ke Electrical room tu untuk tengok DB kat situ lah. Lama gak dok discuss lah, pastu tengok gang aku dok buat kerja, aku realise fon aku tak dak. Suruh budak aku call no aku..Off. Aku pikiaq memang dah pi lah fon tu. Aku rush balik ke lobi tu, tapi tak nampak fon aku. Aku heran pasai apa fon tu off. Tanya receptionist kat depan tu pun dia kata tak nampak. Melilaulah aku selak sana sini kut2 fon tu jatuh dan ter"off" by itself. Tiba2 budak kerja kat Petronas ni, berpakaian coverall kuning Petronas tanya aku samada aku tercicir anything. Aku cakap ya lah..Fon aku. Dia bawak keluaq dari poket dia dan kasi aku balik. Aku pun berterima kasihlah 2/3 kali kat dia. Bila aku ambik fon tu ternyata memang off. Pasai apa ha? Thoughts yang tak elok dah masuk kepala aku. Tapi aku berterima kasih balik kerana aku dapat balik fon buruk aku tu. Kontek no dalam fon tu lah yang buat kan aku risau klu hilang. Sampai la ni aku heran pasai apa fon tu off ha? Biaq pi lah..Syukur aku dapat balik.

Mc E dah bagi pengesahan utk join Bday Bash kalau memang confirm buat di Shah Alam. For now, memang situ lah tempatnya, sebab tak dak suara sapa pun untuk tukaq tempat. Tapi kalau ada RM10k, kita ubah tempat lah no..hahaha...Koden cadang buat atas cruiser ship..hhmmm. Dia ni memang haru lah. Pantang dengaq ada banyak boleh belanja, dah nak naik cruise pulak. Tapi its a thought kan..Nothing wrong.

Seperti biasa, Madud dah suggest date lain. Dan telling the whole world "Burstday" dia hari tu. So hangpa yg baca jangan lupalah, dia dah war warkan, kalu tak wish dia, mesti dia kecik hati. Tapi dulu kami sambut Burstday(idea asal dari Din ILY) dia pun, dia buat tak endah je. Lebih mementingkan peti ais dua pintu dia tu lagi daripada kawan2 yang bersusah payah buat sambutan. Hampeh betui. Tak berbaloi.

Tak ramai yang respon ngan topik B'day bash ni kan? Apa hal? Say something, PEOPLEEE...

WASSALAM

PRE WEDDING TEST

Salam semua..
TAL18 said...

Kalau hampa nak buat aku sponsor RM10,000(SEPULUH RIBU RINGGIT)Kerana waktu kami pi kenduri rumah umaq aku dah janji dgn DZ,kAMAL,fAZIE ,MAZLEE,Dz cukup ariflah pasai sponsor ni, 178

Kalau diizinkan Allah dan memang jadi perancangan kita maka aku rasa kita tak yah nak collect duit dah camni. Semua pakat mai bergoyang je lah..

Statement diatas tu telah membuatkan Koden teruja dan call aku awai pagi semalam. Banyak yg boleh dibuat dengan duit sebanyak tu. Boleh panggil artis perform tu..Artis yg time kita boleh lah cover..Panggil Siti kalu, tak cukup lah..hehehe. Jadi untuk start the ball rolling, aku dah masukkan nama2 yang bersetuju hadir untuk Birthday Bash nanti, di sebelah kanan blog. List tu akan bertambah sekiranya ada lagi yang menyatakan setuju.

Ni ada satu cerita lagi yang aku nak share ngan hampa. At one point bila baca cerita ni, aku teringat Koden. Tapi dia tak dak lah sangkut paut langsung ngan cita ni, cuma ada certain parts dalam cita ni yg buat kan aku teringat kat dia..

Pre Wedding Test : A story with a moral
I was happy. My girlfriend and I had been dating for over a year, and so we decided to get married. My parents helped us in every way, my friends encouraged me. And my girlfriend? She was a dream!
There was only one thing bothering me, very much indeed. That one thing was her younger sister. My prospective sister-in-law was twenty years of age, wore tight mini skirts, and low cut blouses. She would regularly bend down when near me and I got many a pleasant view of her underwear. It had to be deliberate. She never did it when she was near anyone else.
One day little sister called and asked me to come over to check the wedding invitations. She was alone when I arrived. She whispered to me that soon I was to be married, and she had feelings and desires for me that she couldn't overcome and didn't really want to overcome. She told me that she wanted to make love to me just once before I got married and committed my life
to her sister.
I was in total shock and couldn't say a word. She said, "I'm going upstairs to my bedroom, and if you want to go ahead with it just come up and get me." I was stunned. I was frozen in shock as I watched her go up the stairs.
When she reached the top she pulled down her panties and threw them down the stairs at me. I stood there for a moment, then turned and went straight to the front door. I opened the door and stepped out of the house and walked straight towards my car.
My future father-in-law was standing outside. With tears in his eyes he hugged me and said, "We are very happy that you have passed our little test.
We couldn't ask for better man for our daughter. "Welcome to the family."
The moral of this story is:
Always keep your condoms in your car.



GRAMPS

Grandma & Grandpa




Grandma and Grandpa were visiting their kids overnight.

When Grandpa found a bottle of Viagra in his son's medicine cabinet, he asked about using one of the pills.


The son said, "I don't think you should take one Dad; they're very strong and very expensive."

"How much?" asked Grandpa.


"$10.00 a pill," Answered the son.


"I don't care," said Grandpa, "I'd still like to try one, and before we leave in the morning, I'll put the money under the pillow."


Later the next morning, the son found $110.00 under the pillow. He called Grandpa and said, "I told you each pill was $10.00, not $110.00.


"I know," said Grandpa. "The hundred is from Grandma!"





Saja lah nak share joke ni ngan hampa semua.. Kan ramai yang dah dapat pangkat sedemikian.