Tuesday, April 8, 2008

GANU KITE

Assalamualaikum...

Aduh, rasa lama sungguh tak berkarya kat dalam blog ni..Risau jugak takut hampa kata hidup segan mampuih tak mau. Tapi walau camanapung aku dah ada time sikit ni, biaq lah aku merapu sikit ngan hampa semua. Rindu rasa tak dengaq habaq langsung pasai kawang kawang. Dah la aku ni dok jauh di Pantai Timoq, sapa pung takkata hello ka, apa ka... Aku rasa mungkin kalau dengaq aku mati barulah ada kata innalillah... atau pun "La....mati dah ka? Patut lama tak tulih dalam blog!"... Oleh kerana ada thought yang macam tu lah maka aku menukih kembali.

Aku pun dah cerita kat hampa pasai projek aku ni, cadangnya nak siap dan hand over 1st April, tapi nampak gaya kena drag sikit oleh sebab beberapa masaalah teknikal. Ini biasa lah bila buat projek camni. Dah pasang sistem nak kena tunggu dia run dengan sempurna, minor adjustment here n there. Aku terpaksa tunggu lagi lah sat. Lagi pun civil kontraktor kami tu lagi lambat buat kerja, pagaq dia tak siap siap lagi, main lobby baru nak bawa masuk orang. Penat dah marah.

Kemarin, orang KDN mai melawat projek yang aku buat tu sebab in adalah kehendak depa. Pasang CCTV kat plant OPTIMAL. Aku ingat Jit ka sapa ka nak mai odit.... Tapi aku pung sibuk jadi aku langsung tak nampak gang KDN tu.

So, how are people in Kedah? Any change ? La ni kan duduk bawah cahaya bulan, maka mesti muka semua nampak licin licin saja. Hilang kedut. Aku sejak PAS pegang ni tak jadi balik lagi. Sampai takat Penang je. Tengok DAP. Ok saja. Yang penting bagi aku nasi kandaq still taste the same. Aku dah kira oklah.

Aku la ni kalau nak balik KL ka, Pg ka asyik dok celapak naik Firefly lah. Tak larat nak drive dah. Boring gila. Lagi pung book awai kalu dapat murah dari harga boh minyak dan bayaq tol kereta. Anak aku punya ID untuk Air Asia pun boleh pakai jugak, discount 90% tapi tak leh booking. Lagi pula turun kat LCCT, lecehla jauh nak patah balik Subang tu...

Tetapi ada lagi satu snag bila naik plane kat Ganu ni sebab aku dok kat PAKA, nak pi airport jaauuh.....1 jam setengah naik kereta. Kalau bas dalam 2 jam, kalau jalan kaki berjam jam. Actually aku suka naik bas yang henti merata rata tu, sebab aku boleh tengok kampong, tengok orang, dengaq depa sembang dan sebagainya. Hari tu aku dah try. Minta memba hantaq aku pi Dungun. Dari situ naik bas gi K.Ganu. Bas kat sini tak dak aircon. Seat dia pulak dekat antara satu sama lain. Sesak napas mula tu, lepaih tu ok lah. Naik kul 10 sampai Ganu about 11:50 camtu lah. Harga tiket RM5. On the way tu nampak macam macam lah. Selalu aku bawa kereta jadi tak dak time nak enjoy scenery kampung dan kampung nelayan Ganu. Best la. Cuma as usual lah M'sian, beach banyak sampah. Tapi ombak belah sini kuat.

Bila aku sebut kat kolet bas tu aku nak pi Kuala Trengganu, semua orang tengok aku. Depa tau aku orang luaq. Sebab disana depa sebut Terengganu saja. Aku ingat aku dok dalam negeri Terengganu, mestilah aku kena sebut Kuala tu... Whatever lah...maka terbongkar lah undercover aku tu. Aku layan sat kepala aku pas tu lena..10minit lagi nak sampai baru aku jaga. Tu pun pasai drebar tu brek emergency.

Sampai Ganu, aku turung la, cari jalan camana nak gi Airport. Aku biasa pi, tapi aku drive. Pi toilet, bayaq duit, masuk kencing, keluaq tanya lah kat pompuan yang jaga tu..."Oh..depang nu ado stesen teksi..Mu jalang teruh depang nu" Thank you ma'am... Aku pung jalang gi depang nuh, masa tu dalam pukui 12. Panas lit lit, hang kata.

Awai lagi. Flight aku kul 2:25. Nampok stn teksi. tepi tu ada kedai makang. Aku dok ushar kedaimakang tu from across the road, tiba2 datang seorang hamba Allah tanya aku nak gi mana? Dia nampak bag aku bawak. Aku kata nak gi airport. Dia offer nak hantar, rupanya drebar kereta sapu. Dia tunjuk keta dia, Kelisa, bersih, canti dan berseri. Berapa? 20 rial boh(boss)... Mahal tu... Dok boh, sini memang harga tu. Ok lah, flight saya lambat lagi, dan saya nak tunggu kawan lagi. Saja lah aku aorta dia. Oklah, klu nak gi panngil lah. Saya ada sini! katanya.

Aku cross jalang, gi kedai makang sebelah stn teksi, odar(order) teh o ais. Dudok situ nampak orang makang mee sup. Aku odar bihung sup. Boleh tahang lah. About 1pm aku gi stn teksi, naik teksi.

Aku tak bag kat seat belakang dan aku dok sebelah drebar. Baru boleh sembang. Dia pung sembanglah. Masa tu topik paling top, pasai Derih Jusoh lah. Dia pok pet pok pet, aku tambah pek pot, pek pot. Good dicussion ngan drebar tu, tahulah sku sikit sebanyak persepsi orang ganu terhadap situasi tu.

Sampai airport, 20rial. Okay lah..Meter tak dak. Airport ni baru dok renovate dan tak leh la dia nak hantaq aku sampai depan pintu. Bayaq dia, bagi salam...aku masuk dalam airport....

Esok sambunglah...hehehehe