Thursday, July 30, 2009

H1N1 @ B4B1

(Dok tengok gambaq masa sekolah rendah kat Kelab Shah Alam recently)

Assalamualaikum...

Dengaq habaq kata Madud demam teruk la nie..Aku baru dapat message dari dia, jadi kalau hampa terasa nak jengok2 dia ka atau bantu dia sikit sebanyak ke, sebab aku risau dia nak pi spital pun tak leh kut. Risau gak ngan kes segala selsema B4B1 yang dok merebak la nie...Aku dok jauh, jadi kalu rasa boleh bantu..hampa hoit2 pi lah kat dia sat..Dia tu sebatang kara..."Peti ais" dia pun dah tak dak la nie.. Koden..! Ambik pot sikit...

UiTM Merbok dah tutup, UiTM Pmtg Pauh pun dah tutup, USM kat Nibong Tebal pun tutup gak, banyak lagi yang tutup sebab suspek penyakit selsema B4B1 ni kan.. Aku kat Gurun ni pun bukan nya jauh sangat ngan tempat2 yang aku mention kat atas tu..Cuma kalau ada kes kat PFK ni maka kena quarantine satu plant lah nampak gaya nya..2000 lebih org pekerja yang terbabit tu la niee...Walau camanapun, la nie dah 4 mangsa yang meninggal..

Kemarin aku pi Pendang...melawat memba TNB dulu. Che Pazin nama dia. La nie dah Pengurus Cawangan TNB Pendang..Sembang pi sembang mai keluaq lah cita yang bini dia la nie ada kat Penang. Memang lah bini dia asal dari Penang, jadi aku pun curiga lah..Rupanya dia kena pi treatment kat Mt. Miriam Hospital everyday for 5 weeks selepas dia di diagnose as having womb cancer at stage 4A. Terkezut gak aku..Selalunya kes kes gini kita dapat tau lambat sangat kan..! Aku pun secara bodoh aku ni tanyalah samaada rahim tu boleh dibuang terus untuk mengelakkan cancer tu. Rupanya bila kata stage 4A ni, dia dah merebak ke merata tempat dah..Dan treatment yang dia dok lalui sekarang ni is more for survival dari cure. Kata Pazin, chances untuk cure tu cuma 25% saja...Kesian dia..Ghaplah gak kepala otak tu..

Nak gak kata ghaplah popia, tapi sat gi Fazie querie pulak. Actually, ghaplah popia tu orang Penang kata ghaplah yang teramat sangat lah..Aku pun tak tau camana nama popia tu boleh masuk, hampa jangan tanya. Tau sajalah gang boria ni, macam2 term depa pakai.Macam gak kita dok kata mangkok hayun lah..Camana dia boleh mai, sapa yang reka, tak siapa tau..Pakat guna dan ada interpretasi masing2.."DA OH" Semelit hampa ingat ka at one time dulu kita pakai banyak..Camana perkataan tu timbul ha? La nie dah tak dak org guna lagi term tu semua kan...! Ada orang boleh explain ka? Ada teori ka? Cita lah cikit..


RANTINGS...


Assalamualaikum...

Terima kasih yang teramat sangat kepada ibnusamanaljawali kerana menerangkan perkara yang kelabu pada diri aku, kisah Yasmin.

Semalam terdapat gak kisah wartawan yang marah dan tak setuju dengan paparan kisah Yasmin yang di keluarkan dalam Kosmo tempoh hari. Marina Mahathir pun marah, kononnya tak elok cerita2 camtu di siarkan kepada umum. Tetapi apa masaalahnya yang sebenaqnya? Kita sebagai pembaca perlu tahu perkara yang sebnaq. Tambahan pulak dia tu orang Islam. Aku rasa kalau benda yang complicated camni tak di sebarkan pada umum, salah besaq tu. Kita perlu tahu sesuatu yang pelik dan tak pernah terjadi ini supaya kita mengambil iktibar darinya.
Memang betui dia tu seorang yang berbakat besar, itulah lagi yang membuatkan ramai orang ingin tahu perkara yang sebenar..Aku terutamanya, ingin sangat nak tahu camana jenazah nya diuruskan dan sebagainyalah, mengikut Islam. Aku bersetuju sangat kalau cerita sebegini disebarkan agar umat Islam di Malaysia ni lebih prihatin akan kes2 yang sebegini nanti. Surat bantahan yang dikirimkan ke Kosmo aku masukkan diatas. Ambik dari Rocky Bru.

Anyway...sedih gak aku dengaq yang hampa dah decline jemputan Maklang CT tu. Aku sebenaqnya teringin nak pi, kalau hampa semua pi lah. Kalau hampa semua tak dak aku lagi lah lost. Tak kenai sapa sapa pung. Yang aku heran ni, orang yang patut uruskan untuk darah59ners pulak yang terpaksa menarik diri..Aduh sedih.. Mungkin boleh kita buat lain kali. Bila aku balik menetap kat Shah Alam, kita buat lain lah no.. Minta ampun dan maaf banyak2 pada maklang CT dan ibnusalam diatas cancellation ini.

WASSALAM