Friday, March 13, 2009

SYOK NYE..

Salam semua..Peace be upon u..

Kuda Tua dah naik syeh sekarang. Dia dah mula seronok dan tak malu dan segan lagi nak bercerita. Best betui lah hang KT. Bapak suka tu...Yang lain mana lagi ha? Aku postkan Mazlee punya komen kat sini sebab 1st time dia masuk dan sebab dia cerita kebaikan aku sama...Hahahaha..Dan juga kemurahan hati Madud. Actually, komen dia tu merupakan sebuah ringkasan karangan. Jadi aku postkan lah..Baco..Jgn tak baco..

Aku rasa elok lah kita maintain kan nama pena depa ni. Baru ada misteri sikit. Barulah dia boleh memperkatakan apa yang nak diluahkan tanpa segan silu, berselindung di sebalik nama pena. Comprendo? Bahasa Sepanyol tu..Kalau hampa masih ingat dulu kat dalam buku English ka buku apa tah, Std 5/6, ada beberapa patah perkataan dan ayat negara asing yg dimasukkan..under section General Knowledge kut..lebih kurang camtu lah..detail hancus..Aku ingat sampai la nie perkataan tu.Maksud dia "Ada paham ka?".


Bila Mazlee sebut dia seronok dok gelak sorang bila baca 59ers, kalau 3 minggu dulu aku suka dan sedih. Y? Why? Kenapa? Pasai apa? Suka, sebab hampa baca dan jengok. Sedih sebab aku tak leh gelak sama. Tak sampai hati aku nak gelak kat tulisan aku sendiri. Senyum tu ada lah..Bila terbayang semasa dok tulis tu. Tapi 2/3 minggu sudah ni, aku turut tertawa ngan kuat bila aku baca komen hampa semua..You guys make my day..Hak ni lah yang aku dok harap sejak dulu. Hope dia boleh maintain, kira cantik lah..

Di bawah..Kuda Tua menceramahkan kita semua..Ada tokoh ustad sikit sebanyak ni..

Artikel 3 HARTA KITA Ana terasa sangat teruja dan bertuah dgn sokongan dan jampokkan bro/sis sekalian. Masa dan komitmen meletakkan kita di serata pelusuk negara tapi kenangan silam terus mengikat ukwah kita. Dgn bantuan teknologi ini, ana terasa teramat dekat dgn bro/sis sekalian. Alhamdullillah. Semua kekayaan material tak kira halal atau haram adalah harta pinjaman sahaja. Pada bila2 masa DIA boleh tarik balik. 'Amalan adalah harta sebenar. MasyaALLAH, ana tak berhajat berkuliah agama tapi sekadar mengajak bro/sis untuk terus berkongsi cerita2 lama. Kerana ana berpendapat "KENANGAN" adalah harta sebenar duniawi yg akan kekal selagi hayat di kandung badan. Jadi ana berharap bro/sis sekalian akan terus menyumbang kepada nostalgia kita bersama. Gembira melihat Mazlee sudah menjampok dgn menarik sekali. Tahniah dan teruskan bro. Jika tiada keberatan, ana berharap sangat2 supaya kita jgn lah bercerita tentang kekayaan kita pada hari ini. Nyampah betul dengar kwn2 nak bercerita tentang pemilikan tanah yg berekar2, kereta Accord, Merc, BMW dan tah apa2 lagi. Syukur jika sudah mencapai kekayaan sedemikian tapi ana rasa hebahan yg keterlaluan boleh memualkan bacaan. Minta dikomen supaya dapat merangsangkan keupayaan ana untuk terus mengarang semula. March 12, 2009 11:53 PM

Hampa kena bagi komen kat dia ni. Semangat tengah kuat, kita kuatkan lagi. Aku tau the feeling kalau hampa komen dia..Aku komen kalu, dia tak rasa sangat sepertimana kalau hampa komen..Jgn lupa..KUDOS KT.


MAZLEE kata : Assalamualaikum.... Mazlee sini.. Aku ucapkan terima kasih pasai ada member yg tau aku dok intai Darah59 ni. Aku ceritakan sikit sinilah sebagai sinopsis.. Pagi lepas hantar anak dara aku p sekolah, aku sampai office buka darah59, tgk comment member, pas tu gelak sorang2 dan start kerja..Balik kerja selesai buat apa patut, mlm buka lagi, intai lagi... Bila baca cerita2 dalam darah59 ni, memang kita teringat masa kita muda2 dulu tapi pasai Ah Teik tu minta maap byk2 ler.. aku rasa aku tak ingat langsung.. pasai Meh Tunjang, Bisu stesyen teksi dan Darai Malau yang 2 aku ingat. Bisu steseyen teksi ingat sangat le pasai aruah bapa aku tu drebar teksi.. Bila Jan Darus cerita (Kat Koden) pasai kawan2 yang senang lenang dan tak menoleh belakang tu dan aku pun nak cerita sikit la pasai kawan2 lama... dulu yang dok support aku DZ la, makan, minum rokok, dia balik kerja terus mai Jitra, aku siap tunggu dah.. aku, Pa'at, Zan Manggol, Lid Tok Pa Li Bakar ramai lagi lah... apa pun aku tak pernah lupa kebaikan DZ..tq.. Madud.. aku nak cerita sikit sini.. Kisah di KL ler, Bukit Bintang.. aku disana dulu petang2 p la cari Madud di Bkt Bintang dok tgk dia tiup kaca, dua tiga jam lepas tu, dia nanti sound jom p makan... KFC ler, semua dia belanja, langsung tak pernah bersungut..aku harap Madud ni ingat lagi semua tu... Aku dengan Koden ni pernah kerja di dua tempat yang sama. 1 kat USM dan satu lagi kat Maybank.. dari dulu sampai la ni dok kelolo mcm tu jugak. aku rasa dialah diantara member kita yg menghangatkan lagi blog ini. dan pada KT hang habaq mai la nama hang sapa, dok sembunyi buat apa.. dan sekali lagi tahniah buat Dz kerana blog ni buat ramai lagi kawan2 yang dok mengintai dan dok gelak sorang2..mcm aku..... so.. setakat ini dulu buat masa ni.. utk Fazie jgn lupa cari sapa yang nak cari tu... salam. March 12, 2009 9:38 PM

Thank Q, Thank Q, Thank Q..Selagi kalian semua rasa gumbira, hamba ni ibarat lilin yang membakar diri agar dapat menerangi DUNIA yang hitam pekat dan panas, bila letrik tak dak.....(Falsafah..falsafah...)


MADUD kata : OK ni komen yang berlainan sikit dengan sedikit isi komen yg terpadam tu, kisah jual kambing kena langgark. hehehehe, Si Bisu laa, mai kat aku. Dia tarik aku, dengan cara dia, "jom! jom!" aku pun ikut laa. Rupa2nya ada kambing baru kena langgark dah. Dah mampoih pun. DIa kata bley juai kat hinoooo. SO, angkut laa kambing letak ataih blakang gerek bawa pi batu 13 1/2, jln changloon. kami juai kat hinooo estet. hehehehe Bisu ni pun kira baik jugak ngan aku. sekian saja.
You know what Dude? Somehow or other I am not surprised at all at this little escapade of yours..Hahaha..Aku memang CHOP hang macam tu dari dulu lagi..Hahahahaha..Lawak je bro. Sambung lah ngan detail cikit. Dapat berapa dit,pi enjoy mana pas tu..Ala..Cita lah..Cita lah..

Aku dengaq Major Decision Maker kita la nie sibuk jaga General tersayang yang diserang Denggi..
GET WELL SOON MUS...

WASSALAM